mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Thursday, August 27, 2009

Dato' Ismail Kamus

Masa bersahur tadi, banyak sms masuk menyatakan orang aku kagumi, mantan YB Dato' Ismail Kamus telah kembali mengadap Illahi. Terkedu juga aku. Namun carian maklumat diblog-blog sahabat ternyata mengesahkan ramai orang di Malaysia ini mudah terkeliru. Dan mungkin juga ramai tak kenal siapa itu Almarhum Prof Dato' Senator Ismail Salleh dan yang masih sihat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah, Al Fadhil Dato' Ismail Kamus.

Disertakan petikan dari blog YB Zulkifli Noordin yang mengesahkan...

Saya menerima terlalu banyak email, sms dan call bertanyakan berita kononnya Alfadhil Dato Ismail Kamus meninggal dunia.Saya baru kejap tadi dapat pengesahan Ustadz sedang mengerjakan umrah di Makkah dan alhamdulillah masih sihat.Saya percaya ada orang yang terkeliru dengan berita pemergian Almarhum Senator Professor Dato Ismail yang meninggal dunia dalam flite dari Beijing ke KL via Changi. Jenazah Almarhum masih di Singapura dan akan dibawa balik untuk pengkebumian.Saya harap maklumat ini akan menghentikan mesej2 liar dan tidak bertanggungjawab mengenai Dato Ismail Kamus.Apa hal pun, saya mengucapkan takziah dan innalillah hiwa inna ilaihioroji'un atas pemergian Almarhum Senator Professor Dato Ismail, orang buta pertama yang dilantik menjadi senator di Dewan negara. Moga ALLAH mengampunkan beliau dan memasukkan beliau dalam golongan soleh dan memberi kesabaran kepada keluarga yang menghadapi ujian besar ini insyallah. Ameen

No comments: