mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Tuesday, May 20, 2008

Kasih Ibu

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu: Tolong pergi kedai $4.00 Tolong jaga adik $4.00 Tolong buang sampah $1.00 Tolong kemas bilik $2.00 Tolong siram bunga $3.00 Tolong sapu sampah $3.00 Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Al-Fateha Untuk Ibu…
Yg. Masih hidup apatah lagi yg. Telah kembali kaRahmatullah.

02 Jamadil Awal 1429.
08.05.2008.
MubA.

Hikmah Lima Jari Kita

HIKMAH LIMA JARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajiban solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja, akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam keseluruhannya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula dari kecil. Bak kata pepatah, ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan besar pada masa hadapan.

Naikkan pandangan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlina, Bangla tidak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas…. di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul-Jalil. Bersediakan anda ?,

Kemudian lihat jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan, alam dewasa menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh dan kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak ‘hantu-hantu pengacau’ yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, masuklah ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Yang Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan semua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek, tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa ‘cap jempol’ atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjelan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka dipatuhi, nescaya anda boleh berkata ‘good’ atau ‘yes’ sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas, itulah rahsia kejayaan anda. Maha Suci Allah. Begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi kelima-lima jari anda. Renung dan fikir dalam-dalam. Di manakah anda sekarang ?.

Berwudhuk Zahir Dan Batin

Berwudhuk zahir dan batin
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?"
Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "
Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian
aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk
dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang
kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

Untuk suami isteri...

Untuk Suami dan Isteri…terima seadanya apa yang kamu miliki…..

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Kekasih Agung.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman Yang punya cita-cita menjadi solehah...Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah...kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman...kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan...kamu gembalanya Isteri adalah murid...kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil...kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu...kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun...kamulah penawar bisanya Seandainya isteri tulang yang bengkok...berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin! Untuk isteri pula...renungkanlah... Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw
Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa Aalagi setampan Yusuf Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman Yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...amin!
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung...kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal...kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal...kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja...kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa...kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang...sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...amin! Justeru itu wahai para suami dan isteri... Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Suami & isteri ingatlah! Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah...andai diri tidak semulia Rasulullah Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis...andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof...seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim...andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

Rahsia Ais

Rahsia Di Dalam Ais

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"
Fakta Kelebihan Ais
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Untuk Suami dan Isteri…terima seadanya apa yang kamu miliki…..

Monday, March 24, 2008

Lihat anak-anak kita

Petikan sepenuhnya dari e-mel Puan Norazimah Ibrahim - Kaunselor Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya telah berkesempatan untuk meneruskan e-jap (emel yang diedar kepada warga Jabatan Pentadbiran) untuk memberi suntikan motivasi serta peransang kepada warga Jabatan Pentadbiran. E-jap dahulunya dipelopori oleh En Musrinizam Sururi (PRS kita) yang kini telah berpindah ke APM. Aktiviti ini diteruskan memandangkan ia salah satu aktiviti yang boleh memberi dorongan positif kepada individu menjadi yang lebih baik setiap hari.
Sukalah kiranya saya berkongsi maklumat yang sama untuk PRS yang saya kasihi. Semoga ia boleh dipanjangkan bagi memberi impak yang baik di tempat tuan/ puan.

