mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Saturday, December 5, 2009

Selamat Kembali Wahai Tetamu Allah..

Sahabat-sahabat yang telah diberi yang diberi izin oleh Allah s.w.t dengan limpah kurnia dan rahmatnya untuk mengerjakan Haji pada tahun ini telah mula berangkat pulang ke tanah air. Alahamdulillah syukur, Hamidi dan isterinya telah selamat tiba. InsyaAllah, beberapa lagi sahabat iaitu jiran sebelah rumah aku, Pak Imam Hj Tahuddin dan isterinya, Mejar (B) Faharuddin dan isterinya, Zulkilfi Kg Bahagia dan isterinya, Abg Aziz Salleh dan isterinya, Wan Azmi dan isterinya dan rakan sepejabat Cik Sharipah (sekadar menyebut beberapa nama). Didoakan tuan-tuan dikurniakan Haji Mabrur oleh Allah s.w.t.. Moga juga tuan-tuan telahpun mendoakan keberkatan untuk kami dan moga kami juga akan dipilih olehNya untuk menjadi tetamunya, InsyaAllah ditahun 2010. Amin...

No comments: