mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Tuesday, May 20, 2008

Istidraj? Nak tahu? Bacalah...

Apa itu Istidraj...
Minggu lepas, kawan sepejabat bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
SEBENARNYA sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman...
Ada ORG tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustaz kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar TAK BERDOA LAGI DAN lepas tu kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.
Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat. ."

Dari Kaunselor

Saya tersenyum simpul membaca cerita yang akan saya paparkan selepas ini. Seribu makna mengelinap dalam diri dan mengingatkan diri betapa banyaknya kelemahan diri dalam menilai dan memberi tanggapan:
Artikel pendek di bawah diperoleh dari laman: http://kasihhoney.blogdrive.com/archive/cm-11_cy-2007_m-11_d-05_y-2007_o-0.html
Keretapi Lalu
Satu pagi di stesen keretapi...
Seorang makcik bertanya kepada Attenden kaunter.
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter : yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."
Attenden kaunter : Lah...nape tak cakap awal2?

Sememang jika kali pertama kita membaca perbualan antara mereka agak menggelikan hati. Tetapi ini selalu berlaku di tempat kerja. Adakalanya kita sering ’sakit hati’ bila keadaan yang lebih kurang kejadian di atas berlaku. Lain yang ketua maksudkan lain pula penerimaan ’anak-anak buah’. Demikian juga sebaliknya.
Salah sangka dan salah terjemahan atas satu-satu soalan atau peristiwa boleh membawa kepada perbalahan atau pertelingkahan. Pernahkah kita berkata kepada orang lain. "LA KENAPA TAK CAKAP AWAL-AWAL..SENANGLAH CERITA!!..MENYUSAHKAN ORANG JE".. atau apa-apa ayat yang setara atau yang lebih kurangnya.
Dalam keadaan ini apa yang sepatutnya kita boleh lakukan? Ada kalanya kita boleh lakukan sesuatu dan adakalanya tidak. Kita barangkali minta penjelasan seperti dalam peristiwa di atas sama ada di mahu ke mana-mana atau sekadar melintas rel keretapi.
Namun dalam banyak keadaan kita selalunya membuat perbandingan atas kebiasaan yang biasa-biasa. Betul atau tidak? Kita yang biasa-biasa akan berfikir wanita yang bertanya itu tentunya ingin menaiki keretapi, jadi apa perlunya bertanya lagi. Tanggapan telah dibuat sejak awal dan akhirnya kita yang kecewa sendiri. Adakah ia salah makcik yang bertanya? Tentu pula (jika kita attenden) berkata kenapa tidak beritahu awal-awal yang kita hanya ingin melintas rel sahaja, tetapi dalam banyak keadaan orang tidak memberi maklumat yang penuh selagi kita tidak bertanya.
Jika keadaan sedemikian yang berlaku, kita sering menyalahkan orang lain. Apapun, ada baiknya kita bersangka baik. Sekiranya kita mengambil inisiatif sendiri bertanya adalah lebih baik daripada menyangka orang lain yang akan memberitahu kita atas sesuatu hal.
Demikian juga sebaliknya, jika kita fikirkan perlu untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu yang mungkin dia tidak ketahui. Barangkali susah, tetapi sesetengah keadaan boleh kita jangkakan sebagaimana cerita makcik di atas. Biasanya orang akan bertanya tentang tiket, perkara yang kita lakukan agak berbeza, jadi beritahu tujuan kita bertanya. Itu hanya contoh atas kes yang tidak berat. Namun dalam kerja macam-macam lagi perkara yang boleh tersalah tafsir seandainya tidak bertanya dan tidak memberi tahu.
Apapun, untuk diri sebaiknya bertanya lebih lanjut dan kurangkan bersangka-sangka yang buruk.
Ribuan terima kasih atas kesudian tuan/ puan membaca e-jap.
Sehingga bertemu lagi.
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
Tel: +603-6203 9501
Fax: +603-6201 2482

( jalan peliharalah kaki, berkata peliharalah lidah )
maksudnya : hati-hati dalam semua perkara

Sebelum mati

MALAIKAT MAUT
Kitab As-Suluk menerangkan bahawa Malaikat Maut (Israil) mempunyai ranjang di langit yang ketujuh. Dan dalam riwayat lain mengatakan di langit yang keenam. Ia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap. Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut.
Tiada satu makhlukpun yang terlepas daripada pengawasan dan kekuasaan tubuhnya. Jumlah wajah, mata, tangan dan telinganya menurut ramainya para manusia.
Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang searah dengan manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat. Jika satu nyawa meninggal, maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari tubuhnya. Begitulah juga semua mata-mata yang berada di tubuhnya akan musnah satu persatu mengikut bilangan nyawa yang telah dicabutnya sehinggalah kesemua makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil, Mikail, Jibril, Izrail dan Hamalatul Arsy.
Dikatakan dia berwajah empat, satu wajah di muka, satu wajah di kepala, satu dipunggung dan satu lagi di telapak kakinya. Dia mengambil nyawa para nabi dari wajah kepalanya, nyawa orang mukmin dengan wajah mukanya, nyawa orang kafir dengan wajah punggung dan nyawa seluruh jin dengan wajah tapak kakinya.
Sebelah kakinya berada di jambatan neraka dan sebelah lagi di Syurga. Andaikata dituangkan seluruh laut dan sungai ke atas kepalanya, nescaya tidak akan jatuh walau setiitk airpun ke bumi menunnjukkan betapa besarnya jasadnya.
Malaikat Maut telah bertanya kepada Allah SWT tentang cara mencabut nyawa seseorang itu katanya : "Wahai Tuhanku, katakanlah kepadaku bagaimanakah akau hendak mencabut nyawa seseorang itu dan dalam keadaan yang macam mana ?"
Allah SWT menjawab : "Wahai Malaikat Maut, ilmu itu adalah asing sekali. Tiada siapapun yang mengerti kecauli Aku tetapi Aku akan memberitahu kedatangan waktunya kepadamu dan Aku buat tanda-tanda kepadamu yang berdiri padanya".
Menurut Kabil Akbar katanya : "Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut.
Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari.
Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akan mendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapat kebahagiaan.
Untuk mengetahui tempat ia mati pula, Allah telah menciptakan malaikat Arham yang akan diperintahkan untuk memasuki sperma yang berada dalam rahim ibu dengan debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan mati dan di situlah kelak ia pasti akan menemui ajalnya.

