mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah buat semua pengunjung blog ini. Moga diampunkan semua dosa kita dalam tahun yang telah berlalu. Diharapkan tahun baru yang telah menjelma ini akan membawa seribu rahmah buat kita. Moga hidup kita akan lebih diberkati dan terus dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t

wassalam...

Tuesday, December 16, 2008

Check your handphone..ori tak????

Would you like to know if your mobile is original or not ?????
Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears.

Then check the 7th and 8th numbers:
1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no.
x x x x x x ? ? x x x x x x x

IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health.

....kalau dapat yg 13 tu..better buy the new one...hehehe.
Hphone Nokia yg aku yg beli kat CELCOM waktu promotion..bila check no. 02...so CELCOM pun jual yg China ye..Tipah tertipuuuuuuu...jaga kau CELCOM...hukshuksssss

Monday, December 15, 2008

IBADAH QURBAN DAN AQIQAH

Tolong dengar baik-baik noo. Ini semua ambil dari Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Shafi’iyyah, dan telah verify dengan Ulama Arab, Asia, Eropah dan Tuan Guru sendiri. Moga Allah Ta’ala terima InshaAllah. Dan moga tuan-puan amal molek-molek, InshaAllah.

Ok, sebelum apa-apa, first and foremost, tolong bersihkan our thoughts and opinions, “clean sheet” and please know that =
TIDAK ADA kena-mengena pun Aqiqah dan Qurban. Bukan macam DVD vs VCD, ataupun Toyota Camry vs Honda Accord, atau Nescafe vs Milo. Aqiqah ibadah lain, Qurban ibadah lain.
Qurban Pada Hari Raya Aidil Adha
  • QURBAN merujuk kepada ibadah menyembelih binatang ternakan pada Hari Raya Aidil Adha atau pada mana-mana tiga hari berikutnya (11, 12, 13 Zulhijjah i.e. hari-hari Tashrik)
  • Qurban ni Hadiah Allah KEPADA Ummat Manusia Allah. Jangan mengade-ngade pass daging korban kepada orang bukan Islam, sebab Haram.
  • Hukum Qurban ni = SUNNAT MU’AKKAD. Sapa mampu patut buat. Dalam mazhab Hanafi hukumnya Wajib. Just to tell you betapa petingnya Ibadah Qurban ni.
  • Adalah Sunnat bagi sesapa yang ingin berkorban agar TIDAK memotong rambutnya atau kukunya pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) sehinggalah setelah selesai sembelih binatang korban. Sapa buat, hukumnya MAKRUH.
  • Waktu korban bermula apabila matahari sudah naik selepas syuruk, cukup untuk waktu Solat Sunnat Aidil Adha. Kira sekitar jam 7:30am lah paling awal. Dan waktunya habis pada waktu Maghrib selepas 13 Zulhijjah.

SYARAT-SYARAT BINATANG KORBAN:

