mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Thursday, August 27, 2009

Dato' Ismail Kamus

Masa bersahur tadi, banyak sms masuk menyatakan orang aku kagumi, mantan YB Dato' Ismail Kamus telah kembali mengadap Illahi. Terkedu juga aku. Namun carian maklumat diblog-blog sahabat ternyata mengesahkan ramai orang di Malaysia ini mudah terkeliru. Dan mungkin juga ramai tak kenal siapa itu Almarhum Prof Dato' Senator Ismail Salleh dan yang masih sihat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah, Al Fadhil Dato' Ismail Kamus.

Disertakan petikan dari blog YB Zulkifli Noordin yang mengesahkan...

Saya menerima terlalu banyak email, sms dan call bertanyakan berita kononnya Alfadhil Dato Ismail Kamus meninggal dunia.Saya baru kejap tadi dapat pengesahan Ustadz sedang mengerjakan umrah di Makkah dan alhamdulillah masih sihat.Saya percaya ada orang yang terkeliru dengan berita pemergian Almarhum Senator Professor Dato Ismail yang meninggal dunia dalam flite dari Beijing ke KL via Changi. Jenazah Almarhum masih di Singapura dan akan dibawa balik untuk pengkebumian.Saya harap maklumat ini akan menghentikan mesej2 liar dan tidak bertanggungjawab mengenai Dato Ismail Kamus.Apa hal pun, saya mengucapkan takziah dan innalillah hiwa inna ilaihioroji'un atas pemergian Almarhum Senator Professor Dato Ismail, orang buta pertama yang dilantik menjadi senator di Dewan negara. Moga ALLAH mengampunkan beliau dan memasukkan beliau dalam golongan soleh dan memberi kesabaran kepada keluarga yang menghadapi ujian besar ini insyallah. Ameen

Friday, August 21, 2009

Hayatilah...

Hayatilah dua potong hadis ini untuk renungan kita bersama menjelang bulan yang mulia ini.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR At-Thabrani)

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan mengenai balasan kepada mereka yang berasa amat sukacita dengan kedatangan Ramadan, iaitu dengan sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya bulan Ramadan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk ke dalam semua pintu neraka." (HR Baihaqy dan Ibnu Majah)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Bermaafanlah demi Ramadhan yang mulia ini

Assalamualaikum ,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.

Tazkirah Ramadhan...

"Ramadhan dan Syawal sudah datang lagi, alhamdulillah.Sempat lagi berpuasa pada tahun ini tapi tahun depan tak tentu lagi.. so…lakukan yg terbaik……

Salah satu fungsi bulan Ramadhan dan Syawal adalah bulan audit diri, dan fungsi audit adalah untuk mengetahui apa saja yang sudah dikerjakan dan apa saja yang belum dikerjakan dan apa saja yang harus diperbaiki.

Ada enam perkara yang perlu kita audit dan perbaiki di bulan Ramadhan & Syawal ini. Kesempatan ini kita akan mengaudit dengan pendekatan doa “Rabbana atinna fidunya hasanah wafil akhirati khasanah wakina adhabannar” yaitu Ya Allah berilah hambamu kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat serta jauhkanlah hamba-Mu ini dari api neraka.

Beberapa ulama menyebutkan bahwa dunia yang baik itu indikatornya ada enam iaitu: Memiliki isteri atau suami yang shaleh, anak shaleh dan shalehah, badan sihat, rezeki halal, jiran baik, dan ilmu yang bermanfaat. Mari kita audit kehidupan kita selama setahun di bulan Ramadhan & Syawal ini:


1
2
3
4

Pertama, memiliki isteri atau suami yang baik; Ada empat kwadran yang biasa kita lihat dalam posisi ini iaitu
(1) Kwadran pertama adalah suami sangat shaleh dan isteri sangat shalehah, dalam Al-Quran biasa kita lihat contohnya yaitu keluarga Imran dan keluarga Rasulullah saw;
(2) Kwadran kedua adalah suami sangat shaleh dan isteri tidak shaleh, dalam Al-Quran bisa kita lihat contohnya iaitu keluarga Nabi Nuh as dan keluarga Nabi Lut as;
(3) Kwadran ketiga adalah suami sangat tidak shaleh dan tapi isteri sangat shalehah, dalam Al-Quran biasanya kita lihat iaitu keluarga Firaun dengan isteri sangat shalehan
(4) Kwadran keempat adalah suami tidak shaleh dan isteri juga tidak shalehah, dalam Al-Quran juga biasa kita lihat iaitu keluarga Abu Lahab.


Kedua, punya anak-anak yang shaleh. Kalau ini yang perlu ditekankan adalah
(1) Orang tua sangat baik dan anak sangat baik ini adalah rumahku surgaku
(2) Orang tua sangat baik dan anak-anak sangat tidak baik, sehingga orang tua tidak bangga anak
(3) Orang tua sangat kurang baik dan anak-anak sangat baik, sehingga orang tua tidak dikagumi oleh anak-anaknnya.
(4) Orang tua sangat tidak baik dan anak-anak juga sangat tidak baik, ini adalah keluarga rumahku nerakaku.

