mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah buat semua pengunjung blog ini. Moga diampunkan semua dosa kita dalam tahun yang telah berlalu. Diharapkan tahun baru yang telah menjelma ini akan membawa seribu rahmah buat kita. Moga hidup kita akan lebih diberkati dan terus dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t

wassalam...

Tuesday, December 16, 2008

Check your handphone..ori tak????

Would you like to know if your mobile is original or not ?????
Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears.

Then check the 7th and 8th numbers:
1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no.
x x x x x x ? ? x x x x x x x

IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health.

....kalau dapat yg 13 tu..better buy the new one...hehehe.
Hphone Nokia yg aku yg beli kat CELCOM waktu promotion..bila check no. 02...so CELCOM pun jual yg China ye..Tipah tertipuuuuuuu...jaga kau CELCOM...hukshuksssss

Monday, December 15, 2008

IBADAH QURBAN DAN AQIQAH

Tolong dengar baik-baik noo. Ini semua ambil dari Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Shafi’iyyah, dan telah verify dengan Ulama Arab, Asia, Eropah dan Tuan Guru sendiri. Moga Allah Ta’ala terima InshaAllah. Dan moga tuan-puan amal molek-molek, InshaAllah.

Ok, sebelum apa-apa, first and foremost, tolong bersihkan our thoughts and opinions, “clean sheet” and please know that =
TIDAK ADA kena-mengena pun Aqiqah dan Qurban. Bukan macam DVD vs VCD, ataupun Toyota Camry vs Honda Accord, atau Nescafe vs Milo. Aqiqah ibadah lain, Qurban ibadah lain.
Qurban Pada Hari Raya Aidil Adha
  • QURBAN merujuk kepada ibadah menyembelih binatang ternakan pada Hari Raya Aidil Adha atau pada mana-mana tiga hari berikutnya (11, 12, 13 Zulhijjah i.e. hari-hari Tashrik)
  • Qurban ni Hadiah Allah KEPADA Ummat Manusia Allah. Jangan mengade-ngade pass daging korban kepada orang bukan Islam, sebab Haram.
  • Hukum Qurban ni = SUNNAT MU’AKKAD. Sapa mampu patut buat. Dalam mazhab Hanafi hukumnya Wajib. Just to tell you betapa petingnya Ibadah Qurban ni.
  • Adalah Sunnat bagi sesapa yang ingin berkorban agar TIDAK memotong rambutnya atau kukunya pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) sehinggalah setelah selesai sembelih binatang korban. Sapa buat, hukumnya MAKRUH.
  • Waktu korban bermula apabila matahari sudah naik selepas syuruk, cukup untuk waktu Solat Sunnat Aidil Adha. Kira sekitar jam 7:30am lah paling awal. Dan waktunya habis pada waktu Maghrib selepas 13 Zulhijjah.

SYARAT-SYARAT BINATANG KORBAN:

  • Hanya binatang-binatang berikut boleh korban = Unta (5 tahun atau lebih) , Lembu dan Kambing (semuanya 2 tahun atau lebih), Biri-biri (1 tahun atau lebih). Rusa, Landak, Katak dan Cicak semua tidak dibolehkan.
  • Satu ekor Unta atau Lembu boleh memberi TUJUH BAHAGIAN – maknanya boleh wakili korban tujuh orang.
  • Satu ekor kambing / biri-biri hanya boleh beri SATU BAHAGIAN aje.
    LEBIH AFDHAL sembelih satu ekor kambing / biri-biri daripada berkongsi bahagian-bahagian lembu/unta.
  • Binatang paling afdhal untuk korban ialah UNTA, lepas tu LEMBU, lepas tu BIRI-BIRI, lepas tu KAMBING.
  • Dari segi WARNA, BIRI-BIRI / KAMBING yang paling afdhal untuk disembelih adalah yang berwarna putih, lepas tu warna ala-ala brown, lepas tu hitam-putih / bintik-bintik, dan yang laaast skali ialah hitam.
  • Adalah wajib bagi binatang korban itu BEBAS dari segala cacat-cela yang memungkinkan kualiti dagingnya terjejas.
  • Adalah TIDAK SAH, dan kantoi mangkuk ayun kalau korban:
    o Binatang yang jalan kecok / tempang
    o Binatang yang buta ataupun satu-mata je
    o Binatang yang sakit ataupun demam – tapi kalau sikit-sikit je takpe
    o Binatang yang gila ataupun sewel ataupun ¾ disebabkan kurang malnutrisi ataupun memang sejak dia lahir pun memang gila.
    o Binatang yang ada penyakit kulit / kudis, dan benda-benda fizikal yang menjijikkan
    o Binatang yang hanya ada satu telinga je, satu lagi dah dipotong ntah sebab apa. TAPI kalau sikit-sikit tak mengapa / ataupun sejak lahir lagi dia takde telinga takpe.
    o Binatang yang tiba-tiba ada bahagian badannya YANG PATUT ADA ISI DAGING – tapi takde kat situ. Contohnya seekor lembu yang kawasan pehanya ada tulang je – tak sahlah korban. TAPI kalau sikit-sikit-sikit takpe.
  • Adalah SAH kalau korban binatang yang telinganya kena slit = tak potong habis; tanduknya patah – biar sebahagian atau sepenuhnya.
  • SAPA PATUT SEMBELIH
    o Adalah paling afdhal untuk sembelih sendiri binatang korban kita. Tapi kalau takut-takut tak pandai, ataupun menggeletar ala-ala demam malaria, maka boleh pass kat orang lain yang konfiden. Tapi paling kurang pun biarlah ada kat situ – tengok binatang tu masa kena korban.
  • NIAT QURBAN
    o Niat Qurban tu kena buat semasa waktu nak menyembelih.

PENGAGIHAN DAGING QURBAN
Oke, dengar baik-baik noo. Adalah SUNNAT agar:

  • SATU PER TIGA (1/3) Daging Qurban Dimakan
  • SATU PER TIGA (1/3) Daging Diberi Kepada Orang Lain Sebagai Hadiah – biarpun kepada orang kaya ataupun Tan Sri
  • SATU PER TIGA (1/3) Daging Di-SADAQAH-kan. Haaa…make sure daging tu untuk yang ni kena MENTAH, jangan masak pulak.
  • Janganlah buat lawak dengan memakan daging tu semua. Tak dapatlah pahala korban tuuu. Hanya dapat perut kenyang sahaja. Sembelihan tu tetap sah, tapi tujuan Qurban niat dia ialah untuk MENGAGIHKAN dan SHARING, bukan metekadarah.
  • Adalah WAJIB untuk pastikan agar sekurang-kurangnya sedikit DAGING itu (sikit pun takpe) sebagai SADAQAH. Bagi kat satu orang miskin pun takpe.
  • Kulit binatang itu bolehlah juga dihadiahkan / disadaqahkan atau pakai kat rumah buat karpet kat living room pun boleyyy.
  • Adalah HARAM untuk menjual daging atau kulit binatang korban.
  • Adalah HARAM bagi seseorang yang QURBAN kerana NAZAR untuk makan daging qurban tu.
  • Tamat sembang pasal korban.

AQIQAH

Ok, dah habis dah discuss pasal Qurban. Sekarang kita masuk topic AQIQAH pulak. Different ball game altogether. Tolong jangan kongpius antara QURBAN dan AQIQAH. Kalau pening kepala, rujuklah kepada orang yang berilmu, atau boleh masuk balik skolah.
Aqiqah

  • Lexically in the Arabic language, ‘AQIQAH ni bermakna rambut yang ada pada baby tu masa dia lahir.
  • Tapi dalam Hukum Syarak – ‘AQIQAH ni BERMAKNA menyembelih binatang sembelihan apabila rambut baby tu dah dicukur / dipotong.
  • Fadhilat Aqiqah ialah untuk tolak bala dan jauhkan anak kita dari malapetaka.
  • Hukum AQIQAH ialah SUNNAT MU’AKKAD.

PERKARA-PERKARA SUNNAT YANG PATUT KITA BUAT LEPAS ANAK KITA LAHIR

  • Bila baby lahir, laungkanlah azan ke telinga kanan, dan iqamah ke telinga kiri. Yang patut laungkan ialah bapa budak tu, bukan mana-mana tok-syeikh-tok-syeikh. BAPA BUDAK TU. Kemudian ada satu lagi kepercayaan karut – kalau baby perempuan pulak terbalik pulak – azan telinga kiri. Ni semua karut, so jangan ikut.
  • Adalah SUNNAT untuk mencukuri rambut anaknya PADA HARI KETUJUH. Cukur botak paling afdal. Jangan takut-takut lak. Baik laki mahupun pompuan cukur togel. Itulah yang paling afdal.
  • Kemudian berat rambut tu dinilaikan dalam berat harta EMAS ataupun PERAK yang sama / ataupun duit – kemudian SADAQAH diberikan kepada orang miskin.

SPEC BINATANG KORBAN

  • Kalau baby tu BOY – maka sembelih lah dua ekor SHAH. Kalau baby GIRL – sembelih satu ekor SHAH. Kalau dapat baby BOY tapi takde duit sangat – korban SATU EKOR SHAH tetap sah AQIQAH. Tapi sembelih 50 ekor ayam tak sah aqiqah.
  • SHAH ni maknanya KAMBING ATAU BIRI-BIRI SAHAJA. Kerbau tak boleh, Rusa tak boleh. SHAAAAAAAH. Kambing / Biri-biri. Dia kena satu binatang full / bukan ikut bahagian-bahagian macam korban. Orang yang patut sembelih ialah orang yang menanggung budak tu. Maknanya BAPA-lah. Kalau tak pandai, boleh belajar. In English = The person called-upon to slaughter for a newborn is the one obliged to support the child.


RESIPI MASAKAN DAGING AQIQAH

  • Daging Aqiqah ni dimasak dalam gulai / kuah yang manis-manis ala-ala macam kuzi. Janganlah masak dalam budu, masak asam pedas, atau masak sate. Sah tetap sah, tapi tak cantik.
  • Tulang-belulang binatang tu janganlah dipatah-patahkan / dipotong-potongkan. Potonglah di sendi binatang tu.
  • Berikanlah daging aqiqah yang dah dimasakkan tu kepada orang-orang miskin. Tapi makan lah juga sket, kita sket, famili sket, kengkawan sket, orang miskin main portion.

MEMBERI NAMA

  • Adalah Sunnah untuk beri anak kita nama yang BAIK seperti MUHAMMAD, ABDURRAHMAAN, KHADIJAH DAN ASIAH. Kalau anak mati juga patut berikan nama kepadanya.
  • It is Sunnah for a new Muslim to take a good name like the above, or one of the names of the Prophets Alayhissaalaam.

    MOGA MANFAAT INSHA-ALLAH.
    Belajar – Amal – Sampaikan Kepada Orang Lain

    JazakallahuKhaira.

Tuesday, December 9, 2008

Perihal Banjir Dulu dan Sekarang

A Kadir Jasin

KUALA Terengganu banjir. Maka bergegaslah pasukan penyelamat dan bantuan dengan kelengkapan canggih mereka.Media massa pun menguar-uarkan pelbagai sudut kejadian alam itu. Maka termaklumlah seluruh negara.Tanah runtuh di Ulu Klang. Empat orang mati tertimbus. Beberapa buah rumah mewah musnah.Maka bergegaslah pasukan penyelamat dan bantuan dengan kelengkapan canggih mereka.Media massa pun menguar-uarkan pelbagai sudut kejadian alam itu. Apatah lagi bila antara mangsa adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri. Maka termaklumlah seluruh negara.Banjir bukan kejadian baru. Tanah runtuh pun begitu. Tetapi ada beza antara banjir sekarang dengan banjir dahulu. Banjir hari ini riuh satu negeri. Banjir dahulu tidak siapa pun peduli.Saya membesar pada ketika banjir bukan tajuk berita atau satu mala petaka. Ia adalah kejadian biasa, putaran masa.Maka tidaklah nampak polis dan tentera, penyelamat dan pelapor media massa. Kalau nampak pun polis dan tentera, ia hanyalah kebetulan. Mereka mengambil kesempatan daripada air bah untuk memburu pengganas di hutan rimba.Buat satu jangka masa yang agak lama, kampung saya dikategorikan kawasan hitam atau “black area” iaitu kawasan yang diancam pengganas komunis.Tetapi hari ini, ramai yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa beribu anggota tentera dan polis dari Malaya dan negara-negara Komanwel terkorban melawan pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya.Banjir datang dan pergi. Ia tidak lebih daripada putaran masa. Musim datang dan pergi. Sawah dan dusun tenggelam. Sekali sekala, orang yang tidak tahu atau alpa menjadi mangsa. Itu pun tidak dihebohkan atau menjadi tajuk berita.Pada waktu itu, kita sentiasa bersedia. Kita tahu banjir tetap berlaku dan kita tahu bila ia akan tiba. Rumah kita tinggi tiangnya. Kalau empat lima kaki banjir belum apa-apa.Di bawah rumah ada perahu. Pada musim kemarau kita tambat di sungai atau kita terbalikkan di bawah rumah atau di bangsal bersama basikal buruk dan kelengkapan bendang.Bila banjir, kita berdayung ke hulu hilir memancing, menjala, menahan lukah, memberi makan kerbau dan lembu di banggol atau mencari itik yang dihanyutkan arus.Kita tidak ada pegawai kaji cuaca atau Jawatankuasa Bencana Alam. Daripada hujan yang mencurah dan deras air yang mengalir, kita sudah dapat mengagak bila banjir akan melanda dan kecil atau besarnya. Kita sentiasa bersiap sedia.Dua, tiga hari banjir bermula, ikan keli, belida (ikan selat kata orang Kedah) dan puyu (betuk) mudah dikail. Selepas itu tidak makan lagi kerana kenyang makan cacing yang tenggelam banjir.Bila air surut, makan semula kerana lapar. Waktu itulah paling baik menahan joran berumpankan akan puyu atau sepat bagi menangkap ikan haruan.Rumah saya di pinggir Sungai Pendang tinggi tiangnya. Lepas kepala orang dewasa. Bila berlaku banjir, kami tidak perlu berpindah ke mana-mana.Kalau berpindah pun ke mana? Tidak ada dewan sekolah atau dewan orang ramai. Jadi masing-masinglah jaga diri, jaga ayam itik, kerbau, lembu dan kambing.Musim banjir bawa tragedi. Tetapi ia juga membawa rezeki. Ikan dan burung mudah diperangkap. Selepas banjir sawah dan kebun subur semula.Waktu malam, bersenjatakan lampu picit enam bateri dan jala yang dipanggil “tebah” saya dan tok wan saya, Haji Hassan , akan meredah banjir untuk ke banggol.Banggol adalah tanah tinggi di padang ragut yang tidak ditenggelami banjir di mana kerbau lembu menyelamatkan diri. Pada waktu malam, banyak burung kembara tidur di situ.Sekarang, setiap kali banjir ramailah penduduk pinggir Sungai Pendang yang riuh rendah dan hingar bingar berpindah.Bukan kerana Sungai Pendang lebih mengganas. Malah ia telah dijinakkan oleh projek perairan Muda hampir 40 tahun lalu.Mereka berpindah kerana rumah kayu bertiang tinggi telah digantikan dengan rumah batu tidak bertiang. Sekaki dua naik air, tenggelamlah ia. Perahu sudah digantikan kereta dan motosikal. Anak-anak tidak lagi pandai meredah banjir dan menangkap ikan keli dan puyu.Maka banjir yang dulunya bukan cerita dan berita, hari ini dianggap mala petaka dan menjadi bahan muka depan serta waktu meminta dan memberi bantuan.Rumah orang tua saya di kampung masih bertiang tinggi walaupun di bawahnya tidak lagi disimpan kerbau atau kelengkapan sawah. Sudah dijadikan dapur dan bilik tidur. Tetapi kalau banjir besar, ayah dan ibu saya masih ada atas rumah untuk berlindung.Musim banjir adalah musim bahagia bagi saya dan budak-budak kampung yang sebaya. Ada alasan untuk tidak ke sekolah dan boleh memancing dan menjerat burung sepanjang hari dan sesuka hati.Risikonya ada. Tetapi, umpama kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Ular, yang berbisa dan tidak berbisa, ada merata-rata. Mereka juga lari dari banjir mencari tempat selamat.Pada satu musim banjir, Allahyarhamah nenek saya, Hajah Putih, dipatuk ular tedung yang bersembunyi di dalam guri tempat dia menyimpan beras. Nenek menyeluk untuk mengambil beras dan dipatuk.Nasib baik dia sempat dibawa ke hospital di Alor Setar dan diberikan suntikan “anti venom” bagi melawan racun ular itu. Demikian hukum Tuhan. Penawar bisa adalah bisa juga.Dulu pun ada tanah runtuh. Tetapi orang tidak riuh. Mereka tahu risikonya dan mereka pula adalah orang biasa yang memugar tanah untuk dijadikan kebun dan dusun.Rumah mereka dari bahan-bahan rimba. Mereka bukan Tan Sri atau orang bernama. Jadi kalau ditimbus tanah runtuh pun, tidaklah riuh, tidaklah heboh.Menteri pun tidaklah bergegas datang atau membuat janji tidak membenarkan rumah di lereng bukit lagi. Itulah janji yang kita dengar berulang kali apabila berlaku tragedi.Jadi saya pun tidaklah berapa peduli kalau ada banglo (daripada perkataan Gujerat yang bermaksud rumah satu tingkat) yang ditelan bumi dan orang mati kerana berumah di lereng bukit adalah “vogue” bagi orang yang berduit.Ibarat kata orang tua-tua, kalau takut dilanda badai jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut ditimbus tanah, di lereng bukit jangan berumah.Nota Kaki: Terima kasih atas perbahasan hangat isu sistem sekolah satu aliran. Teruslah berbahas. Kita tidak boleh biarkan isu sepenting ini mati apatah lagi mati tanpa kubur.
Posted by A KADIR JASIN at 3:43 PM 21 comments

Harapan Kepada Sekolah Satu Aliran

SUASANA paling unggul bagi mewujudkan generasi baru yang berjiwa Malaysia adalah dengan setiap kanak-kanak, tanpa mengira agama, bangsa, status sosial dan lokasi, belajar dalam satu darjah yang sama, menggunakan bahasa pengantar yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama.Di penghujung sistem itu kita melahirkan lulusan, sama ada di peringkat sekolah atau universiti, yang berjiwa Malaysia, yang mahir berbahasa Melayu dan Inggeris serta mampu menguasai bahasa ketiga daripada salah satu bahasa ibunda.Ini bukan impian atau mimpi. Keunggulan ini sudah pun difikirkan dan dijelmakan dalam bentuk laporan serta perakuan sejak sebelum merdeka lagi.Tetapi malang seribu malang, akibat sentimen perkauman, cauvinisme, kepentingan politik jangka pendek dan penafian sejarah, keunggulan ini tenggelam. Yang lahir adalah polarisasi dan pertelingkahan yang berpanjangan.Maka tidak hairanlah Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir, dikutuk dan dituduh menghasut oleh pelbagai pihak apabila beliau menyarankan penyatuan sistem persekolahan menjadi satu sistem tunggal.[Memandangkan keunikan tajuk ini, saya memohon kerjasama semua pembahas agar berhujah dengan berhemah, rasional dan tanpa emosi perkauman yang keterlaluan.Ulasan menggunakan “anonymous” tidak akan disiarkan.]Mukhriz secara ringkasnya mencadangkan sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya.Hatta pembesar-pembesar Umno sendiri seperti Mohd Najib Abdul Razak dan Hishammuddin Hussein, mengherdik beliau serta menolak cadangan itu tanpa sebarang artikulasi bernas.Ini tidak langsung menghairankan saya. Mohd Najib terkenal dengan politik main selamat manakala sepupunya Hishammudin pula tidak mahu dituduh memihak dalam pertandingan Ketua Pemuda dengan menyokong cadangan Mukhriz.Mukhriz, Khairi Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda) dan Dr Mohd Khir Toyo (Ketua Pembangkang DUN Selangor) adalah calon Ketua Pemuda.Benar kata pepatah, hanya mutu mengenal manikam. Manakala pembesar politik pelbagai kaum yang cauvinis atau pengecut mengecam saranan Mukhriz itu, cendekiawan dan sejarawan menerimanya sebagai satu kebetulan.Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dipetik oleh Utusan Malaysia pada 2 Disember sebagai berkata bahawa cadangan Mukhriz itu sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950).Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berpendapat cadangan itu bukan sesuatu yang baru dan pelaksanaannya dapat mengeratkan perpaduan kaum.“Cadangan itu sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956,” katanya.Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli politik negara ini.Dalam banyak hal, sistem sekolah kebangsaan ada hasil laporan Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950. Laporan itu memperakukan agar semua sekolah yang ada di Malaya pada waktu itu diubah menjadi sekolah kebangsaan, dengan murid daripada pelbagai kaum diajar melalui perantaraan bahasa Melayu dan Inggeris.Prof Dr Abdullah Hassan (Fakulti Bahasa-Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam rencana bertajuk “One Hundred Years of of Language Planning in Malaysia – Looking Ahead to the Future ” antara lain, menulis:“As such, the Barnes' Report (1950) made a radical recommendation that all existing schools should be transformed into national schools in which children of the various ethnic groups would be taught through the medium of Malay and English.”Ramai pengkaji sejarah berpendapat bahawa cadangan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi batu asas dasar pendidikan moden Malaysia adalah jauh lebih lemah daripada cadangan Jawatankuasa Barnes sepanjang mengenai integrasi dan status bahasa Melayu.Mungkin masanya sudah tiba bagi pendidik dan cendekiawan sekali lagi mengambil alih agenda pendidikan dan bahasa ini seperti yang dilakukan oleh pejuang bahasa pada tahun 1960-an.Tidak guna kita mengekalkan sistem yang ada sekarang semata-mata kerana cauvinisme politik sedangkan sistem pendidikan kita hambar dengan pelajar pelbagai kaum yang tebal perkauman serta lemah dalam semua bahasa yang kononnya diperjuangkan.Saya yakin sistem satu aliran ini boleh dilaksanakan dengan lebih berjaya daripada sistem yang ada sekarang jika kita memenuhi syarat-syarat berikut:1. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Melayu kerana walaupun bahasa Melayu semakin luas digunakan, mutunya semakin buruk;2. Untuk menjadi bahasa pengantara tunggal, penguasaan bahasa itu di kalangan guru dan pensyarah wajib dipertingkatkan;3. Semua guru dan pensyarah wajib mahir bahasa Melayu dan Inggeris. Latihan guru dan penganugerahan diploma pendidikan wajib atas dasar dwi-bahasa;4. Semua guru wajib boleh mengajar dalam dua bahasa – Melayu dan Inggeris;5. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil supaya boleh menjadi bahasa ibunda yang mantap bagi pelajar Cina dan India, serta bahasa pilihan bagi murid Bumiputera;6. Membuka semua institusi pengajian kepada semua kaum, sama ada secara penuh atau melalui kuota; dan7. Memperbanyakkan program perpaduan serta disiplin seperti Khidmat Negara bagi membolehkan pelajar dan remaja pelbagai kaum bergaul dengan lebih berkesan.Kita tidak boleh lagi menyerahkan isu sepenting pendidikan semata-mata kepada pembesar politik yang kita sendiri akui semakin hari semakin lemah daya pemikiran, artikulasi dan komitmen mereka kepada perpaduan nasional.Cauvinisme dan pertimbangan jangka pendek politik tidak boleh menjamin kelangsungan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum yang bersatu padu.

Friday, December 5, 2008

Awas Pinggan Mangkuk Diperbuat Campuran Tulang Babi

Oleh MSO

PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog.
Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu.
Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan modern.
Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.
"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya.
Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap.
Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur.
Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu. Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan mendapatkan kami.
Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!
Selepas meninggalkan tempatan itu ingatan serta merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!
Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggang itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.
Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya.
Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan aqidah kita. [wm.kl 12:15 t/hari 05/12/08]

Friday, November 21, 2008

Dari A.Kadir Jasin

HARI ini, izinkan saya berpuisi
Meluah rasa terbuku di hati
Melakar cerita suka dan duka
Tanah Melayu bumi ibunda
Semakin hari dibenci dikeji
Ditertawa dipersenda di desa dan kota
Kerana Melayu semakin tidak berani.

Kerana apa?
Kerana yang berkuasa
Lesu tidak bermaya
Yang diberi amanat
Dan memegang wasiat
Hilang dan sesat
Lupa sumpah dan janji
Tidur lena dibuai mimpi
Tidak peduli lagi perjuangan suci
Kerana selesa berpura-pura
Diracuni harta dan kuasa.

Yang Melayunya berkata:
“Kamilah Bumiputera
Peribumi tanah pusaka
Inilah tempat tumpah darah kami
Di sinilah kami hidup dan mati
Kerana di sinilah terkubur
Nenek moyang kami
Polis dan askar Melayu
Dan perwira-perwira dulu
Datuk Bahaman
Datuk Maharaja Lela
Tok Janggut
Dol Said
Mat Kilau
Tok Gajah
Mat Salleh
Datuk Sagor
Tok Kenali
Dan ramai lagi
Yang tumpas dan mati
Demi bumi dan pertiwi.

Orang India dan Cina
Yang asal usulnya
Pedagang dan buruh ikatan
Jauh dari seberang lautan
Pun menuntut hak yang sama
Menolak kontrak yang ada
Kononnya demi reformasi
Meritokrasi dan globalisasi
Lupa bahawa nenek moyang mereka
Kiblat mereka bumi asalnya
Aspirasinya Parti Kongres India
Kuomintang dan Parti Komunis China.

Tetapi Melayu mudah kasihan
Mudah pula diperkotak-katikkan
Maka oleh British disyaratkan
Terimalah mereka sebagai rakan
Maka dapatlah mereka
Satu juta kerakyatan
Di bumi Malaysia yang merdeka
Tanpa orang Melayu sedar dan perasan.

British hebat putar-belitnya
Mereka tidak buruh Cina dan India
Dari tanah jajahan bernama Malaya
Membanjiri bumi suci mereka
Menuntut taraf warganegara
(Seperti terjadi dengan Orang India dari Uganda)
Maka yang mereka bawa
Dari China dan India
Mereka tinggalkan di Malaya
Kerana Melayu pemurah hatinya
Dan mudah pula lupa.

Sekarang Melayu layu dan lesu
Pertahan hak sudah tidak tahu
Takut, malas dan malu
Menjadi defensif dan apologetik
Hanya berharap kepada kuasa politik
Yang gagal diartikulasi dan diisi
Kerana terlalu lama dibuai mimpi
Tidur lena kerana jenama Bumiputera
Lega dan selesa
Dengan tanah se kangkang kera
Dan panji-panji politik yang hambar warnanya.

Kalau Melayu tidak bangkit
Tidak sedar jiwanya berpenyakit
Jangan salahkan orang lain
Kalau terlondeh baju dan kain
Bogel bagaikan orang gila
Di bumi sendiri yang kononnya merdeka.

Ingatlah permata kata
Nenek moyang kita yang bijaksana
Kerana Melayu kita berbudi
Kerana Islam kita beriman
Maka jika Melayu kenal diri
Jadilah dia orang budiman
Yang harga dirinya
Bukan pada wang berjuta
Tetapi pada budi dan bahasa
Tauhid dan pekerti mulia.

Kerana Melayu mudah lupa
Apa sudah jadi kepada negara?
Bumi ini menjadi tempat buangan
Pelacur dan GRO dari Yunan
Ke bumi ini konon mencari pelajaran
Pengemis dan Shao Lin Master
Yang entah dari mana datangnya
Sepatah haram bahasa Melayu tidak tahu
Meminta sedekah hilir dan hulu.

Itu belum dikira
Pendatang haram yang berjuta
Dari Indonesia, Burma dan Afrika
Yang masuk keluar sesuka hati
Maka jadilah bumi ibunda ini
Periuk menidih yang isinya basi
Jenayah dan maksiat menjadi-jadi
Kerana birokrasi dibaham korupsi
Rasuah, pecah amanah
Salah guna kuasa dan berbagai lagi.

Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara.

