Oleh MSO
PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog.
Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu.
Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan modern.
Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.
"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya.
Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap.
Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur.
Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu. Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan mendapatkan kami.
Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!
Selepas meninggalkan tempatan itu ingatan serta merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!
Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggang itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.
Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya.
Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan aqidah kita. [wm.kl 12:15 t/hari 05/12/08]
Fandi Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Rombak Pemain Sri Pahang FC Apabila
Berdepan JDT Selasa Ini
-
*KUANTAN:* Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan
melakukan rombakan pemain apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor
Darul T...
8 hours ago
1 comment:
kau punya font color putih susah baca la
Post a Comment