mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Sunday, November 28, 2010

Penyakit Hati

PENYAKIT HATI

Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati baik, manusia akan memiliki sifat yang terpuji. Namun, jika hati yang dimiliki penuh dengan niat yang jahat sudah pasti sebarang tindakan akan merugikan diri sendiri dan orang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Ketahuilah , sesungguhnya pada diri setiap jasad ada sepotong daging. Apabila baik ia maka baiklah seluruh anggota jasad itu tetapi jika rosak ia maka akan rosaklah seluruh anggota jasad tersebut. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis Riwayat Bukhari

Perubahan sifat yang ada dalam hati manusia terjadi dengan sangat cepat. Semuanya berlaku dengan kekuasaan Allah S.W.T yang memiliki segala kekuasaan. Dia yang membolak-balikkan hati manusia sesuai dengan kehendakNya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Dinamakan Hati (Qolbu) kerana cepatnya berubah.
Hadis Riwayat Ahmad

Perumpamaan hati seperti sebuah bulu di tanah lapang yang diubah oleh hembusan angin dalam keadaan terbalik.
Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim

Penyakit hati tersebut dapat diketahui dengan melihat perilaku yang ditampilkan oleh seseorang dalam sehariannya. Perilaku yang mencerminkan rosak dan sakitnya hati seseorang di antaranya ialah:
1. Gemar melakukan kedurhakaan dan dosa
2.Sukar menerima kebenaran dan keras hati.
3.Tidak tekun beribadah
4.Malas dalam ketaatan dan ibadah

Oleh itu, kita perlu berusaha agar hati kita tidak rosak dan jauh dari Rahmat Allah S.W.T dengan mengamalkan doa seperti yang diajarkan oleh junjungan kita Rasulullah S.A.W sebagaimana Sabdanya yang bermaksud:

Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, condongkan hati kami untuk selalu taat kepada Mu
Hadis Riwayat Muslim


Sumber: Syaamil Al-Quran: The Miracle 15 in 1 muka surat 1150

Selamat MENGAJI dan MENGKAJI

No comments: