mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Wednesday, October 29, 2008

MAKANAN YANG DICEMARI DENGAN MELAMINE

GUAN, LEO, SANTA DAN SWAN KELUARAN NEGARA MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk biskut berjenama Julie’s keluaran Negara Malaysia ditarik balik dari pasaran kerana dicemari dengan bahan melamine.Siaran Akhbar ini dikeluarkan berikutan dengan penarikan balik oleh Ageni ‘Agri-Food and Veterinary Singapore’ keatas produk-produk berikut seperti:
1. Julie’s Golden Kaka Crackers keluaran Negara Malaysia.
2. Julie’s Wheat Crackers keluaran Negara Malaysia.
3. Julie’s Cottage Crackers (Vegetable Yeast Cracker) keluaran Negara Malaysia.
4. Julie’s Cottage Crackers (Original Yeast Cracker) keluaran Negara Malaysia.
5. Julie’s Chez Creamy keluaran Negara Malaysia.
6. Julie’s Sugar Crackers (extra flaxy) keluaran Negara Malaysia.
7. Julie’s Waferico Chocolate Wafers with Chocolate Cream keluaran Negara Malaysia.
8. Julie’s Cream Crackers keluaran Negara Malaysia.
9. Julie’s Minico Rich Chocolate Chip Cookies keluaran Negara Malaysia.
10. Julie’s Peanut Butter Sandwich keluaran Negara Malaysia.
11. Julie’s Cocoro Crispy Chocolate Wafer Rolls with Vanilla Filling keluaran Negara Malaysia.
12. Julie’s Le-Mond Puff Sandwich with Lemon Flavoured Cream keluaran Negara Malaysia.
13. Khong Guan Assorted Biscuits keluaran Negara Malaysia
14. Khian Guan Biscuit Osborne keluaran Negara Malaysia
15. Leo Gold Finger Choco Negara Malaysia
16. Santa Chocolate Gold Fingers keluaran Negara Malaysia
17. Swan Chocolate Fingers keluaran Negara Malaysia
Berikutan dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan telahpun menghubungi pengimport-pemgimport produk-produck berkenaan dan telahpun diarahkan untuk menarik balik kesemua produk terbabit dari pasaran. Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan terus memantau bagi mempastikan produk-produk terbabit tersebut diatas, produk susu dan tenusu serta produk yang telah disenaraikan mengandungi bahan melamine keluaran Negara China tidak ada dipasaran dan tidak di import ke negara ini.Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar pengguna sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk di pasaran dan tidak membeli biskut-biskut yang yang tidak mempunyai label dan melaporkan ke Bahagian Kawalan kualiti dan Keselamtan Makanan dan Pejabat-Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran bagi tindakan lanjut. Para pengimport, peniaga makanan dan pengguna dinasihatkan untuk menyemak senarai produk yang disahkan dan dilaporkan dicemari denagn bahan melamine di laman web Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn.Seterusnya, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar:
· Para pengimport dan peniaga menarik balik produk-produk terbabit (jika ada) dari pasaran dan menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah untuk tindakan lanjut; dan
· Para pengguna yang memiliki produk-produk terbabit untuk menggembalikan (jika ada) ke kedai-kedai dimana produk tersebut dibeli atau menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah.
Kementerian ini juga memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan MakananPerkhidmatan Kesihatan Alam SekitarJabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian KesihatanJalan Delima Dua, Berakas BB2313Nombor telefon : 2 33 1100-5 / 6 / 8 / 9 / 10Nombor Faksmili: 2 331107Alamat e-mel: fsqc@moh.gov.bn
SENARAI TERKINI PRODUK-PRODUK MAKANAN YANG DICEMARI DENGAN MELAMINE SEHINGGA 21 OKTOBER 2008
Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai senarai terkini (dilampirkan) beberapa produk-produk makanan yang didapati dicemari dengan bahan ‘melamine’ sebagaimana yang diterima daripada Rangkaian Antarabangsa Keselamatan Makanan (International Food Safety Authorities Network (INFOSAN), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 21 Oktober 2008 termasuk seperti berikut:
1. Khian Guan Biskut Guan Chicken Egg keluaran Negara Malaysia.
2. Khian Guan Biskut Pusat (Gem) keluaran Negara Malaysia.
3. Khian Guan Biskut Pusat Berinti (Iced Gem) keluaran Negara Malaysia.
4. Khian Guan Biskut Marie (Besar) keluaran Negara Malaysia.
5. Khian Guan Biskut Tasty Cracker keluaran Negara Malaysia.
6. Khian Guan Biskut ABC keluaran Negara Malaysia.
7. Khian Guan Biskut Zoological keluaran Negara Malaysia.
8. Khian Guan Biskut Supercrown Cracker keluaran Negara Malaysia.
9. Khian Guan Biskut Swiss keluaran Negara Malaysia.
10. Khian Guan Biskut Health Puff keluaran Negara Malaysia.
11. Julie’s wheat Cracker, 350g mempunyai tarikh mansuh 09 Ogos 2009 keluaran Negara Malaysia.
12. Munchy’s The Original Sugar Crackers, 380g mempunyai tarikh mansuh 15 Julai 2009 keluaran Negara Malaysia.
13. Munchy’s Mini Crackers with Peanut Butter, 45g mempunyai tarikh masuh 15 Julai 2007 keluaran Negara Malaysia.
14. Munchy’s Mini Crackers with Cheese Cream, 45g mempunyai tarikh masuh 15 Julai 2007 keluaran Negara Malaysia.
15. Dried whole egg keluaran Negara China.


Berikutan dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan melalui Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan telahpun menghubungi pengimport produk berkenaan dan telahpun diarahkan untuk menarik balik kesemua produk terbabit dari pasaran. Disamping itu juga, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan terus memantau bagi mempastikan produk-produk terbabit tersebut diatas, produk susu dan tenusu serta produk yang telah disenaraikan mengandungi bahan melamine keluaran Negara China tidak ada dipasaran dan tidak di import ke negara ini.
Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai supaya melaporkan ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar dan Pejabat-Pejabat Kesihatan di Daerah-Daerah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan yang berhampiran sekiranya mereka mendapati produk-produk yang terbabit masih dalam pasaran.
Kementerian Kesihatan juga mengingatkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:
Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan MakananPerkhidmatan Kesihatan Alam SekitarJabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian KesihatanJalan Delima Dua, Berakas BB2313
Nombor telefon : 2 33 1100-5 / 6 / 8 / 9 / 10Nombor Faksmili: 2 331107Alamat e-mel: fsqc@moh.gov.bn
Ataupun bolehlah melayari laman wb Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn

SENARAI TERKINI PRODUK BISKUT BERJENAMA JULIE’S, KHONG GUAN, KHIAN GUAN, LEO, SANTA DAN SWAN KELUARAN NEGARA MALAYSIA YANG DICEMARI OLEH BAHAN MELAMINE


JULIE’S GOLDEN KAKA CRACKERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA
JULIE’S COCORO CRISPY CHOCOLATE WAFER ROLLS WITH VANILLA FILLING
JULIE’S WHEAT CRACKERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S GOLDEN KAKA CRACKERSKELUARAN NEGARA MALAYSIA
JULIE’S MINICO RICH CHOCOLATE CHIPCOOKIES KELUARAN NEGARA MALAYSIA


JULIE’S COTTAGE CRACKERS (VEGETABLE YEAST CRACKER) KELUARAN NEGARA MALAYSIA.
JULIE’S COTTAGE CRACKERS (ORIGINAL YEAST CRACKER) KELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S CHEZ CREAMYKELUARAN NEGARA MALAYSIA.
JULIE’S SUGAR CRACKERS (EXTRA FLAXY)KELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S WAFERICO CHOCOLATEWAFERS WITH CHOCOLATE CREAM KELUARAN NEGARA MALAYSIA
JULIE’S PEANUT BUTTER SANDWICHKELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S CREAM CRACKERSKELUARAN NEGARA MALAYSIA.
KHONG GUAN ASSORTED BISCUITSKELUARAN NEGARA MALAYSIA


KHIAN GUAN BISCUIT OSBORNE KELUARAN NEGARA MALAYSIA












LEO GOLD FINGER CHOCO NEGARA MALAYSIA
SANTA CHOCOLATEGOLD FINGERSKELUARAN NEGARA MALAYSIA
SWAN CHOCOLATE FINGERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA

Monday, October 20, 2008

20 sen jerrr...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada dirinya.“Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”. Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam…


Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
“DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT”


Renung-renungkan dan selamat beramal…

'Abqaro' - perawan yang sentiasa perawan

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh), (56.37)
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38)
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Thursday, October 9, 2008

Khasiat Surah Al-Waqiah


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)


Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.


Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya "Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Tuesday, October 7, 2008

Ganjaran besar puasa enam Syawal...

Oleh Zahri Hamat


PUASA enam Syawal adalah sunat dilakukan dan besar ganjaran pahala serta tambahan kepada kekurangan yang diimbangi dengan zakat fitrah.

Mukmin laksana amalan sunat mendapat kebaikan berganda.

DUA jenis amalan menentukan peribadi seseorang Muslim iaitu amalan wajib dan amalan sunat. Wajib bermaksud sesuatu yang dituntut untuk melakukannya dan berdosa jika ditinggalkan seperti solat fardu, puasa pada Ramadan dan membayar zakat. Sunat pula bermaksud sesuatu yang dianjurkan untuk melakukannya dan tidaklah berdosa jika ditinggalkan. Antara contoh amalan sunat ialah solat, mengucapkan amin apabila membaca fatihah dalam solat dan banyak lagi.

Walaupun meninggalkan amalan sunat tidaklah menyebabkan berdosa, ia adalah amalan sangat disukai Allah. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Antara ibadat sunat yang amat digalakkan selepas puasa wajib Ramadan ialah puasa enam hari semasa Syawal. Persoalannya, bilakah waktu terbaik melakukannya, dan bagaimanakah cara untuk menunaikannya jika puasa wajib belum lagi diganti atau diqada?

Puasa enam hari pada Syawal sebenarnya amat besar ganjaran yang ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW. Dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah) Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun. Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah telah menggandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (Hadis riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari. Persamaan yang lain, jika berpuasa selama sebulan pada Ramadan akan menyamai 10 bulan, kemudian diikuti puasa selama enam hari pada Syawal akan menyamai dua bulan. Justeru genaplah berpuasa selama setahun.

Ada dua pendapat ulama mengenai hal ini. Majoriti ulama berpendapat, puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya. Ia dimulai pada hari raya kedua dan seterusnya sehingga genap enam hari. Sebahagian ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Justeru, kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada melakukannya secara berturut-turut ataupun berselang seli.

Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus. Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba.

Ada juga ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang. Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada. Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan. Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Hal ini kerana ganjaran ditawarkan Allah amat besar. Ia juga adalah tambahan kepada kekurangan yang diimbangi oleh zakat fitrah.

Penulis ialah pensyarah Pusat Kajian pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Monday, October 6, 2008

2 in 1...???


Telefon bimbit

Dipetik dari blog MSO

TIDAK lama dulu kita marahkan kepada televisyen kerana menyediakan rancangan panas sempena hari raya. Gara-gara itu menyebabkan orang tidak keluar rumah kerana asyik tunggu skrin tv untuk tonton rancangan khas. Acara kunjung mengunjung bagi mengeratkan silaturahim terjejas kerana rancangan hiburan itu.

Para artis yang bersinar banar mengambil bahagian dalam rancangan itu menjadi daya tarikan. Entahlah... orang kita, bila sebut fasal artis, bintang filem ia mengalahkan golongan lain. Hebat betul pengaruh arits dalam masyarakat Melayu. Kalah para ulama dan para alim dibuatnya. Orang tidak tampal gambar alim ulama di bilik tidur tetapi banyak gambar artis dan filem star di simpan di bilik tidur untuk dijadikan sumber ilham.Lama kelamaan rancangan hiburan khas hari raya di tv tidak menarik lagi. Sebabnya ia menyediakan konsep sama setiap tahu. Tunjuk artis dan pelawak kacau dodoi atau buat ketupat, tak ada kisah lain. Tidak ada pembaharuan langsung. Mesejnya sama saja setiap tahun dari tahun 60-an hingga ke tahun 2000 sama juga.
Hari ini hiburan di tv itu tidak jadi fenomena merosakkan suasana dan roh edfitri lagi. Kita mungkin merasakan lega kerana perkembangan ini. Bagaimana pun ada fenomena baru yang boleh mengambil alih atau menjadikan manusia lalai dan syok sendiri. Fenomena ini menjadikan orang sanggup bersendirian, tidak mahu cakap dan tidak pedulikan sesiapa. Semuanya seperti orang kena penyakit angau.
Fenomena ini berlaku di mana-mana saja. Malah ia lebih teruk daripada fenomena hiburan di tv tadi. Apa yang dimaksudkan ialah feneomena telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas - SMS dan segala macamnya. Fenomena atau gila SMS atau gila telefon bimbit ini sungguh menyedihkan sekali. Orang yang terkena penyakit telefon bimbit dan main SMS ini tak akan pedulikan kepada dunia sekelilingnya lagi dan tidak peduli makan dan minum lagi.
Tidak kira di mana, atas kereta, dalam rumah, bawah pokok pun jadi. Pulak tu kini line telefon bimbit boleh diakses di mana-mana saja. Jadi ianya boleh digunakan di mana-mana tempat yang disukai. Kadang-kadang ke dalam bilik kecil pun diangkut telefon bimbit untuk membaca dan membalas SMS.
Semua orang juga kini memiliki telefon bimbit. Dari pelajar universiti sampailah kepada mak cik dan pak cik yang menoreh getah di bukit dan gunung. Sambil menoreh bercakap telefon dengan bluetooth di telinga. Begitulah canggihnya dan meluasnya penggunaan telefon bimbit. Rimau tengok pun naik heran.
Saya mulai terkesan betapa teruknya fenomena ini ketika mengunjungi sebuah keluarga saya di kampung dua tiga hari lepas untuk berhari raya. Keluarga berkenaan mempunyai tujuh anggota lima anak dua ibu dan bapa. Kesemua mereka ada telefon seorang satu malah ada yang sampai tiga. Sewaktu saya sampai dan memberi salam semua mereka sedang ralik dengan telefon masing-masing.
Kelima-lima si anak sedang berSMS. Begitu juga dengan si mak dan si ayah sedang bercakap dengan seseorang. Kerana masing-masing sibuk dengan telefon sampai salam diberi tidak terjawab oleh sesiapa. Si bapa bersalam pun sambil telefon terganggam ditangan, macam endah tidak endah saja. Begitu juga dengan mak, melayan isterinya saya seperti dalam mamai baru bangun tidur. Telefon tetap di telinga dengan kepala terangguk-angguk macam ibu angkut-angkut buat sarang.
Kelima orang anak dara dan bujangnya termasuk yang baru darjah satu tak usah ceritalah. Kedatangan kami langsung tidak dipandangnya kerana asyik menjawab SMS. Teruk!Keadaan itu sungguh tidak menyenangkan. Rasa menyesal pula mengunjungi rumah keluarga berkenaan. Mereka merasakan kedatangan kami seperti menganggu ketenteraman mereka untuk bertelefon. Masa pulang saya berfikir sendiri betapa telefon bimbit kini sudah merampas kemersaan dan semangat hari raya. Sepatutnya tuan rumah bergembira menyambut tetamu, tetapi ini lain pula ceritanya.
Bukan setakat mula-mula datang saja. Ketika minum dan makan ketupat juga telefon masing-masing berdering membuatkan mereka tidak senang duduk. Si bapa bercakap bukan main lama lagi. Manakala si isteri pula tidak habis dengan ok...ok.... yang tidak juga ok (berhenti). Sungguh menyampah.
Dalam hal ini saya tidak salahkan kepada kecanggihan teknologi maklumat. Dunia hari ini memang memerlukannya. Tanpa peralatan itu dunia kita jadi sempit dan sunyi. Tetapi kalau ianya disalah gunakan sehingga menyebabkan boleh menjejaskan hubungan kemanusiaan segala kemodenan dan kecanggihan itu tidak membawa apa-apa makna lagi. Bukankah tujuan peralatan itu direka untuk menghubungkan manusia sesama manusia! Kalau ianya tidak diguna secara betul bukan kebaikan diperolehi tetapi keburukan! [wm.kl 3:00 pm 05/10/08]

