Sewaktu aku bermesyuarat pagi kelmarin, tiba-tiba lampu padam. Namun sedetik sahaja, ia menyala semula. Kami teruskan mesyuarat tanpa rasa apa-apa sebab tak tahu apa-apa yang menyebabkan kejadian berkenaan.
Bila habis mesyuarat, aku dimaklumkan kejadian semasa kerja penyambungan elektrik dibangunan baru. 'Jointer' kabel dan pembantunya hangus seluruh badan dan terpaksa ditempatkan di wad ICU. Aliran elektrik kabel sebenarnya perlu ditutup dahulu sebelum kerja-kerja penyambungan dilakukan. Tetapi terjadi kesilapan 'switch' kabel lain yang ditutup sedangkan 'switch' yang sepatutnya ditutup telah tidak ditutup. Salah siapa? Kontraktor, JKR yang sepatutnya memantau ataupun agensi aku sebagai pemilik bangunan. Timbul pula isu, siapa yang membenarkan kontraktor melakukan kerja berkenaan pada hari bekerja. Dengarnya, kerja-kerja berkenaan perlu dilakukan pada hari cuti.
Moga dua hamba Allah tadi akan disembuhkan oleh Allah s.w.t...
Sebab aku cerita ni kerana moralnya:
Moral 1 - Kecuaian sentiasa membawa padah
Moral 2 - Sewaktu kita seronok dengan kerja ditempat selesa, terdapat hamba Allah lain yang bekerja menggadai nyawa. Kerja mereka untuk keselesaan kita demi sesuap nasi untuk keluarga mereka.
Fikir-fikirkanlah...
Ketua Polis Bentong: Tiga Mangsa Cedera Bas Persiaran Terbabas, Rempuh Besi
Penghadang Di Jalan Genting-Bentong
-
*BENTONG: *Seorang pemandu dan dua penumpang sebuah bas persiaran cedera
apabila kenderaan itu terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di
Kilometer ...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment