Petikan dari e mel kawan aku: Mohamad Hardi Abdullah...
Sedikit komen untuk cerita ini : walaupun penulis menyampaikan dengan cara berseloroh tapi message yang ingin disampaikan cukup jelas dan objektif dan jauh disudut hati penulis tersemat rasa kerinduan yang teramat kepada ibu yang telah meninggal dunia. Sementara ibu masih ada selalu2 lah ziarahi dia, ucapkanlah yag baik2 dan janganlah lupa untuk mendoakan dia. Diujung cerita penulis juga mengingatkan kita tentang kematian yang akan datang kepada semua manusia. Sempena cuti panjang ujung minggu “JOM BALIK KAMPUNG”!!!!
Cerita ayah aku yang baru mati bininya..
Korang ingat tak entry tercekik tulang yang menceritakan kisah seorang makcik yang tercekik tulang lalu di nasihat oleh aku supaya di angkat tangan tinggi tinggi, lurus macam superman.., lalu makcik tu tergelak yang menyelamatkan nyawanya dengan izin Allah, korang ingat tak? takpelah jika korang tak ingat, apa yang aku nak bagitahu.., makcik tu adalah ibu aku, dan beliau telah meninggal dunia pada 8 Syawal 2009 yang lalu..(Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali)
Imbas kembali: SEBELUM JADI MAYATSempena hari raya 2009 baru baru ni, kami semua adik beradik telah pulang ke kampung menziarahi orang tua kami, dengan niat menunaikan perintah Allah yang memerintahkan agar kita sentiasa buat orang tua kita rasa bahagia dan dihargai serta dimuliakan selagi hayat di kandung badan.., maka menjelanglah hari raya, suasana riang ria, bersalam salaman, bermaaf maafan, berpakaian serba baru, duduk keliling meja, makan ketupat dan lemang, nasi minyak dan nasi dagang..,Seminggu kemudian, setelah semua adik beradik pulang dari menziarahi mak aku sempena hari raya, tiba tiba rumah mak aku di ziarahi tetamu terakhir dalam hidupnya, iaitu Malaikat Maut yang datang ziarah pada waktu sahur, yang mana selepas mak aku bersahur untuk puasa enam, setelah ambil wudhu, dan sebelum sempat kering wudhu di wajahnya, terus mak aku di jemput Malaikat Maut untuk mengadap Allah…, masanya dah sampai, selamat tinggal dunia, selamat tinggal anak anak, selamat tinggal keretamayat…Dan pada pagi subuh yang hening itu, ketika aku sedang bersiap nak solat subuh.., aku dapat panggilan telefon dan dengar suara adik perempuan aku menangis..Pendek cerita..,Aku juga menangis dalam subuh yang hening itu..Ps: Mak…, “Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”
MENJELANG JADI MAYAT: Baru seminggu beraya, dan tanpa tanda tanda sakit, Mak aku kini dah jadi mayat, sedih juga hati lelaki ini sewaktu melihat mak yang selalu ketawa dengan lawak aku, kini dah jadi mayat sejuk di pembaringan. ., meleleh jugaklah air hidung aku.., nasib baik bini aku lekas lekas datang peluk aku, boleh lah aku lap lender hingus aku kat bahu dia..,Mak,Aku telah lama kelakar, dah kini, mak dan tak boleh gelakkan aku, kelak, siapa lagi nak gelakkan aku bila semua orang tak nak gelak kat aku mak?..“Ayahku selalu memarahi aku, jika jatuh air mataku..kata ayah slalu, Air mata itu adalah tanda kelemahan..Tapi ternyata air mataku, Ternyata jatuh juga..Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangisJika kekasih hatiku, Pergi meninggalkan aku”Ps: Mak, Ayah jugak menangis…
SETELAH JADI MAYAT: Muka mayat mak aku cerah putih dan kelihatan macam orang tidur, tak henti henti anak anak mak datang mencium dahi mak yang sejuk.., (cium dahi mayat adalah Sunnah Nabi..,) dan bibir aku ini dah banyak jugak mayat yang aku cium, err, maksud aku cium dahi, satu hari nanti, dahi aku pulak akan jadi dahi mayat.., sementara aku hidup, biar bini aku sorang jer lah yang cium dahi aku, sabor jelah..Ps: Mak, itu adalah ciuman yang terakhir..
TENTATIF MAYAT: Meninggal sebelum subuh, mandi selepas zohor, dan dikebumikan selepas asar, begitulah tentatif hari isnin itu, maka berduyun duyunlah adik beradik aku pulang ke kampung bersama linangan air mata..Ada anak saudara aku berumur 4 tahun, yang baru kematian nenek sebelah ipar aku, bila datang melihat nenek sebelah sini pulak meninggal, maka bertanya soalan yang buat aku nak gelak..“nenek ni dengan nenek sana, kembar ke?”Dan sorang lagi anak saudara aku yang duduk kat sepang, bila melihat suasana kematian yang memilukan pula berkata:“nasib baik nenek kat Sepang tak mati..”Ps: Apa-apalah..
MEMANDIKAN MAYAT: Mayat mak aku di mandikan oleh kami adik beradik, alhamdulillah, dah banyak kali mak aku mandikan aku, nilah baru sekali aku mandikan mak aku.., tapi tak acilah, kitaorang mandi beramai ramai, tapi mak sorang jer yang basah kuyup…,Ps: ok, bukan mak sahaja yang basah, pipi kami juga turut basah..
SOLAT MAYAT: Imam solat mayat adalah abang sulung aku, dan beliau menangis waktu solat, dan waktu berdoa, hingus meleleh dari hidungnya.., buruk betul..Solat mayat di buat tiga kali sebab orang yang ramai dan ruang rumah yang sempit, walaupun pada mulanya AJK masjid dah suruh solat kat Masjid sebab kawasan lebih besar, tapi ayah aku nak jugak kitaorang solat mayat kat rumah, ayah aku cakap, masa bina rumah ni dah niat nak mati kat sini dan solat mayat kat sini… lantaklah..Dan aku pulak selamba pergi ke surau pinjam sejadah tapi tersenyum kambing bila AJK cakap, solat mayat mana pakai sejadah?…, ye tak ye jugak.., errr, kalau begitu pinjam sejadah untuk tutup keranda sahajalah bang..Ps: Orang lelaki jika nak menangis, menangislah di atas sejadah..
USUNG MAYAT: Rumah aku dekat jer dengan kubur, jalan kaki jerr, jadi tak perlu naik keretamayat. .,Ps; Setiap pengusung mayat mendapat hadiah kain tuala saiz baby..
TANAM MAYAT: Lubang kubur mengalami tanah runtuh sebaik mayat mak aku tiba di halaman kubur, ini kerana orang ramai yang jarang datang ke kubur, lalu bila sekali datang ke kubur di bantainya berdiri betul betul di pinggir kubur yang mana sekali gus tanah tebing kubur akibat mengalami beban lampau yang memaksa paksi gravity bertindah menarik tanah pinggir itu ke ruang kosong di liang lahad bumi, apa hikmah di sebalik runtuhan kubur ini?Mungkin Allah nak bagi pahala kat kami anak beranak untuk ‘gali’ kubur sendiri kat mak aku.., dan aku masa tu telah bukak selipar dan gali kubur.., sebab mana ada orang gali kubur pakai selipar?, dan mana boleh gali kubur pakai selipar?, perbuatan tu salah! Dan haram dalam dunia menggali kubur, sebab semua orang gali kubur tak pakai selipar, mereka pangai cangkul..Ps; Penggali kubur pula mendapat hadiah kain pelekat.
TAHLIL MAYAT: Tahlil malam pertama di kepalai oleh adik lelaki aku, ikut jadual, malam esok abang aku dan malam ketiga mereka nak suruh aku, tapi aku tolak, sebab aku tak pandai.., tapi aku cakap jika mereka semua dah mati, baru aku yang tahlilkan korang.., woha!Ps; semua ahli tahlil yang berdoa kesejahteraan untuk mak aku mendapat hadiah makan malam percuma..
YANG DI TINGGAL MAYAT: Mak aku adalah seorang guru Al quran di kampung, mengajar secara ‘percuma’, (Cuma perlu ‘bayar’ sekilo beras atau sekilo gula sahaja untuk setahun) anak muridnya dah beratus orang dan ada yang dah beranak pinak, itu yang ramai orang datang ziarah mayatnya..,Mak aku jugak meninggalkan 9 anak, walaupun berbeza fahaman politik, tapi semua di kira berjaya, kira ibu mithali lah ni.., dan jugak 7 anak tiri..Tentang harta, mak aku hanya ada sebijik rumah, harta yang lain semua dah di sedekahkan..Ps; Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya. 3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.
