mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Wednesday, June 1, 2011

BUAT GURUKU - ALLAHYARHAM BUNG SELAMAT

Terharu mendengar berita pemergian bekas guruku di ABS Temerloh...

Dan kebetulan lagu ini diterima sebagai ucapan hari guru, daripada peserta-peserta pelbagai kursus yang telah dilaksanakan. Walaupun kami bukanlah guru dalam erti kata sebenarnya, namun tugas kami juga sama seperti guru - walaupun pengorbanan kami amat kecil jika hendak dibandingkan dengan guru-guru yang sebenarnya... Terimalah...

Biar Ku Menjadi Lilin -PELANGI

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya Terangi sekeliling
dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar

Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Ku rela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

SAMII'AN BASHIIRAN

Samii’an:

Maha Mendengar (sifat wajib bagi Allah SWT bahawa Allah SWT Maha Mendengar tanpa batasan)

Bashiiran:

Maha Melihat (sifat wajib bagi Allah SWT bahawa Allah SWT Maha Melihat tanpa batasan)

Impak keimanan kepada sifat Samii’an Bashiiran:
- Mendorong kita melakukan segala perbuatan di dunia dengan penuh amanah dan bertanggungjawab (Tuhan lihat & dengar apa yang kita lakukan).
- Menggalak kita berusaha dengan penuh keikhlasan dan ketelusan (Tuhan boleh mendengar suara hati, walaupun kemampuan malaikat terhad).
- Mengelak kita dari melakukan penyelewengan dan salah laku (Tuhan akan membalas setiap amalan baik atau buruk walaupun sebesar zarah/atom).

Kesimpulan:
Sebagai penjawat awam yang menghayati sifat Samii’an Bashiiran, yang merupakan satu mekanisme pengawalan terhadap kita supaya sentiasa berada di landasan yang betul berdasarkan neraca Allah SWT dan juga berdasarkan etika perkhidmatan awam dan pelan integriti.

(Berdasarkan Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam JAKIM)

