mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Thursday, January 29, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Dr. Stephen Carr Leon
www.telokbakong.com

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.
Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon
www.telokbakong.com

Wednesday, January 28, 2009

Trade In Grand Livina, Nak Ambil Proton MPV...

Puhh cantiknya. Ada sesiapa cari Grand Livina. Saya punya 1.6, warna oren. Daftar 15 Jan 2008. Berapa valuenya sekarang ya? Memang Grand Livina cantik, tapi saya lebih minat jenama Proton. Kalau ada yang berkenan GL saya, leh lah hubungi saya...

Tuesday, January 20, 2009

Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja

Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja

Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.
" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.
Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.
Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :
Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)
Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?
"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.
Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.
Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.
Nabi SAW pernah bersabda :
Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)
Komen Pedas
Mungkin ada wanita yang akan berkata :
"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"
Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.
Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertpatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -
أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )
Nasihat Penghujung
Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya.
Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka. Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah..
Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..

Sekian.

Ust Zaharuddin Abd Rahman
4 Safar 1428 H / 22 Februari 2007 (Updated on 22 Ogos 2007)

Kelembutan & Kasih yang luntur

Kelembutan & Kasih Yang Luntur

Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah.
Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam.
Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.
Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.
Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangkan panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?

Bersambung di 'next post'

Keperluan Wanita Bekerja & Anak Lelaki

Keperluan Wanita Bekerja & Anak Lelaki

Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah?
"ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya.
"baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya
Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.
Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?.
"habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.
Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.
Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah.
Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.
Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.

Bersambung di 'next post'

Suami Nusyuz - Samb. Wanita, Aurat & Kerjaya

Lelaki Duduk Rumah Wanita Kerja?

( artikel ini pernah disiar di Metro Ahad & juga disiarkan di web Feb 2007 yang lalu )
Oleh Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net/ )

Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.
Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.
Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.!
Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)
"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.
"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.
"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"
"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )
Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.
Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki. Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.
Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.

Bersambung di 'next post'...

Wanita, Aurat & Kerjaya

Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
( artikel ini pernah disiar di Metro Ahad & juga disiarkan di web Feb 2007 yang lalu )
Oleh Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net/ )

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.
"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.
"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.
"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.
"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.
Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.
Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."
Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.
"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.
Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.
Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.
Firman Allah SWT :
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)
Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :
إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

Perempuan Lebih Sukar?

Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :
"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.
"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.
"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.
Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.
"Benar, InshaAllah.." Kata saya.
Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut
إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :
إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
Imam An-Nawawi pula berkata :-
الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة
Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"
Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)

bersambung di 'next post'

Monday, January 19, 2009

Isteri Sara Suami?

Norazimah Ibrahim

Fenomena hari ini memperlihatkan perubahan peranan antara isteri dan wanita. Asalnya lelakilah sebagai suami dan ketua keluarga yang menyara isteri dan keluarganya. Namun kini, pengaruh luar telah menular dan wanita pula yang mengambil alih peranan itu.
Jika dahulu, isu ini adalah isu terpencil. Ada suami yang dahulu seharian di kedai kopi tetapi yang isteri bertungkus lumus mencari rezeki di kebun, menoreh dan sebagainya. Generasi itu ada kemungkinan dangkal ilmunya kerana tidak pernah bersekolah pun.
Anehnya ia berterusan dan lebih hebat lagi pada waktu ini, suami-suami ini lepasan sekolah dan malah ada golongan profesional. Tetapi mereka membiarkan si isteri memikul bebanan berat ini menyara hidupnya dan keluarga!
Cerita-cerita duka sang isteri ini barangkali ada yang pernah mendengarnya dari majalah, surat khabar, atau individu yang berada di sekitar. Kepenatan menggalas beban itu rasa tidak tertanggung. Tapi demi sebuah keluarga, sang isteri sanggup berkorban kerana tiada pilihan, menyara suami dan anak-anak.
Bagi wanita yang tidak pernah melaluinya, mungkin belum berkahwin atau memiliki suami yang baik, akan berfikir, `kenapalah mahu membebankan diri dan terus hidup dengan lelaki yang tidak layak bergelar suami’. Tetapi si isteri yang menyara suami ada alasan tertentu untuk memilih jalan ini. Mereka memikirkan bukan mudah untuk keluar dari kemelut ini dan bagi yang telah lama menyara suami, mereka telah selesa dengan keadaan ini. Selesa di sini bukan bermakna mereka bergembira dengan keadaan ini, tetapi mereka memikirkan lebih sukar jika mereka cuba untuk keluar dari masalah. Lebih mudah berkorban dan menerima nasib serta takdir diri.
Walau bagaimanapun, selagi suami berupaya dan bukan dalam kategori hilang keupayaan fizikal. Mereka wajib bekerja demi menyara isteri dan keluarga. Darjat suami amat tinggi kerana ia di panggil ketua keluarga. Ketua keluarga itu tanggungjawab menyediakan tempat perlindungan,menyara keluarga, menjaga keselamatan dan beberapa tanggungjawab lain.
Di dalam Islam (bagi individu Muslim) wajar tahu di dalam Surah Al-Talaq, Ayat 7 yang bermaksud : "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memberati diri seseorang melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran".
Seorang suami itu perlu menyara keluarga mengikut keupayaannya dan sedaya upayanya. Bukanlah apabila dia diberhentikan kerja atau tidak jumpa kerja yang sesuai sehingga bertahun-tahun, namanya berusaha mengikut keupayaan. Selagi ada kudrat, wajib bekerja menyara keluarga. Tiada istilah untuk lama-lama menganggur dan tidak jumpa kerja yang sesuai atau sedarjat. Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan sekalipun tugas menyapu atau jadi pengawal keselamatan sudah boleh menyelamatkan martabat sebagai seorang suami. Biar bergaji kecil tetapi dia tetap berusaha menyara keluarganya. Itu tandanya lelaki yang ada harga diri dan hebat! Sekalipun isteri punya gaji yang lebih besar, dia tetap cuba menyediakan yang terbaik dan terdaya. Itu maruah seorang lelaki yang punya martabat.
Kesan psikologinya kepada isteri dan anak-anaknya bagi suami yang bekerja, mereka melihat seorang ’role-model’ yang berusaha keras demi keluarganya. Ayah teladan kepada anak-anak. Anak-anak mendapat contoh kepimpinan yang sepatutnya ada dalam diri mereka. Perasaan hormat dan menurut kata akan timbul dalam diri isteri dan anak-anak. Anak-anak juga melihat peranan ayah sebagai ketua keluarga dan ibu sebagai pendukungnya. Mereka boleh menjadikan ayah sebagai contoh panduan hidup mereka. Sikap bertanggungjawab, berusaha, gigih, tabah dan sabar akan tertanam dalam diri anak-anak melalui teladan yang ditunjukkan ayah. Bagaimana agaknya psikologi isteri dan anak-anak, bagi isteri yang menyara suami?
Betapa sukarnya mereka mengendalikan emosi, fikiran dan tindakan mereka, selain dari perasaan bercelaru memikirkan peranan seorang ayah dan ibu. Tidak berlaku sebagaimana ayah dan ibu orang lain dalam masyarakat. Bagi wanita yang telah terjerumus dalam ke arah ’isteri sara suami’, sedarlah tentang keperluan diri. Hayati perakuan taklik suami di saat pernikahan, suami itu perlu memberi nafkah:
"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya, selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi NAFKAH kepadanya selama tempoh masa tersebut padahal ia taat akan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu teralak ia dengan cara talak khul".
Bagi isteri-isteri yang sedang menyara suami, boleh sahaja meneruskan keadaan ini selagi kita tahu ia akan membawa bahagia dan ikhlas melakukannya. Tetapi sekiranya sebaliknya, diri sengsara dan hidup derita. Sesuatu anda perlu lakukan untuk perubahan ke arah yang lebih baik. Seandainya terlalu berat untuk bertindak, dapatkan sokongan individu lain atau lebih baik bertemu kaunselor. Boleh jadi terdapat cara agar suami berusaha menanggung keluarga dan sekiranya tidak tindakan lain boleh dilakukan isteri.

Norazimah Ibrahim

Sunday, January 18, 2009

Rakyat Malaysia tidak agresif boikot produk AS, Israel?

Situasi seperti ini juga yang aku lihat di Bandar Baru Bangi petang semalam. Sedih tengok wajah-wajah tak prihatin ini sedang bergelak ketawa dengan anak-anak mereka, awek ataupun bopren masing-masing. Bila anak aku dengan selamba menunjukkan brosur boikot barangan yang ada hubungan dengan Israel ini, wajah mereka juga selamba. Tak menunjukkan rasa bersalah langsung. Mereka ini agaknya kena alami apa yang palestin rasa tu baru nanti nak sedar. Sakitnya hati tengok muka-muka cam ni... Bertudung litup elok, ada satu tempat tu aku tengok berkopiah lagi dengan bini pakai tudung labuh. Bengong punya manusia...

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my

DI tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur City Centre semalam, Setiausaha Gabungan Badan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli hanya sekadar mampu menggelengkan kepalanya.
Di kafe-kafe makanan Barat berjenama Amerika dan Israel tetap sesak dikunjungi. Di dua restoran ayam goreng terkenal, pemandangannya juga sama. Nampaknya, kempen memboikot sama ada produk Israel atau Amerika sejak empat hari ini sebagai tindak balas kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, tidak berhasil.
''Lebih menyedihkan lagi, menerusi pemantauan anggota-anggota kami dalam kempen boikot produk Israel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor Bahru ini, turut sama kelihatan di restoran dan kafe ini adalah kelibat pelancong Arab.
''Rakyat kita tidak kisah nasib rakyat Palestin, memanjang penuh restoran-restoran itu," keluh Mohd. Jurit, 38, yang melepaskan perasaannya dalam kunjungannya ke pejabat cawangan Utusan Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.
Mohd. Jurit, yang mengendalikan badan yang menaungi 150 NGO dengan keanggotaan 50,000 orang itu membawa penulis kepada pengalamannya sewaktu bertugas menyertai misi pengaman Malbatt 3 di Bosnia pada 1995/1996.
''Dalam kancah peperangan Serb-Bosnia ini, manusia hidup melarat, anak-anak menjadi yatim piatu sekelip mata berceleparan di jalanan. Saya dapat menyelami sendiri penderitaan penduduk Palestin kerana semasa bertugas di Bosnia, banyak pengalaman melihat mangsa perang melekat di kepala sampai ke hari ini.
''Acap kali penduduk Bosnia ini akan singgah di kem kami untuk bertukar-tukar barang atau dalam bahasa sana dipanggil 'poklon'. Kami tukar barang-barang perhiasan atau gambar dinding mereka dengan beberapa buku roti dan makanan," kata bekas koperal itu.
Paling menyayat hati beliau adalah apabila menemui banyak anak kecil di taman perumahan dekat Konjic dan Kosovo yang menangis kelaparan di sisi mayat ibu bapa dan anggota keluarga dewasa sambil tembakan terpapar di dada dan kepala.
''Kami yang pernah bertugas di negara-negara yang dilanda konflik peperangan ini menyelami dan faham erti penderitaan penduduk Palestin ketika ini. Tapi apabila berada di tengah-tengah Kuala Lumpur semalam, hati saya macam disiat-siat kerana kempen boikot produk Israel dan Amerika ini memang tiada kesan, terpaksalah kena fikir cara lain," katanya.
Ketika melihat situasi ambil mudah sebilangan warga kota terhadap kempen boikot produk itu, Mohd. Jurit mengandaikan mereka seolah-olah sudah 'diprogramkan' untuk tidak berasa apa-apa kesengsaraan penduduk Palestin. Kerana itu, apabila gabungan NGO beliau mengadakan demonstrasi menggesa kerajaan jangan melayan desakan pihak tertentu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, Mohd. Jurit pada masa sama meminta rakyat Malaysia memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika ISA ditiadakan.
''ISA ini perlu untuk menjamin ketenteraman awam dan negara keseluruhannya. Bagi pihak yang mendesak supaya ISA dihapuskan, saya cabar mereka jangan asyik gesa tu, desak ni dalam 'aircond', salinlah pakaian mereka dengan baju tentera, kemudian ke medan perang jika suatu hari nanti ketenteraman negara tidak terjaga tanpa satu akta pencegahan seperti ISA," katanya.
Mohd. Jurit dan ahli-ahli NGO beliau tetap mengetepikan ayam goreng dalam menu anak-anak atau singgah di kafe yang menjadikan eskekutif muda 'pejabat kedua' menghirup kopi petang mereka.
Walaupun antara alasan popular diterima 'kalau aku seorang sahaja yang boikot, tak menjadi juga', Mohd. Jurit masih bertekad meneruskan pemantauan

Tuesday, January 13, 2009

Cerita dari Mekah



Ramai yang tanya apa benda yang bulat2 tu? Saya pun tak pasti. Pertama kali saya lihat gambar yang begini bila boss saya Tn Hj FBI tunjukkan gambar yg beliau rakam pada tahun lepas. Jadi saya berazam nak merakamkan gambar yang sama.

Pada pandangan saya (belum rujuk kepada ustaz lagi ni), mungkin lepas ni ustaz Sapawi boleh bagi komen; Pada hari wukuf doa kita semua naik ke langit. Waktu wuquf ialah dari zohor 9 Zulhijjah hingga subuh 10 Zulhijjah. Gambar ni saya rakamkan lebih kurang jam 11:00 malam, masih waktu wuquf. Pada pandangan saya objek bulat berkenaan ialah perkataan2 yang kita sebutkan samada baik atau buruk yang naik ke langit menjadi doa kita kepada Allah. Perlu diingat bahawa objek bulat ini tak dapat dilihat menerusi naked eyes, hanya muncul dalam gambar.

Jemaah kami berkesempatan melihat tulisan di langit sebanyak 3 kali iaitu di Arafah selepas solat zohor, di Muzdalifah pada bulan dan di Mina semasa menunggu nak melontar jamrah. Tulisan berbentuk LaailaHaillalLah, AlLah dan Muhammad

Love of God = 101%

This is not new , just a rereading to refresh your mind.THIS IS REALLY GREAT !!! However, don't cut it short. Be sure to follow the math logic to the very end. You'll be glad you did.
Beauty of Math!
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543 1
2345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it? And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321

Now, take a look at this... 101% From a strictly mathematical viewpoint: What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%? Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%. How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life? Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:
If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If:
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
And:
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
But:
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that: While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top! It's up to you if you share this with your friends & loved ones just the way I did... Have a nice day & God bless!!!

Saturday, January 3, 2009

Takut Polis Daripada Sayang Nyawa

Oleh: A.Kadir Jasin

WALAUPUN satu lagi peraturan keselamatan jalan raya, iaitu tali pinggang keselamatan untuk tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari, pengguna jalan raya akan terus mati dan cedera.Jalan raya Malaysia akan terus kekal sebagai antara yang paling tidak selamat di dunia dan pengguna jalan raya Malaysia kekal sebagai antara yang paling jahil dan tidak berdisiplin.Bukanlah tujuan saya memperkecilkan usaha mempertingkatkan keselamatan jalan raya atau apa jua bentuk keselamatan. Tidak sekali-kali.Saya sudah hidup lama dan sudah tengok banyak usaha murni macam ini dibuat. Tetapi sikap rakyat jelata Malaysia sehingga kini belum meyakinkan saya bahawa perubahan positif telah dan akan berlaku.Sebabnya mudah sahaja. Pengguna jalan raya Malaysia lebih takutkan polis daripada takutkan kematian dan kecederaan.Majoriti pakai tali pinggang keledar hanya bila nampak polis atau bila ada isyarat daripada kereta yang datang dari hadapan bahawa ada sekatan jalan raya atau perangkap laju.Kadang-kadang berlaku pelanggaran kerana tergesa-gesa hendak pakai tali pinggang keledar bila terserempak dengan polis.Penunggang dan pembonceng motosikal pula pakai topi keledar tetapi tidak diikat betul-betul. Cukup untuk tunjuk kepada polis yang mereka pakai topi keledar. Bila berlanggar atau jatuh sendiri, topi keledar tercampak, otak bertaburan di jalan raya.Bawa bini dan anak kecil dalam kereta Kancil baru duduk di depan. Kereta berlanggar bini yang terlebih berat badan kerana tak jaga makan himpit anak di dashboard. Laki cedera, bini cedera, anak mati tersepit.Maka media massa arus perdana pun mengisytiharkannya sebagai satu tragedi dan pembesar tertentu pun menyuarakan rasa kecewa. Tragedi? Mungkin bukan tragedi tetapi bala yang datang akibat kekebalan sendiri.Sayang anak dan bini pun janganlah ajak duduk bersama di depan. Duduklah di belakang dan pakai tali pinggang keledar. Bila dak sampai destinasi, berpeluk ciumlah sepuas-puasnya tanda kasih sayang dan kesyukuran.Laburlah sikit membeli kerusi keselamatan untuk anak kecil dan bayi. Bukan mudah isteri mengandung sembilan bulan. Kalau berlaku kecelakaan, air mata darah pun tak berguna lagi.Tapi saya tak yakin undang-undang baru ini akan memberi banyak kesan kalau kefahaman dan sikap tak berubah. Kena faham dulu. Pakai topi dan tali pinggang keledar adalah untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. Bukan kerana takut disaman oleh polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan.Malah kerana takutkan polis dan JPJlah ramai pemandu kereta dan penunggang motosikal yang tidak teragak-agak menawarkan rasuah apabila ditahan.Kita harap janganlah pula kerana peraturan baru ini ada orang yang cuba mencari rezeki haram dengan menahan pemandu dan penunggang bukan kerana tujuan keselamatan tetapi untuk mencari habuan.Apatah lagi selepas Parlimen baru saja meluluskan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang tujuannya memesatkan lagi pengawalan dan penghapusan rasuah.Masa peraturan tali pinggang keledar tempat duduk depan dilaksanakan dulu pun memang hebat operasinya. Tetapi ibarat tahi ayam, tak lama lepas itu hilanglah hangatnya. Macam itu jugalah bila telefon selular diperkenalkan.Tak boleh silap sikit polis kejar, tahan dan saman. Sekarang tidak ada siapa peduli lagi, termasuk polis. Hatta penunggang motosikal pun guna telefon bimbit sambil menunggang. Hebat!Kalau nak diikutkan, negara kita ini cukup banyak undang-undang dan peraturan. Meludah di merata tempat pun kesalahan. Membuang sampah pun kesalahan. Menyeberang jalan bukan di tempatnya pun kesalahan.Tapi disiplin, kesopanan, akhlak dan sikap timbang rasa orang kita di khalayak tak sampai ke mana pun. Kalau kita ke kedai kopi atau gerai makan, budak-budak dari India, Myanmar dan Nepal lebih sopan santun daripada orang kita sendiri.Bila sudah jadi amalan, tak pakai tali pinggang keledar rasa tak selesa dan tak meyakinkan untuk memandu.