Isu ajaran sesat tidak pernah padam dan sering berkunjung silih berganti. Malah terdapat lebih daripada 46 jenis ajaran sesat yang pernah direkodkan. Paling heboh diperkatakan satu ketika dulu adalah berkenaan ajaran sesat Ayah Pin. Itu pun kini semakin dilupakan disebabkan Ayah Pin ‘ghaib’ begitu sahaja. Apa pun hakikatnya masih banyak ajaran sesat serupa Kerajaan Langit yang di bawa Ayah Pin. Beberapa Ajaran yang dikategorikan sesat di antaranya :
1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974)
2. Ajaran Cerang Melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )
3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )
4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )
5. Tarikat Aurad Islamiah ( Kedah pada tahun 1979 )
6. Tarikat Zikrullah ( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )
7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )
8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )
9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 )
10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan 1992 )
Yang boleh kita lakukan, berwaspada. Kenal pasti ciri atau tanda yang mencurigakan seperti:
1. Boleh jadi yang mendekati anda adalah jiran baru, kawan baru dan boleh jadi individu ini kawan lama, satu sekolah, satu universiti mengajak anda mengenal agama tetapi...
2. Dia tidak berapa arif, anda akan menemui kawan, guru atau ustaz yang lebih arif daripada dirinya
3. Ajarannya secara sembunyi-sembunyi kerana dikatakan orang terpilih sahaja yang menjadi ahli
4. Tempat pengajian biasanya bukan di masjid atau di tempat terbuka tetapi di suatu lokasi yang tersembunyi atau berubah-ubah dan sebolehnya sukar dikenal pasti. Namun terdapat juga ajaran sesat yang semakin berani bertopengkan seminar, perubatan alternatif atau nama-nama yang berunsur Islam untuk mengaburi mata.
5. Cara pengajian berbeza dengan cara yang biasa-biasa. Ada yang dijalankan secara perkumpulan yang aneh seperti lelaki dan wanita bercampur dan ada yang dijalankan secara individu. Pengajian secara individu ini kelihatan pelik kerana hanya terdapat anda dan ustaz sahaja atau bertiga bersama kawan lama anda di dalam satu bilik.
6. Terdapat ajaran agama yang jauh terpesong seperti tidak perlu solat atau membenarkan perkahwinan dengan jemaah sahaja atau perlu menyerahkan ‘takhta wanita’ hanya kepada guru ajaran ini (bagi wanita).
7. Meminta sejumlah wang sebagai tanda pengorbanan terhadap ajaran ini.
8. Menafikan Al-Quran dan hadis atau menggunakan sebahagian ayat yang dicantum-cantumkan untuk mengukuhkan hujah-hujah ajaran mereka
9. Mengagungkan pemimpin ajaran mereka sehingga setaraf nabi atau menggantikan nabi.
10. Percaya golongan mereka sahaja yang masuk syurga
Demikianlah sebahagian daripada ciri atau tanda yang boleh kita perhatikan dan kita membuat pilihan untuk tidak terjebak. Sekali tersentuh, sukar untuk keluar.
Sebagai insan yang mengaku umat Nabi Muhammad dan memegang syahadah. Pilihlah jalan benar untuk belajar dan terus belajar. Di LHDNM, mempunyai ustaz yang berwibawa yang dibawa khas oleh PERKIS. Selain itu, kita boleh memilih untuk belajar di Masjid dan surau yang memiliki guru agama bertauliah. Tiada yang perlu kita khuatir. Belajarlah mengenal Islam dengan sebaik-baiknya. Tiada jalan pintas untuk menjadi umat yang hebat dan terpilih dengan hanya menyertai ajaran sesat sebegini. Ia hanya ‘momokan’ dan membuatkan individu ‘tidak arif’ terkesima (terpegun) dan percaya menyertai ajaran ini membuatkan mereka terlalu istimewa.
Isu ini disentuh pada ketika tiada’ ribut atau taufan’ tentang cerita ajaran sesat untuk kita sama-sama berwaspada. Bukan bermakna tiada dipaparkan di dada akhbar, kita selamat dari genggaman mereka. Ada kalanya mereka sedang memerhati dan terlalu hampir dengan kita. Organisasi ini turut mengambil berat isu sebegini kerana beberapa perkara yang berkait dengan prestasi kerja. Mereka yang terlibat sering datang lewat ke tempat kerja kerana setiap malam dengan aktiviti ajaran ini sehingga lewat malam atau lewat pagi. Mereka juga ada kalanya mengalami masalah kewangan kerana mereka menyumbang untuk perkumpulan ajaran sesat ini, gaji tidak cukup menyara diri atau keluarga. Mereka juga boleh jadi hilang fokus dalam kerja dan keadaan ini jika secara berterusan boleh menyebabkan kemerosotan prestasi kerja.
Sekiranya anda dalam bayangan keadaan ini, sedarkan diri sendiri untuk berubah. Bagi yang sedang di intip untuk menyertainya dapatkan bantuan individu lain untuk menguatkan akidah.
Fandi Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Rombak Pemain Sri Pahang FC Apabila
Berdepan JDT Selasa Ini
-
*KUANTAN:* Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan
melakukan rombakan pemain apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor
Darul T...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment