mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Tuesday, September 7, 2010

Salam buat semua teman-teman yg disayangi…

Ramadhan dah hampir berakhir kan…Doa saya semoga diberi
kesempatan untuk bertemu Ramadhan seterusnya..Semoga
segala amalan yang dilakukan pada Ramadhan ini diterima Allah s.w.t.

Kini, Syawal pula menjelma. Hati si kecil pasti berbunga-bunga
menanti kehadiran Hari Raya. Tak sabar rasenyer nak menjamah
juadah di pagi raya. Jangan terlebih makan sudah la.. Puasa 6 hari di bulan
syawal juga jangan dilupa

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf seandai ada tersilap kata dan terkasar bahasa. Mohon
halalkan jua yg termakan atau terminum. Kita cuma manusia biasa, mulut
pula pula suka berkata-kata

Yang ada kampung halaman, pulanglah menjenguk ayah bonda tercinta.
Ziarahlah sadara mara yang masih ada, kunjungilah pusara yang telah tiada.
Yang memandu sendiri, berhati-hatilah. Yang menumpang rakan dan saudara,
pandai-pandailah bawa diri, yang menaiki kenderaan awam, tengok-tengoklah
pemandunya.Biar lambat tapi sampai dgn sempurna, bukannya sampai cepat
tapi salah satu anggota badan tak ada…hehehe. Nauzubillah himinzalik


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

1 comment:

adminss said...

Assalamualaikum..
Malaysiaria menyediakan khidmat kommuniti secara percuma, iaitu satu khidmat memperkenalkan(explore) blog/website seperti sdr/i ini kepada umum melalui website malaysiaria. Ini bermakna website sdr/i ini akan lebih terdedah dengan gandaan yang lebih besar. Insyaallah, dari pengalaman mereka yang pernah menyertai kommuniti ini, pengunjung mereka bertambah, dan tarffic mereka mendadak naik. Ini adalah keadah 'bahu membahu' sesama blog/website dalam memperkenalkan halaman mereka kepada umum. Segalanya percuma di malaysiaria.. Sila layari www.malaysiaria.com.my untuk keterangan lanjut..

http://www.malaysiaria.com.my
Admins