mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Wednesday, May 19, 2010

Jawapan bangang JWN...

JABATAN WARISAN NEGARA
Kuala Lumpur

LAPORAN Utusan Malaysia pada 14 Mei 2010 bertajuk Apa kata Jabatan Warisan Negara langkah UDA mahu maju bangunan bersejarah? Bantah roboh Penjara Pudu dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa perancangan pembangunan kawasan Penjara Pudu ini telah diluluskan sebelum tertubuhnya Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Jabatan Warisan Negara ditubuhkan pada 2006 dan perancangan kelulusan terhadap kawasan ini telah dibuat sebelum itu.
Maka, setelah tertubuhnya Jabatan Warisan Negara dan wujudnya Akta Warisan Kebangsaan 2005, JWN telah dapat menyenaraikan bangunan dan tapak warisan lain yang harus dikekalkan.
Bangunan dan Tapak Warisan yang telah diwartakan akan dipelihara dan dipulihara oleh JWN seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Tanpa Akta ini sesuatu bangunan itu akan menjadi seperti yang berlaku kepada Penjara Pudu.
Walau bagaimanapun Jabatan ini telah mendapat persetujuan daripada pihak pemaju untuk mengekalkan gerbang utama Penjara Pudu dan lukisan mural yang dilukis oleh penghuni di situ sebagai peringatan kepada rakyat kewujudan bangunan bersejarah itu.
Walaupun tidak didaftarkan, Penjara Pudu itu boleh dijadikan sebagai rekod yang boleh disimpan untuk rujukan masa hadapan.
Rekod pembabitan Penjara Pudu dalam sejarah negara beserta gambar dan huraian sejarahnya tetap akan diguna pakai dalam warisan negara.

Utusan Malaysia

Monday, May 10, 2010

Mengutip Cukai Adalah Haram?

Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

SETIAP kali hujung bulan April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) penuh sesak dengan pembayar cukai. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan bercukai mereka. Namun begitu, ada pihak mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat. Mereka berhujah dengan sebuah hadis Nabi SAW: "Pengutip cukai tidak akan masuk syurga." (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad). Hadis itu seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan adalah haram dan zalim. Sebenarnya hadis itu perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan. Pada asalnya, Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada lapan kumpulan (asnaf) sahaja dan ia tidak boleh disalurkan kepada perkara lain, selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Tawbah[6:60]). Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi urus tadbir negara seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan lain-lain. Berbeza dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti Jizyah: cukai kepala kepada golongan bukan Islam, Ghanimah: harta rampasan perang, Khumus: 1/5 daripada keseluruhan Ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul dan Fi': harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran. Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada Khumus kepada pengurusan negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya Futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam. Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil 'Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), 5 peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta' Malik & Sunan al-Bayhaqi). Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu. Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar adalah untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak. Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan "pengutip cukai tidak akan masuk syurga" tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah Nabi dan tidak akan ke syurga. Kenyataan itu ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidhi, Musnad Ahmad). Ia juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafa' al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah & Musnad Ahmad). Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadis yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif iaitu (Sahib Muks). Ia merujuk kepada cukai yang dikutip untuk menambah kekayaan pemerintah zalim dan kuncu-kuncunya serta menindas rakyat. Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya, jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah sudah biasa mengutip cukai sebegini. Menurut majoriti ulama, pengenaan cukai oleh pemerintah berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dengan perkataan lain, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau dan abangnya juga sahabat saya dan pernah berjiran dengannya.

Hargailah isteri anda...



Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......


Beruntungnya seorang wanita sebab dia ada rahim, oleh itu dia bekerja dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.


Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak….


Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT , Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami... "offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee (tak peduli), Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…


Orang lelaki tak ada cuti dari Solat..... Semua Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...


Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah SWT beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid, Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.


Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. . Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.


Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..


Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.


"Wahai Ya Allah!... ku tak layak ke Syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illa L Lah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illa L Lah' ini. Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini


Yg blum bergelar isteri….elok gak tau…utk makluman kita bersamaaa…….

BERAPA BESAR NILAI WANG RM50?

