Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu: Tolong pergi kedai $4.00 Tolong jaga adik $4.00 Tolong buang sampah $1.00 Tolong kemas bilik $2.00 Tolong siram bunga $3.00 Tolong sapu sampah $3.00 Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Al-Fateha Untuk Ibu…
Yg. Masih hidup apatah lagi yg. Telah kembali kaRahmatullah.
02 Jamadil Awal 1429.
08.05.2008.
MubA.
Kenyataan Wan Rosdy Wajar, Persefahaman 'Penyatuan Ummah' Tidak Relevan Di
Negeri-Negeri Lain Termasuk Pahang Pada Masa Ini
-
*KUANTAN:* Kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
bahawa persefahaman 'penyatuan ummah' hanya membabitkan Pilihan Raya Negeri
(P...
12 hours ago
No comments:
Post a Comment