Bulan ini datang lagi. Tahun demi tahun, kita tetap melaluinya. Kini sudah 50 kali kita bergembira dengan ketibaan tarikh ini. Mengapa? Tentunya kita gembira kerana telah merdeka. dengan kemerdekaan ini, banyak yang kita telah buat untuk pengisiannya. Masih belum cukup kah apa yang kita lakukan?
Ya, masih banyak yang kita perlu kejar. Kita masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Tak kira lah dari segi apa pun. Ekonomi? Masih ramai yang miskin. Politik? Matang kah kita? Sosial? Makin banyak kejadian tidak diingini berlaku. Bunuh dah menghairankan. Rogol, zina dah jadi perkara biasa. Sumbang mahram? Tak kenal dah kita dengan anak-anak sendiri, apath lagi adik beradik.
Namun, untuk kemerdekaan ini. Mari sama-sama kita perbetulkan apa yang perlu. Ulamak, umarah, rakyat marhain, semua perlu bersatu. Lupakan perbezaan politik. Laksanakan sahaja apa yang hak, jauhi yang batil. Apa susah-susah nak bersengketa.
Mari kita kibarkan bendera. Dibangunan, dikereta, tunjukkan semangat kita.
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Borneo Oil Bhd Bersama HDL Global Sdn Bhd Dapat Kelulusan Untuk Melombong
Emas Di Kawasan Bukit Ibam, Pahang
-
*KUALA LUMPUR: *Konsesi perlombongan emas Borneo Oil Bhd di Bukit Ibam,
Pahang, bersama HDL Global Sdn Bhd telah menerima kelulusan kerajaan untuk
berop...
6 hours ago