Akhir nukilan,
Ingatkan pesanan orang tua-tua
Sesal dahulu kedapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.
Posted by A KADIR JASIN at 7:19 AM

Friday, November 14, 2008

Petua tercekik tulang...


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. hutang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat

Wednesday, November 12, 2008

Dari Tukar Tiub

Selasa, 2008 November 11

SEBELAS SABELAS
Hari ini sebelas sabelas. Mulanya saya tidak faham apa itu sebelas sabelas. Di tahun pertama di Eropah ketika belajar di Belgium, kampus saya ditutup. Bulan sabelas musim daun gugur ertinya saya bepelung bangun lewat kerana sejuk dan seronok bergebar di atas katil.Ketika di London saya juga sering melihat pembaca warta berita di kaca tv memakai bunga popi yang sama.Lalu saya teringat dengan sajak arwah Tongkat :bunga popibunga darahbunga nanahDulu ketika di sekolah rendah saya teringat entah di bulan yang mana saya juga selalu meletakkan 5 sen ke dalam tabung bunga popi – ini sebelum saya membaca sajak Tongkat. Saya juga ada melihat arwah ibu saya memakai bunga popi ketika pulang dari sekolah.Saya masih ingat entah tahun ke berapa saya di Eropah, di satu pagi saya menaiki bus dari kampung saya ke kota Brussels. Entah apa yang saya cari. Lalu bas ini melintasi kota-kota kecil sebelum sampai ke Brussels. Lalu saya tenampak Pak Cik Pak Cik tua enam tujuh orang berbaris membawa bendera. Saya tidak tahu maknanya. Mereka memakai baju kekuningan tua. Di dada baju ada banyak lencana tergantung.Di kota London saya ternampak kalongan - bunga popi di letakkan di makam –Parajurit Tanpa Nama –Akhirnya saya mendewasa dengan Eropah dan saya faham apa dia Sebelas Sabelas – Eleven November – Armistice Day.Pada 11.11.1918 jam 11.00 pagi telah ditanda tangani Perjanjian Damai antara Tentera Bersekutu dengan German untuk menamatkan Perang Dunia Pertama.Dari tahun 1914 hingga ke tahun 1918 Eropah berperang. Yang dimusuhi ialah German. Hampir 40 juta warga Eropah menerima bencana. Lebih dari 20 juta tentera dan orang biasa tewas.Nah inilah dia sejarah Sebelas Sabelas. Pak Cik Pak Cik yang saya ternampak di kota kecil itu adalah anak-anak muda yang terselamat. Mereka memahat ingatan yang tidak akan saya lupakan. Bas saya yang berhenti untuk memberikan laluan pada mereka di pagi itu. Inilah tanda hormat kita kepada orang yang terdahulu dari kita. Hingga ke hari ini saya menganggap diri saya bernasib baik kerana di hari itu, di pagi November itu saya berada didalam bas melintasi kota kecail di kampong itu.Bertahun kemudia tanpa di rancang saya melintasi Ypres, satu kota kecil di wilayah Flanders, Belgium. Nah, dari apa yang saya baca , di pandang perkampungan kota kecil inilah tumbuh meliar bunga-bunga popi sesudah perang tamat. Lalu popi dijadikan simbol untuk mengingati mangsa perang.Bila saya pulang ke Malaysia saya tidak melihat lagi Hari Bunga Popi – saya tidak tahu apa sejarah pemansuhannya.Mungkin kerana kita terlalu sibuk dengan Proton atau terlalu sibuk hendak menjadi wakil rakyat , lalu kita terlupa sejarah.Saya ingin mengingati Sebelas Sabelas hari ini untuk anak-anak muda. Agar mereka tahu satu ketika dahulu kita juga adalah internationalis, kita juga memiliki setia kawan untuk anak semua bangsa. Bacalah sajak Tongkat yang ditulis sesudah Perang Dunia ke Dua. Inil adalah semangat internationalis yang melintasi semua benua. Inilah kemelayuan yang jujur sifat terbaik dari bumi melayu untuk sebagai anak semua bangsa. Juga satu bait dari Robert Laurence Binyon dari England. Lihatlah dari dua benua yang tidak pernah bertemu tetapi bersuara tentang anak semua bangsa.Ikraq bismira bi kal lazi!!!BUNGA POPI - Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001)Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,hasil manusia gila perang membunuh mesra,bunga merah berkembang indah minta disembah.Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,perang dalam kenangan penuh kengerian,sekarang dalam kepahitan,dalam kesepian.Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,hilang pergantungan, hilang pencarian,hidup kebuluran,ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,bunga darah merah menyimbah,penuh kengerian.Kami benci pada perang penuh pembunuhan!kami rindu pada damai sepanjang zaman!Usman Awang1955In English Translation :Poppies From blood, from pus that rots in the soil,from skeletons that have lost their lives,snatched by weapons,the result of war maniacs who kill love,the red flowers bloom beautifully,requesting to be adored.Those who live on are remnants of life,full of sufferings,wizened, bent, deformed, maimed and blind,war in retrospect is full of horrors;they remember now,in bitterness,in solitude.Others lost children, husbands and sweethearts,lost their sources of support, their livelihood,they live in starvation,thousands widowed,thousands disappointed,thousands tormented;millions of orphans live on, and beg.The war maniacs have killed all love!war raged and found profit in colonial lands!war raged and killed babies in their cradles!war raged, and destroyed cultural valuesPoppies are the flowers of fallen soldiers,flowers drenched red with blood,full of horrors.We hate war,full of killing!we cry for a never-ending peace!Usman Awang1955FOR THE FALLEN - Laurence Binyon (1869 - 1943)They shall grow not old, as we that are left grow old: Age shall not weary them, nor the years condemn. At the going down of the sun and in the morning We will remember them. Fourth stanza of 'For the Fallen' by Laurence Binyon (1869 - 1943)(terjemahan TT)Mereka tidak menjadi tua, hanya kitan yang akan tuaUmur tidak akan menghakis mereka, juga tidak akan dimakan tahunBila matahari mula berlabuh dan esok paginyaKita akan terus mengingati mereka

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 3:00:00 PM

Wednesday, November 5, 2008

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.


Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),'kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. 'Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.


Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.


Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi keatas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.


Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan ?


Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), 'As-solah as Solah waamalakat aimanukum'. Maknanya, 'Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu' . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku,Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa..Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya....

UBAT PENYEMBUH SYAITAN & IBLIS


Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya. Walaupun seteruk manapun penyakitnya dan patah kakinya, namun ada sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya.


Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad. Namun kita sebagai umat islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka yg dilaknat.


Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan.


Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bhw hanya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.


Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jgn kencing berdiri...tolong sebarkan

Wednesday, October 29, 2008

MAKANAN YANG DICEMARI DENGAN MELAMINE

GUAN, LEO, SANTA DAN SWAN KELUARAN NEGARA MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk biskut berjenama Julie’s keluaran Negara Malaysia ditarik balik dari pasaran kerana dicemari dengan bahan melamine.Siaran Akhbar ini dikeluarkan berikutan dengan penarikan balik oleh Ageni ‘Agri-Food and Veterinary Singapore’ keatas produk-produk berikut seperti:
1. Julie’s Golden Kaka Crackers keluaran Negara Malaysia.
2. Julie’s Wheat Crackers keluaran Negara Malaysia.
3. Julie’s Cottage Crackers (Vegetable Yeast Cracker) keluaran Negara Malaysia.
4. Julie’s Cottage Crackers (Original Yeast Cracker) keluaran Negara Malaysia.
5. Julie’s Chez Creamy keluaran Negara Malaysia.
6. Julie’s Sugar Crackers (extra flaxy) keluaran Negara Malaysia.
7. Julie’s Waferico Chocolate Wafers with Chocolate Cream keluaran Negara Malaysia.
8. Julie’s Cream Crackers keluaran Negara Malaysia.
9. Julie’s Minico Rich Chocolate Chip Cookies keluaran Negara Malaysia.
10. Julie’s Peanut Butter Sandwich keluaran Negara Malaysia.
11. Julie’s Cocoro Crispy Chocolate Wafer Rolls with Vanilla Filling keluaran Negara Malaysia.
12. Julie’s Le-Mond Puff Sandwich with Lemon Flavoured Cream keluaran Negara Malaysia.
13. Khong Guan Assorted Biscuits keluaran Negara Malaysia
14. Khian Guan Biscuit Osborne keluaran Negara Malaysia
15. Leo Gold Finger Choco Negara Malaysia
16. Santa Chocolate Gold Fingers keluaran Negara Malaysia
17. Swan Chocolate Fingers keluaran Negara Malaysia
Berikutan dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan telahpun menghubungi pengimport-pemgimport produk-produck berkenaan dan telahpun diarahkan untuk menarik balik kesemua produk terbabit dari pasaran. Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan terus memantau bagi mempastikan produk-produk terbabit tersebut diatas, produk susu dan tenusu serta produk yang telah disenaraikan mengandungi bahan melamine keluaran Negara China tidak ada dipasaran dan tidak di import ke negara ini.Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar pengguna sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk di pasaran dan tidak membeli biskut-biskut yang yang tidak mempunyai label dan melaporkan ke Bahagian Kawalan kualiti dan Keselamtan Makanan dan Pejabat-Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran bagi tindakan lanjut. Para pengimport, peniaga makanan dan pengguna dinasihatkan untuk menyemak senarai produk yang disahkan dan dilaporkan dicemari denagn bahan melamine di laman web Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn.Seterusnya, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar:
· Para pengimport dan peniaga menarik balik produk-produk terbabit (jika ada) dari pasaran dan menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah untuk tindakan lanjut; dan
· Para pengguna yang memiliki produk-produk terbabit untuk menggembalikan (jika ada) ke kedai-kedai dimana produk tersebut dibeli atau menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah.
Kementerian ini juga memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan MakananPerkhidmatan Kesihatan Alam SekitarJabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian KesihatanJalan Delima Dua, Berakas BB2313Nombor telefon : 2 33 1100-5 / 6 / 8 / 9 / 10Nombor Faksmili: 2 331107Alamat e-mel: fsqc@moh.gov.bn
SENARAI TERKINI PRODUK-PRODUK MAKANAN YANG DICEMARI DENGAN MELAMINE SEHINGGA 21 OKTOBER 2008
Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai senarai terkini (dilampirkan) beberapa produk-produk makanan yang didapati dicemari dengan bahan ‘melamine’ sebagaimana yang diterima daripada Rangkaian Antarabangsa Keselamatan Makanan (International Food Safety Authorities Network (INFOSAN), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 21 Oktober 2008 termasuk seperti berikut:
1. Khian Guan Biskut Guan Chicken Egg keluaran Negara Malaysia.
2. Khian Guan Biskut Pusat (Gem) keluaran Negara Malaysia.
3. Khian Guan Biskut Pusat Berinti (Iced Gem) keluaran Negara Malaysia.
4. Khian Guan Biskut Marie (Besar) keluaran Negara Malaysia.
5. Khian Guan Biskut Tasty Cracker keluaran Negara Malaysia.
6. Khian Guan Biskut ABC keluaran Negara Malaysia.
7. Khian Guan Biskut Zoological keluaran Negara Malaysia.
8. Khian Guan Biskut Supercrown Cracker keluaran Negara Malaysia.
9. Khian Guan Biskut Swiss keluaran Negara Malaysia.
10. Khian Guan Biskut Health Puff keluaran Negara Malaysia.
11. Julie’s wheat Cracker, 350g mempunyai tarikh mansuh 09 Ogos 2009 keluaran Negara Malaysia.
12. Munchy’s The Original Sugar Crackers, 380g mempunyai tarikh mansuh 15 Julai 2009 keluaran Negara Malaysia.
13. Munchy’s Mini Crackers with Peanut Butter, 45g mempunyai tarikh masuh 15 Julai 2007 keluaran Negara Malaysia.
14. Munchy’s Mini Crackers with Cheese Cream, 45g mempunyai tarikh masuh 15 Julai 2007 keluaran Negara Malaysia.
15. Dried whole egg keluaran Negara China.


Berikutan dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan telahpun menghubungi pengimport produk berkenaan dan telahpun diarahkan untuk menarik balik kesemua produk terbabit dari pasaran. Disamping itu juga, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan terus memantau bagi mempastikan produk-produk terbabit tersebut diatas, produk susu dan tenusu serta produk yang telah disenaraikan mengandungi bahan melamine keluaran Negara China tidak ada dipasaran dan tidak di import ke negara ini.
Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai supaya melaporkan ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar dan Pejabat-Pejabat Kesihatan di Daerah-Daerah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan yang berhampiran sekiranya mereka mendapati produk-produk yang terbabit masih dalam pasaran.
Kementerian Kesihatan juga mengingatkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:
Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan MakananPerkhidmatan Kesihatan Alam SekitarJabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian KesihatanJalan Delima Dua, Berakas BB2313
Nombor telefon : 2 33 1100-5 / 6 / 8 / 9 / 10Nombor Faksmili: 2 331107Alamat e-mel: fsqc@moh.gov.bn
Ataupun bolehlah melayari laman wb Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn

SENARAI TERKINI PRODUK BISKUT BERJENAMA JULIE’S, KHONG GUAN, KHIAN GUAN, LEO, SANTA DAN SWAN KELUARAN NEGARA MALAYSIA YANG DICEMARI OLEH BAHAN MELAMINE


JULIE’S GOLDEN KAKA CRACKERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA
JULIE’S COCORO CRISPY CHOCOLATE WAFER ROLLS WITH VANILLA FILLING
JULIE’S WHEAT CRACKERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S GOLDEN KAKA CRACKERSKELUARAN NEGARA MALAYSIA
JULIE’S MINICO RICH CHOCOLATE CHIPCOOKIES KELUARAN NEGARA MALAYSIA


JULIE’S COTTAGE CRACKERS (VEGETABLE YEAST CRACKER) KELUARAN NEGARA MALAYSIA.
JULIE’S COTTAGE CRACKERS (ORIGINAL YEAST CRACKER) KELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S CHEZ CREAMYKELUARAN NEGARA MALAYSIA.
JULIE’S SUGAR CRACKERS (EXTRA FLAXY)KELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S WAFERICO CHOCOLATEWAFERS WITH CHOCOLATE CREAM KELUARAN NEGARA MALAYSIA
JULIE’S PEANUT BUTTER SANDWICHKELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S CREAM CRACKERSKELUARAN NEGARA MALAYSIA.
KHONG GUAN ASSORTED BISCUITSKELUARAN NEGARA MALAYSIA


KHIAN GUAN BISCUIT OSBORNE KELUARAN NEGARA MALAYSIA












LEO GOLD FINGER CHOCO NEGARA MALAYSIA
SANTA CHOCOLATEGOLD FINGERSKELUARAN NEGARA MALAYSIA
SWAN CHOCOLATE FINGERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA

Monday, October 20, 2008

20 sen jerrr...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada dirinya.“Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”. Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam…


Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
“DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT”


Renung-renungkan dan selamat beramal…

'Abqaro' - perawan yang sentiasa perawan

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh), (56.37)
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38)
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Thursday, October 9, 2008

Khasiat Surah Al-Waqiah


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)


Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.


Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya "Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Tuesday, October 7, 2008

Ganjaran besar puasa enam Syawal...

Oleh Zahri Hamat


PUASA enam Syawal adalah sunat dilakukan dan besar ganjaran pahala serta tambahan kepada kekurangan yang diimbangi dengan zakat fitrah.

Mukmin laksana amalan sunat mendapat kebaikan berganda.

DUA jenis amalan menentukan peribadi seseorang Muslim iaitu amalan wajib dan amalan sunat. Wajib bermaksud sesuatu yang dituntut untuk melakukannya dan berdosa jika ditinggalkan seperti solat fardu, puasa pada Ramadan dan membayar zakat. Sunat pula bermaksud sesuatu yang dianjurkan untuk melakukannya dan tidaklah berdosa jika ditinggalkan. Antara contoh amalan sunat ialah solat, mengucapkan amin apabila membaca fatihah dalam solat dan banyak lagi.

Walaupun meninggalkan amalan sunat tidaklah menyebabkan berdosa, ia adalah amalan sangat disukai Allah. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Antara ibadat sunat yang amat digalakkan selepas puasa wajib Ramadan ialah puasa enam hari semasa Syawal. Persoalannya, bilakah waktu terbaik melakukannya, dan bagaimanakah cara untuk menunaikannya jika puasa wajib belum lagi diganti atau diqada?

Puasa enam hari pada Syawal sebenarnya amat besar ganjaran yang ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW. Dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah) Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun. Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah telah menggandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (Hadis riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari. Persamaan yang lain, jika berpuasa selama sebulan pada Ramadan akan menyamai 10 bulan, kemudian diikuti puasa selama enam hari pada Syawal akan menyamai dua bulan. Justeru genaplah berpuasa selama setahun.

Ada dua pendapat ulama mengenai hal ini. Majoriti ulama berpendapat, puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya. Ia dimulai pada hari raya kedua dan seterusnya sehingga genap enam hari. Sebahagian ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Justeru, kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada melakukannya secara berturut-turut ataupun berselang seli.

Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus. Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba.

Ada juga ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang. Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada. Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan. Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Hal ini kerana ganjaran ditawarkan Allah amat besar. Ia juga adalah tambahan kepada kekurangan yang diimbangi oleh zakat fitrah.

Penulis ialah pensyarah Pusat Kajian pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Monday, October 6, 2008

2 in 1...???


Telefon bimbit

Dipetik dari blog MSO

TIDAK lama dulu kita marahkan kepada televisyen kerana menyediakan rancangan panas sempena hari raya. Gara-gara itu menyebabkan orang tidak keluar rumah kerana asyik tunggu skrin tv untuk tonton rancangan khas. Acara kunjung mengunjung bagi mengeratkan silaturahim terjejas kerana rancangan hiburan itu.

Para artis yang bersinar banar mengambil bahagian dalam rancangan itu menjadi daya tarikan. Entahlah... orang kita, bila sebut fasal artis, bintang filem ia mengalahkan golongan lain. Hebat betul pengaruh arits dalam masyarakat Melayu. Kalah para ulama dan para alim dibuatnya. Orang tidak tampal gambar alim ulama di bilik tidur tetapi banyak gambar artis dan filem star di simpan di bilik tidur untuk dijadikan sumber ilham.Lama kelamaan rancangan hiburan khas hari raya di tv tidak menarik lagi. Sebabnya ia menyediakan konsep sama setiap tahu. Tunjuk artis dan pelawak kacau dodoi atau buat ketupat, tak ada kisah lain. Tidak ada pembaharuan langsung. Mesejnya sama saja setiap tahun dari tahun 60-an hingga ke tahun 2000 sama juga.
Hari ini hiburan di tv itu tidak jadi fenomena merosakkan suasana dan roh edfitri lagi. Kita mungkin merasakan lega kerana perkembangan ini. Bagaimana pun ada fenomena baru yang boleh mengambil alih atau menjadikan manusia lalai dan syok sendiri. Fenomena ini menjadikan orang sanggup bersendirian, tidak mahu cakap dan tidak pedulikan sesiapa. Semuanya seperti orang kena penyakit angau.
Fenomena ini berlaku di mana-mana saja. Malah ia lebih teruk daripada fenomena hiburan di tv tadi. Apa yang dimaksudkan ialah feneomena telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas - SMS dan segala macamnya. Fenomena atau gila SMS atau gila telefon bimbit ini sungguh menyedihkan sekali. Orang yang terkena penyakit telefon bimbit dan main SMS ini tak akan pedulikan kepada dunia sekelilingnya lagi dan tidak peduli makan dan minum lagi.
Tidak kira di mana, atas kereta, dalam rumah, bawah pokok pun jadi. Pulak tu kini line telefon bimbit boleh diakses di mana-mana saja. Jadi ianya boleh digunakan di mana-mana tempat yang disukai. Kadang-kadang ke dalam bilik kecil pun diangkut telefon bimbit untuk membaca dan membalas SMS.
Semua orang juga kini memiliki telefon bimbit. Dari pelajar universiti sampailah kepada mak cik dan pak cik yang menoreh getah di bukit dan gunung. Sambil menoreh bercakap telefon dengan bluetooth di telinga. Begitulah canggihnya dan meluasnya penggunaan telefon bimbit. Rimau tengok pun naik heran.
Saya mulai terkesan betapa teruknya fenomena ini ketika mengunjungi sebuah keluarga saya di kampung dua tiga hari lepas untuk berhari raya. Keluarga berkenaan mempunyai tujuh anggota lima anak dua ibu dan bapa. Kesemua mereka ada telefon seorang satu malah ada yang sampai tiga. Sewaktu saya sampai dan memberi salam semua mereka sedang ralik dengan telefon masing-masing.
Kelima-lima si anak sedang berSMS. Begitu juga dengan si mak dan si ayah sedang bercakap dengan seseorang. Kerana masing-masing sibuk dengan telefon sampai salam diberi tidak terjawab oleh sesiapa. Si bapa bersalam pun sambil telefon terganggam ditangan, macam endah tidak endah saja. Begitu juga dengan mak, melayan isterinya saya seperti dalam mamai baru bangun tidur. Telefon tetap di telinga dengan kepala terangguk-angguk macam ibu angkut-angkut buat sarang.
Kelima orang anak dara dan bujangnya termasuk yang baru darjah satu tak usah ceritalah. Kedatangan kami langsung tidak dipandangnya kerana asyik menjawab SMS. Teruk!Keadaan itu sungguh tidak menyenangkan. Rasa menyesal pula mengunjungi rumah keluarga berkenaan. Mereka merasakan kedatangan kami seperti menganggu ketenteraman mereka untuk bertelefon. Masa pulang saya berfikir sendiri betapa telefon bimbit kini sudah merampas kemersaan dan semangat hari raya. Sepatutnya tuan rumah bergembira menyambut tetamu, tetapi ini lain pula ceritanya.
Bukan setakat mula-mula datang saja. Ketika minum dan makan ketupat juga telefon masing-masing berdering membuatkan mereka tidak senang duduk. Si bapa bercakap bukan main lama lagi. Manakala si isteri pula tidak habis dengan ok...ok.... yang tidak juga ok (berhenti). Sungguh menyampah.
Dalam hal ini saya tidak salahkan kepada kecanggihan teknologi maklumat. Dunia hari ini memang memerlukannya. Tanpa peralatan itu dunia kita jadi sempit dan sunyi. Tetapi kalau ianya disalah gunakan sehingga menyebabkan boleh menjejaskan hubungan kemanusiaan segala kemodenan dan kecanggihan itu tidak membawa apa-apa makna lagi. Bukankah tujuan peralatan itu direka untuk menghubungkan manusia sesama manusia! Kalau ianya tidak diguna secara betul bukan kebaikan diperolehi tetapi keburukan! [wm.kl 3:00 pm 05/10/08]

Mohd Sayuti Omar

Sunday, October 5, 2008

Ibu! maafkanlah anakmu ini

Dipetik dari : Utusan Malaysia: 6 Oktober 2008 / 6 Syawal 1429
Ibu! Maafkanlah anakmu ini..
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Allahu Akbar Allahu Akbar. Allahu Akbar. La illahaillallah Allahu Akbar. Allahu Akbar. walilaahil Haamd....
Sebaik sahaja Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu mengumumkan bahawa esoknya Hari Raya, maka bergemalah takbir raya bagi menandakan berlabuhnya Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan muncul pula Syawal (hari kemenangan buat orang Islam).
Pada waktu itu, tiba-tiba, suasana di dalam Kem Modal Insan Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA) yang dihuni hampir 60 orang menjadi begitu sayu dan syahdu sekali. Laungan takbir Syawal itu begitu menusuk ke dalam kalbu.
Payah hendak digambarkan pada waktu itu. Rata-rata semua penghuni merasa sebak, pilu, sedih dan perasaan begitu berkecamuk di dalam hati, hanya linangan air mata dapat menggambarkan betapa syahdunya beraya tanpa ibu, bapa dan adik-beradik yang lain.
Hampir 90 peratus penghuni yang terdiri daripada mereka yang hamil di luar nikah dan 10 peratus yang mengalami masalah sosial seperti lari dari rumah, bohsia, tidak mahu ke sekolah dan melakukan perbuatan tidak bermoral beraya tanpa ahli keluarga tahun ini.
"Adakah ini balasan atau hukuman yang sepatutnya diterima atas kesalahan yang kami lakukan. Tidak dapat mencium tangan ibu dan ayah untuk meminta ampun selama ini, tiada pakaian baru, tiada duit raya, tidak dapat melawat datuk nenek dan sanak- saudara, tidak dapat merasai kuih-muih, rendang, lemang dan makanan yang lazat-lazat, hasil tangan ibu, kami betul-betul rindu itu semua.
"Semuanya salah kami yang tidak mendengar kata-kata ibu dan ayah, bersikap biadap, lebih mempercayai rakan-rakan dan teman lelaki sehingga terlanjur. Mangsanya ialah kami yang terpaksa menerima hukuman dan dihantar ke kem ini bagi menutup malu dan menyembunyikan perkara naif yang dialami.
"Tidak disangka, perbuatan itu telah membawa musibah kepada kami sehingga hari dan bulan baik ini terpaksa bersendirian dengan bayi di dalam perut yang tidak siapa ingin bertanggungjawab dan menjalani pantang tanpa bantuan ibu.
"Walaubagaimanapun, kami bersyukur rupanya Allah masih sayangkan kami dan memberi peluang untuk kami membetulkan diri menjadi insan yang berguna kepada negara. Banyak yang kami pelajari terutamanya soal-soal ibadah dan pembangunan diri sepanjang menjalani program di KEWAJA.
"Malah, ada di kalangan kami sebelum ini yang tidak tahu mengerjakan sembahyang dan mengaji telah mula memahirkannya. Mungkin ini merupakan hikmah kepada kami dan ia akan direbut sebaik mungkin. Terima kasih ibu dan ayah yang telah menghantar kami ke sini dan keampunan yang tidak terhingga dipohon sekiranya perbuatan kami selama ini menghiris hati dan memalukan keluarga.’’
Inilah luahan hampir 60 penghuni KEWAJA yang terpaksa beraya tanpa ahli keluarga. Bagi mereka, pengganti ayah kandung pada hari raya itu ialah pengasas KEWAJA, Yahya Mohamed Yusof,45 yang dipanggil ayah manakala isterinya, Ruzitah Bahrum,40 yang dipanggil mama.
...............................................................................................
Demikianlah yang berlaku atas anak-anak yang telah rosak akhlaknya tetapi telah berjaya diselamatkan dan berada di KEWAJA. Syukur tuhan sangat sayangkan mereka. Mereka telah bertemu hidayah dan mendapat bimbingan individu yang arif. Namun di luar sana ramai anak-anak remaja lain yang masih terbiar. Barangkali ada di antaranya anak-anak kita, anak saudara kita, anak-anak jiran atau anak-anak sahabat-sahabat kita. Sedih memikirkan hidup yang tidak teratur dan terpesong arah. Adakala menyakitkan mata dan hati sekiranya ada di antara anak-anak ini yang berkait dengan diri kita. Namun, itulah amanah tuhan. Ia tetap perlu ditangani walau ia agak sukar.
Anak yang telah terpesong ini bukan perkara calang-calang untuk ditangani. Tiada ilmu samalah kerjanya 'seperti mencurah air ke atas daun keladi'. Tugas lebih mudah bagi mendidik anak-anak yang masih suci dan masih kecil. Benarlah kata ' Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Mereka mudah mendengar kata dan boleh dibimbing. Bagaimana pula agaknya untuk menangani anak-anak yang telah terjebak dengan masalah sosial ini?
Pertama : Semak diri
Ayah bonda tauladan adalah ibu bapa yang sering menunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak. Mereka adalah 'role-model' untuk anak-anak mereka. Apa sahaja tingkah laku, pertuturan atau pemikiran merupakan ikutan anak-anak. Bagi merealisasikannya, ibu bapa tauladan ini perlulah sentiasa membuat semakan atas diri masing-masing. Setiap pertuturan dan tindak tanduk dalam satu hari perlulah dimuhasabah. Barangkali banyak perkara yang perlu diperbaiki. Barangkali boleh direnungkan kembali cara kita mendidik anak. Dimana kesilapan kita dalam mendidik anak. Adakah kerana kita terlalu berlembut dalam mendidik anak atau kita terlalu berkeras sehingga anak memberontak? Semua ini akan menjadi garis panduan untuk kita membuat perubahan dan mengadakan pelan bertindak pada masa hadapan.
Kedua : Mencari Ilmu
Apabila semakan telah dibuat, carilah ilmu untuk membantu diri melakukan perubahan. Usahakan untuk bertanya dengan ilmuan yang berada di sekeliling kita. lmu boleh diperoleh di mana-mana, bahkan dihujung jari (dengan carian di internet). Malah terdapat lambakan buku di pasaran bagaimana cara untuk mendidik anak. Membaca digalakkan, tetapi lebih dituntut adalah belajar melalui guru.
Ketiga : Berkongsi pengalaman
Berkongsi juga dengan ibu bapa lain yang telah berjaya mendidik anaknya menjadi anak-anak yang berjaya. Mungkin ada tip-tip berguna yang boleh kita gunakan untuk mendidik anak-anak kita. Saya pernah berkongsi pengalaman dengan seorang ayah yang kesemua anaknya doktor dan bakal menjadi doktor. Beliau boleh mendidik anak-anaknya semenjak kecil, secara umumnya beliau sering solat jemaah dengan anak-anaknya, belajar bersama-sama anaknya dan al-quran menjadi amalannya sekeluarga. Selain itu, terdapat beberapa tips lain yang menjadikan anak-anaknya menurut kata. Anda perlu mencari dan mendapat jawapan untuk pelbagai tips lain daripada individu di luar sana.
Keempat : Niat berterusan/ Istiqamah untuk melakukan perubahan
Semak diri, mencari ilmu dan berkongsi pengalaman sahaja tidak mencukupi untuk mendidik anak (terutama anak yang terpesong ini). Kita perlu mempunyai niat yang berterusan untuk melakukan perubahan terhadap diri. Bukan dengan hanya mengharapkan anak-anak ini berubah, tetapi lebih penting adalah diri sendiri. Seterusnya, tuhan akan memberi kemudahan untuk anak-anak ini membuat perubahan pula.
Kelima : Berdepan dengan konflik
Anak-anak kurang akhlak ini adalah ujian untuk kedua ibu bapa. Adakalanya ibu bapa telah berusaha memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Jika keadaan ini berlaku, ibu bapa perlu berdepan dengan konflik anak-anak ini. Bantulah mereka menanganinya walaupun selama ini mereka sangat degil atau tidak mendengar kata. Hilangkan rasa marah apatah lagi membuang mereka jauh-jauh dari hidup kita. Ikhtiarkan sesuatu untuk mengurangkan konflik yang berlaku. Contohnya, ada anak remaja kita yang telah terlanjur. Usahalah terus untuk membantu mereka menangani keadaan tersebut agar dia tidak berterusan hidup tanpa arah.
Keenam : Mendidik bukan dengan harta
Di kalangan ibu bapa ada yang merungut-rungut kepada anaknya apabila anaknya melakukan gejala sosial seperti mencuri, merogol, merokok, ponteng sekolah dan sebagainya. Ibu bapa cukup marah kerana selama ini mereka bekerja bertungkus lumus siang malam untuk mencari rezeki untuk anak-anak. Tetapi dibalas dengan tuba oleh anak-anak mereka.
Namun rata-ratanya jika diperhatikan, ibu bapa hanya menyediakan wang atau harta kemewahan tetapi lupa menyediakan makanan rohani atau pendidikan agama yang sempurna untuk mereka.
Luqman Hakim berpesan yang dicatat oleh para tabi’in dalam mendidik anak-anak: "Janganlah engkau mengajar anak dan keluarga engkau dengan harta engkau, sebab jika ia sedikit engkau mengkhianati mereka, dan jika ia banyak tidak pula akan memberi kepuasan kepada mereka".
Demikianlah jika ibu bapa yang mendidik anak mereka hanya dengan menyediakan harta sahaja untuk anak-anak mereka. Usahakanlah cara agar anak-anak tahu tentang kesusahan hidup dan menghargai walau sedikit harta yang ada.
Ketujuh : Berterusan dalam mendidik anak
Mendidik anak bukan kerja sehari dua, tetapi adalah urusan setiap hari. Kerja menasihat dan membimbing bukan hanya ketika anak berumur 18 tahun ke bawah sahaja tetapi berterusan selagi hayat masih ada. Tugas mendidik anak juga bukan sahaja sekali dua tetapi mungkin ribuan kali. Demikianlah panjangnya tugas mendidik anak. Dengan ingatan berterusan ini akan memberi panduan kepada anak-anak. Sekalipun mereka telah tersasar, kita tetap membantu memberi jalan agar mereka tahu arah tujuan. Anak yang tersasar jika tidak dibantu boleh jadi menyebabkan mereka terpesong lebih jauh dan lebih lama.
Kepentingan mendidik dalam Islam dinyatakan dengan maksud hadis :
"Sesiapa di kalangan kamu mengajar anaknya adalah lebih baik baginya daripada bersedekah setengah gantang makanan untuk orang miskin" (Dipetik dari Anakku Hebat, Anakku Soleh: Zahazan Mohamed)
Kelapan: Membelanjakan wang untuk mengajar anak
Anak-anak yang kurang akhlaknya ini adakalanya sukar untuk dibentuk oleh ibu bapa. Ada baiknya juga ibu bapa mendapatkan pertolongan sebagaimana di KEWAJA ini. Belanjakanlah sedikit wang untuk membantu mereka sebagaimana sebelum ini ibu bapa telah menghabiskan wang untuk mendidik mereka di sekolah. Sekurang-kurangnya mereka boleh dibantu untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.
Sekiranya mereka tiada ilmu tentang Al-Quran bantulah mereka mengenalnya.
Berkata Al-Alim al Muslim Al Qobisi:
" Sesiapa yang inginkan anak yang menjadi penyejuk matanya hendaklah dia mengeluarkan wang untuk mengajar anaknya. Mudah-mudahan usahanya mengeluarkan belanja menghantar anaknya belajar Al-Quran dimasukkan Allah sebagai satu golongan daripada orang yang berlumba-lumba mengerjakan amalan-amalan kebajikan.
Kesembilan : Berdoa dan bersabar
Segala usaha telah dilakukan untuk menangani anak-anak yang tersasar mahupun anak yang kurang akhlak ini. Langkah seterusnya, teruskanlah berdoa tanpa putus-putus. Sesungguhnya pertolongan tuhan ada di mana-mana dan tanpa dijangka. Hati juga adalah pegangan tuhan dan boleh berubah-ubah (dengan izinnya). Bersabarlah sekiranya masih tiada berubahan atas anak-anak ini walaupun telah banyak perkara yang dilakukan. Sekiranya terdapat sedikitpun perubahan, maka bersyukurlah.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak yang masih kecil atau anak yang kurang akhlak memerlukan ilmu dan ia bermula dari ibu bapa. Ibu bapa yang berilmu dan beramal dengannya akan melahirkan generasi yang hebat dan terbilang. Untuk itu, seseorang perlu menyediakan diri dalam mendidik anak mereka, terutama dalam mendidik anak generasi siber masa kini. Seorang bijaksana ada berkata : Mulakanlah tarbiah anakmu 20 tahun sebelum anak itu lahir." Bagaimana dengan diri kita?
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
"Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli (akal), rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya" Al-Sayyid Sabiq.

Friday, September 26, 2008

Pelajar ABS, Temerloh - Baca!!!

Pengumuman ini dikhaskan kepada bekas pelajar STPM 1989 di Sek. Men. Abu Bakar, Temerloh.

Jika tuan/puan bekas pelajar atau mengenali bekas pelajar seperti yang saya sebutkan tadi, boleh lah menghubungi Raja Zarina di Felda Tekam Residence Resort. No telefon boleh tuan/puan dapati dengan melayari laman berkenaan. Atau boleh juga menghubungi saya sendiri menerusi ruangan comment seperti di bawah. Bagi pelajar Ting 4 Sc 1 1986 dan 5 Sc 1 1987 juga boleh menghubungi saya diruangan comment.

Kesudian tuan/puan menghubungi kami pasti akan dapat mengimbau kembali kenangan silam. he he. Satu majlis reunion akan diusahakan jika ramai daripada "kita" dapat dikumpulkan.

Dan selamat hari raya, maaf zahir batin.

Terima kasih.

Thursday, September 25, 2008

Ramadhan yang dihayati...

