mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Tuesday, December 7, 2010

Hebatnya Solat Di Awal Waktu

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?






Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Wallahualam.

Panduan Meniti Tahap-tahap Usia

Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut;

1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya.. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.

2) Pemuda/i
Bermula dari umur baligh hingga umur 40 tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya.
Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40 tahun.

3) Orang tua
Bermula umur 40 tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.

Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40 thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40 thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.

Sabda Nabi SAW, bermaksud ;

Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40 tahun MAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebahagian putih2.�

Apabila seseorang itu sampai umur 50 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghindari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.

Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.

Apabila telah mencapai umur 70 tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.

Apabila telah mencapai umur 80 tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya, sedangkan pahala berterusan dicatit.

Apabila telah sampai umur 90 tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;
Mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia.
Menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini
Juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka.�
Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah & dipermudahkan urusannya.

Tips dari Saidina Ali kw;

*** Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN

Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca AlQuran itu menjadi amalan yang berterusan.

Doa pada umur 40 tahun : (Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15)

Bermaksud ;

Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga

Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)

SALAM MAAL HIJRAH 1432H



















































Tuesday, November 30, 2010

Gambaran Hari Kiamat

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Sunday, November 28, 2010

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.

Bismillahirahmanirrahim..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Wallahualam...

Penyakit Hati

PENYAKIT HATI

Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati baik, manusia akan memiliki sifat yang terpuji. Namun, jika hati yang dimiliki penuh dengan niat yang jahat sudah pasti sebarang tindakan akan merugikan diri sendiri dan orang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Ketahuilah , sesungguhnya pada diri setiap jasad ada sepotong daging. Apabila baik ia maka baiklah seluruh anggota jasad itu tetapi jika rosak ia maka akan rosaklah seluruh anggota jasad tersebut. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis Riwayat Bukhari

Perubahan sifat yang ada dalam hati manusia terjadi dengan sangat cepat. Semuanya berlaku dengan kekuasaan Allah S.W.T yang memiliki segala kekuasaan. Dia yang membolak-balikkan hati manusia sesuai dengan kehendakNya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Dinamakan Hati (Qolbu) kerana cepatnya berubah.
Hadis Riwayat Ahmad

Perumpamaan hati seperti sebuah bulu di tanah lapang yang diubah oleh hembusan angin dalam keadaan terbalik.
Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim

Penyakit hati tersebut dapat diketahui dengan melihat perilaku yang ditampilkan oleh seseorang dalam sehariannya. Perilaku yang mencerminkan rosak dan sakitnya hati seseorang di antaranya ialah:
1. Gemar melakukan kedurhakaan dan dosa
2.Sukar menerima kebenaran dan keras hati.
3.Tidak tekun beribadah
4.Malas dalam ketaatan dan ibadah

Oleh itu, kita perlu berusaha agar hati kita tidak rosak dan jauh dari Rahmat Allah S.W.T dengan mengamalkan doa seperti yang diajarkan oleh junjungan kita Rasulullah S.A.W sebagaimana Sabdanya yang bermaksud:

Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, condongkan hati kami untuk selalu taat kepada Mu
Hadis Riwayat Muslim


Sumber: Syaamil Al-Quran: The Miracle 15 in 1 muka surat 1150

Selamat MENGAJI dan MENGKAJI

Ingat mengingati...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yang tidak menyampaikan perkara yang baik kepada org lain.

Tuesday, November 2, 2010

Tazkirah pagi...

MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN.
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam menghormati azan banyak fadhilatnya. Jika lagu diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. Fikir....

Monday, November 1, 2010

Sebagai Tanda Aku Sayang Kamu

Assalamualaikum ...

Hanya Ingin Mengingatkan ....
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Wallhualam... Wassalam......

Wednesday, October 27, 2010

Malaysia...Tanahair ku...

