mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Sunday, April 11, 2010

MARJERIN ATAU MENTEGA? PILIHLAH...

Petikan dari blog Cina Islam...




Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan …
INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Dipetik dari Rense.com

Tuesday, March 30, 2010

Akhirnya aku berjaya memilikinya...

Akhirnya aku berjaya memiliki Freelander dan Nevada. Terima kasih En Azemi kerana sudi menjualnya kepada aku dengan harga yang aku mampu. Lepas ini berkayuhlah pulak aku. Bila dah terer, kena carilah duit lagi, upgrade basikal lagi... Helmet dengan seluar pun tak beli lagi ni...

Freelander

Nevada

Monday, March 29, 2010

PERINGATAN!!!

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar)
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing
Makruh kerana ia membahayakan

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh
Makruh dan mewarisi kepapaan

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan..

Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah

Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan kita,
hilang bahagia

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita

Nanti kita sombong apabila berjaya
Kalau gagal kecewa pula

Jangan bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita

Jangan banyak ketawa
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN..
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik!
untuk hamba ciptaanNya.




Member aku yang bagi…ntah ye ke tidak…layankan je la..

Dear all,

I cannot stop myself from sharing this with all of you.Its all started when I received a call from someone claiming that he was from Maxis and he asked me to shutdown my phone for 2 hours for 3g update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question and shutdown my cell phone. After 45 minutes I felt very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on my cell phone and I received several calls from my family members and the others were from the number that had called me earlier - 3954380.I called my parents and I was shocked that they sounded very worried asking me whether I am safe. My parents told me that they had received a call from someone claiming that they had me with them and asking for money to let me free. The call was so real and my parents even heard 'my voice' crying out loud asking for help. My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer. I told my parents that I am safe and asked them to lodge a police report. Right after that I received another call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which I refused to do and hung up. They keep calling my cell phone until the battery had run down. I myself lodged a police report and I was informed by the officer that there were many such scams reported. MOST of the cases reported that the victim had already transferred the money! And it is impossible to get back the money. Be careful as this kind of scam might happened to any of us!!! Those guys are so professional and very convincing during calls. If you are asked to shut down your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your family or friends might receive the same call.

Be Safe and Stay Alert! Please pass around to your family and friends!

JOM BALIK KAMPUNG...

Petikan dari e mel kawan aku: Mohamad Hardi Abdullah...

Sedikit komen untuk cerita ini : walaupun penulis menyampaikan dengan cara berseloroh tapi message yang ingin disampaikan cukup jelas dan objektif dan jauh disudut hati penulis tersemat rasa kerinduan yang teramat kepada ibu yang telah meninggal dunia. Sementara ibu masih ada selalu2 lah ziarahi dia, ucapkanlah yag baik2 dan janganlah lupa untuk mendoakan dia. Diujung cerita penulis juga mengingatkan kita tentang kematian yang akan datang kepada semua manusia. Sempena cuti panjang ujung minggu “JOM BALIK KAMPUNG”!!!!

Cerita ayah aku yang baru mati bininya..

Korang ingat tak entry tercekik tulang yang menceritakan kisah seorang makcik yang tercekik tulang lalu di nasihat oleh aku supaya di angkat tangan tinggi tinggi, lurus macam superman.., lalu makcik tu tergelak yang menyelamatkan nyawanya dengan izin Allah, korang ingat tak? takpelah jika korang tak ingat, apa yang aku nak bagitahu.., makcik tu adalah ibu aku, dan beliau telah meninggal dunia pada 8 Syawal 2009 yang lalu..(Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali)

Imbas kembali: SEBELUM JADI MAYATSempena hari raya 2009 baru baru ni, kami semua adik beradik telah pulang ke kampung menziarahi orang tua kami, dengan niat menunaikan perintah Allah yang memerintahkan agar kita sentiasa buat orang tua kita rasa bahagia dan dihargai serta dimuliakan selagi hayat di kandung badan.., maka menjelanglah hari raya, suasana riang ria, bersalam salaman, bermaaf maafan, berpakaian serba baru, duduk keliling meja, makan ketupat dan lemang, nasi minyak dan nasi dagang..,Seminggu kemudian, setelah semua adik beradik pulang dari menziarahi mak aku sempena hari raya, tiba tiba rumah mak aku di ziarahi tetamu terakhir dalam hidupnya, iaitu Malaikat Maut yang datang ziarah pada waktu sahur, yang mana selepas mak aku bersahur untuk puasa enam, setelah ambil wudhu, dan sebelum sempat kering wudhu di wajahnya, terus mak aku di jemput Malaikat Maut untuk mengadap Allah…, masanya dah sampai, selamat tinggal dunia, selamat tinggal anak anak, selamat tinggal keretamayat…Dan pada pagi subuh yang hening itu, ketika aku sedang bersiap nak solat subuh.., aku dapat panggilan telefon dan dengar suara adik perempuan aku menangis..Pendek cerita..,Aku juga menangis dalam subuh yang hening itu..Ps: Mak…, “Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”