Oleh: Norazimah Ibrahim

Warga kerja ........... baru sahaja menerima berita baik kerana mendapat rezeki lebih dari seganda wang gaji pada bulan hadapan. Ada yang tersenyum bersyukur, ada yang separuh senyumnya dan tiada senyuman. Masing-masing tahu apa yang bermain dalam hati yang terluah dan tidak terluah.
Nilai wang berbeza-beza bagi setiap individu. RM50 yang kita peroleh mempunyai makna yang berbeza mengikut pandangan seseorang. Ikuti cerita benar di bawah:

Cerita 1:
Azman (hanya nama panggilan) mempunyai wang RM50 yang diniatkannya untuk diagih-agihkannya untuk beberapa buah keluarga di kampong asalnya. Azman bukanlah pegawai tinggi tetapi hanya dari pegawai kumpulan sokongan yang mempunyai niat untuk menyumbang kepada masyarakatnya setelah dia mempunyai pekerjaan.
Suatu hari, dia bertandang ke sebuah rumah yang agak daif, memang telah dia ketahui keluarga itu agak miskin. Ketika dia hampir di rumah tersebut, seorang wanita tua duduk di tangga dan berhampirannya ada beberapa orang anaknya memandang Azman.
Azman mengucap salam dan dijawab wanita tua itu. Azman menerangkan hajat kedatangannya. “Saya berhajat memberi sedikit saguhati untuk makcik” kata Azman tertib. Wanita tua tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya. Azman tidak boleh duduk lama di rumah tersebut kerana ada beberapa buah rumah lagi yang perlu dikunjunginya. Azman mengeluarkan sampul dan menghulurkannya kepada makcik tersebut. Orang tua tersebut memandang Azman dan matanya digenangi air mata. Dia membuka sampul dan dilihatnya wang RM50. Diciumnya sampul wang tersebut tanda senang hati. “Terima kasih banyak Nak, terima kasih banyak Nak…dapatlah kami makan malam ini” Matanya masih bergenang air mata dan dia memandang anak-anak yang turut memerhatikan aksinya. Besarnya nilai RM50 pada makcik ini. Azman senyum dan berasa gembira kerana pemberiannya ini memberi keceriaan kepada makcik tua ini.

Cerita 2:
Azwa (hanya nama panggilan) mempunyai saudara sepupu yang masih belajar. Dia mengirim sms memohon Azwa memasukkan sejumlah wang untuknya. Azwa ketika itu mempunyai wang tetapi cukup-cukup untuk belanja hariannya. Dia berkira-kira semula dan mengurangkan perbelanjaan hariannya agar dapat memberi RM50 kepada saudara sepupunya ini. Mereka hanya berjumpa sebentar di satu tempat. Azwa menyerahkan sampul kepada saudara sepupunya dengan senyuman. Mereka tidak berbual panjang kerana saudara sepupunya ini ingin cepat pulang kerana masih banyak pekerjaannya lagi. Sekembalinya Azwa ke rumah, dia mendapat sms dari saudara sepupunya. “Sikitnya bagi, mana cukup” Azwa tersentak menerima sms tersebut. Sewaktu menyerahkan wang tersebut tiada pun sepatah perkataan terima kasih tetapi Azwa hanya mengabaikan kerana barangkali dia terlupa. Namun, apabila dia menerima sms tersebut hatinya sedikit terkilan. Rupanya kecil benar nilai RM50 pada diri saudaranya ini, walhal pada Azwa ia nilai yang besar kerana dia sendiri perlu mengurangkan perbelanjaannya semata-mata untuk memberi kepada saudara sepupunya ini.

Nilai mata wang adalah sama iaitu RM50 tetapi mempunyai makna berbeza bagi kedua-dua yang mendapat wang RM50 ini. Kehendak dan pengharapan yang berbeza menjadikan mereka gembira atau tidak gembira walau mendapat RM50 ini. Makcik tua ini barangkali sangat bersyukur kerana dengan wang ini banyak perkara yang boleh dibelinya terutama makanan untuk anak-anaknya. Tetapi boleh jadi saudara sepupu Azwa ini pula mempunyai keperluan lebih besar daripada makcik tadi. Apapun, yang boleh diambil pengajarannya, mengurangkan kehendak serta pengharapan yang tinggi boleh membantu untuk diri bersyukur. Sekiranya ia lebih tinggi daripada yang kita terima menyebabkan kita terlupa untuk mengucapkan “Aku amat beryukur atas pemberianMu Tuhanku” atas semua nikmat yang diterima.
Ucapkan syukur atas setiap sedutan dan hembusan nafas dan atas setiap sesuatu nikmat yang telah kita terima selama ini. Selagi masih ada ruang waktu untuk kita menyatakan betapa bersyukurnya kita terhadap kurniaan tuhan.

