Kisah Benar dari Anak Seorang Tabligh.
Bacalah kisah yang dicoretkan anak si mati ini.
Agar kita dapat sesuatu yang bermanfaat dari kisahnya.
Bila kisah
ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku
pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua.
Tidak
kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil
untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.
"Disini
saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau
tabligh.
Hanya
tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi.
Kisah ini
hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.
Pada 1 mei
2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur
kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut.
Saya hanya
mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar.
Adik saya
yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang
kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama
meninggal dunia pada tahun 1997.
Saya pula
berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik.
Sejak
kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.
Walaupun
hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan
ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami
tetap bermakna.
Ayahlah
satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan
apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara
kami
sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.
Ayah telah
memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi.
Setiap kali
selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara
menunggu waktu isyak.
Semua ini
adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini
dan tidak pernah kami tinggalkan.
Walaupun
ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun
iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun
tetapi
tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan.
Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi
kami tetap
redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan
masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun
tanpa ayah.
Saya juga
seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun
semasa bergelar seorang penuntut.
Tetapi usaha
yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan
saudara-mara yang lain kerana mereka
menyangka
yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap
tenang dan tidak mudah melatah
dengan apa
yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan,
ini kerana
ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi.
Ayah juga
sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan
solat malam,
tidak pernah
ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan
memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan,
bantuan dan
memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan
tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.
Setelah
tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik
di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum,
gas dan
petrokimia sekali gus diterima bekerja.
Saya terlalu
bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak
pernah menganggur setelah tamat pengajian.
Berkat doa
ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun
bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik,
walaupun begitu
tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang
hamba kepada ALLAH dan anak.
Semasa ayah
dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang
datang dari dekat mahupun jauh,
ada antara
mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi.
Kesemua
mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di
Malaysia.
Mereka
datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital
walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.
Semasa diwad
ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah
sekalipun meninggalkan solat lima waktu
walaupun
terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa
sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba
ayah mula
tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.
Semasa ayah
sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan
dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi
ayah menolak
kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih
lagi mampu menunggang motorsikal untuk
menunaikan
solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3
hari.
Sebelum ayah
mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk
keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit
ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang
anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya
berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak
diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana
mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi.
Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil
nyawanya.
Pada jam
2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling
mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat
untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah
kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin
yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi
yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan
yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala
urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah
sebesar mana.
Semasa
melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala
perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA
ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah
diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya
ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar
negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.
Keesokan
paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka
akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir
keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang
mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.
“Bapak kau
ni tengah tidur ke?" tanya Wak.
Saya tidak
dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah
ayah.
“Ko pakai
minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.
“Mana ada,
mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar
kasturi ayah punya”, Jawap saya.
“Hah! Ni bau
kasturi la ni”, balas wak kepada saya.
Saya terus
mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.
“Betul juga
apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah
masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”
Selepas
solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang
lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian
tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus
dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali
lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad
dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan
laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.
Semasa
jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan
seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa
bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum
bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja
urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya
tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih
tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang
mengetahui apa yang berlaku.
Bagi saya
setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita
diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan
kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa
yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama.
Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal
agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala
apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah
nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun
ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya
akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."
Sharing is
Caring
Wallahualam...