MENJELANG JADI MAYAT: Baru seminggu beraya, dan tanpa tanda tanda sakit, Mak aku kini dah jadi mayat, sedih juga hati lelaki ini sewaktu melihat mak yang selalu ketawa dengan lawak aku, kini dah jadi mayat sejuk di pembaringan. ., meleleh jugaklah air hidung aku.., nasib baik bini aku lekas lekas datang peluk aku, boleh lah aku lap lender hingus aku kat bahu dia..,Mak,Aku telah lama kelakar, dah kini, mak dan tak boleh gelakkan aku, kelak, siapa lagi nak gelakkan aku bila semua orang tak nak gelak kat aku mak?..“Ayahku selalu memarahi aku, jika jatuh air mataku..kata ayah slalu, Air mata itu adalah tanda kelemahan..Tapi ternyata air mataku, Ternyata jatuh juga..Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangisJika kekasih hatiku, Pergi meninggalkan aku”Ps: Mak, Ayah jugak menangis…

SETELAH JADI MAYAT: Muka mayat mak aku cerah putih dan kelihatan macam orang tidur, tak henti henti anak anak mak datang mencium dahi mak yang sejuk.., (cium dahi mayat adalah Sunnah Nabi..,) dan bibir aku ini dah banyak jugak mayat yang aku cium, err, maksud aku cium dahi, satu hari nanti, dahi aku pulak akan jadi dahi mayat.., sementara aku hidup, biar bini aku sorang jer lah yang cium dahi aku, sabor jelah..Ps: Mak, itu adalah ciuman yang terakhir..

TENTATIF MAYAT: Meninggal sebelum subuh, mandi selepas zohor, dan dikebumikan selepas asar, begitulah tentatif hari isnin itu, maka berduyun duyunlah adik beradik aku pulang ke kampung bersama linangan air mata..Ada anak saudara aku berumur 4 tahun, yang baru kematian nenek sebelah ipar aku, bila datang melihat nenek sebelah sini pulak meninggal, maka bertanya soalan yang buat aku nak gelak..“nenek ni dengan nenek sana, kembar ke?”Dan sorang lagi anak saudara aku yang duduk kat sepang, bila melihat suasana kematian yang memilukan pula berkata:“nasib baik nenek kat Sepang tak mati..”Ps: Apa-apalah..

MEMANDIKAN MAYAT: Mayat mak aku di mandikan oleh kami adik beradik, alhamdulillah, dah banyak kali mak aku mandikan aku, nilah baru sekali aku mandikan mak aku.., tapi tak acilah, kitaorang mandi beramai ramai, tapi mak sorang jer yang basah kuyup…,Ps: ok, bukan mak sahaja yang basah, pipi kami juga turut basah..

SOLAT MAYAT: Imam solat mayat adalah abang sulung aku, dan beliau menangis waktu solat, dan waktu berdoa, hingus meleleh dari hidungnya.., buruk betul..Solat mayat di buat tiga kali sebab orang yang ramai dan ruang rumah yang sempit, walaupun pada mulanya AJK masjid dah suruh solat kat Masjid sebab kawasan lebih besar, tapi ayah aku nak jugak kitaorang solat mayat kat rumah, ayah aku cakap, masa bina rumah ni dah niat nak mati kat sini dan solat mayat kat sini… lantaklah..Dan aku pulak selamba pergi ke surau pinjam sejadah tapi tersenyum kambing bila AJK cakap, solat mayat mana pakai sejadah?…, ye tak ye jugak.., errr, kalau begitu pinjam sejadah untuk tutup keranda sahajalah bang..Ps: Orang lelaki jika nak menangis, menangislah di atas sejadah..

USUNG MAYAT: Rumah aku dekat jer dengan kubur, jalan kaki jerr, jadi tak perlu naik keretamayat. .,Ps; Setiap pengusung mayat mendapat hadiah kain tuala saiz baby..

TANAM MAYAT: Lubang kubur mengalami tanah runtuh sebaik mayat mak aku tiba di halaman kubur, ini kerana orang ramai yang jarang datang ke kubur, lalu bila sekali datang ke kubur di bantainya berdiri betul betul di pinggir kubur yang mana sekali gus tanah tebing kubur akibat mengalami beban lampau yang memaksa paksi gravity bertindah menarik tanah pinggir itu ke ruang kosong di liang lahad bumi, apa hikmah di sebalik runtuhan kubur ini?Mungkin Allah nak bagi pahala kat kami anak beranak untuk ‘gali’ kubur sendiri kat mak aku.., dan aku masa tu telah bukak selipar dan gali kubur.., sebab mana ada orang gali kubur pakai selipar?, dan mana boleh gali kubur pakai selipar?, perbuatan tu salah! Dan haram dalam dunia menggali kubur, sebab semua orang gali kubur tak pakai selipar, mereka pangai cangkul..Ps; Penggali kubur pula mendapat hadiah kain pelekat.

TAHLIL MAYAT: Tahlil malam pertama di kepalai oleh adik lelaki aku, ikut jadual, malam esok abang aku dan malam ketiga mereka nak suruh aku, tapi aku tolak, sebab aku tak pandai.., tapi aku cakap jika mereka semua dah mati, baru aku yang tahlilkan korang.., woha!Ps; semua ahli tahlil yang berdoa kesejahteraan untuk mak aku mendapat hadiah makan malam percuma..

