mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Monday, August 4, 2008

Menggalakkan Anak Membaca


BUDAYA membaca seharusnya bermula dan disemai sejak anak masih kecil. Ibu bapa yang prihatin seharusnya mempunyai pandangan yang kritis terhadap budaya dan tabiat membaca anak mereka apatah lagi ramai yang mahukan anak mereka berjaya. Untuk itu, usaha haruslah seiring dengan keinginan. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah menjadikan anak sebagai ‘ulat buku’.
Tidak semua anak dilahirkan bijak. Kebanyakan anak dididik untuk menjadi bijak manakala kesannya hanya boleh dilihat dan dinilai setelah beberapa tahun. Membaca cerita adalah salah satu cara yang penting bagi ibu bapa membantu anak mereka belajar membaca. Apa saja jenis buku boleh dibaca asalkan sesuai dengan peringkat usia mereka. Menggunakan ekspresi gaya terutama sekali suara, pasti anak akan cepat ‘menangkap’ dan kadangkala terkejut dengan reaksi yang diberikan.


Bagaimana ibu bapa hendak membantu anak ke arah melahirkan masyarakat membaca?
Beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan untuk menyemai budaya membaca di kalangan anak-anak dan mungkin berguna buat ibu bapa.


* Biarkan anak melihat anda membaca sebagai satu keseronokan.
Jangan memaksa anak membaca jika mereka tidak suka. Namun, sedaya mungkin cuba terapkan amalan suka membaca dalam diri mereka menerusi pelbagai bahan bacaan termasuk buku dan akhbar.
* Galakkan anak anda membaca kepada anda.
Apabila anak berbuat demikian, jangan lupa memuji usahanya itu. Walaupun nampak kecil, ia amat berharga untuk si kecil. Sesekali, cuba mencari bahan bacaan dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab serta galakkan mereka menguasai dua bahasa berkenaan.


* Tunjukkan benda sekeliling anda yang ada tanda tulisan.
Sewaktu menaiki kenderaan, tentu banyak papan tanda yang mempunyai tulisan. Sambil duduk di dalam kereta, apa salahnya meminta anak membacakan untuk anda atau anda boleh membacakannya untuk mereka. Ia umpama galakan untuk mereka. Selain persekitaran di jalan raya, tulisan pada bungkusan makanan dibeli pun boleh dijadikan perantara untuk menggalakkan si kecil membaca.


* Simpan bahan bacaan dan tulisan di tempat yang mudah diambil.
Buku, majalah, pensil dan kertas harus disimpan di tempat yang mudah untuk mereka ambil.


* Jangan jadikan waktu membaca sebagai ugutan.
Jika anak-anak anda menunjukkan tanda kurang berminat untuk membaca, jangan memaksa mereka membaca. Cuba jadikan masa membaca masa yang menyeronokkan supaya anak dapat memupuk minat membaca. Jangan jadikan masa membaca seolah-olah masa yang menggerunkan. Dikhuatiri, si kecil itu lari daripada tabiat suka membaca dan cuba mencari inisiatif lain.


* Jangan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain.
Tahap keupayaan anak tidak sama walaupun mereka adik-beradik sekalipun kembar seiras. Ada antara mereka cepat menerima apa yang diajar dan sebaliknya.
Kadangkala anak pintar tidak menunjukkan prestasinya sekarang tetapi menonjol pada masa akan datang. Tidak perlu membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain walaupun anak ada kelebihan tersendiri. Setelah ibu bapa berusaha yang terbaik untuk anak-anak, berdoa dan bertawakal.


* Merangsang semangat membaca anak dengan hadiah.
Kaedah menghormati anak ini dapat mendorong mereka untuk melakukan perbuatan baik. Imam Ghazali dalam Juz 3 Ihya Ulumuddin, berkata: “Jika tampak pada diri anak kecil budi pekerti yang bagus dan perbuatan terpuji, sangat perlu anak itu dihormati dan diberi hadiah yang menggembirakannya. Dia juga boleh dipuji di hadapan orang untuk mendorong supaya selalu berbudi pekerti baik dan berperi laku terpuji.”


* Menyiapkan suasana selesa, lingkungan yang bersih dan menyenangkan, pemandangan memikat, cahaya mencukupi dan peredaran udara nyaman kerana perkara itu dapat membantu membangkitkan minat membaca anak-anak.


* Menyediakan buku yang pelbagai untuk anak.
Ibu bapa boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan perpustakaan kecil di rumah. Apabila anak-anak mendapati ada buku yang diperlukan di hadapan matanya, maka dia akan membaca buku dengan lebih bersemangat.


* Berikan pemahaman kepada anak bahawa waktu bagaikan pedang. Tugasan itu lebih banyak daripada waktu dan apa yang tidak diketahui itu lebih banyak daripada yang diketahui.

Rahsia Cincin Berada Di Jari Manis



Pernah terfikir pasal benda ni? Jika hendak tau jawapannya, cuba ikut buat seperti dibawah. Sesungguhnya alamsemesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya.


*Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.Mari kita mula permainan ini.

1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.

2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.

3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.

4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! …kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.

Integriti..

Sepanjang minggu ini saya akan berada di Institut Integriti Malaysia (IIM). Melaksanakan tugas dan arahan pengurusan atasan. Dilantik sebagai salah seorang pemikir untuk menggubal Pelan Integriti Organisasi saya. Besar tanggungjawab ini. Namun, insyaAllah akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Selain pada memerah otak untuk menghasilkan Pelan tindakan ni, sudah pasti banyak input yang saya boleh perolehi dalam melaksanakan tugas mengajar subjek integriti. Subjek ini agak berat bagi saya, namun dengan sedikit pengalaman dalam menjalankan tugas di pentadbiran, ditambah sikit dengan pembacaan berkaitan dan latihan berterusan yang diberikan oleh Organisasi dan IIM khasnya, insyaAllah subjek ini amat menarik untuk diajarkan.

Wallahualam...

Sunday, August 3, 2008

Cinta itu buta???


Seorang lelaki buta memasuki sebuah retoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. "Encik,saya kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut. "saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi,"kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu. Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya!

Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah digunakan untuk makan menu lainnya. Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong dengan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta. Tepat sekalli!

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula ke restoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia datang pada waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh lelaki buta. Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati,garu sudu ni kat ketiak awak tu." Isterinya, Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut aja!" kata Yati,tidak paham. "alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni,"balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh. Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah. Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...." Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?" Muahahahhahahah. ...!!! kan cinta itu buta... ..ini bukan kisah benar dan tidak ada yang kena mengena dengan yang sedang hidup ,mahupun yang telah pergi..

Suami sejati...








Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kred! ibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros.
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

Saturday, August 2, 2008

Tak lama lagi, Ramadhan menjelma...


Alhamdulillah... 2008 telah semakin beranjak. Ogos telah menjelma. September menanti, datang bersamanya Ramadhan Al-Mubarak. Harapnya kita semua akan diberi peluang sekali lagi oleh llah s.w.t untuk mengutip segala keberkatan Ramadhan, penghulu segala bulan ini.

Dalam menyambut Ramadhan ini, saya akan mulakan dengan bahan-bahan berbentuk peringatan. Yang saya petik dari sumber-sumber sahih. Sebagai peringatan untuk saya, keluarga saya, dan kawan-kawan semua.

Marilah kita lihat siri-siri gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini t ida k mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. Wallahua'lam.
************************************************************************************

Mengumpat


MENGUMPAT

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan l ida h mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan l ida h itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut. Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.