Bulan ini datang lagi. Tahun demi tahun, kita tetap melaluinya. Kini sudah 50 kali kita bergembira dengan ketibaan tarikh ini. Mengapa? Tentunya kita gembira kerana telah merdeka. dengan kemerdekaan ini, banyak yang kita telah buat untuk pengisiannya. Masih belum cukup kah apa yang kita lakukan?
Ya, masih banyak yang kita perlu kejar. Kita masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Tak kira lah dari segi apa pun. Ekonomi? Masih ramai yang miskin. Politik? Matang kah kita? Sosial? Makin banyak kejadian tidak diingini berlaku. Bunuh dah menghairankan. Rogol, zina dah jadi perkara biasa. Sumbang mahram? Tak kenal dah kita dengan anak-anak sendiri, apath lagi adik beradik.
Namun, untuk kemerdekaan ini. Mari sama-sama kita perbetulkan apa yang perlu. Ulamak, umarah, rakyat marhain, semua perlu bersatu. Lupakan perbezaan politik. Laksanakan sahaja apa yang hak, jauhi yang batil. Apa susah-susah nak bersengketa.
Mari kita kibarkan bendera. Dibangunan, dikereta, tunjukkan semangat kita.
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Seluas Kira-Kira 60 Hektar Kawasan Ladang Kelapa Sawit Dilaporkan Telah
Terbakar Dalam Kejadian Di Kampung Jeneri, Kuala Rompin
-
*ROMPIN:* Kawasan ladang kelapa sawit seluas kira-kira 60 hektar dilaporkan
terbakar dalam kejadian di Kampung Jemeri, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
P...
17 hours ago





No comments:
Post a Comment