  • Hanya binatang-binatang berikut boleh korban = Unta (5 tahun atau lebih) , Lembu dan Kambing (semuanya 2 tahun atau lebih), Biri-biri (1 tahun atau lebih). Rusa, Landak, Katak dan Cicak semua tidak dibolehkan.
  • Satu ekor Unta atau Lembu boleh memberi TUJUH BAHAGIAN – maknanya boleh wakili korban tujuh orang.
  • Satu ekor kambing / biri-biri hanya boleh beri SATU BAHAGIAN aje.
    LEBIH AFDHAL sembelih satu ekor kambing / biri-biri daripada berkongsi bahagian-bahagian lembu/unta.
  • Binatang paling afdhal untuk korban ialah UNTA, lepas tu LEMBU, lepas tu BIRI-BIRI, lepas tu KAMBING.
  • Dari segi WARNA, BIRI-BIRI / KAMBING yang paling afdhal untuk disembelih adalah yang berwarna putih, lepas tu warna ala-ala brown, lepas tu hitam-putih / bintik-bintik, dan yang laaast skali ialah hitam.
  • Adalah wajib bagi binatang korban itu BEBAS dari segala cacat-cela yang memungkinkan kualiti dagingnya terjejas.
  • Adalah TIDAK SAH, dan kantoi mangkuk ayun kalau korban:
    o Binatang yang jalan kecok / tempang
    o Binatang yang buta ataupun satu-mata je
    o Binatang yang sakit ataupun demam – tapi kalau sikit-sikit je takpe
    o Binatang yang gila ataupun sewel ataupun ¾ disebabkan kurang malnutrisi ataupun memang sejak dia lahir pun memang gila.
    o Binatang yang ada penyakit kulit / kudis, dan benda-benda fizikal yang menjijikkan
    o Binatang yang hanya ada satu telinga je, satu lagi dah dipotong ntah sebab apa. TAPI kalau sikit-sikit tak mengapa / ataupun sejak lahir lagi dia takde telinga takpe.
    o Binatang yang tiba-tiba ada bahagian badannya YANG PATUT ADA ISI DAGING – tapi takde kat situ. Contohnya seekor lembu yang kawasan pehanya ada tulang je – tak sahlah korban. TAPI kalau sikit-sikit-sikit takpe.
  • Adalah SAH kalau korban binatang yang telinganya kena slit = tak potong habis; tanduknya patah – biar sebahagian atau sepenuhnya.
  • SAPA PATUT SEMBELIH
    o Adalah paling afdhal untuk sembelih sendiri binatang korban kita. Tapi kalau takut-takut tak pandai, ataupun menggeletar ala-ala demam malaria, maka boleh pass kat orang lain yang konfiden. Tapi paling kurang pun biarlah ada kat situ – tengok binatang tu masa kena korban.
  • NIAT QURBAN
    o Niat Qurban tu kena buat semasa waktu nak menyembelih.

PENGAGIHAN DAGING QURBAN
Oke, dengar baik-baik noo. Adalah SUNNAT agar:

  • SATU PER TIGA (1/3) Daging Qurban Dimakan
  • SATU PER TIGA (1/3) Daging Diberi Kepada Orang Lain Sebagai Hadiah – biarpun kepada orang kaya ataupun Tan Sri
  • SATU PER TIGA (1/3) Daging Di-SADAQAH-kan. Haaa…make sure daging tu untuk yang ni kena MENTAH, jangan masak pulak.
  • Janganlah buat lawak dengan memakan daging tu semua. Tak dapatlah pahala korban tuuu. Hanya dapat perut kenyang sahaja. Sembelihan tu tetap sah, tapi tujuan Qurban niat dia ialah untuk MENGAGIHKAN dan SHARING, bukan metekadarah.
  • Adalah WAJIB untuk pastikan agar sekurang-kurangnya sedikit DAGING itu (sikit pun takpe) sebagai SADAQAH. Bagi kat satu orang miskin pun takpe.
  • Kulit binatang itu bolehlah juga dihadiahkan / disadaqahkan atau pakai kat rumah buat karpet kat living room pun boleyyy.
  • Adalah HARAM untuk menjual daging atau kulit binatang korban.
  • Adalah HARAM bagi seseorang yang QURBAN kerana NAZAR untuk makan daging qurban tu.
  • Tamat sembang pasal korban.

AQIQAH

Ok, dah habis dah discuss pasal Qurban. Sekarang kita masuk topic AQIQAH pulak. Different ball game altogether. Tolong jangan kongpius antara QURBAN dan AQIQAH. Kalau pening kepala, rujuklah kepada orang yang berilmu, atau boleh masuk balik skolah.
Aqiqah

  • Lexically in the Arabic language, ‘AQIQAH ni bermakna rambut yang ada pada baby tu masa dia lahir.
  • Tapi dalam Hukum Syarak – ‘AQIQAH ni BERMAKNA menyembelih binatang sembelihan apabila rambut baby tu dah dicukur / dipotong.
  • Fadhilat Aqiqah ialah untuk tolak bala dan jauhkan anak kita dari malapetaka.
  • Hukum AQIQAH ialah SUNNAT MU’AKKAD.

PERKARA-PERKARA SUNNAT YANG PATUT KITA BUAT LEPAS ANAK KITA LAHIR

  • Bila baby lahir, laungkanlah azan ke telinga kanan, dan iqamah ke telinga kiri. Yang patut laungkan ialah bapa budak tu, bukan mana-mana tok-syeikh-tok-syeikh. BAPA BUDAK TU. Kemudian ada satu lagi kepercayaan karut – kalau baby perempuan pulak terbalik pulak – azan telinga kiri. Ni semua karut, so jangan ikut.
  • Adalah SUNNAT untuk mencukuri rambut anaknya PADA HARI KETUJUH. Cukur botak paling afdal. Jangan takut-takut lak. Baik laki mahupun pompuan cukur togel. Itulah yang paling afdal.
  • Kemudian berat rambut tu dinilaikan dalam berat harta EMAS ataupun PERAK yang sama / ataupun duit – kemudian SADAQAH diberikan kepada orang miskin.

SPEC BINATANG KORBAN

  • Kalau baby tu BOY – maka sembelih lah dua ekor SHAH. Kalau baby GIRL – sembelih satu ekor SHAH. Kalau dapat baby BOY tapi takde duit sangat – korban SATU EKOR SHAH tetap sah AQIQAH. Tapi sembelih 50 ekor ayam tak sah aqiqah.
  • SHAH ni maknanya KAMBING ATAU BIRI-BIRI SAHAJA. Kerbau tak boleh, Rusa tak boleh. SHAAAAAAAH. Kambing / Biri-biri. Dia kena satu binatang full / bukan ikut bahagian-bahagian macam korban. Orang yang patut sembelih ialah orang yang menanggung budak tu. Maknanya BAPA-lah. Kalau tak pandai, boleh belajar. In English = The person called-upon to slaughter for a newborn is the one obliged to support the child.


RESIPI MASAKAN DAGING AQIQAH

  • Daging Aqiqah ni dimasak dalam gulai / kuah yang manis-manis ala-ala macam kuzi. Janganlah masak dalam budu, masak asam pedas, atau masak sate. Sah tetap sah, tapi tak cantik.
  • Tulang-belulang binatang tu janganlah dipatah-patahkan / dipotong-potongkan. Potonglah di sendi binatang tu.
  • Berikanlah daging aqiqah yang dah dimasakkan tu kepada orang-orang miskin. Tapi makan lah juga sket, kita sket, famili sket, kengkawan sket, orang miskin main portion.

MEMBERI NAMA

  • Adalah Sunnah untuk beri anak kita nama yang BAIK seperti MUHAMMAD, ABDURRAHMAAN, KHADIJAH DAN ASIAH. Kalau anak mati juga patut berikan nama kepadanya.
  • It is Sunnah for a new Muslim to take a good name like the above, or one of the names of the Prophets Alayhissaalaam.

    MOGA MANFAAT INSHA-ALLAH.
    Belajar – Amal – Sampaikan Kepada Orang Lain

    JazakallahuKhaira.

Tuesday, December 9, 2008

Perihal Banjir Dulu dan Sekarang

A Kadir Jasin

KUALA Terengganu banjir. Maka bergegaslah pasukan penyelamat dan bantuan dengan kelengkapan canggih mereka.Media massa pun menguar-uarkan pelbagai sudut kejadian alam itu. Maka termaklumlah seluruh negara.Tanah runtuh di Ulu Klang. Empat orang mati tertimbus. Beberapa buah rumah mewah musnah.Maka bergegaslah pasukan penyelamat dan bantuan dengan kelengkapan canggih mereka.Media massa pun menguar-uarkan pelbagai sudut kejadian alam itu. Apatah lagi bila antara mangsa adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri. Maka termaklumlah seluruh negara.Banjir bukan kejadian baru. Tanah runtuh pun begitu. Tetapi ada beza antara banjir sekarang dengan banjir dahulu. Banjir hari ini riuh satu negeri. Banjir dahulu tidak siapa pun peduli.Saya membesar pada ketika banjir bukan tajuk berita atau satu mala petaka. Ia adalah kejadian biasa, putaran masa.Maka tidaklah nampak polis dan tentera, penyelamat dan pelapor media massa. Kalau nampak pun polis dan tentera, ia hanyalah kebetulan. Mereka mengambil kesempatan daripada air bah untuk memburu pengganas di hutan rimba.Buat satu jangka masa yang agak lama, kampung saya dikategorikan kawasan hitam atau “black area” iaitu kawasan yang diancam pengganas komunis.Tetapi hari ini, ramai yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa beribu anggota tentera dan polis dari Malaya dan negara-negara Komanwel terkorban melawan pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya.Banjir datang dan pergi. Ia tidak lebih daripada putaran masa. Musim datang dan pergi. Sawah dan dusun tenggelam. Sekali sekala, orang yang tidak tahu atau alpa menjadi mangsa. Itu pun tidak dihebohkan atau menjadi tajuk berita.Pada waktu itu, kita sentiasa bersedia. Kita tahu banjir tetap berlaku dan kita tahu bila ia akan tiba. Rumah kita tinggi tiangnya. Kalau empat lima kaki banjir belum apa-apa.Di bawah rumah ada perahu. Pada musim kemarau kita tambat di sungai atau kita terbalikkan di bawah rumah atau di bangsal bersama basikal buruk dan kelengkapan bendang.Bila banjir, kita berdayung ke hulu hilir memancing, menjala, menahan lukah, memberi makan kerbau dan lembu di banggol atau mencari itik yang dihanyutkan arus.Kita tidak ada pegawai kaji cuaca atau Jawatankuasa Bencana Alam. Daripada hujan yang mencurah dan deras air yang mengalir, kita sudah dapat mengagak bila banjir akan melanda dan kecil atau besarnya. Kita sentiasa bersiap sedia.Dua, tiga hari banjir bermula, ikan keli, belida (ikan selat kata orang Kedah) dan puyu (betuk) mudah dikail. Selepas itu tidak makan lagi kerana kenyang makan cacing yang tenggelam banjir.Bila air surut, makan semula kerana lapar. Waktu itulah paling baik menahan joran berumpankan akan puyu atau sepat bagi menangkap ikan haruan.Rumah saya di pinggir Sungai Pendang tinggi tiangnya. Lepas kepala orang dewasa. Bila berlaku banjir, kami tidak perlu berpindah ke mana-mana.Kalau berpindah pun ke mana? Tidak ada dewan sekolah atau dewan orang ramai. Jadi masing-masinglah jaga diri, jaga ayam itik, kerbau, lembu dan kambing.Musim banjir bawa tragedi. Tetapi ia juga membawa rezeki. Ikan dan burung mudah diperangkap. Selepas banjir sawah dan kebun subur semula.Waktu malam, bersenjatakan lampu picit enam bateri dan jala yang dipanggil “tebah” saya dan tok wan saya, Haji Hassan , akan meredah banjir untuk ke banggol.Banggol adalah tanah tinggi di padang ragut yang tidak ditenggelami banjir di mana kerbau lembu menyelamatkan diri. Pada waktu malam, banyak burung kembara tidur di situ.Sekarang, setiap kali banjir ramailah penduduk pinggir Sungai Pendang yang riuh rendah dan hingar bingar berpindah.Bukan kerana Sungai Pendang lebih mengganas. Malah ia telah dijinakkan oleh projek perairan Muda hampir 40 tahun lalu.Mereka berpindah kerana rumah kayu bertiang tinggi telah digantikan dengan rumah batu tidak bertiang. Sekaki dua naik air, tenggelamlah ia. Perahu sudah digantikan kereta dan motosikal. Anak-anak tidak lagi pandai meredah banjir dan menangkap ikan keli dan puyu.Maka banjir yang dulunya bukan cerita dan berita, hari ini dianggap mala petaka dan menjadi bahan muka depan serta waktu meminta dan memberi bantuan.Rumah orang tua saya di kampung masih bertiang tinggi walaupun di bawahnya tidak lagi disimpan kerbau atau kelengkapan sawah. Sudah dijadikan dapur dan bilik tidur. Tetapi kalau banjir besar, ayah dan ibu saya masih ada atas rumah untuk berlindung.Musim banjir adalah musim bahagia bagi saya dan budak-budak kampung yang sebaya. Ada alasan untuk tidak ke sekolah dan boleh memancing dan menjerat burung sepanjang hari dan sesuka hati.Risikonya ada. Tetapi, umpama kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Ular, yang berbisa dan tidak berbisa, ada merata-rata. Mereka juga lari dari banjir mencari tempat selamat.Pada satu musim banjir, Allahyarhamah nenek saya, Hajah Putih, dipatuk ular tedung yang bersembunyi di dalam guri tempat dia menyimpan beras. Nenek menyeluk untuk mengambil beras dan dipatuk.Nasib baik dia sempat dibawa ke hospital di Alor Setar dan diberikan suntikan “anti venom” bagi melawan racun ular itu. Demikian hukum Tuhan. Penawar bisa adalah bisa juga.Dulu pun ada tanah runtuh. Tetapi orang tidak riuh. Mereka tahu risikonya dan mereka pula adalah orang biasa yang memugar tanah untuk dijadikan kebun dan dusun.Rumah mereka dari bahan-bahan rimba. Mereka bukan Tan Sri atau orang bernama. Jadi kalau ditimbus tanah runtuh pun, tidaklah riuh, tidaklah heboh.Menteri pun tidaklah bergegas datang atau membuat janji tidak membenarkan rumah di lereng bukit lagi. Itulah janji yang kita dengar berulang kali apabila berlaku tragedi.Jadi saya pun tidaklah berapa peduli kalau ada banglo (daripada perkataan Gujerat yang bermaksud rumah satu tingkat) yang ditelan bumi dan orang mati kerana berumah di lereng bukit adalah “vogue” bagi orang yang berduit.Ibarat kata orang tua-tua, kalau takut dilanda badai jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut ditimbus tanah, di lereng bukit jangan berumah.Nota Kaki: Terima kasih atas perbahasan hangat isu sistem sekolah satu aliran. Teruslah berbahas. Kita tidak boleh biarkan isu sepenting ini mati apatah lagi mati tanpa kubur.
Posted by A KADIR JASIN at 3:43 PM 21 comments

Harapan Kepada Sekolah Satu Aliran

SUASANA paling unggul bagi mewujudkan generasi baru yang berjiwa Malaysia adalah dengan setiap kanak-kanak, tanpa mengira agama, bangsa, status sosial dan lokasi, belajar dalam satu darjah yang sama, menggunakan bahasa pengantar yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama.Di penghujung sistem itu kita melahirkan lulusan, sama ada di peringkat sekolah atau universiti, yang berjiwa Malaysia, yang mahir berbahasa Melayu dan Inggeris serta mampu menguasai bahasa ketiga daripada salah satu bahasa ibunda.Ini bukan impian atau mimpi. Keunggulan ini sudah pun difikirkan dan dijelmakan dalam bentuk laporan serta perakuan sejak sebelum merdeka lagi.Tetapi malang seribu malang, akibat sentimen perkauman, cauvinisme, kepentingan politik jangka pendek dan penafian sejarah, keunggulan ini tenggelam. Yang lahir adalah polarisasi dan pertelingkahan yang berpanjangan.Maka tidak hairanlah Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir, dikutuk dan dituduh menghasut oleh pelbagai pihak apabila beliau menyarankan penyatuan sistem persekolahan menjadi satu sistem tunggal.[Memandangkan keunikan tajuk ini, saya memohon kerjasama semua pembahas agar berhujah dengan berhemah, rasional dan tanpa emosi perkauman yang keterlaluan.Ulasan menggunakan “anonymous” tidak akan disiarkan.]Mukhriz secara ringkasnya mencadangkan sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya.Hatta pembesar-pembesar Umno sendiri seperti Mohd Najib Abdul Razak dan Hishammuddin Hussein, mengherdik beliau serta menolak cadangan itu tanpa sebarang artikulasi bernas.Ini tidak langsung menghairankan saya. Mohd Najib terkenal dengan politik main selamat manakala sepupunya Hishammudin pula tidak mahu dituduh memihak dalam pertandingan Ketua Pemuda dengan menyokong cadangan Mukhriz.Mukhriz, Khairi Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda) dan Dr Mohd Khir Toyo (Ketua Pembangkang DUN Selangor) adalah calon Ketua Pemuda.Benar kata pepatah, hanya mutu mengenal manikam. Manakala pembesar politik pelbagai kaum yang cauvinis atau pengecut mengecam saranan Mukhriz itu, cendekiawan dan sejarawan menerimanya sebagai satu kebetulan.Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dipetik oleh Utusan Malaysia pada 2 Disember sebagai berkata bahawa cadangan Mukhriz itu sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950).Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berpendapat cadangan itu bukan sesuatu yang baru dan pelaksanaannya dapat mengeratkan perpaduan kaum.“Cadangan itu sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956,” katanya.Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli politik negara ini.Dalam banyak hal, sistem sekolah kebangsaan ada hasil laporan Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950. Laporan itu memperakukan agar semua sekolah yang ada di Malaya pada waktu itu diubah menjadi sekolah kebangsaan, dengan murid daripada pelbagai kaum diajar melalui perantaraan bahasa Melayu dan Inggeris.Prof Dr Abdullah Hassan (Fakulti Bahasa-Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam rencana bertajuk “One Hundred Years of of Language Planning in Malaysia – Looking Ahead to the Future ” antara lain, menulis:“As such, the Barnes' Report (1950) made a radical recommendation that all existing schools should be transformed into national schools in which children of the various ethnic groups would be taught through the medium of Malay and English.”Ramai pengkaji sejarah berpendapat bahawa cadangan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi batu asas dasar pendidikan moden Malaysia adalah jauh lebih lemah daripada cadangan Jawatankuasa Barnes sepanjang mengenai integrasi dan status bahasa Melayu.Mungkin masanya sudah tiba bagi pendidik dan cendekiawan sekali lagi mengambil alih agenda pendidikan dan bahasa ini seperti yang dilakukan oleh pejuang bahasa pada tahun 1960-an.Tidak guna kita mengekalkan sistem yang ada sekarang semata-mata kerana cauvinisme politik sedangkan sistem pendidikan kita hambar dengan pelajar pelbagai kaum yang tebal perkauman serta lemah dalam semua bahasa yang kononnya diperjuangkan.Saya yakin sistem satu aliran ini boleh dilaksanakan dengan lebih berjaya daripada sistem yang ada sekarang jika kita memenuhi syarat-syarat berikut:1. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Melayu kerana walaupun bahasa Melayu semakin luas digunakan, mutunya semakin buruk;2. Untuk menjadi bahasa pengantara tunggal, penguasaan bahasa itu di kalangan guru dan pensyarah wajib dipertingkatkan;3. Semua guru dan pensyarah wajib mahir bahasa Melayu dan Inggeris. Latihan guru dan penganugerahan diploma pendidikan wajib atas dasar dwi-bahasa;4. Semua guru wajib boleh mengajar dalam dua bahasa – Melayu dan Inggeris;5. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil supaya boleh menjadi bahasa ibunda yang mantap bagi pelajar Cina dan India, serta bahasa pilihan bagi murid Bumiputera;6. Membuka semua institusi pengajian kepada semua kaum, sama ada secara penuh atau melalui kuota; dan7. Memperbanyakkan program perpaduan serta disiplin seperti Khidmat Negara bagi membolehkan pelajar dan remaja pelbagai kaum bergaul dengan lebih berkesan.Kita tidak boleh lagi menyerahkan isu sepenting pendidikan semata-mata kepada pembesar politik yang kita sendiri akui semakin hari semakin lemah daya pemikiran, artikulasi dan komitmen mereka kepada perpaduan nasional.Cauvinisme dan pertimbangan jangka pendek politik tidak boleh menjamin kelangsungan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum yang bersatu padu.

Friday, December 5, 2008

Awas Pinggan Mangkuk Diperbuat Campuran Tulang Babi

Oleh MSO

PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog.
Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu.
Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan modern.
Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.
"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya.
Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap.
Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur.
Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu. Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan mendapatkan kami.
Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!
Selepas meninggalkan tempatan itu ingatan serta merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!
Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggang itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.
Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya.
Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan aqidah kita. [wm.kl 12:15 t/hari 05/12/08]