mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Sunday, September 14, 2008

Jangan bagi orang naik angin

Kita ni sebagai manusia, sedar atau tidak, sengaja atau tidak, sering menjadikan orang naik angin. Ya lah, pagi-pagi kita memandu pergi kerja, kerana nak cepat kita memotong kereta lain dengan agak laju. Mungkin orang naik angin, kita pun tak tahu. Hantar anak ke sekolah, parking lama sikit, orang naik angin pun kita tak tahu. Ada pulak yang masa tu pula nak berpeluk cium dengan anak, orang pun naik angin.

Kita pergi ke bank pula kerana urusan tertentu. Cashier tu bercakap dengan kita tak pandang muka kita pun. Ramai yang naik angin kata pekerja tu sombong. Pergi kedai runcit, bila pekerjanya layan tak layan jer, kita pun naik angin. Pergi makan pula, mintak air lain, bagi air lain. Lambat pulak layanannya. Makan pula tak sedap. Dah tentu kita naik angin. Nak beli barang, mahal pulak harganya, naik angin lagi.

Hidup suami isteri pula. Sering suami atau isteri tak sedar perangai masing-masing menyebabkan salah seorang sering naik angin. Bila suami suruh, isteri banyak pula cengkadaknya, naik anginlah suaminya. Suami pula, isteri minta pergi beli barang pun malas, naik angin jugak isterinya. Bila adik beradik datang, ada pulak isteri yang pandang tak pandang pada adik-beradik suaminya itu, ini kan pula nak berborak. Mana tak naik angin suaminya. Adik beradik isteri pula datang, suami buat tak endah, isteri pula naik angin.

Di pejabat pun begitu. Ketua suruh anak buah buat sesuatu perkara. Ingatkan buat lah terus. Rupa-rupanya dok tangguh-tangguh sampai lupa. Yang si bossnya sangka dah buat. Tahu tak tahu bila klien komplen. Yang si boss pula, cara menyuruh pun main jerit-jerit je. Anak buah naik angin, langsung tak mahu buat. Nak melawan tak berani, protes dengan cara melambatkan buat kejer. Boss yang baik pula, anak buah ambik kesempatan. Alaa, boss bukannya marah kalau lambat. Memanglah tak marah, tapi angin jugak satu badan.

Oleh itu, marilah kita muhasabah diri. Nak muhasabah memang lah senang, nak mengubah kelakuan tu yang susah. Sungguh pun begitu, kita cuba lah yang terbaik. Untuk kehidupan kita, Demi agama, bangsa dan Negara kita.

Wallahualam…

6 comments:

Anonymous said...

Kalau tuan dah angin...minyak angin byk jual..beli sapu je. kalau tak nak bagi org naik angin.. Kena tengok mood org..asyik fikir diri sendiri je.. dlm konteks suami isteri lak..jgn la asyik nak ambil hati adik-beradik tapi hati isteri sape nak ambil..diambil org nanti. Isteri pulak asyik angin sebab dia letih...pastu si ipar-duai lak..asyik bawa masalah je..mana nak bahagia. ada hadis mengatakan "Ipar itu adalah MAUT" maksudnya..ia boleh membawa kemusnahan dalam rumahtangga. Renung-renungkanlah

Anonymous said...

Syok tengok cerita naik angin ni..i pun selalu naik angin dgn my wife. Spi tak tahu nak buat apa..tapi bila difikirkan balik..macam mana pun dia isteri yang telah dijodohkan dengan kita. Kita yang pilih dia. Masa dia anak dara, kita suka dia so mcm mana nak benci dia pulak sekarang...so terimalah dia seadanya..

Anonymous said...

Kalau boss marah..anak buah naik angin and kalu anak buah marah ..boss keluar angin...

Kalau suami marah..bini naik angin
kalau bini marah...suami nak naik apa???adik-beradik???angin naik kepala la..

Antara ibu dan isteri..sudah tentu pilihan WAJIB adalah IBU tapi ....antara adik-beradik dan isteri..siapa pilihan kita??Apakah isteri pilihan terakhir kita sedangkan kita yang memilih dia menjadi isteri kita. Waktu susah ditanggung bersama tapi bila senang..nak kongsi dengan adik-beradik!!!

Ingatlah adik-beradik tidak dapat mendoakan kita diakhirat tapi isteri memberikan kita anak2 untuk mendoakan kita kelak....mu fikir sendiri pengorbanan dia.Jgn asyik nak pentingkan adik-beradik..keluarga sendiri hancurrrrr....

Aku juga isteri

mohad said...

salam... selamat aidilfitri 2008

Mat Zahari Ali said...

asmk sahabat

halia pun jadi penawar penghalau angin juga .. heheh

tu semua cerita nafsu. selagi manusia bergelumang dengan nafsu amarah dan lawamah serta mulhimah selagi tu cerita angin ni tak habis. bila ah dapat nasfu mutmainnah, radhiah dan mardhiah baru redha dengan segala ketentuan Allah.

inilah org yang di sebut Allah sebagai orang mukmin yang sobirin (penyabar)

wallahhuaklam

sila ke blog saya
zikrijilani.blogspot.com - jejak jebak

biado ho said...

angin amat mustahak utk manusia..tapi angin juga boleh memusnahkan manusia..tapi kalu selalu naik angin byk2 bersabar..