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).Kriteria berkenaan adalah:
Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaanLebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014."Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburanKawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Monday, October 25, 2010

Seminit Saja

Buat kesekian kalinya….pesanan ini kita baca & cubalah kita hayati dengan sedalam-dalamnya.


SEMINIT SAJA

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf ( barisan ) paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk ‘event’ yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan tidak peduli untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir, atau mengatakan apa-apa, atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, serta terus
klik pada butang DELETE .




Pst : - Sama-sama lah kite renung-renung kan… moga2 dianugerahkan Taufiq , Hidayah , Bida’yah dan ‘Inayah dari Allah Taala … Wassalam …

Benarkah? Atau kita ini terlampau memandang rendah..

Persoalannya jika perkara ini benar, apakah sistem vaksinasi kita tidak berkesan hingga kita ada risiko dijangkiti penyakit ini???


sekadar memanjangkan..

Paparan saya, Tafsiran anda….

Diceritakan oleh seseorang kepada saya. Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi sambil minum2 saya telah berborak dengan seorang Pakcik cerita 60-an bersamanya. Hingga lah kepada cerita ini.

Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.

Hanief: Saya tak berapa pasti pula.

Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.

Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan ubat-ubatan lagi.

Uncle M: Tahu tak mana puncanya?

Hanief: ...

Uncle M: Kedai Mamak.

Hanief: Haha... Kedai Mamak?

Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.

Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?

Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.

Hanief: Hahahaha...

Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.

Hanief: Dah pulih ke dia?

Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.

Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?

Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!

Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.

Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?

Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.

Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?

Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.

Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya
bayar untuk dapat penyakit?

Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?

Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.

Hanief: Logik juga ya?

Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kau
fikir-fikirkanlah lepas ni.

Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.

Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar racun
serangga dia tinggi.

Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu jual di pasar.

Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.

Hanief: Painkiller ke?

Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant . Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh tarik.

Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red Indian di Amerika dulu.

Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.

Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?

Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?

Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang .


Liana meninggal dunia akibat batuk kering ...akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.
from Kosmo! - Jan 28, 2010 2:59 AM

Amaran tibi
...jangkitan penyakit batuk kering atau tibi sekitar Lembah Klang semakin membimbangkan apabila meningkat daripada 1,253 kes pada 2007 kepada 1,387 kes sepanjang 2008 dengan tujuh kematian.
from Harian Metro - Apr 4, 2009 10:28 AM

Ketua Biro Utusan Perlis meninggal dunia ...akibat penyakit batuk kering (Tibi).
from Utusan Online - Jan 8, 2009 10:23 AM

Hasil kajian INFORMM diiktiraf ...taun dan batuk kering .
from Harian Metro - Jun 10, 2008 11:46 AM

Kelonggaran eksport kera ditarik balik elak wabak
... batuk kering (TB) dan hepatitis.
from Berita Harian - Feb 2, 2008 10:27 AM

Bekas polis derita sakit ...akibat penyakit batuk kering dihidapinya sejak enam tahun lalu menyebabkan kerosakan paru-paru.
from Berita Harian - Jan 24, 2008 9:49 AM

Tiga peratus warga asing bawa penyakit ... batuk kering , sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun.
from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

Tiga peratus warga asing bawa penyakit ... sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun.
from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

4,000 pendatang bawa sifilis ...kelamin jenis sifilis apabila diperiksa semula dalam saringan kesihatan selepas sebulan berada di negara ini, sepanjang tahun lalu.
from Harian Metro - Nov 14, 2007 9:40 AM

2,571 mati dalam penjara, pusat tahanan ...depoh tahanan pendatang tanpa izin, meninggal dunia akibat pelbagai penyakit sejak 1999 sehingga tahun lalu.
from Berita Harian - Mar 24, 2009 9:04 AM

Pendatang hidap HIV dihantar pulang ...menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk HIV selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di negara ini.
from Harian Metro - Nov 23, 2007 10:01 AM

Renung-renungkan dan sibarluaskan untuk mengelakkan jangkitan bila makan di kedai/restoran mamak ….

You Got Beauty, I Got Healthy

You Got Beauty, I Got Healthy

" Kamu tahu apa itu wanita? Jika kamu kaum lelaki, kamu pasti akan pelik dengan sikap wanita. "

Bumi pinjaman Allah ini dipenuhi dengan pelbagai jenis ciptaan. Kamu cantik, kamu bijak, kamu tinggi,kamu rendah, kamu sihat itu semua ciptaan yang menjadi sebahagian daripada hidup kita. Kadangkala kita tidak berpuas hati kerana kita kurang bijak daripada rakan sekelas. Kadangkala juga kita merasakan wajah kita tidak sesempurna insan lain.

" Mengapa mereka cantik, sihat, tinggi, rendah dan lain-lain lagi sedangkan kita tidak begitu? "

Jawapannya mudah iaitu ;
" You got beauty I got healthy! "

You got beauty I got healthy:
Jika kita toleh ke arah kanan dan kekiri pasti pelbagai bentuk dan jenis manusia yang akan kita dapati. Percayalah mereka dan bahkan diri kita mempunyai ciptaan yang teristimewa di dalam diri masing-masing. Kita mahu cantik seperti kawan kita. Dirinya sering mendapat perhatian sedangkan kita tidak ditoleh langsung. Mungkin dia ada kecantikan. Tapi sedarlah bahawa didalam diri kita juga pasti ada sesuatu yang mungkin masih belum kita temui. Satu anugerah yang masih belum kita terokai. Kadangkala anugerah itu sebenarnya lebih hebat daripada rakan kita yang cantik itu tadi.

Ini masalah besar. Bila kita menginginkan sesuatu yang bukan milik kita, maka kita harus berhati-hatilah dengan hati kita kerana percayalah, perasaan itulah nanti yang akan membawa diri kita kepada sifat benci dan dendam di atas kelebihan orang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W ;

Ada 3 hal yang boleh merosakkan kehidupan, iaitu kikir yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan seseorang yang membangga-banggakan diri sendiri
(Riwayat Tabrani)

ERTI SYUKUR?
Apabila kita sebut tentang syukur, pelbagai persepsi yang muncul dibenak fikiran. Kata kuncinya mudah. Mudah dihafal tetapi payah untuk dilaksanakan. Samada kita perasan bahawa kita sering menginginkan perkara yang insan lain miliki atau kita berusaha mensyukuri setiap perkara yang kita perolehi.

Kehidupan kita di dunia dibekalkan dengan dua perkara iaitu samada KEHENDAK ataupun KEPERLUAN. Jika dua perkara ini tidak difahami dengan baik maka hampir musnahlah kehidupan kita. Lebih-lebih lagi Allah memberikan sesuatu yang kita perlukan dan bukannya perkara yang kita inginkan.
Jika kamu menginginkan lelaki itu sebagai suami, tetapi apabila Allah merasakan kamu tidak memerlukannya, maka jodoh kamu pasti tidak akan ke mana.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk memahami makna sifat syukur ini. Sedarlah bahawa jika kita punyai sifat syukur ini, segala masalah serta semua rasa tidak puas hathati kita akan terhapus dan berkubur dengan sendirinya.

فاحذو عدوك مرة # واحذر صديقك الف مرة
فلربما القب الصديق # فكان اعرف بالمضرة

Berhati-hatilah kamu terhadap musuhmu satu kali
Tetapi berhati-hatilah kamu kepada temanmu seribu kali
Suatu saat, sahabatmu akan berbalik
Kerana dialah yang lebih mengetahui

Wednesday, October 13, 2010

Kereta kancil untuk dijual


Kereta kancil 850cc (M) tahun 1999, warna silver untuk dijual dgn harga 7500k (nego). Sesiapa berminat boleh la contact 013-3644041.
date iklan: 14/10/10


Tuesday, September 7, 2010

Salam buat semua teman-teman yg disayangi…

Ramadhan dah hampir berakhir kan…Doa saya semoga diberi
kesempatan untuk bertemu Ramadhan seterusnya..Semoga
segala amalan yang dilakukan pada Ramadhan ini diterima Allah s.w.t.

Kini, Syawal pula menjelma. Hati si kecil pasti berbunga-bunga
menanti kehadiran Hari Raya. Tak sabar rasenyer nak menjamah
juadah di pagi raya. Jangan terlebih makan sudah la.. Puasa 6 hari di bulan
syawal juga jangan dilupa

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf seandai ada tersilap kata dan terkasar bahasa. Mohon
halalkan jua yg termakan atau terminum. Kita cuma manusia biasa, mulut
pula pula suka berkata-kata

Yang ada kampung halaman, pulanglah menjenguk ayah bonda tercinta.
Ziarahlah sadara mara yang masih ada, kunjungilah pusara yang telah tiada.
Yang memandu sendiri, berhati-hatilah. Yang menumpang rakan dan saudara,
pandai-pandailah bawa diri, yang menaiki kenderaan awam, tengok-tengoklah
pemandunya.Biar lambat tapi sampai dgn sempurna, bukannya sampai cepat
tapi salah satu anggota badan tak ada…hehehe. Nauzubillah himinzalik


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Monday, September 6, 2010

Panas : Bukti Iklan TV3 Menyesatkan Umat Islam
Posted by Love Perak Sunday, September 05, 2010

5 comments » Share



Berikut aku sertakan hujah yang aku perolehi dari sahabat facebook yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini. Namun, entri aku ini disertakan sekali babak-babak iklan yang telah aku print screen. Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayub) Buku – Biblec) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinand) Malam Yang Gelap - Islam yang mundure) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblisf) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAMg) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakanc) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Clausd) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristianc) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.a) Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jinb) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).sumber : [link]