Ketiga, mempunyai badan sihat, Rasulullah saw selama hidupnya sangat sihat. Beliau dari lahir sampai beliau wafat hanya sekali sakit teruk iaitu ketika beliau akan meninggal. Sedangkan kita dari lahir sehingga kita tua, kita sentiasa berisiko dengan pelbagai penyakit termasuk HINI dan kalau takdek rezeki …meninggal. Walaupun ini bukan meneliti tentang Rasulullah saw, tapi ada penelitian yang sangat menarik bahwa orang yang rajin tahajud jauh lebih sihat dibanding yang jarang atau tidak pernah tahajud, dan orang yang tahajudnya ikhlas jauh lebih sihat dibanding yang tidak ikhlas. Misalnya, tahajjud hanya kerana ada kepentingan tertentu. Kalau dilihat dari penelitan ini, dikaitkan dengan aktiviti Rasulullah saw, memang beliau tidak pernah meninggalkan tahajud dan sangat ikhlas menghadapi kehidupannya. Jadi kalau kita sering mendapat penyakit, salah satu penyebabnya adalah jarang tahajud,

Keempat, mempunya rezeki yang halal, semoga kita semua termasuk golongan orang yang punya rezeki halal.
Persoalan: Bagaimana rezeki yang kita perolehi?


Kelima, mempunyai jiran baik. Ketika kita berkeinginan untuk punya jiran yang baik, maka kita juga harus bertanya, apakah kita termasuk jiran yang baik bagi orang lain. Rasulullah mengingatkan bukan termasuk orang beriman kalau dirinya kenyang sedangkan jirannya kelaparan. Sering-seringlah memberi walaupun hanya secubit kambing. Kalau membuat sayur perbanyak kuahnya dan lain sebagainya.

Keenam, punya ilmu bermanfaat, ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang biasa mengikuti perkembangan zaman. Oleh kerana itu, Ramadhan dan syawal harus kita jadikan pemangkin kompetitif keilmuan agar kita tidak ditertawakan zaman dan akhirnya ditinggalkan zaman.


Semoga menyambut Ramadhan dan syawal ini, kita perlu mengaudit keenam indikator secara jujur dan betul.
Pertanyannya adalah
(1) Apakah kita sudah menjadi suami atau isteri yang baik dan bagi yang belum berkeluarga apakah sudah bersungguh-sungguh menyiapkan diri untuk menjadi calon suami dan isteri yang baik;
(2) Apakah kita sudah mempunyai anak-anak yang baik dan apakah kita juga sudah bersungguh-sungguh untuk menjadi anak-anak yang baik bagi orang tua kita
(3) Apakah kita sudah mempunyai badan yang sihat,
(4) Apakah kita sudah punya rezeki yang halal
(5) Apakah kita sudah punya jiran dan teman yang baik. Begitu juga apakah kita termasuk menjadi jiran dan teman yang baik bagi orang lain.
(6) Apakah kita sudah mempunyai ilmu yang bermanfaat, sehingga punya kemampuan untuk mengikuti perkembangan zaman, agar tidak tergilas oleh zaman

Kita perlu berani menghadapi tentangan kejujuran untuk mengaudit diri dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keenam indikator itu. Semoga kita mendapat dunia yang baik, akhirat baik dan jauh dari api neraka.

Tibanya Ramadhan Al Mubarak

TIBANYA RAMADHAN AL-MUBARAK

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ.

- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Maksud hadis: Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya: "Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".
"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".
"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".


"Sahabat-sahabat Baginda berkata: "Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. "Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.
Dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan ialah:
Pertama – mengucap
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله
Kedua - (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:
أستغفر الله
Dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah:
Pertama: Memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:
نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.
Kedua: "Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

Berdasarkan hadis di atas, mudah-mudahan kita dapat meningkatkan amalan-amalan baik terutamanya kesabaran dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji.



تـَعَالىَ لِلـَّهِ كـُلـِهِ رَمـَضَانَ شـَهْرِ َ صَوْم نـَوَيْتُ
Lafaz Niat Untuk Sebulan Puasa:
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”



رَمـَضَانَ شـَهْرِ ِ فـَرْض دَاءِ ا عَـنْ غـَدٍ صَوْمَ نـَوَيْتُ
تـَعَالىَ لِلـَّهِ السَّـنـَةِ هـَذِهِ
Lafaz Niat Puasa:
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”


Bacaan Hendak Berbuka Puasa:
“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”

Tuesday, August 18, 2009

Selesema Babi

Inti pati ceramah H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1/08/2009
SELESEMA BABI
Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
jangka hayat virus



Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico.virologi virus H1N1
incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hariini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakitpesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
cara serangan
virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapanvirus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
siapa yang berisiko1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok2. perempuan yg mengandung3 .orang yg ada astmatic4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
simptom2
day 1 – rasa kurang sihat, tak bermayaday 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafasday 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera…….
day 5 and above lung collapse @ koma
langkah2 kawalan1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.
(Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.)

Sunday, August 16, 2009

Tersentuh hatiku...

Teman-teman, tersentuh hati ku bila mendpat e-mel ini dari temanku. Sungguhpun ayat-ayat hampir seperti ini selalau aku keluarkan dalam slot renungan kursus-kursus yang aku kendalikan, namun lain rasanya bila aku pula menerima ayat-ayat begini.

Teman-teman, mari kita renungkan ayat-ayat ini. Dan dimanakah diri kita?

Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari...Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada...pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau Mak sudah tiada...
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT...



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya...
berapa ramai yang sanggup... membersihkan najis ibunya...
berapa ramai yang sanggup...membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...

Renungkanlah...

Friday, August 14, 2009

Takziah...

Takziah buat keluarga Allahyarhan Asri Rabbabni dan seniman Dharmala NS. Didoakan rohnya ditempatkan Allah dikalangan insan yang disayanginya... Begitulah hidup, akhirnya tanpa diduga. Hanya Allah yang maha mengetahu apa yang telah diatur untuk hamba-hambanya...

Al Fatihah...