mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Tuesday, August 19, 2008

Surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/ Puan untuk perkongsian bersama:
KELAS TAFSIR AL QURAN
Surah Al - Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
1.00 – 2.15 petang
20 JUN 2008
Oleh : Dr. Fatma Al-Zahrah
INTIPATI CERAMAH:
· Ubat terbaik adalah Al Quran dan madu lebah
· 2 perkara yang boleh membantu seorang anak Adam hanyalah Al-Quran dan Syafaat nabi ( ibu bapa, anak, saudara tidak dapat membantu kerana masing-masing ada masalah tersendiri)
· Maksud Ikhlas itu : sesuatu yang dilakukan kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan. (Contoh: Memberi makanan kepada orang lain yang dikatakan niatnya ikhlas, kita tidak boleh mencaci atau mengumpat sekiranya orang itu tidak membalas semula pemberian kita. Sekiranya menyebut-nyebut hal tersebut ia tidak termasuk dalam perbuatan yang ikhlas)
· Di dalam ayat pertama surah al-ikhlas terhimpun tauhid zat
· Di dalam ayat kedua dan ketiga terhimpun tauhid sifat
· Fadilat Surah Al-Ikhlas : Baca 10 kali surah ikhlas seperti membina istana di akhirat. Baca 3 kali surah al-ikhlas seperti membaca 30 jus al - Quran
· Membaca ayat Qursi 10 kali @ 10 kali Al-ikhlas membantu untuk mustajab doa.
· Membaca Al-ikhlas 11 kali sebelum masuk rumah – rezeki tidak akan putus-putus
· Membaca Al-ikhlas 11 kali sebelum tidur akan mati dalam tauhid
· Surah Al-Falaq dan surah Al – Ikhlas datang bersekali
· Nabi pernah disihirkan sehingga beliau terlantar sakit selama 6 bulan
· Nabi membaca Surah Al-Falaq untuk meleraikan ikatan sihir yang membelenggunya.
· Bagi mengubati sihir: 3 Qul amat mujarab : Al Falaq, Al-ikhlas dan An-Nass
· Jika dibaca 3 Qul ini sebelum tidur – akan terjaga sepanjang malamnya dan jika dibaca siangnya maka terjagalah seluruh siangnya.
· Jika berjumpa dengan bomoh 40 hari solat tidak diterima
· Mempercayai sihir boleh menjadi kufur
Jauhi daripada melakukan 7 dosa besar yang membinasakan iaitu:
1. Menyekutukan Allah
2. Membunuh jiwa yang tidak berhak dibunuh
3. Melakukan sihir
4. Makan harta anak yatim
5. Makan riba
6. Lari dari medan perang
7. Membuat tuduhan buruk/ zina kepada perempuan yang baik
Cara untuk Menghindar Sihir
Amal 3 Qul ini sebelum tidur dan selepas solat subuh
Tanda terkena sihir
1. Tidak boleh tidur malam
2. Bebola mata meliar / tidak konsisten
3. Suka duduk dalam gelap
4. Ketawa sendirian tanpa sebab
5. Suka makan banyak
6. Suka duduk seorang diri/ suka menyendiri
7. Marah/ agresif apabila mendengar ayat Quran
8. Tidak suka mandi dan berkemas
9. Tidak suka seks (bagi yang telah berkahwin)
Amalan untuk merawat sihir (yang masíh baru)
· Cari 7 helai daun bidara (daun yang selalu digunakan semasa mandi mayat)
· Letakkan dalam lesung – sambil tumbuk daun tersebut baca surah fatihah dan disambung dengan bacaan surah Ikhlas, Al-Falaq, An-Nass (3x) dan ayat Qursi (3x) semasa menumbuk daun ini diibaratkan / simbolik kepada seperti menumbuk jin)
· Letakkan sedikit air dalam lesung dan tuang ke dalam bejana yang berisi air segelen.
· Air ini ambil 3 teguk @ sudu untuk di minum
· Air selebihnya di dalam bejana digunakan untuk mandi di waktu maghrib.
· Lakukan perkara di atas selama 3 hari.
Amalan untuk mencegah sihir (yang telah lama mengidapnya)
· baca surah fatihah dan disambung dengan bacaan surah Ikhlas, Al-Falaq, An-Nass (3x) dan ayat Qursi (3x) ke atas kepala individu yang sakit beserta 3 surah lain iaitu surah Yunus ayat 81 – 82, surah Al-a’raf 118 – 121 dan surah Thoha ayat 69.
· Baca ketika masuk maghrib
(* tuan/ puan untuk penjelasan lanjut bertemu dengan individu yang hadir pada majlis ilmu tersebut untuk kepastian sebelum mengamalkan semua di atas. TQ.)

Sekian, terima kasih.
Norazimah Ibrahim
Kaunselor LHDNM.

No comments: