Tuesday, April 28, 2009
Berapa lama Kita dikubur?
Sunday, April 26, 2009
Tolong siapa yang tahu...
Tak tahu macamana blog saya tiba-tiba hilang banyak perkara. Seperti statistik pengunjung, link kepada blog-blog lain, page resepi dan beberapa perkara lain lagi. Macamana ya nak dapatkan semula perkara-perkara berkenaan. Mungkin ada caranya yang saya tak tahu..
Sesiapa boleh tolong, tolong ajar saya..
Terima kasih
Wednesday, April 22, 2009
Tahniah Musrinizam & Arbain...
TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!
Tahniah diucapkan kepada En. Musrinizam Sururi dan keluarga di atas kehadiran orang baru dalam keluarga.
Isteri En. Musrinizam telah selamat melahirkan anak perempuan, berat 2.70 kg pada hari Sabtu 18/4/09 di Hospital Sg. Buloh.
Tahniah...
TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!
Tahniah diucapkan kepada En. Arbain Baharum dan isteri di atas kehadiran orang baru dalam keluarga.
Isteri En. Arbain telah selamat melahirkan anak perempuan, berat 2.4 kg pada hari ini, Rabu 22 April 2009, jam 12.15 tghari secara pembedahan di HUKM.
Wednesday, April 15, 2009
HOW TO RECRUIT THE RIGHT PERSON FOR THE JOB?
Put about 100 bricks in some particular order in a closed room with an open window. Then send 2 or 3 candidates in the room and close the door. Leave them alone and come back after 6 hours and then analyze the situation.
If they are counting the bricks. Put them in the accounts department.
If they are recounting them. Put them in auditing.
If they have messed up the whole place with the bricks. Put them in engineering.
If they are arranging the bricks in some strange order. Put them in planning.
If they are throwing the bricks at each other. Put them in operations.
If they are sleeping. Put them in security.
If they have broken the bricks into pieces. Put them in information technology.
If they are sitting idle. Put them in human resources.
If they say they have tried different combinations, yet not a brick has been moved. Put them in sales.
If they have already left for the day. Put them in marketing.
If they are staring out of the window. Put them on strategic planning.
And then last but not least. If they are talking to each other and not a single brick has been moved. Congratulate them and put them in top management.
Tuesday, April 14, 2009
Elakkan 'panahan mata'
Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau sewaktu melihat saya ialah “MasyaAllah.. semakin sihat badan awak ni,”. Saya tersenyum sambil membalas, “Tuan pula semakin kacak dan segak,”. Segera beliau menyampuk, “Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah dulu baru cakap perkataan tadi,” Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi, ” MasyaAllah, tuan semakin kacak dan segak sekarang,”
Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus tetapi dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja. Itulah yang dikatakan panahan mata,”
Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata ? Sambil tersenyum beliau menjawab, “Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lain untuk berbuat demikian.
Wassalam.
Sumber: Fauzynm
Sunday, April 5, 2009
The New & cheapest.. MPV
My brother in-law dah book semalam...d/payment is only RM300. Boleh contact aku jika nak order...aku leh bawa..hehehe :013-2059999. Enjin suzuki walaupun made from China....dipasang in Johor. Ok la..utk yg kurang 'mampu'...tapi klu dah mampu or terlebih mampu...cari je ALPHARD..hehehe. Ini cuma 'adik' ALPHARD klu tgk dari depan....
Nikmat menjadi WANITA....
Dipetik dari email teman:
Rasulullah saw. mengatakan bahawa para isteri yang beriman semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari, maka tidak perlulah khuatir masa itu suami kita akan lebih tertarik pada bidadari atau isterinya sendiri.
Saat yang paling bahagia bagi seorang wanita dan selalu diceritakan kepada rakannya2 ialah :
i. saat pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya
ii. saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami
iii. saat pertama kali doktor mengesahkan yang ia bakal jadi
iv. saat doktor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan
v. saat anaknya mula pandai melangkah
vi. saat anaknya mula menyebut ‘ibu’ atau yang seistilah dengannya
vii. saat pertama kali membawa anak ke tadika
Semua itu adalah nikmat yang tidak terucap dengan kata2. Saat seterusnya adalah rentetan saat2 cemas yang saling berganti dengan saat2 bahagia membesarkan anak. Di sebalik setiap nikmat yang Allah anugerahkan ada tuntutan amanah yang besar untuk dilaksanakan.
Nikmat bila dicintai adalah upah keatas usaha yang bakal kita lakukan bagi meramaikan ummat.- Nikmat dimartabatkan sebagai ibu adalah upah disebabkan beratnya tugas mendidik anak yang akan menjadi khalifah penjaga bumi. Kasihnya Allah tidak terhingga, upah diberi sebelum tugas dijalankan. Namun kadang2 kita lupa mensyukurinya apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Di masa2 tertentu kita merosakkan nikmat itu.
- Nikmat memiliki suami kadang2 disiakan2 dengan menderhaka padanya.
- Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia
- Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama
- Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga2 pada orang lain
- Nikmat kadang2 dilambatkan atau tidak diberikan kepada sebahagian wanita kerana Allah tahu wanita itu mungkin tidak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yang disimpan untuknya yang akan diberikan dikemudian kelak.
Kebahagian itu adalah nikmat. Keperitan pula adalah nikmat yang ditangguhkan.Tidak ramai orang mensyukuri nikmat memiliki suami apabila suami yang dimiliki bukan impian dihati. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan bahawa pahala melayan suami yang kacak dan tidak kacak adalah berbeza banyaknya.
Walaupun syurga isteri bukan terletak di tapak kaki suami, namun redha suami adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah tidak ternilai harganya. Redha Allah pada si isteri bergantung pada redha yang diberikan suami. Wanita yang derhaka pada suami tidak akan mencium bau syurga.
Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yang penting berhubung dengan kesetiaan isteri pada suami. Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seorang lelaki.
Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita.
Cerita berikut adalah kisah seorang wanita yang boleh dijadikan pengajaran berguna dan peringatan bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Cerita yang saya terima melalui email beberapa tahun lepas . Ceritanya begini……
Saya mempunyai suami yang sangat baik dan keluarga yang sangat bahagia. Saya merasakan sayalah isteri yang paling baik menjaga suami dan anak-anak. Segala ciri2 isteri yang baik saya cuba pastikan ada pada saya. Tidak pernah saya meninggi suara kepada suami, tidak pernah menolak sebarang suruhan dan permintaannya. Makan dan minum saya layan dengan sempurna.
Satu hari saya balik dari pejabat agak lambat. Saya tidak sempat menyediakan makan malam. Keletihan bekerja yang amat sangat di pejabat menyebabkan hilang selera untuk makan bersama suami. Saya terus masuk tidur. Tiba2 suami datang sambil berkata ….”tak apalah kalau sayang tak mahu makan dengan abang malam ni, tapi boleh tak sayang layan abang sekejap. “
Badan serasa sudah tidak bermaya dan mata sudah susah untuk dibuka. Saya menjawab “Ala bang, besok boleh tak?” “Yang, kali ni je…lepas ni abang tak minta dah.”
Saya rasa hampir gila memikirkan diri yang diselubungi dosa yang tidak terampun ini.
”Allah dan bumi yang dipijak mengutuk wanita yang menolak hajat suaminya sehingga suami memaafkannya.”
Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran pada kita yang amat mudah terdedah dengan dosa tanpa kita sedari.