mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Wednesday, May 5, 2010

KEGAGALAN
Tidak dapat dinafikan, kegagalan merupakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil darinya boleh menyebabkan seseorang amat terganggu dari sudut fizikal, mental, malah juga spiritualnya.

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, perancangan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.
Semua jenis kegagalan yang menimpa, memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah ta'ala telah mengingatkan "Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan".Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini bahawa kegagalan itu adalah sebuah proses yang amat perlu ditangani secara positif. Ia ibarat sebuah konflik yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif untuk mencari jalan keluar. Tanpa disedari rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.
Sebagai kesimpulan, kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.
Sebahagian ciri-ciri ke arah kesempurnaan iman.
ü Bersyukur apabila mendapat nikmat
o Sabar apabila mendapat kesulitan
ü Tawakal apabila mempunyai rencana/program
o Ikhlas dalam segala amal perbuatan
ü Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
o Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
ü Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
o Jangan usil dengan kekayaan orang
ü Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
o Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan
ü Jangan tamak kepada harta
o Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
ü Jangan hancur kerana kezaliman
o Jangan goyah kerana fitnah
ü Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
o Jangan campuri harta dengan harta yang haram
ü Jangan sakiti ayah dan ibu
o Jangan usir orang yang meminta-minta
ü Jangan sakiti anak yatim
o Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
ü Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
o Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
ü Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
o Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
ü Biasakan diri dengan solat malam
o Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
ü Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
o Sayangi dan santuni fakir miskin
ü Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
o Jangan marah berlebih-lebihan

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia…
bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya…

Renung-renungkanlah…

Khatijah Mohd Rashid
APM


No comments: