HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka t ida k bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) Wallahua'lam.
Isu Tanah Babitkan Orang Asli Semelai Tasek Bera Perlulah Ditangani Dengan
Baik Kerana Bahang PRU-16 Kini Semakin Menghampiri
-
*TEMERLOH*: Isu berkaitan tanah yang membabitkan masyarakat orang asli
Semelai Tasek Bera perlu ditangani dengan baik oleh Kerajaan Pahang,
kerana raky...
1 day ago
No comments:
Post a Comment