Amat menarik cerita yang ingin saya titipkan untuk bacaan semua. Barangkali ia cerita benar atau cerita rekaan yang dipaparkan. Apapun sebaiknya kita teliti dan sama-sama fikirkan kesudahannya dan pengajaran untuk diri kita...
Artikel dipetik dari laman : http://mkmm79.blogspot.com/2007_05_27_archive.html
Rahsia Bola Hitam Putih
Ceritanya ada seorang anak laki2 tunggal bernama Hasan yang ditinggal mati Ibunya sewaktu melahirkan dia.
Sejak itu bapanya jadi sangat "workholic" sekali dan tidak kawin lagi. Tapi HASAN ini baik hati dan lemah lembut walaupun cuma diasuh oleh pengasuh saja.
Waktu sekolah rendah, budak2 lain sudah ada basikal tapi dia masih jalan kaki. Pengasuhnya mengadu ke bapanya, "Tuan, tak kesian ke dengan anak tuan yang tak ada basikal..... apa tuan tak malu?"
Sedangkan.. bapa si Hasan itu tersangatlah kaya raya. Mempunyai beberapa buah kilang perusahaan... maka sibapa ni memanggil si anak, lalu menawarkan kepadanya sebuah basikal jika dia mahu..
Tapi peliknya si Hasan cuma berkata, "Tak payahlah bapak susah payah ... cuma kalau boleh belikanlah saya bola hitam bola putih cukuplah.."
Si bapak merasa bingung dan pelik : "Kenapa Hasan mintak bola hitam dan putih?"
"Tak payahlah bagi tau bapak..... kalau bapak sayangkan saya dan ada duit bapak belikanlah saya bola hitam bola putih...... itu saja."
Yah, teringatkan mereka jarang berbual kerana kesebokan, jadi bapanya terima saja. Tidak berminat melanjutkan perbualan, maka dibelikanlah sianak basikal generasi terbaru saat itu, dan yang paling canggih, plus dibelikan juga bola hitam dan bola putih.
Beberapa tahun kemudian si anak masuk ke darjah enam dan nak ambik UPSR Pada masa itu musim permainan kasut roda. Sekian lama pengasuh memperhatikan, si anak tak pernah pulak meminta dibelikan kasut roda daripada bapaknya. Waktu petang cuma duduk saja... tak suka main. Basikal yang dibelikan bapanyapun diletak di stor saja... sejak mula dibelikan.
Pengasuh si Hasanpun bertanya kepada si Hasan..
"Nak, kamu mau tak kalau bapak kamu belikan kamu kasut roda seperti kawan2 kamu? Mengapa tak bagi tau bapak kamu. Tentunya tak ada masalah kalau dia nak belikan kamu kasut roda..... kan dia banyak duit...". Lalu perkara itu dimaklumkan kepada bapa si Hasan oleh si pengasuh. Tetepi bila bapa Hasan tanya dia....
Si Hasan jawab "Tak payahlah pak, bola hitam dan bola putih sayapun sudah rosak...... kalau bapak ada duit belikan saja bola hitam bola putih buat pengganti bola Hasan yang lama. Lagipun harga bola tu lebih murah daripada kasut roda"
Bapa si Hasan agak geram juga dengan si Hasan kerana meremehkan perkara tu dan seolah-olah bapanya tak mampu nak belikan kasut roda. Oleh kerana sayangkan anaknya si bapa pun membelikan Hasan kasut roda, plus dibelikan juga bola hitam dan bola putih.
Selang setahun, si Hasan masuk ke sekplah menengah. Cerita yang sama terulang. Sekarang musim permainan rollerblade. Trend baru. Sementara pada petang hari, dia masih setia bersama kasut rodanya. Sewaktu Bapaknya pulang dari luar negara dan melihat anaknya saja yang pakai kasut roda, si bapa malu sangat. Gila....., rumah besar, kilang perusahaan banyak, keluar negara selalu... eeh anaknya ketinggalan zaman.
Besoknya, di bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar bapak dan Hasan tak malu dengan kawan2 Hasan".
Malamnya di ruang kerja bapanya ada nota balasan: "Bapak, mengapa tak belikan Hasan bola hitam dan bola putih? Aku lebih suka itu."
Si bapa sewaktu melihat nota itu merasa tambah pelik dan bingung. Apalah istimewanya bola hitam dan bola putih? Memang boleh menyebabkan dia syak yang anaknya tak berapa betul lagi.
Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 menemukann nota yang sama ............ hingga dia tidak tahan dan membelikan anaknya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.
Memang benar, setelah dapat bola, si Hasan tidak mendesak bapaknya lagi. Sewaktu berada di menengah atas, si Hasan masih lagi naik basikal ke sekolah, kawan2nya sudah ada yang bawa motor atau kereta ke sekolah.
Suatu hari, kebetulan bapanya ada di rumah, si Hasan balik ke rumah dihantar oleh kawannya dengan menaiki motosikal.
Bapainya malu sangat. Masakan anak yang cuma seorang tak mampu belikan kerata? Maka ditawarkanlah ke anaknya. Si Hasan menolak dengan alasan kereta kurang praktik, lagipun yang dia inginkan ialah bola hitam dan bola putih saja.
Si bapa tidak terima penolakan si Hasan. Kerana anaknya sudah besar, boleh berunding. Hingga tercetus keputusan si Hasan yang hanya mahu dibelikan motor plus bola hitam dan bola putih saja. Dan si bapa agak kesal. Sudah berapa tahun dia beberapa kali membelikan dua macam bola itu tanpa tahu kenapa. Tapi si Hasan tidak mahu memberitahu.
Hingga tibalah masa si Hasan masuk universiti. Kerana senang dan bangga anaknya masuk universiti, si Hasan dibelikan kereta sport. Sampai beberapa bulan si Hasan masih naik motor saja. Kuliah, malah datingpun naik motor saja. Girlprennya juga pelik, sebab Si Hasan ada kereta? Tetapi kerana sayangkan Si Hasan kekasihnya takmaulah bertanya, takut pulak dikata mata duitan.
Walaubagaimanapun Hasan ada bercerita kepada kekasihnya itu bahawa ayahnya tak sayangkan lagi kerana tak mahu membelikannya bola hitam bola putih lagi.
So, waktu makan malam bersama bapanya , si kekasih Hasanpun berceritalah dengan bapa si Hasan, "kenapa pakcik tak belikan bola hitam dan bola putih?".
Si bapa sebenarnya sensitif bila bercerita tentang bola itu.. huh.. sampaikan kekasih anaknya menyuruh dia membelikan bola hitam dan bola putih untuk si Hasan.
Si kekasih Hasan memberitahu, kereta yang dibelikan bapanya tidak akan dipakai selama tidak dibelikan bola hitam bola putih.
Bapanya semakin bingung, di bilik Hasan sudah begitu banyak bola hitam bola putih.
Buat apa fikir lagi..... kata hati bapa. Tapi demi sayang pada si Hasan, maka besoknya sudah ada bola hitam bola putih buat anaknya.
Suatu hari anaknya pergi ke Cameron Highland bawa kereta, bersama sama kekasihnya. Namanya anak muda, waktu dalam perjalanan si kekasih mencium pipi si Hasan. Si Hasan jadi gelabah tak keruan dan hilang kawalan memandu lalu berlakulah kemalangan di mana kereta yang dipandu masuk gaung.
Segera di bawa ke hospital oleh pegawai penyelamat. Si Hasan parah. sedangkan kekasih si Hasan meninggal dunia di tempat kejadian. Si bapa segera berkejar ke rumah sakit. Doktor menasihatkan bapanya supaya segera berjumpa si Hasan dan manfaatkan waktu terakhir.
Perlahan-lahan si bapa masuk, menghampiri anaknya.
"Pak, maafkan saya...... tak hati2 bawa kereta." dengan kata yang tersekat-sekat.
"Cuma kalau saya mati jangan lupa letakkan bola hitam bola putih di pusara" Suara Hasan perlahan dan matanya tidak berkedip.
"Nak, maafkan bapa selama ini yang selalu sibuk.. kamu jadi kesepian.. maafkan bapak nak. Tidak sempat jadi orang tua yang baik."
Si bapa rasa tiba masanya dia nak tau. " KENAPA SAN KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM DAN BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?"
( Anda juga nak taukan rahsia dan apa sebabnya? )
Si Hasan jawab dengan terpatah2 dan susah sekali nak berkata, habis sudah sekerat dan masanya sudah hampir sampai...
"Sebabnya pak... saya......." *****
Kepalanya terkulai dan nafasnya hilang. Si Hasan sudah meninggal sebelum memberitahu bapanya. Sehingga pertanyaan tidak pernah terjawab.
TUAN-PUAN YANG MEMBACA CERITA INI SEKALIAN.............
BAPA SI HASAN YANG SUDAH HIDUP BERSAMA HASAN BERPULUH TAHUNPUN TAK SEMPAT TAHU APA SEBABNYA APATAH LAGI SAYA YANG HANYA MENCERITAKAN KISAH INI.......MANA TAHU APA RAHSIA BOLA HITAM BOLA PUTIH ?

Apa kesudahan dan ERTI cerita ini buat kita:
1. Kenalilah anak-anak sebaiknya. Apalah kiranya berkongsi perasaan dengan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hanya persoalan bola hitam putih pun Si Ayah tidak terjawab. Jika soalan ditanya kepada kita sekalipun pastinya kita tiada jawapan kerana Si Ayah sewajarnya lebih mengenali anak sendiri, itu yang akan kita katakan.
2. Demikianlah juga dalam mengenali hati teman, ibu, bapa, ketua atau ‘anak buah’. Banyak persoalan yang tidak terjawab. Jadi, usahlah berteka-teki sehingga tiada berkesudahan. Kenali hati orang di sekeliling kita dan kita akan dapati mereka juga individu yang wajib dihormati dan disayangi.
3. Peruntukkanlah masa untuk mendengar orang lain. Ia penting untuk membantu diri muhasabah diri dan memperbetulkan diri. Hidup bukan sekadar mengejar masa untuk melakukan macam-macam perkara yang kita fikirkan patut buat. Bijak dalam menentukan keperluan dalam hidup bukan hanya mencari kehendak yang tiada penghujung. Hargai hidup yang singkat ini!!!
Salam sayang penuh keceriaan buat anda para pembaca.
Sekian.

Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
Tel: +603-6203 9501
Fax: +603-6201 2482
----------------------
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Sunday, March 23, 2008

Jumpa kembali....

Lama saya tidak menulis. Kekangan waktu dan sifat malas semulajadi membuatkan jari-jari ini berat untuk menulis. Insyaallah... selepas ini saya akan rajin2kan diri untuk membuat catatan...
Apa sahaja topik, terutamanya berkaitan motovasi dan pembangunan diri. Ke arah melahirkan modal insan berkualiti....