Monday, April 4, 2011

Petikan e-mel sahabat

Sebagai seorang Muslim, saya menolak fitnah video itu 1-Sebagai seorang muslim, saya diajar oleh Islam agar perspektif dan pemahaman saya dibina di atas peringatan dari al-Quran dan al-Sunnah. Mungkin sahaja dakyah-dakyah dari punca lain kelihatan boleh menyakinkan, ada logiknya. Tetapi sebagai seorang muslim, saya wajib meluruskan kefahaman saya mengikut peringatan al-Quran dan as-Sunnah, saya wajib menghadapkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya mengikut qiblat petunjuk tersebut. Sekiranya saya memalingkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya ke arah selainnya, kefahaman agama saya itu sudah tentu tersasar; semoga Allah menyelamatkan kita semua dari kebinasaan itu. 2- Saya mengharapkan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan perspektif dan pemahaman dari yang akan saya sebutkan ini akan membetulkan apa-apa yang bengkok dalam kefahaman saya. Apa yang penting ialah kita sama-sama menjunjung tinggi kebenaran yang diajar oleh agama kita. Kita mahu faham mengikut faham agama, kita mahu hidup di atas kehidupan beragama, kita mahu mati berpegang dengan agama, kita mahu dibangkitkan di kalangan ummat yang teguh beragama. Saya saya mengharapkan pendirian saya ini tidaklah berasaskan atau dipengaruhi oleh sokongan saya kepada mana-mana individu, parti politik atau lain-lain kepentingan serta perkiraan duniawi; tetapi hanya semata-mata tulus mengikut apa yang saya faham dari ajaran Islam itu sendiri. 3- Saiyyidina Huzaifah Radiyallah 'anhu mengatakan : "orang ramai telah bertanya Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam daripada kebaikan; sedangkan saya bertanya tentang keburukan. Saya telah mengetahui yang kebaikan akan mendahului saya. Saya bertanya: Ya Rasulullah: "adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan?". Rasulullah bersabda: "Wahai Huzaifah, hendaklah engkau mempelajari Kitabullah 'Azza wa Jalla. Dan hendaklah engkau ikut apa yang ada padanya".Rasulullah mengulanginya sebanyak 3 kali. Huzaifah bertanya sekali lagi : "Adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan"?". Baginda bersabda:فتنة عمياءصمياء علها دعاة على أبواب النار فأن مت يا حذيفة وأنت عاض على جذل خير لكمن أن تتبع أحدا منهم" (akan berlaku) fitnah yang membuta dan menulikan (yakni manusia menjadi buta daripada melihat kebenaran dan menjadi tuli dari mendengar kebenaran dan nasihat)". Padanya terdapat penyeru-penyeru di atas pintu-pintu neraka ( menyeru kepada kesesatan yang akan mengelincirkan manusia ke dalam neraka). Maka jika engkau mati , wahai Huzaifah mengigit akar kayu (berseorangan mengasingkan diri dari kumpulan membuat fitnah)lebih baik bagi engkau draipada mengikut salah seorang daripada mereka". Huzaifah menanyakan Rasulullah tentang sifat penyeru-penyeru di atas pintu neraka tersebut. Rasulullah bersabda:نعم, قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا"Ya, mereka sekulit (satu bangsa) dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita" Matan (text) hadith ini mempunyai sedikit perbezaan dalam riwayat-riwayat yang berlainan. Sebahagian ulama memahamkan fitnah yang diisyaratkan oleh Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam itu telah berlaku di zaman salaf (awal Islam). Bagaimanapun pengajaran dari hadith ini sentiasa kekal benar dan bermanafaat. Agakan saya , keadaan masyarakat kita hari ini juga mendapat tempias yang kuat dari apa yang diterangkan oleh Rasulullah; zaman yang penuh dengan fitnah, seakan-akan membuta dan menulikan manusia dari melihat sesuatu isu mengikut neraca Islam kerana kuatnya desakan dan asakan dari penyeru-penyeru yang berada di atas pintu neraka itu! Mereka itu sekulit dan sebahasa denga kita! Subhanallah! Allah menyebut dalam al-Quran:أن الذين فتنوا المؤمنين والمؤمنات ثم لم يتبوا فلهم عذاب جهنم ولهم عذاب الحريق"Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuyan beriman, kemudian(daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar" (al-Buruj:10)Apa yang berlaku sekarang ini memang termasuk dalam perbuatan fitnah, seperti usaha-usaha terancang untuk mengaibkan sesaorang serta keluarganya, menyumpah seranah dengan belbagai gelaran yang menjijikkan sehinggakan dalam media yang dibaca oleh kanak-kanak.Mereka datang dengan tuduhan demi tuduhan. Belum selesai yang pertama. mereka datangkan tuduhan kedua. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Yang nyatanya mereka menimbulkan fitnah ke atas peribadi dan keluarga tertentu, mereka menimbulkan fitnah kepada masyarakat dan tanahair, mereka telah mengaibkan negara di mata dunia. 4- Allah berfirman:ان الذين جاءو بالأفك عصبة منكم لاتحسبوه شرا لكم بل هو خير لكم لكل امرئ منهم مااكتسب من الأثم والذى تولى كبره منهم له عذاب عظيم لو لا اذ سمعتموه ظن المؤمنون والمؤمنات بانفسهم خيرا وقالوا هذا افك مبين"Sesungguhnya orang-orang yang datang dengan 'ifik' (menuduh Saiyyidatina Aishah terlibat dalam zina ) ialah dari kumpulan kamu sendiri. Jangan kamu mengiranya sebagai keburukan bagi kamu, bahkan ianya kebaikan bagi kamu. Tiap-tiap orang dari mereka menanggung dosa yang dilakukan, sementara orang yang berperanan penting daripada mereka, baginya azab yang besar pula (sepadan mengikut peranan). Ketika kamu mendengar berita itu, mengapa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan tidak bersangka baik dengan sesama mereka sendiri? Dan berkata: Ini adakah ifik (pembohongan) yang jelas-nyata". (Surah an-Nur: 10-11) Inilah sikap yang al-Quran mengajar kita. Kita bersangka -baik terhadap sesama Islam sehingga terdapat bukti-bukti yang nyata (beyond doubt) sebagaimana yang diajar didalam agama kita.Katakan walaupun tuduhan terhadap seseorang itu betul dan menepati kenyataan, hanyalah terdapat sedikit keraguan dan ianya tidak memenuhi piawaian syara', lalu kita tolak tuduhan itu kerana bersangka baik terhadap sesama Islam, insyaallah kita masih harapkan pahala 'bersangka-baik' itu daripada Allah.Sekiranya kita membenarkan tuduhan ke atas orang Islam, apa lagi menyebarkan-luaskan tuduhan tersebut, sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu adalah pembohongan semata-mata. Walaupun sekan-akan terdapat unsur-unsur yang boleh menyokong tuduhan tersebut. Maka apa yang kita akan dapat?. Kecuali kita mendapat kemurkaan dari Allah dan janji azab neraka yang teramat pedih. 5- Allah menyebut perbuatan homosexual di kalangan kaum Saiyyidina Nabi Lut 'Alahi as-Salam. Allah merakamkan bahawa merekalah yang pertama kali dalam sejarah manusia terlibat dalam salahlaku ini. Allah menyebutkan:ولوطا أذقال لقومه أنكم لتاتون الفاحشة ما سبقكم بها من أحد من العالمين أنكم لتاتون الرجال شهوة من دون النساء بل أنتم قوم مسرفونDan Lut , ketika baginda berkata kepada kaumnya: "Adakah kamu mendatangi kejahatan yang belum pernah dibuat oleh sesiapapun di alam ini?. Sesungguhnya kamu mendatangi sesama lelaki bukan perempuan, bahkan kamu adakah kaum yang melampau (al-'Araf:8--81) Allah juga merakamkan tabiat pelaku sumbang ini semenjak sewal itu, yang mereka tidak mempunyai keinginan nafsu kepada perempuan. Allah menyebut tentang tabiat mereka ini, ketika para malikat yang menyerupai lelaki mendatangi Saiyyidina Lut kerana menyampaikan perentah Allah agar baginda keluar dari negeri yang akan ditimpa azab itu.وجاء ه قومه يهرعون اليه ومن قبل كانوا يعملون السيات , قال ياقوم هؤلاء بناتى هن أطهرلكم فاتقوا الله ولا تخزون فى ضيفى أليس منكم رجل رشيد قالوا لقد علمت ما لنا فى بناتك من حق وأنك لتعلم ما نريدDatang kepada Saiyyidina Lut, kaumnya dengan bersegera, sedangakn sebelumnya mereka memperbuat kejahatan. Nabi Lut berkata; " wahai kaumku, mereka ini anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (untuk dinikahi). Maka bertaqwalah kepada Allah, dan jangan kamu malukan aku pada tetamuku, tidakkah ada di kalangan kamu orang yang cerdik?. Mereka menjawab: " sesungguhnya engkau telah tahu yang kami tidak berhajat sebenar-benarnya kepada anak-anak perempuan engkau, dan engkau sesungguhnya mengetahui apa yang kami mahukan" (Hud: 78-79)Allah menyatakan suatu tabiat yang ghalib (norm) bagi orang yang bernafsu kepada sesama lelaki yang mereka tidak berselera kepada perempuan semenjak zaman Saiyyidina Lut itu lagi. Dan banyak keadaan sekiranya mereka berkahwin dengan perempuan sekalipun, mereka gauli isteri secara mereka gauli sesama lelaki. Tanpa kita menolak kemungkinan terjadi apa yang di luar kebiasaan, tetapi apabila ianya berlaku di luar kebiasaan, maka kita perlu hujjah yang jelas dan kenyataan yang terang bagi menyalahi