TV3 Tarik Balik Iklan Syirik Setelah Dikritik Hebat
KUALA LUMPUR 6 Sept - Desakan kuat dan tegas daripada banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat akhirnya memaksa, stesen televisyen swasta berkaitan Umno, TV3 menarik balik iklan kontroversi Aidilfitri itu semalam yang yang telah disiarkan sejak beberapa hari lalu.
TV3 melalui Buletin Utama pukul 8 malam tadi juga memohon maaf berhubung iklan tersebut yang telah mengguris hati umnat Islam negara ini.
Iklan kontroversi itu didakwa membawa unsur keagamaan Kristian, Hindu dan Buddha dalam perayaan Aidilfitri dengan memasukkan elemen seperti menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.
Iklan itu juga dikritik hebat kerana didakwa boleh mengeliru dan menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.
Selain itu iklan terbitan TV3 itu mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mendakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Adakah Apco Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3?
Kontroversi iklan raya yang diterbitkan atas brand TV3 telah sampai ke kemuncaknya apabila TV3 melalui Buletin Utama edisi 5 September telah memohon maaf kepada semua masyarakat Muslim yang terguris dengan penyiaran iklan tersebut.
Dengan memasukkan unsur Santa Claus iaitu simbol perayaan Krismas dan juga unsur bunga teratai yang menjadi lambang kepada upacara keagamaan Buddha, dapat kita lihat dengan mata kasar bahawa apa yang cuba ditonjolkan dalam iklan tersebut adalah peralihan dari slogan 1Malaysia terbitan Umno dan Apco menjadi slogan baru iaitu 1Agama.
Kepada rakan-rakan yang masih ketinggalan dan tidak sempat melihat iklan tersebut, boleh melihatnya sendiri dan seterusnya menilai, adakah ianya boleh memesongkan akidah anak-anak kita yang menontonnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri?
Setelah iklan tersebut diselidik dengan lebih halus seperti yang dikaji dalam blog aulakalimah, ianya menghasilkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.
Dapat didedahkan bahawa dalam iklan tersebut juga dapat dilihat tulisan jawi atau tulisan Al-Quran yang dipaparkan dalam keadaan terbalik, dan menara masjid yang 'ditokok' menjadi bentuk salib!
Inilah kerja-kerja propaganda barat untuk mengelirukan umat Islam, malangnya ia disambut oleh media perdana yang dipelopori kerajaan pemerintah.
Ketelanjuran ini adalah disifatkan melampaui batas. Memohon maaf semata-mata disebalik melindungi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyiaran iklan tersebut sememangnya tidak berbaloi.
TV3 harus lebih responsif dan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan! Ia umpama si perogol yang dilepaskan hanya setelah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Justeru, TV3 atau lebih dikenali sebagai RTM3, harus mendedahkan siapakah yang melulus-terbit iklan yang berniat jahat tersebut.
Diikuti dengan mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan 'director' iklan dan juga perekacipta 'storyboard' bagi iklan yang diklasifikasikan sebagai 18PL itu.
Demi menghalang sebarang agenda memurtadkan orang-orang Islam secara licik dan halus dilakukan secara terancang seperti iklan raya lari akidah terbitan TV3, pihak pembangkang atau NGO orientasi Islam harus memulakan langkah segera menyiasat dan memberkas mereka yang terlibat dan yang paling penting, menghambat siapakah yang menjadi dalang utama.
Kerajaan hari ini sememangnya tidak boleh lagi diharap dalam menjaga kesucian Islam apabila mereka bersama dengan agen Yahudi.
Persoalannya, adakah iklan promo raya TV3 itu berkaitan dengan Apco, yang menjadi konsultan kepada kerajaan Barisan Nasional? Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini apabila telur mereka dipegang erat oleh anasir barat.
Staf TV3 yang mempunyai maklumat adalah digalakkan untuk membuat pendedahan sepertimana yang dituntut. Sesungguhnya pendedahan yang berjaya dilakukan akan menyelamatkan umat Islam daripada terus diasak arus kemurtadan yang sentiasa dicanang oleh barat keparat.
Kepekaan masyarakat Islam di negara ini dalam mentafsir iklan tersebut sangatlah dipuji.
Semoga kita semua selamat bersama Islam di dunia dan akhirat InsyaAllah.
edyesdotcom.blogspot.com

TV3 Didakwa Cuba Satukan Agama Di Bawah Payung 1Malaysia
Oleh Dzulkarnain Taib
SHAH ALAM 6 Sept - Dewan Pemuda PAS mendakwa iklan Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3, stesen televisyen yang dikaitkan dengan Umno dianggap satu usaha untuk menyatukan semua agama di negara ini di bawah konsep 1Malaysia selain menggalakkan amalan syirik di kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan kanak-kanak.
Semalam stesen televisyen tersebut membuat keputusan menarik balik iklan tersebut setelah dikritik hebat serta memohon maaf kepada umat Islam di negara ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS PUsat, Nasrudin Hassan At Tantawi berkata iklan tersebut jelas menunjukkan stesen swasta tersebut gagal dalam menyelami sensitiviti dan mengetahui batasan agama dan kaum walaupun setelah 26 tahun beroperasi.
"Inilah bahananya apabila konsep 1Malaysia yang menjadi sloganan Perdana Menteri tidak difahami oleh rakyat Malaysia hatta pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri.
"Akhirnya TV3 membuat tafsiran sambutan Aidilfitri mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan gugurnya akidah seseorang Muslim itu. Tak faham konsep 1Malaysia sampaikan agama pun hendak disatukan sebab itu kita lihat ada unsur Kristian, Buddha, Hindu dalam iklan tersebut," tegas Nasrudin kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
Malah lebih mengejutkan, beliau mempersoalkan keberkesanan fungsi serta peranan yang dimainkan oleh agensi seperti Lembaga Penapis Filem yang memantau serta menapis bahan yang disiarkan melalui media elektronik seperti filem, drama, iklan dan dokumentari.
"Kita lihat dalam kes iklan TV3 ini seolah-olah Lembaga Penapisan Filem lepas tangan atau terlepas pandang mengenai iklan tersebut walaupun mereka mempunyai panel syariah. Apa yang mereka buat sampai lalai begini?
"Kita desak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap TV3 kerana menyiarkan iklan seperti itu yang menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada kanak-kanak yang menontonnya.
"Kalau orang awam boleh menyedari iklan TV3 tersebut boleh menggugat akidah dan keimanan umat Islam bagaimana pula agensi seperti Pusat Islam, Jakim dan para Mufti di Malaysia," tegas Nasrudin lagi.
Iklan Aidilfitri terbitan stesen televisyen itu memaparkan beberapa babak yang boleh ditafsirkan mempunyai pengaruh agama Kristian dan Buddha.
Antara yang paling menonjol ialah adegan dimana seorang lelaki tua yang berkopiah muncul di luar tingkap sambil mengajak dua kanak-kanak menaiki becanya yang berwarna merah.
Beca itu pun secara magik terbang membawa kedua-dua kanak tersebut menjelajah alam di waktu malam.
Unsur ini jelas dilandaskan kepada perayaan Hari Natal di mana watak Santa Claus yang berpakaian serba merah dengan menaiki pedati terbang yang ditarik oleh sekumpulan rusa.
Begitu juga dengan adegan yang menunjukkan bunga teratai mengembang yang merupakan simbol daripada ajaran Buddha.
"TV3 mempamerkan Aidilfitri itu sebagai satu sambutan perayaan yang sama taraf seperti sambutan parayaan agama dan kaum lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Walhal Aidilfitri ialah satu ibadah merupakan manifestasi kesyukuran umat Islam berpuasa melawan nafsu selama sebulan serta melatih jiwa dalam proses penyucian rohani atau spiritual seseorang islam itu.
"Ia bukan majlis pesta seperti yang digambarkan oleh TV3 atau media milik Umno-BN yang mengosongkan jiwa Aidilfitri itu dengan sambutan ala jahiliyah yang dipenuhi gelak ketawa, makan minum serta pergaulan bebas tanpa ada had dan sempadan di mana halal dan di mana haram sesuatu perbuatan itu," jelas Nasrudin panjang lebar. Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS akan menyampaikan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan TV3 dan Kementerian hari ini.

Suami Boroi Tanda Bahagia !!!

Dari e-mel kengkawan...

Mari check perut masing2….

SEKADAR UNTUK DI KONGSI BERSAMA..
SHARING IS CARING… ):


Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti **** sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti **** bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan ****. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti **** tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan **** bersama pasangan.Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan **** dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Saturday, September 4, 2010

Awek & Balak kuku panjang

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang... nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.See More
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
By: Yus Fairus

Wednesday, September 1, 2010

Apa punya lawak...

Lawak hari ini tajuknya : Kaki Bertaruh
Oleh: Tak tahu mana sumbernya...

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya.
Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank.
Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menympan RM1000 nya.
Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari
disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya
ke office dan bertanya...
Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank.
Apa kerja pak cik?
Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh.
Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu
dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan
saya jangan haraplah nak menang.
Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.
Pak Di : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan
telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan
bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.
Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi
Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah
sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..
Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.
Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..
Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...
Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..
Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.
Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni
pak cik tak dapat pergi bank lagi.. keh.. keh.. keh...
Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank.
Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..
Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik, Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..
Manager : Tak guna punya orang tua..

Tenangnya Jiwa Buat Hidup terasa Indah

Tenangnya Jiwa Buat Hidup terasa Indah
Oleh: Norazimah Ibrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi muslimin dan muslimat, selamat meneruskan amalan puasa dalam erti kata yang sebenar dan meningkatkan amalan di sepuluh malam yang terakhir.
Bulan ini merupakan bulan terbaik untuk muhasabah diri atau merenung diri sendiri dalam meningkatkan spiritual. Bulan ini minda lebih tenang kerana tidak perlu berfikir tentang makanan untuk sarapan pagi dan tengah hari. Waktu petang hanya perlu berfikir memasak atau membeli sedikit hidangan untuk berbuka puasa. Makan yang ala kadar hanya untuk menginsafkan diri tentang orang yang tidak berkeupayaan menyediakan makanan sesedap kita hari ini.
Bulan ini beruntunglah bagi mereka yang mengambil iktibar dan sering merenung diri. Setakat mana amalan-amalan baik atau sebaliknya yang telah dilakukan. Mengenang hidup yang terlalu singkat kerana esok saat kematian amat hampir.
Bulan ini bulan yang membuat hati lebih tenang. Lebih tenteram jiwa dan lebih menghayati indahnya hidup yang seketika ini. Seandai masih ada yang kurang tenang perasaannya, hayatilah malam-malam indah di bulan ini. Penuhinya dengan membaca kalimah tuhan dan bersujud di keheningan malam. Beristigfarlah kerana diri yang tidak pernah puas dan tidak pernah cukup dengan dunia ini. Percayalah hati cukup rasa tenang, cukup rasa bersyukur, cukup rasa puas, cukup rasa nikmat dan cukup rasa segala-galanya kerana ia sudah memenuhi semua keperluan yang kita ada.
Siangnya, penuhi dengan amalan lain yang mensucikan jiwa. Begitu banyak amalan ringkas untuk golongan yang bekerja sepenuh hari di bulan puasa. Hiasi lidah dengan kalimah tuhan dan elakkan berbual - bual yang kurang bermanfaat dan perkara yang mendatangkan dosa. Elak terlalu banyak terdedah membeli – belah kerana banyak perkara ketika itu yang mengurangkan rasa tenteram dalam jiwa. Beginilah caranya menghayati waktu siang di bulan ini.
Di bulan ini, lakukan perkara-perkara kecil yang dituntut. Ketika ini, maafkan kesalahan orang lain samaada mereka meminta maaf atau tidak. Hati akan lebih aman dari pelbagai perasaan yang membawa penyakit jiwa. Selagi perasaan ini terbuku dan terpendam, jiwa tetap dalam keadaan yang sama kerana bebanan yang dibawa ke mana-mana. Sakitnya hati kerana diri sendiri yang tidak membenarkan diri bahagia kerana tidak memaafkan.
Paling mudah sebagai latihan di bulan ini, banyakkan memberi senyuman walau perut terasa lapar. (saya mengingatkan diri sendiri kerana kadangkala ia benar-benar menduga diri untuk melaksanakannya secara berterusan). Mengenangkan Rasulullah bersabda yang diriwayatkan Abu Dzar : Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu sahabat. (Riwayat Muslim). Sewajarnya kita saling ingat – mengingatkan.
Pilihlah di bulan ini juga untuk menggandakan pemberian sama ada kepada orang yang tidak berupaya seperti orang miskin dan anak yatim atau kepada orang yang rapat dengan kita seperti rakan-rakan, keluarga dan jiran tetangga. Biarpun ia sedikit tetapi ia satu permulaan yang baik sebagai pengikat kasih sayang dan sebagai tanda ingatan. Dalam pemberian ini, berilah dalam kadar yang ikhlas dan bukan terpaksa. Biarpun nilainya kecil, nilainya besar di sisi tuhan berbanding dengan nilai yang besar tetapi hati tidak ikhlas memberinya.
Menjelang penghujung Ramadhan, masing-masing sibuk untuk bersiap pulang ke kampung. Doakan teman-teman yang pulang ke kampung halaman.
“ Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta memuliakan anda dengan perjalanan tersebut”.
Akhirnya, sebelum berpisah dalam Ramadhan kali ini di dalam suasana pejabat, bertemulah dengan rakan-rakan untuk berjabat tangan. Menurut Riawayat Abu Daud, Rasulullah bersabda: “Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” . Maka di kesempatan ini, rebutlah peluang sebelum berpisah sementara ini . (Insyallah).
Serikanlah juga bulan ini dengan menanamkan kasih sayang antara sahabat, antara pekerja dan majikan, antara ibu bapa dan anak, antara suami dan isteri, antara saudara mara dan antara jiran-jiran. Lakukan perkara baik yang menggembirakan mereka. Sabda Rasulullah: “Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”. Riwayat Ahmad.
Mudahnya untuk tenang jiwa. Jiwa yang tenang akan buat hidup terasa indah. Kuncinya ada dalam diri sama ada ingin lakukan atau hanya mengetahuinya tanpa pelaksanaan.

Norazimah Ibrahim

Monday, July 26, 2010

Tun Siti

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, M.kini Jul 26, 1012:17pm

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat.

Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.


Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.



Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi 'menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.

Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan".

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Benci pemimpin 'pasal bini dia'

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.

Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri.


Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.


Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.

Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Tuesday, July 20, 2010

Ke mana pergi subsidi kami?

Ke mana pergi subsidi kami?
Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mstar Jul 20, 10 12:24pm

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah? maka subsidi kita terpaksa diserah...

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

atau kami jadi insan curang...
kami diberitahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja
di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa,

menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...elaun di serata,
dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...
lantas, kalian rampas lagi subsidi...

ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...

tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...



Sunday, June 27, 2010

Saya pun Julai Jugak.. He he...

Sayapun lahir Julai jugak. Tapi tak tahulah betul ke idak ni. Hanya yang disekeliling kita yang boleh menilainya...


Oleh: Norazimah Ibrahim

Selamat hari lahir buat sahabat-sahabat yang menyambut hari lahir pada bulan Julai 2010 ini. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah telah membuat kajian terhadap individu yang lahir dalam bulan Julai. Terdapat ciri-ciri yang sering kali dimiliki individu yang lahir dalam bulan Julai. Tuan/ Puan boleh semak dengan personaliti diri sendiri dan muhasabah diri. Sahabat dan teman lain yang prihatin juga turut boleh bersama-sama mengenali sahabat-sahabat yang lahir dalam bulan ini:

JULAI
v Sangat suka didamping.
v Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
v Agak pendiam kecuali dirangsang.
v Ada harga dan maruah diri.
v Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
v Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
v Sangat menjaga hati orang lain.
v Sangat peramah.
v Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
v Berjiwa sentimental.
v Jarang berdendam.
v Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
v Tidak suka benda remeh-temeh.
v Membimbing cara fizikal dan mental.
v Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
v Layanan yang serupa terhadap semua orang. T
v inggi daya simpati.
v Pemerhatian yang tajam.
v Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
v Mudah dan rajin belajar.
v Suka muhasabah diri.
v Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
v Suka mendiamkan diri.
v Suka duduk di rumah.
v Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
v Tidak agresif kecuali terpaksa.
v Lemah dari segi kesihatan perut.
v Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
v Minta disayangi.
v Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
v Terlalu mengambil berat.
v Rajin dalam membuat kerja.

Benar atau tidak, diri sendiri lebih mengenal dan mengetahui. Ciri yang baik wajarlah diteruskan dan yang kurang baik perlu perbaiki hari demi hari

Wednesday, June 2, 2010

SEIKHLAS KELAPA TUA

Petikan dari : http://jihadtegakislam.blogspot.com


KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.

Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”

Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”

“Oh, sedap ikan bawal ni!”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.


“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…”