YANG DI TINGGAL MAYAT: Mak aku adalah seorang guru Al quran di kampung, mengajar secara ‘percuma’, (Cuma perlu ‘bayar’ sekilo beras atau sekilo gula sahaja untuk setahun) anak muridnya dah beratus orang dan ada yang dah beranak pinak, itu yang ramai orang datang ziarah mayatnya..,Mak aku jugak meninggalkan 9 anak, walaupun berbeza fahaman politik, tapi semua di kira berjaya, kira ibu mithali lah ni.., dan jugak 7 anak tiri..Tentang harta, mak aku hanya ada sebijik rumah, harta yang lain semua dah di sedekahkan..Ps; Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya. 3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.

SUAMI MAYAT: Ayah aku minta tolong salah sorang adik beradik untuk temankan beliau tidur malam itu,.., adik lelaki aku yang bongsu sudi temankan, aku nasihatkan adik aku, tidur jangan selimut seluruh badan, bagi nampak kepala…Malam besok ayah aku pelik sedikit, dia telah kemas katil dan berkata, malam ni mak kau akan pulang untuk teman ayah tidur, lalu lagi sekali adik lelaki aku temankan ayah aku tidur malam itu, dan aku sempat berpesan pada adik aku, kenapa tak pakai baju mak, dan cakap kat ayah waktu nak tidur, “malam ni saya uzur..”Woha!

IRAMA DAN MAYAT: Waktu kemas rumah dan harta arwah mak aku, ada adik beradik dan anak saudara yang menyanyi lagu lagu bertema keibuan seperti:-Ibuuu... ibuuu... Engkaulah ratu hatikuBila ku berduka ..Engkau hiburkan selaluJuga ada lagu Exist Untukmu IbuTuhan Yang Esaampuni dosa ibutempatkan merekadiantara kekasih kekasihMuJuga ada lagu nasyid dari NowSeeHeartDuhai ibunda kaulah anugerah istimewaBerkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabarBerusaha dan sabar dalam mengharungi deritaHidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahanJuga lagu ini, siapa nyanyi ntah?Ibu bergenang air matakuTerbayang wajahmu yang redup sayuKudusnya kasih yang engkau hamparkanBagaikan laut yang tak bertepian..Aku tanya abang aku, semua orang asyik nyanyi lagu ibu sahaja, siapa nak nyanyi lagu untuk ayah? Kenapa kompeser lagu lebih suka mencipta berpuluh-puluh lagu untuk ibu. Tapi lagu untuk Ayah takde ke?Tiba tiba jer abang aku menyanyi:-" Ayahku kahwin lagi, Dengan si dara jelita.. la la la”Woha!

MENANTU BARU MAYAT: Yang mati teruskan kematian, yang hidup teruskan kehidupanMenjelang hari ketujuh arwah mak aku meninggal, Mak akhirnya dapat menantu baru..Kerana abang aku tetap meneruskan hajat arwah mak yang nak kahwinkan abang aku buat kali kedua tanpa menceraikan isteri pertama, maka berpoligamilah abang aku.. (cerita detail lain kali-kalau aku rajin)Ada orang usik aku, :"Abang kau dah kahwin dua, kau bila lagi?"Aku kata, aku tak boleh langkah bendul.., lalu menjeling ke arah ayah aku, dan lagu ‘ayahku kahwin lagi’ pun terngiang..Woha!

KEPADA MEREKA YANG IBUNYA BELUM JADI MAYAT: Baliklah kampong, ziarah mereka, bawak mereka jalan jalan, dan sedekahkan mereka wang dengan jumlah yang banyak.., takpe.., sebab mereka dah tua, dah tak lama hidup..,Jika tidak.., korang hanya sempat ziarah kubur mereka dan sempat sedekah Al fatihah sahaja.., isk..Oklah.., Dah panjang aku tulis, rasa macam mak aku ada jer kat dapur.., rasa nak pergi jamah jap masakan mak kat dapur, oh.., semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, terima kasih mak, kerana besarkan aku dari kecik, sehingga lebih besar dari mak.., halalkan segala yang terjadi sejak dari kecik tapak tangan sehinga jadi besar sebesar manusia..Aku nak pergi peluk bini aku jap, nak lap hingus kat bahu dia, wasalamSEKIANPs: Malaikat Maut dah datang rumah mak aku, lain kali beliau akan datang lagi rumah aku dan rumah korang atau rumah mak korang… baik korang call mak korang dan cakap "i love u"(“Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangisjika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”)

Tuesday, February 23, 2010

Anak nakal

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Petikan dari blog Darulsyifa'

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dimasukkan ke dalam botol dan dicampurkan sedikit dengan air mineral atau air minuman yang lain.

8. Beri minum air tersebut kepada anak-anak yang bermasalah. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Wallhualam..

Wednesday, February 3, 2010

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

Petikan dari blog Cina Islam...catatan DRS. KHALIL IDHAM LIM, ADUN Titi Serong...

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

======================================================================= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.