kebiasaan perkara yang ghalib. Tuduhan ke atas DSAI meliwat, kemudian tuduhan dia berzina dengan pelacur perempuan adalah tuduhan yang mengatasi kebiasaan yang telah disebut oleh Allah sendiri. Tuduhan itu pula datangnya daripada orang-orang yang terlalu sukar untuk kita mengatakan mereka itu sebagai orang yang adil, thiqah dan tidak fasik; orang yang diterima kesaksian mereka. Tentang syarat kesaksian itu dari orang yang adil di dalam syara agama kita. Sekiranya tuduhan itu datang dari orang-orang fasiq, kita sebagai penganut Islam tidak dapat menerimanya dengan begitu sahaja tanpa penelitian yang rapi. Kita juga tidak boleh membenarkan penuduh-penuduh yang fasiq itu bermahara-lela sesuka hatinya, hukuman mesti dijatuhkan ke atas mereka. 6-Berdasarkan pertimbangan sebegini, pertimbangan yang saya fahami dari petunjuk umum al-Quran dan as-Sunnah, yang saya junjung mengatasi 'bahan-bahan bukti' yang masih mempunyai keraguan, andaian-andaian yang difikirkan munasabah untuk mengiyakan tuduhan tersebut , maka saya didorong oleh keimanan saya kepada kesempurnaan ajaran Islam menolak kesahihan tuduhan ke atas DSAI berdasarkan video itu atau yang seumpama dengannya.Saya cuba memahami perspektif mereka (termasuk rakan-rakan) yang berusaha untuk mengatakan memang DSAI yang beraksi dalam video tersebut. Saya ikuti hujjah yang dibawa termasuk oleh rakan saya, Kickdefella. Kickdefella sebagai contoh memberi justifikasi, kenapa image lelaki di dalam video itu agak berisi berbanding DSAI, katanya distortion itu boleh berlaku kerana perubahan ratio axis x-y pada frame . Dia juga berdasarkan pergerakan watak di dalam video itu yang katanya menyerupai pergerakan DSAI. Kalau kita secara ikhlas bertanya kenapa ratio axis x-y itu terubah sehingga menimbulkan kekeliruan, kenapa ianya berlaku kerana video itu datangnya dari pihak yang mahu mensabitkan kesalahan DSAI, bukan dari pihak yang cuba menafikan penglibatan DSAI. Kita juga tertanya bagaimana rapatnya hubungan Kickdefella sehingga dia dapat mengenali gerak DSAI terutama dalam berkeadaan yang sedemikian. Kita tidak boleh memastikan seorang yang gerakannya sopan ketika biasa, akan bergerak secara tertib dan sopan ketika dalam posisi sebegitu. Apa yang disebut sebagai keyakinan oleh Kickdefella hanyalah sekadar peringkat telahan tidaklah sampai kepada peringkat yakin. Ianya pada peringkat waham, syak atau zan, bukan peringkat ilmu, bukan peringkat yakin dalam takrifan syara'.Apa yang kita pasti dengan yakin ialah DSAI mempunyai sejarah sakit tulang-belakang, kita juga masih melihat ada ketika beliau memakai girdle untuk menyokong tulang-belakangnya untuk mengurangkan kesakitan, kadang-kadang kita masih perasan jari-jari beliau sembab membengkak kerana kesan sampingan 'pain-killer'. Untuk mensabitkan hal-hal ini yang saya sebutkan ini, saya sanggup menjadi saksi di dunia dan di akhirat tentang kebenarannya. (walaupun mungkin sahaja dikatakan DSAI hanya berlakun dalam semua keadaan ini). Dengan mengetahui hal-hal yang yakin ini, agar sukar untuk kita padankan dengan tuduhan yang DSAI beraksi rancak dalam video tersebut , tidak sebagai seorang yang pernah sakit tulang belakang ataupun berusia lebih 60 tahun. 7- Dalam pada itu, ini bukan bermaksud sekali-kali yang saya menyetujui pendirian-pendirian DSAI dalam beberapa perkara. Saya bukan setakat menolak sebahagian daripada gagasannya bahkan saya menentang gagasan tersebut. Saya menentangnya berdasarkan kefahaman yang saya fahami dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Saya tidak menentang atau menyokongnya berdasarkan kepentingan parti atau politik, semoga saya diperlihatkan Allah akan kebenaran sebagai kebenaran serta diberi kekuatan untuk menjayakannya, semoga saya diperlihatkan kebatilan sebagai kebatilan serta diberi kekuatan untuk menolaknya.Ingin sentiasa saya ulangi doa orang yang beriman di kalangan pengikut Nabi Musa 'Alahi as-Salam:فقالواعلى الله توكلنا ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين ونجنا برحمتك من القوم الكافرين’Mereka berdoa: "kepada Allah , kami bertawakkal, Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah kumpulan yang zalim.Dan selamatkan kami dengan Rahmat engkau daripada tipu-daya orang-orang kafir" (84-85 Surah Yunus)