Wednesday, May 5, 2010

KEGAGALAN
Tidak dapat dinafikan, kegagalan merupakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil darinya boleh menyebabkan seseorang amat terganggu dari sudut fizikal, mental, malah juga spiritualnya.

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, perancangan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.
Semua jenis kegagalan yang menimpa, memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah ta'ala telah mengingatkan "Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan".Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini bahawa kegagalan itu adalah sebuah proses yang amat perlu ditangani secara positif. Ia ibarat sebuah konflik yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif untuk mencari jalan keluar. Tanpa disedari rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.
Sebagai kesimpulan, kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.
Sebahagian ciri-ciri ke arah kesempurnaan iman.
ü Bersyukur apabila mendapat nikmat
o Sabar apabila mendapat kesulitan
ü Tawakal apabila mempunyai rencana/program
o Ikhlas dalam segala amal perbuatan
ü Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
o Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
ü Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
o Jangan usil dengan kekayaan orang
ü Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
o Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan
ü Jangan tamak kepada harta
o Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
ü Jangan hancur kerana kezaliman
o Jangan goyah kerana fitnah
ü Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
o Jangan campuri harta dengan harta yang haram
ü Jangan sakiti ayah dan ibu
o Jangan usir orang yang meminta-minta
ü Jangan sakiti anak yatim
o Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
ü Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
o Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
ü Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
o Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
ü Biasakan diri dengan solat malam
o Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
ü Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
o Sayangi dan santuni fakir miskin
ü Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
o Jangan marah berlebih-lebihan

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia…
bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya…

Renung-renungkanlah…

Khatijah Mohd Rashid
APM


Saturday, May 1, 2010

Kisah PM paling gembira di dunia

Kisah PM paling gembira di dunia
Mei 1, 10 5:55pm
Jigme Thinley, salah seorang perdana menteri paling bahagia dalam dunia, mempunyai penawar mudah bagi membentuk masyarakat bahagia, -- "Memikirkan Semula Model Ekonomi".

Perdana menteri Bhutan itu dari negara kelapan paling gembira di dunia, berkata corak pertumbuhan ekonomi berasaskan materialistik akan mendorong kepada kemerosotan masyarakat dan sudah tiba masa untuk kerajaan mengamalkan pertumbuhan seimbang.

"Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang tamak dan sifat tamak itu sendiri boleh menyebabkan barah," kata Thinley dalam temubual dengan Bernama di Bhutan House, kediaman rasmi perdana menteri, di Thimpu, Bhutan.

Kediaman rasmi tersebut terletak dalam satu kawasan kurang membangun dan bebas dari pencemaran di ibu negara yang tidak mempunyai lampu isyarat - Thinley bangga dengan model pertumbuhan ekonomi negara berdasarkan Kesejahteraan Negara Kasar (GNH).

Tidak seperti kaedah GDP dunia Barat, GNH pula menekankan kepada kesejahteraan keseluruhan masyarakat dan kurang kepada kebendaan -- satu idea yang diilhamkan oleh Raja Bhutan keempat, Jigme Singye Wangchuck, pada awal 70an.

Empat falsafah pemerintahan beraja itu adalah mudah -- memulihara warisan dan budaya, kemajuan ekonomi seimbang, memelihara agama dan melindungi alam sekitar -- yang membantu Bhutan menjadi negara yang unik dalam peta dunia.

"GNH adalah holistik, paradigma pembangunan mapan tetapi GDP adalah paradigma yang hanya menumpukan kepada keperluan kebendaan jasmani manusia.

"Ia akan menghauskan batasan sumber dunia dan pembangunan cara ini tidak boleh diteruskan untuk sekian lama," kata pemimpin negara berusia 58 tahun itu.

Walaupun pengaruh globalisasi dan internet serta berdekatan dengan dua gergasi ekonomi dunia, China dan India, Bhutan selama tiga dekad berjaya mengekalkan pertumbuhan secara tersendiri dalam keadaan terpencil.

Dengan bangga, negara yang mengamalkan fahaman Buddha itu kini menghantar pesanan kepada dunia luar -- mengejar kebahagian adalah jauh lebih bernilai daripada keuntungan materialistik.

"Impian, cita-cita dan juga keyakinan saya adalah kita boleh terus menikmati kehidupan selagi meningkatkan taraf kehidupan, kualiti hidup dalam kebendaan - emosi, psikologi dan rohaniah juga akan berkembang tetapi dalam persekitaran yang mapan," kata Thinley.

- Bernama