Malaikat

Malaikat wajib
Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
Nama
Arab
Tugas
Malaikat Jibril/Jibrail
جبرائيل/جبريل
Menyampaikan wahyu Allah.
Malaikat Mikail
ميكائيل
Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Malaikat Israfil
إسرافيل
Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Malaikat Izrail
عزرائيل
Mencabut nyawa.
Malaikat Mungkar/Munkar
منكر
Menyoal mayat di dalam kubur.
Malaikat Nakir
نكير
Menyoal mayat di dalam kubur.
Malaikat Ridhwan
رضوان
Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malaikat Malik
مالك
Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Malaikat Raqib
رقيب
Mencatat segala amalan baik manusia.
Malaikat Atid
عتيد
Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Dari nama-nama malaikat di atas hanya tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.
Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran maupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.
Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dll.

Dah akhir zaman ni...

tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.' - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita' - Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysia pun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah
hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'


MUNIRA ABD MANAP
PEMBANTU TADBIR
HAL EHWAL AKADEMIK (UNIT REKOD)
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
BATANG BERJUNTAI
SELANGOR

Pesan Dato Harun Din

Pesan Datuk Harun Din.
Tolong sebarkan kawan2 ku.....
Pesan Ustaz Haron Din

Seperti yang kite ketahui... Negara kite
nie banyak tugu... Antara yang famousnya
ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut
kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah
kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti
wilayah persekutuan telah mengeluarkan
fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu
serta pembinaannya adalah haram...
ciri-cirinya menyerupai berhala...dan
melawatnya juga adalah haram.. "
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia
digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenekan kepada sesiapa yang
melawat tugu kebangsaan! Tetapi
sayang2... pihak atasan tidak suka akan
keputusan itu maka disuruhnya pihak
mufti menarik balik fatwa itu... Setelah
berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu
menarik balik fatwa itu... Maka pihak
atasan telah menarik balik gazet
tersebut maka apa yang tinggal ialah
fatwa sahaja... tiada tindakan undang2
yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2
ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata... " bawalah dosa anda
sebesar langit dan bumi kepada Allah dan
Allah mungkin akan mengampunkannya
tetapi jika terdapat walau
sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik
maka Allah tidak akan mengampunkan orang
itu..."
dan kata beliau lagi.... " walaupun kita
tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita
'redha' atau tidak melakukan apa2,
berdiam diri, maka kita juga akan
mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."
Contoh kedua yang beliau utarakan dalam
perbincangan dosa syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera
kayangan... " Menurut kamus dewan...
indera bermaksud nama tuhan hindu
manakala kayangan bermaksud tempat di
mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna
sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu
bersemayam.. "
Menurut beliau... Nama perlis ini juga
menda tan gkan dosa syirik... Perkara
terakhir yang dibincangkan ialah isu
perlembagaan negara...
Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan
Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan
dengan undang2 yang telah dinyatakan di
dalam perlembagaan termasuklah undang2
hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh
Allah.
Kata beliau seterusnya.. ...
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta
undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan
Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan
perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA
ADALAH ZALIM)
"Selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad SWT"

Burung?

Adakalanya, kita fikirkan sesuatu perkara berdasarkan nilai yang telah kita miliki. Kita meletakkan sesuatu nilai dari pengetahuan kita yang biasa-biasa. Dalam banyak keadaan ia memang membantu tetapi bukan dalam semua keadaan. Kita selusuri cerita pendek di bawah:
Burung Kakak Tua
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat dua (2) ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,
datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500.00, sedangkan yang diam itu RM1,000.00
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya

...oh, begitu, yang diam itu pencipta lagunya, boleh jadi.. (Anda boleh senyum sendiri sebab tidak terfikir pula yang pendiam itu pencipta lagu).
Penajran yang boleh kita gunakan dalam kehidupan:
1. Usah fikir yang pendiam itu rendah nilainya daripada yang banyak cakap. Apapun hormati semua individu walau bagaimana pun personalitinya. Yang penting setiap individu ada kepentingannya kerana yang pendiam sesuai untuk beberapa perkara di pejabat, demikian juga yang banyak cakap.
2. Namun yang terlalu banyak cakap perlu kurangkan sedikit bercakap agar tangan boleh bekerja. Harus diingat juga banyak cakap yang tidak perlu boleh menyebabkan banyak kesalahannya.
3. Manakala yang terlalu pendiam, perlu belajar bercakap agar orang lain faham apa yang kita fikirkan. Dalam dunia ini, tidak ramai orang yang boleh meneka atau mengagak sesuatu yang sedang kita fikirkan.
4. Juga perlu diingat, kepercayaan kita yang biasa-biasa tidak semesti benar belaka sebagaimana cerita di atas. Kita perlu berfikir dengan cara lain untuk membantu kita membuat keputusan yang lebih baik.

Ribuan terima kasih atas kesudian tuan/ puan membaca e-jap.
Sehingga bertemu lagi.
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
Tel: +603-6203 9501
Fax: +603-6201 2482
"Ibarat ada gigi dengan lidah sahaja"
-maksudnya: hanya boleh bercakap sahaja.