Tuesday, March 8, 2011

Lama tak menulis ni.. So.. renungkan kata-kata hikmah ini...

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

Jika kamu memancing ikan . . . setelah ikan itu terlekat di mata kail . . . hendaklah kamu mengambil ikan itu. . . jangan sesekali kamu LEPASKAN semula kedalam air begitu sahaja . . . kerana ia akan SAKIT kerana bisanya .... . . ketajaman mata kail kamu & ia mungkin akan MENDERITA selagi ia masih hidup . . . Begitulah juga . . . setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang . . . setelah dia mula MENYAYANGI kamu . . . hendaklah kamu MENJAGA hatinya . . . janganlah sesekali kamu terus MENINGGALAKNYA begitu sahaja . . . kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu . . . dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingatimu . . . jika kamu MENADAH air biarlah berpada . . . jangan terlalu berharap pada takungannya dan menggangap ia begitu teguh. . . cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja. . . kerana apabila ia mula retak. . .tidak sukar untuk menampal dan memperbaikinya semula. . . dan bukannya terus dibuang begitu sahaja. . . begitulah juga. . . jika kamu sedang memiliki seseorang. . . TERIMALAH dia seadanya. . . janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menggangapkan dia begitu istimewa. . . anggaplah dia manusia biasa. . . kerana apabila dia melakukan KESILAPAN. . .tidaklah sukar untuk MEMAAFKAN dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS ke akhir hayat dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya. . . lalu semuanya akan TERHENTI begitu sahaja. . . jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi. . . yang kamu pasti baik untuk diri kamu. . . yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT. . . mengapa kamu perlu berlengah lagi? cuba mencari makanan yang lain? . . kerana terlalu ingin mengejar kelazatan. . . kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu tidak boleh menikmatinya lagi. . . kamu akan menyesal. . . Begitulah juga. . . . jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN. . . yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu. . . MEYAYANGIMU. . .MENGASIHIMU. . . dan MENCINTAIMU. . . mengapa kamu berlengah lagi? cuba membandingkannya dengan yang lain. . . terlalu mengejar KESEMPURNAAN. . . kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. . . kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. . . Oleh itu janganlah kita terlalu mengejarkan KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI. . . kita akan BAHAGIA, BAHAGIA, dan terus BAHAGIA. . itu lebih BERMAKNA! "Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang" See More

Monday, January 17, 2011

Kata kat diri sendiri...

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan diri sendiri...insyaAllah..

”Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang memanfaatkannya meskipun dia sudah mati”


RENUNG-RENUNGKAN:
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)....... Kelong

..... T E T A P I...
KITA JUGA LUPA....SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIANKITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAHPEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAHKITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...

