Saban tahun kita berpuasa, pejam jelik aidil fitri menjelma. Pejam celik lagi, menjelma lagi Ramadhan yang mulia. Pejam celik lagi, Aidil Fitri kembali. Cepatnya masa berlalu, dari zaman kanak-kanak yang kita begitu seronok berhari raya, hanya tahu bergembira waktu itu. Tiba pula zaman berhari raya semasa remaja, hanya tahu nak pergi rumah awek2 dan kengkawan sendiri sahaja. Berbeza bila dah dewasa dan beranak pinak, kita pentingkan saudara mara kita pula. Masa tu baru kita tahu anginnya kita bila anak-anak tak nak ikut kita berjalan. Tahu anginnya kita bila adik-adik tak kisah nak berziarah, seronok dok depan tv aje. Anginnya kita bila yang sibuk nak buat air bila tetamu datang hanya mak kita yang dah tak larat. Adik-adik kita tak kisah ajer...
Tahun ini macam mana pula ya? Adik-adik kita pun sepatutnya dah boleh berfikir lebih lagi. Anak-anak kita pula mungkin mengambil alih peranan adik-adik kita dulu. Mak-mak kita? Mungkin terpaksa berpenat lagi. Harapnya kerana gembira anak cucu balik, penat tu hilang begitu ajer.. Kita pula? ramai pening jugak kot. Guna kete balik kampung, petrol turun 10 sen aje. Tol pulak tak turun. Nak naik bas? lagi lah mahal. Barang-brang pulak harganya, mak aii. Daging tahun lepas RM17, tahun ni dah RM20. Tentu macam-macam lagi benda lain kita kena beli. Gaji banyak tu jugak..
Macamana pun, jangan lupa kita ada 5 malam lagi untuk tarawih. Ada lagi peluang nak dapat lailatul qadar. Kalau isteri sibuk nak shopping ke, buat kuih ke malam-malam terakhir, marah ajer. Kuasa ditangan kita. Peluang datang setahun sekali. Jangan dilepaskan. Nak berjaga, berqiamullail tiap-tiap malam, ramai antara kita tak larat. So, cukup lah sekadar tarawih dan solatlah sikit sebelum bersahur. Pasti ada hikmahnya.
Buat rakan-rakan semua, jangan lupa dihari raya bermaaf-maafan dengan ibu bapa kita, isteri kita, adik beradik kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita. Pasti ada banyak salah silap, yang kita sengaja, ataupun tak sengaja kita lakukan.
Hati-hatilah dalam perjalanan. Jangan diikutkan hati. Tengok keupayaan diri. Jika mengantuk, berehatlah sebentar. Mintaklah isteri siapkan bekalan kopi. Tak usahlah membeli. Berjimatlah selagi perlu.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
Wanita Hamil Lapan Bulan Dan Anak Lelakinya Usia Empat Tahun Yang Hilang Di
Kuantan Ditemui Di KLIA
-
*KUANTAN:* Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia
empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di
sebuah ...
1 day ago
No comments:
Post a Comment