Mohd Sayuti Omar

Sunday, October 5, 2008

Ibu! maafkanlah anakmu ini

Dipetik dari : Utusan Malaysia: 6 Oktober 2008 / 6 Syawal 1429
Ibu! Maafkanlah anakmu ini..
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Allahu Akbar Allahu Akbar. Allahu Akbar. La illahaillallah Allahu Akbar. Allahu Akbar. walilaahil Haamd....
Sebaik sahaja Pemegang Mohor Besar Raja-Raja Melayu mengumumkan bahawa esoknya Hari Raya, maka bergemalah takbir raya bagi menandakan berlabuhnya Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan muncul pula Syawal (hari kemenangan buat orang Islam).
Pada waktu itu, tiba-tiba, suasana di dalam Kem Modal Insan Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA) yang dihuni hampir 60 orang menjadi begitu sayu dan syahdu sekali. Laungan takbir Syawal itu begitu menusuk ke dalam kalbu.
Payah hendak digambarkan pada waktu itu. Rata-rata semua penghuni merasa sebak, pilu, sedih dan perasaan begitu berkecamuk di dalam hati, hanya linangan air mata dapat menggambarkan betapa syahdunya beraya tanpa ibu, bapa dan adik-beradik yang lain.
Hampir 90 peratus penghuni yang terdiri daripada mereka yang hamil di luar nikah dan 10 peratus yang mengalami masalah sosial seperti lari dari rumah, bohsia, tidak mahu ke sekolah dan melakukan perbuatan tidak bermoral beraya tanpa ahli keluarga tahun ini.
"Adakah ini balasan atau hukuman yang sepatutnya diterima atas kesalahan yang kami lakukan. Tidak dapat mencium tangan ibu dan ayah untuk meminta ampun selama ini, tiada pakaian baru, tiada duit raya, tidak dapat melawat datuk nenek dan sanak- saudara, tidak dapat merasai kuih-muih, rendang, lemang dan makanan yang lazat-lazat, hasil tangan ibu, kami betul-betul rindu itu semua.
"Semuanya salah kami yang tidak mendengar kata-kata ibu dan ayah, bersikap biadap, lebih mempercayai rakan-rakan dan teman lelaki sehingga terlanjur. Mangsanya ialah kami yang terpaksa menerima hukuman dan dihantar ke kem ini bagi menutup malu dan menyembunyikan perkara naif yang dialami.
"Tidak disangka, perbuatan itu telah membawa musibah kepada kami sehingga hari dan bulan baik ini terpaksa bersendirian dengan bayi di dalam perut yang tidak siapa ingin bertanggungjawab dan menjalani pantang tanpa bantuan ibu.
"Walaubagaimanapun, kami bersyukur rupanya Allah masih sayangkan kami dan memberi peluang untuk kami membetulkan diri menjadi insan yang berguna kepada negara. Banyak yang kami pelajari terutamanya soal-soal ibadah dan pembangunan diri sepanjang menjalani program di KEWAJA.
"Malah, ada di kalangan kami sebelum ini yang tidak tahu mengerjakan sembahyang dan mengaji telah mula memahirkannya. Mungkin ini merupakan hikmah kepada kami dan ia akan direbut sebaik mungkin. Terima kasih ibu dan ayah yang telah menghantar kami ke sini dan keampunan yang tidak terhingga dipohon sekiranya perbuatan kami selama ini menghiris hati dan memalukan keluarga.’’
Inilah luahan hampir 60 penghuni KEWAJA yang terpaksa beraya tanpa ahli keluarga. Bagi mereka, pengganti ayah kandung pada hari raya itu ialah pengasas KEWAJA, Yahya Mohamed Yusof,45 yang dipanggil ayah manakala isterinya, Ruzitah Bahrum,40 yang dipanggil mama.
...............................................................................................
Demikianlah yang berlaku atas anak-anak yang telah rosak akhlaknya tetapi telah berjaya diselamatkan dan berada di KEWAJA. Syukur tuhan sangat sayangkan mereka. Mereka telah bertemu hidayah dan mendapat bimbingan individu yang arif. Namun di luar sana ramai anak-anak remaja lain yang masih terbiar. Barangkali ada di antaranya anak-anak kita, anak saudara kita, anak-anak jiran atau anak-anak sahabat-sahabat kita. Sedih memikirkan hidup yang tidak teratur dan terpesong arah. Adakala menyakitkan mata dan hati sekiranya ada di antara anak-anak ini yang berkait dengan diri kita. Namun, itulah amanah tuhan. Ia tetap perlu ditangani walau ia agak sukar.
Anak yang telah terpesong ini bukan perkara calang-calang untuk ditangani. Tiada ilmu samalah kerjanya 'seperti mencurah air ke atas daun keladi'. Tugas lebih mudah bagi mendidik anak-anak yang masih suci dan masih kecil. Benarlah kata ' Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Mereka mudah mendengar kata dan boleh dibimbing. Bagaimana pula agaknya untuk menangani anak-anak yang telah terjebak dengan masalah sosial ini?
Pertama : Semak diri
Ayah bonda tauladan adalah ibu bapa yang sering menunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak. Mereka adalah 'role-model' untuk anak-anak mereka. Apa sahaja tingkah laku, pertuturan atau pemikiran merupakan ikutan anak-anak. Bagi merealisasikannya, ibu bapa tauladan ini perlulah sentiasa membuat semakan atas diri masing-masing. Setiap pertuturan dan tindak tanduk dalam satu hari perlulah dimuhasabah. Barangkali banyak perkara yang perlu diperbaiki. Barangkali boleh direnungkan kembali cara kita mendidik anak. Dimana kesilapan kita dalam mendidik anak. Adakah kerana kita terlalu berlembut dalam mendidik anak atau kita terlalu berkeras sehingga anak memberontak? Semua ini akan menjadi garis panduan untuk kita membuat perubahan dan mengadakan pelan bertindak pada masa hadapan.
Kedua : Mencari Ilmu
Apabila semakan telah dibuat, carilah ilmu untuk membantu diri melakukan perubahan. Usahakan untuk bertanya dengan ilmuan yang berada di sekeliling kita. lmu boleh diperoleh di mana-mana, bahkan dihujung jari (dengan carian di internet). Malah terdapat lambakan buku di pasaran bagaimana cara untuk mendidik anak. Membaca digalakkan, tetapi lebih dituntut adalah belajar melalui guru.
Ketiga : Berkongsi pengalaman
Berkongsi juga dengan ibu bapa lain yang telah berjaya mendidik anaknya menjadi anak-anak yang berjaya. Mungkin ada tip-tip berguna yang boleh kita gunakan untuk mendidik anak-anak kita. Saya pernah berkongsi pengalaman dengan seorang ayah yang kesemua anaknya doktor dan bakal menjadi doktor. Beliau boleh mendidik anak-anaknya semenjak kecil, secara umumnya beliau sering solat jemaah dengan anak-anaknya, belajar bersama-sama anaknya dan al-quran menjadi amalannya sekeluarga. Selain itu, terdapat beberapa tips lain yang menjadikan anak-anaknya menurut kata. Anda perlu mencari dan mendapat jawapan untuk pelbagai tips lain daripada individu di luar sana.
Keempat : Niat berterusan/ Istiqamah untuk melakukan perubahan
Semak diri, mencari ilmu dan berkongsi pengalaman sahaja tidak mencukupi untuk mendidik anak (terutama anak yang terpesong ini). Kita perlu mempunyai niat yang berterusan untuk melakukan perubahan terhadap diri. Bukan dengan hanya mengharapkan anak-anak ini berubah, tetapi lebih penting adalah diri sendiri. Seterusnya, tuhan akan memberi kemudahan untuk anak-anak ini membuat perubahan pula.
Kelima : Berdepan dengan konflik
Anak-anak kurang akhlak ini adalah ujian untuk kedua ibu bapa. Adakalanya ibu bapa telah berusaha memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Jika keadaan ini berlaku, ibu bapa perlu berdepan dengan konflik anak-anak ini. Bantulah mereka menanganinya walaupun selama ini mereka sangat degil atau tidak mendengar kata. Hilangkan rasa marah apatah lagi membuang mereka jauh-jauh dari hidup kita. Ikhtiarkan sesuatu untuk mengurangkan konflik yang berlaku. Contohnya, ada anak remaja kita yang telah terlanjur. Usahalah terus untuk membantu mereka menangani keadaan tersebut agar dia tidak berterusan hidup tanpa arah.
Keenam : Mendidik bukan dengan harta
Di kalangan ibu bapa ada yang merungut-rungut kepada anaknya apabila anaknya melakukan gejala sosial seperti mencuri, merogol, merokok, ponteng sekolah dan sebagainya. Ibu bapa cukup marah kerana selama ini mereka bekerja bertungkus lumus siang malam untuk mencari rezeki untuk anak-anak. Tetapi dibalas dengan tuba oleh anak-anak mereka.
Namun rata-ratanya jika diperhatikan, ibu bapa hanya menyediakan wang atau harta kemewahan tetapi lupa menyediakan makanan rohani atau pendidikan agama yang sempurna untuk mereka.
Luqman Hakim berpesan yang dicatat oleh para tabi’in dalam mendidik anak-anak: "Janganlah engkau mengajar anak dan keluarga engkau dengan harta engkau, sebab jika ia sedikit engkau mengkhianati mereka, dan jika ia banyak tidak pula akan memberi kepuasan kepada mereka".
Demikianlah jika ibu bapa yang mendidik anak mereka hanya dengan menyediakan harta sahaja untuk anak-anak mereka. Usahakanlah cara agar anak-anak tahu tentang kesusahan hidup dan menghargai walau sedikit harta yang ada.
Ketujuh : Berterusan dalam mendidik anak
Mendidik anak bukan kerja sehari dua, tetapi adalah urusan setiap hari. Kerja menasihat dan membimbing bukan hanya ketika anak berumur 18 tahun ke bawah sahaja tetapi berterusan selagi hayat masih ada. Tugas mendidik anak juga bukan sahaja sekali dua tetapi mungkin ribuan kali. Demikianlah panjangnya tugas mendidik anak. Dengan ingatan berterusan ini akan memberi panduan kepada anak-anak. Sekalipun mereka telah tersasar, kita tetap membantu memberi jalan agar mereka tahu arah tujuan. Anak yang tersasar jika tidak dibantu boleh jadi menyebabkan mereka terpesong lebih jauh dan lebih lama.
Kepentingan mendidik dalam Islam dinyatakan dengan maksud hadis :
"Sesiapa di kalangan kamu mengajar anaknya adalah lebih baik baginya daripada bersedekah setengah gantang makanan untuk orang miskin" (Dipetik dari Anakku Hebat, Anakku Soleh: Zahazan Mohamed)
Kelapan: Membelanjakan wang untuk mengajar anak
Anak-anak yang kurang akhlaknya ini adakalanya sukar untuk dibentuk oleh ibu bapa. Ada baiknya juga ibu bapa mendapatkan pertolongan sebagaimana di KEWAJA ini. Belanjakanlah sedikit wang untuk membantu mereka sebagaimana sebelum ini ibu bapa telah menghabiskan wang untuk mendidik mereka di sekolah. Sekurang-kurangnya mereka boleh dibantu untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.
Sekiranya mereka tiada ilmu tentang Al-Quran bantulah mereka mengenalnya.
Berkata Al-Alim al Muslim Al Qobisi:
" Sesiapa yang inginkan anak yang menjadi penyejuk matanya hendaklah dia mengeluarkan wang untuk mengajar anaknya. Mudah-mudahan usahanya mengeluarkan belanja menghantar anaknya belajar Al-Quran dimasukkan Allah sebagai satu golongan daripada orang yang berlumba-lumba mengerjakan amalan-amalan kebajikan.
Kesembilan : Berdoa dan bersabar
Segala usaha telah dilakukan untuk menangani anak-anak yang tersasar mahupun anak yang kurang akhlak ini. Langkah seterusnya, teruskanlah berdoa tanpa putus-putus. Sesungguhnya pertolongan tuhan ada di mana-mana dan tanpa dijangka. Hati juga adalah pegangan tuhan dan boleh berubah-ubah (dengan izinnya). Bersabarlah sekiranya masih tiada berubahan atas anak-anak ini walaupun telah banyak perkara yang dilakukan. Sekiranya terdapat sedikitpun perubahan, maka bersyukurlah.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak yang masih kecil atau anak yang kurang akhlak memerlukan ilmu dan ia bermula dari ibu bapa. Ibu bapa yang berilmu dan beramal dengannya akan melahirkan generasi yang hebat dan terbilang. Untuk itu, seseorang perlu menyediakan diri dalam mendidik anak mereka, terutama dalam mendidik anak generasi siber masa kini. Seorang bijaksana ada berkata : Mulakanlah tarbiah anakmu 20 tahun sebelum anak itu lahir." Bagaimana dengan diri kita?
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
"Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli (akal), rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya" Al-Sayyid Sabiq.