Macam macam lagi yang kitapun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT. Tuhan beri semua makhluk di dunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebihkurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikutkehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumidan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyakmisik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, merekadiseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikatpada hari mereka keluar dari kuburnya:
i. Orang-orang yang mati syahid.
ii. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
iii. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Astaghfirullah al ’azim....

Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassalam. Wallahualam...

Solat Sunat Rawatib

Marilah kita amalkan solat sunat rawatib...

Solat Sunat Sebelum Fardhu Zohor
Setelah masuk waktu Zohor, dan sekiranya berada di masjid iaitu berjemaah; sesudah Azan sebelum Qamat atau ketika di rumah ada baiknya mengerjakan solat sunat sebelum solat(Fardhu) Zohor yang termasuk dalam bahagian Sunat Muakkad
Lafaz niat:
Usolli sunnataz Zuhri rak'ataini qabliyatan ,lillahi ta'ala Allahu akbar
"Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor , dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama baca Al-Fatihah, selepas itu Al-Kafirun atau baca surah yang dikehendaki
dan pada rakaat kedua baca Al-Fatihah, selepas itu baca surah yang dikehendaki, misalnya surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Selepas Fardhu Zohor
Setelah solat fardhu Zohor dan sesudah wirid-wirid dan berdoa sebaiknya lakukan solat sunat
selepas solat Zohor
Lafaz niat:
Usolli Sunnataz Zuhri rak ataini badiyatan, lillahi ta'ala Alluhu akhbar
"Sahaja aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Selepas baca Al-Fatihah, pada rakaat pertama selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas
dan pada rakaat kedua setelah Al-Fatihah baca pula Surah An-Nas

Solat Sunat Asar
Setelah masuk waktu Asar, selepas Azan, maka disunatkan kita solat sunat sebelum
solat fardhu Asar
Lafaz Niat:
Usolli Sunnatal Ashri rak'ataini Lillaahi Ta'ala Allhu akhbar
"Sahaja aku solat sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama bacalah Al Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas

Solat Sunat Selepas Fardhu Maghrib
Setelah selesai solat fardhu Maghrib dan sesudah tasbih, tahmid, takbir dan doa, alangkah
baiknya mengerjakan solat sunat selepas Maghrib
Lafaz niat : Usolli Sunnatal Maghribi Rak'ataini Lillahi Ta'ala. Allahu Akhbar
" Sahaja aku solat sunat Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Bacalah Al-Fatihah dan Surah Al- Kafirun pada rakaat
pertama , pada rakaat kedua baca Al- Fatihah dan Surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Sebelum Fardhu Isyak
Setelah Azan, sebelum mengerjakan fardhu Isyak disunatkan solat sunat Isyak
Lafaz niat: Usolli Sunnatal Isyaai Rak'ataini Qabliyyatan Lillaahi Ta'ala Allahu Akhbar .
" Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Selepas Fardhu Isyak
Setelah mengerjakan solat fardhu Isyak dan setelah tasbih,tahmid, takbir dan berdoa,alangkah
baiknya menambah amal dengan mengerjakan solat sunat Ba'diyah Isyak
Lafaz niat: Usolli Sunnatal Isyaai Rak'ataini Ba'diyyatan Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar
"Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Rakaat pertama baca Al-Fatihah selepas itu baca surah Al-Ikhlas
Dan pada rakaat kedua baca Al-Fatihah selepas itu baca surah yang dikehendaki

Solat Sunat Sebelum Fardhu Subuh
Setelah masuk waktu Subuh iaitu sesudah Azan lakukan solat sunat sebelum Subuh dua rakaat

Monday, January 3, 2011

Sedikit tazkirah

Tazkirah Al Insan

Diantara 6 perkara Allah rahsiakan……

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
Dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
Antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah
itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi
di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku
cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas titah perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas titah perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujudnya :
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang
seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .' SUBHANALLAH………

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
Allah S.W.Ttelah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2.Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3.Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4.Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan .
5.Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
6.Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yangbermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...