SUAMI MAYAT: Ayah aku minta tolong salah sorang adik beradik untuk temankan beliau tidur malam itu,.., adik lelaki aku yang bongsu sudi temankan, aku nasihatkan adik aku, tidur jangan selimut seluruh badan, bagi nampak kepala…Malam besok ayah aku pelik sedikit, dia telah kemas katil dan berkata, malam ni mak kau akan pulang untuk teman ayah tidur, lalu lagi sekali adik lelaki aku temankan ayah aku tidur malam itu, dan aku sempat berpesan pada adik aku, kenapa tak pakai baju mak, dan cakap kat ayah waktu nak tidur, “malam ni saya uzur..”Woha!
IRAMA DAN MAYAT: Waktu kemas rumah dan harta arwah mak aku, ada adik beradik dan anak saudara yang menyanyi lagu lagu bertema keibuan seperti:-Ibuuu... ibuuu... Engkaulah ratu hatikuBila ku berduka ..Engkau hiburkan selaluJuga ada lagu Exist Untukmu IbuTuhan Yang Esaampuni dosa ibutempatkan merekadiantara kekasih kekasihMuJuga ada lagu nasyid dari NowSeeHeartDuhai ibunda kaulah anugerah istimewaBerkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabarBerusaha dan sabar dalam mengharungi deritaHidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahanJuga lagu ini, siapa nyanyi ntah?Ibu bergenang air matakuTerbayang wajahmu yang redup sayuKudusnya kasih yang engkau hamparkanBagaikan laut yang tak bertepian..Aku tanya abang aku, semua orang asyik nyanyi lagu ibu sahaja, siapa nak nyanyi lagu untuk ayah? Kenapa kompeser lagu lebih suka mencipta berpuluh-puluh lagu untuk ibu. Tapi lagu untuk Ayah takde ke?Tiba tiba jer abang aku menyanyi:-" Ayahku kahwin lagi, Dengan si dara jelita.. la la la”Woha!
MENANTU BARU MAYAT: Yang mati teruskan kematian, yang hidup teruskan kehidupanMenjelang hari ketujuh arwah mak aku meninggal, Mak akhirnya dapat menantu baru..Kerana abang aku tetap meneruskan hajat arwah mak yang nak kahwinkan abang aku buat kali kedua tanpa menceraikan isteri pertama, maka berpoligamilah abang aku.. (cerita detail lain kali-kalau aku rajin)Ada orang usik aku, :"Abang kau dah kahwin dua, kau bila lagi?"Aku kata, aku tak boleh langkah bendul.., lalu menjeling ke arah ayah aku, dan lagu ‘ayahku kahwin lagi’ pun terngiang..Woha!
KEPADA MEREKA YANG IBUNYA BELUM JADI MAYAT: Baliklah kampong, ziarah mereka, bawak mereka jalan jalan, dan sedekahkan mereka wang dengan jumlah yang banyak.., takpe.., sebab mereka dah tua, dah tak lama hidup..,Jika tidak.., korang hanya sempat ziarah kubur mereka dan sempat sedekah Al fatihah sahaja.., isk..Oklah.., Dah panjang aku tulis, rasa macam mak aku ada jer kat dapur.., rasa nak pergi jamah jap masakan mak kat dapur, oh.., semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, terima kasih mak, kerana besarkan aku dari kecik, sehingga lebih besar dari mak.., halalkan segala yang terjadi sejak dari kecik tapak tangan sehinga jadi besar sebesar manusia..Aku nak pergi peluk bini aku jap, nak lap hingus kat bahu dia, wasalamSEKIANPs: Malaikat Maut dah datang rumah mak aku, lain kali beliau akan datang lagi rumah aku dan rumah korang atau rumah mak korang… baik korang call mak korang dan cakap "i love u"(“Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangisjika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”)
Fandi Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Rombak Pemain Sri Pahang FC Apabila
Berdepan JDT Selasa Ini
-
*KUANTAN:* Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan
melakukan rombakan pemain apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor
Darul T...
6 hours ago
No comments:
Post a Comment