Kerjaya saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja tidak kira jantina, bangsa, pangkat dan kerja. Kali terakhir saya berjumpa dengan tauke perabot yang berasal dari Arab ini pada tahun 1997. Kesibukan kerja dan urusan peribadi membuatkan saya tidak lagi mengunjungi beliau.
Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus tetapi dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja. Itulah yang dikatakan panahan mata,”
Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata ? Sambil tersenyum beliau menjawab, “Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lain untuk berbuat demikian.
Sumber: Fauzynm
Namun baru-baru ini saya bertemu sekali lagi dengan beliau kerana tugas.
Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau sewaktu melihat saya ialah “MasyaAllah.. semakin sihat badan awak ni,”. Saya tersenyum sambil membalas, “Tuan pula semakin kacak dan segak,”. Segera beliau menyampuk, “Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah dulu baru cakap perkataan tadi,” Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi, ” MasyaAllah, tuan semakin kacak dan segak sekarang,”

Mengekori beliau masuk ke kedai saya bertanya, “Mengapa saya perlu tambah perkataan MasyaAllah tadi?” Jawapannya ringkas,” Elakkan panahan mata,” Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,”Panahan mata apa? Saya tidak merenung pun mata tuan,” Jawab beliau,” Semua benda sama ada baik rupa atau buruk keadaan datang dari Allah. Kita pinjam je semua itu. Kerana itu kita perlu puji Allah kerana pemberiannya sama ada menyebut Subhanallah atau Masya Allah.
Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan dipuji orang kerana cantik dan sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya atau dalam minggu itu dapati ia secara tidak sengaja terkoyak atau rosak.
Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus tetapi dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja. Itulah yang dikatakan panahan mata,”
Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata ? Sambil tersenyum beliau menjawab, “Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lain untuk berbuat demikian.
Di negara saya yang berpadang pasir panahan mata terjadi dalam sekelip mata. Jika hari ini sebuah kereta dipuji kerana cantik, keesokkan paginya pemilik kereta itu rugi kerana keretanya kemalangan. Tetapi kurang terjadi di negara ini kerana banyak pokok tumbuh yang memesongkan panahan mata ini menyebabkan tuan punya diri tidak selalu kena malang. Tapi kita memang dianjurkan untuk memuji Allah dahulu sebelum memuji benda kerana kita ni kan meminjam saja,” jelasnya
Saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas. Jika ada kebaikan ambil dan jika ada kekurangan sila perbetulkan saya.
Wassalam.
Wassalam.
Sumber: Fauzynm
No comments:
Post a Comment