Alhamdulillah, saya berkesempatan Solat Jumaat di Masjid Kg Sg Buah, berhampiran dengan rumah saya semalam. Minggu lepas di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan selalunya di Masjid As Solihin, Kg Teras Jernang berhampiran tempat kerja saya.
Amat menarik khutbah kali ini. Khatib mulanya menyentuh bagaimana pejuang Islam dari zaman awal Islam di Zaman Sahabat begitu gigih mempertahankan Islam. Kemudian kebangkitan pejuang Islam di Zaman moden di seluruh pelusuk dunia hinggalah di Malaysia dengan munculnya pejuang seperti Tok Janggut, Dato Bahaman sehinggalah Burhanudin Al Helmy dan beberapa nama lagi yang ramainya adalah pejuang Islam melalui PAS. Ini termasuk juga angkatan keselamatan negara iaitu Tentera dan Polis.
Moralnya menurut khutbah ini, semua perjuangan mempertahankan agama dan negara ini wajib dihargai. Usaha perlu dilakukan agar pengorbanan mereka ini dicatat dalam sejarah bagi generasi baru menjadikannya sbegai teladan. namun sambutan/caranya mesti tidak terkeluar dari batasan Islam. Ini termasuklah majlis-majlis hiburan hinggalah kepada majlis rasmi negara di Tugu Negara yang jelas haram hukumnya mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor
Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan ingat pesanan khatib ini...
Wallahualam...
Catatan: Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah Kali ke-19 pada 06-07 Oktober 1987 telah memfatwakan perbuatan bertafakkur dihadapan Tugu Negara ini sebagai perbuatan syirik dan mesti dihentikan serta merta. Dah 22 tahun fatwa ni..
Istighfar Rejab
-
Sering kita mendengar ustaz - ustaz kita berkata bahawa Rejab itu adalah
bulan istighfar, yakni dianjurkan kita melebihkan bacaan istighfar memohon
keampu...
16 hours ago
No comments:
Post a Comment