Dari Norazimah Ibrahim
Kaunselor Berdaftar

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Warga Jabatan Pentadbiran dan PRS yang dikasihi,
Di bulan Ramadhan yang Barakah ini suasana agak berbeza. Bagi yang muslim suasana Ramadhan ini yang paling dinanti berikutan siang harinya berpuasa dan malam harinya dipenuhi solat terawih dan mengalunkan isi Al - Quran. Indahnya malam yang panjang walau siangnya agak jerih. Waktu berbuka hidangan menanti untuk mengalas perut yang kosong. Syukur pada tuhan, ada hidangan yang dapat dijamah. Syukur dan syukur.
Setiap tahun saban hari sebulan kita mengalami situasi yang sama selagi ada hayat dikandung badan. Berlapar di siang hari, berbuka dan berterawih. Bagi yang telah biasa, ia sebagai rutin yang perlu dilalui sebagai muslim. Ia sedarjat lebih baik daripada individu yang langsung tidak mengamalkannya (barangkali tidak puasa apatah lagi jauh untuk solat terawih). Namun, Ramadhan itu bukan sekadar dilalui, ia perlu dihayati. Keinsafan perlu datang dalam diri. Ramadhan perlu diteliti sebelum takbir bergema.
Hari kesenangan kita berlaku setiap hari. Makan pakai cukup dan ada yang sudah berlebih-lebihan juga. Cukup bulan terima gaji. Bonus paling kurang sebulan untuk tahun ini. Itu belum jika sebulan, dua bulan atau berbulan-bulan. Sebulan ramadhan terasa perit berlapar, walhal duit ada tetapi terdapat larangan untuk makan. Apabila perut kosong, minda mula berfikir tentang orang lain. Makanan yang penuh dalam perut boleh menjadikan kita malas berfikir tentang individu lain yang berada di dalam kesukaran. Sebulan ini atau paling tidak tinggal beberapa hari ini, sempatlah kita berfikir tentang si fakir miskin yang terbelenggu dek kesusahan hidupnya. Berpuasanya kita dari jam 5 lebih pagi sehingga 7 lebih malam.. hanya sebulan ini. Tapi mereka, hampir setiap hari barangkali...
Saudaraku yang dikasihi, sekiranya ada peluang.. panjangkan jarak pandangan mata, lihatlah sekeliling kediaman atau desa tempat kita pernah dibesarkan.. saudara-saudara kita yang dalam kedaifan. Adakala mereka datang di depan pintu rumah kita, tetapi tidak semua yang mampu berbuat demikian. Ada yang tinggal di satu tempat, tanpa ada yang peduli. Dalam Ramadhan ini carilah berkahnya, pahala berganda bagi mereka yang sedia untuk memberi. Sedikit harta yang kita miliki dihulurkan menjadi emas buat mereka. Inilah simpanan akhirat untuk kita...simpanan bukan sahaja hanya simpanan di bank (yang diperlukan tetapi bukan mengumpul harta untuk tujuh keturunan). Pasti mereka menguntum senyum di pagi bahagia ketika takbir berkumandang. Ada makanan yang boleh dijamah sebagaimana kita yang enak bersedia dengan ketupat rendang di pagi raya.
Sampai di sini dahulu, selamat berpuasa dan selamat berhari raya dengan cara yang sederhana. Sebahagian kesenangan kita yang dikongsi bersama mereka adalah kebahagiaan yang berpanjangan dan akan mendapat keuntungan yang besar di sisi tuhan.

Wallhualam..

Wednesday, September 24, 2008

Aidil Fitri... Menjelang lagi

Saban tahun kita berpuasa, pejam jelik aidil fitri menjelma. Pejam celik lagi, menjelma lagi Ramadhan yang mulia. Pejam celik lagi, Aidil Fitri kembali. Cepatnya masa berlalu, dari zaman kanak-kanak yang kita begitu seronok berhari raya, hanya tahu bergembira waktu itu. Tiba pula zaman berhari raya semasa remaja, hanya tahu nak pergi rumah awek2 dan kengkawan sendiri sahaja. Berbeza bila dah dewasa dan beranak pinak, kita pentingkan saudara mara kita pula. Masa tu baru kita tahu anginnya kita bila anak-anak tak nak ikut kita berjalan. Tahu anginnya kita bila adik-adik tak kisah nak berziarah, seronok dok depan tv aje. Anginnya kita bila yang sibuk nak buat air bila tetamu datang hanya mak kita yang dah tak larat. Adik-adik kita tak kisah ajer...

Tahun ini macam mana pula ya? Adik-adik kita pun sepatutnya dah boleh berfikir lebih lagi. Anak-anak kita pula mungkin mengambil alih peranan adik-adik kita dulu. Mak-mak kita? Mungkin terpaksa berpenat lagi. Harapnya kerana gembira anak cucu balik, penat tu hilang begitu ajer.. Kita pula? ramai pening jugak kot. Guna kete balik kampung, petrol turun 10 sen aje. Tol pulak tak turun. Nak naik bas? lagi lah mahal. Barang-brang pulak harganya, mak aii. Daging tahun lepas RM17, tahun ni dah RM20. Tentu macam-macam lagi benda lain kita kena beli. Gaji banyak tu jugak..

Macamana pun, jangan lupa kita ada 5 malam lagi untuk tarawih. Ada lagi peluang nak dapat lailatul qadar. Kalau isteri sibuk nak shopping ke, buat kuih ke malam-malam terakhir, marah ajer. Kuasa ditangan kita. Peluang datang setahun sekali. Jangan dilepaskan. Nak berjaga, berqiamullail tiap-tiap malam, ramai antara kita tak larat. So, cukup lah sekadar tarawih dan solatlah sikit sebelum bersahur. Pasti ada hikmahnya.

Buat rakan-rakan semua, jangan lupa dihari raya bermaaf-maafan dengan ibu bapa kita, isteri kita, adik beradik kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita. Pasti ada banyak salah silap, yang kita sengaja, ataupun tak sengaja kita lakukan.

Hati-hatilah dalam perjalanan. Jangan diikutkan hati. Tengok keupayaan diri. Jika mengantuk, berehatlah sebentar. Mintaklah isteri siapkan bekalan kopi. Tak usahlah membeli. Berjimatlah selagi perlu.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Maaf Zahir dan Batin

Bila aidilfitri menjelang..pasti ada yang akan bermasam muka ..berfikir dan berebut untuk balik ke mana????..Jangan begitu..bermuafakat membawa berkat. Sejak diawal perkahwinan..perjanjian harus termeterai...tahun ini ke mana dan tahun depan ke mana???InsyaAllah...tak perlu untuk berhentam selalu... jangan curi 'turn'...(tulis dalam diari takut lupa...)

Tahun ini..giliran isteri..maka dengan rela hati terpaksalah ku sambut dengan riang dan gembira. Walaupun kelihatan si isteri begitu beria-ia membeli buah tangan untuk dibawa balik..sampai penuh kereta nak dimasukkannya. Itu haknya demi mengembirakan hati kedua orangtuanya untuk dua tahun sekali (balas tahun lepas tak balik).

Bila sampai giliran kita..maka beli la..beria-ia..tak jadi kesalahan pun. Tapi mungkin bagi seorang anak perempuan ia lebih memahami keluarga berbanding si lelaki..so suruhlah adik-adik perempuan kita ..melakukan seperti isteri kita...anak perempuan mesti lebih rapat dengan ibunya. Bila ada menantu perempuan nanti..kita kena anggap sebagai anak sendiri barulah dia anggap mertua macam mak dia tapi kalau kita dok anggap dia sekadar menantu aje..so dia tak rasa le macam anak dengan mak. Ni tak..kalau bagi kat anak perempuan lebih..tapi kat menantu isi dia lain..ada perbezaan so...macam mana!!
Walau bagaimanapun...sempena aidilfitri ni...tangan dihulur memohon maaf zahir dan batin.

Asyik beraya tapi haruslah beringat sama. Walaupun begitu..jangan sampai duit kering...nanti lepas raya makan kuih dan atur 'open house' rumah orang je....





Sunday, September 14, 2008

Jangan bagi orang naik angin

Kita ni sebagai manusia, sedar atau tidak, sengaja atau tidak, sering menjadikan orang naik angin. Ya lah, pagi-pagi kita memandu pergi kerja, kerana nak cepat kita memotong kereta lain dengan agak laju. Mungkin orang naik angin, kita pun tak tahu. Hantar anak ke sekolah, parking lama sikit, orang naik angin pun kita tak tahu. Ada pulak yang masa tu pula nak berpeluk cium dengan anak, orang pun naik angin.

Kita pergi ke bank pula kerana urusan tertentu. Cashier tu bercakap dengan kita tak pandang muka kita pun. Ramai yang naik angin kata pekerja tu sombong. Pergi kedai runcit, bila pekerjanya layan tak layan jer, kita pun naik angin. Pergi makan pula, mintak air lain, bagi air lain. Lambat pulak layanannya. Makan pula tak sedap. Dah tentu kita naik angin. Nak beli barang, mahal pulak harganya, naik angin lagi.

Hidup suami isteri pula. Sering suami atau isteri tak sedar perangai masing-masing menyebabkan salah seorang sering naik angin. Bila suami suruh, isteri banyak pula cengkadaknya, naik anginlah suaminya. Suami pula, isteri minta pergi beli barang pun malas, naik angin jugak isterinya. Bila adik beradik datang, ada pulak isteri yang pandang tak pandang pada adik-beradik suaminya itu, ini kan pula nak berborak. Mana tak naik angin suaminya. Adik beradik isteri pula datang, suami buat tak endah, isteri pula naik angin.

Di pejabat pun begitu. Ketua suruh anak buah buat sesuatu perkara. Ingatkan buat lah terus. Rupa-rupanya dok tangguh-tangguh sampai lupa. Yang si bossnya sangka dah buat. Tahu tak tahu bila klien komplen. Yang si boss pula, cara menyuruh pun main jerit-jerit je. Anak buah naik angin, langsung tak mahu buat. Nak melawan tak berani, protes dengan cara melambatkan buat kejer. Boss yang baik pula, anak buah ambik kesempatan. Alaa, boss bukannya marah kalau lambat. Memanglah tak marah, tapi angin jugak satu badan.

Oleh itu, marilah kita muhasabah diri. Nak muhasabah memang lah senang, nak mengubah kelakuan tu yang susah. Sungguh pun begitu, kita cuba lah yang terbaik. Untuk kehidupan kita, Demi agama, bangsa dan Negara kita.

Wallahualam…