mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Thursday, October 22, 2009

Renungan...

Cedokan langsung dari e-mel sahabat - Rohas Rosli

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur?an!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur?an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut: 17.16 (QS. Al Israa? ayat 16): ?Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.? 17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): ? Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).? 8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.? sumber; eramuslim Perlakuan buruk manusia mengundang bala/ bencana terjadi
Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya. Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil Allah jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehingga mereka tidak meninggalkan generasi sehingga hari ini. Firman Allah yang bermaksud, "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya." Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
· Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
· Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

· Zakat dijadikan hutang.
· Suami turut kehendak isteri.
· Anak derhaka kepada ibunya.
· Anak lebih baik terhadap kawan.
· Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
· Suara ditinggikan di dalam masjid.
· Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
· Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
· Arak diminum di merata tempat.
· Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
· Artis jadi pujaan.
· Muzik banyak dimainkan.

HANYA TUHAN YANG TAHU…

HANYA TUHAN YANG TAHU…
(Sesuai untuk pembacaan muslim dan muslimat yang ingin meningkatkan keimanan)

Assalamualaikum,
Rasulullah pada suatu waktu pernah berkisah. Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat zalim.Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin Ajaib. Walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah dijumpai. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Dan ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Karena itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetapi ikan itu tidak dijumpai. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"
Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Karena itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah !
Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, karena itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, karena hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"
Sesuatu yang boleh diambil pelajaran dari kisah ini:

Pelajaran pertama
Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan keimanan kita apabila ditimpa musibah.
Pelajaran kedua
Bila kita tidak pernah ditimpa musibah, jangan terlena dan lalai. Jangan-jangan Allah 'menghabiskan' tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan dunia sehingga melupakan urusan akhirat.
Pelajaran ketiga
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat kekeliruan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita berprasangka buruk terhadap orang yang ditimpa musibah. Seterusnya, akan timbul keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat
Siapa yang tahu maksud Allah ? Hanya Allah Yang maha Mengetahui atas sesuatu rahsia kejadian yang berlaku. Maka, lebih baik berbaik sangka terhdap orang lain dan fokus kepada diri dengan memohon keampunan atas kesalahan yang pernah kita lakukan.

(Diubah suai dari sumber: http://www.mifty.tripod.com/id13.html)

Sekian, terima kasih.


AJK Penerbitan Kelab Kebajikan Jabatan Sumber Manusia
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Performance and Competency Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur

Tel: +603-6203 9501 or 33963
Fax: +603-6201 2482

Al-Quran...

Cedokan langsung dari e-mel sahabat - Rohas Rosli

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.. "Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. "Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah. "Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin. "Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an. "Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran.. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.. "Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum. "Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. "Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah. "Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya. "Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid. "Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. "Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. "Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai. "Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. "Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad. "Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.. "Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. "Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya.. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku. "Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd "Apa benda nih" detik hati Nabil. "Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas. "Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. "Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad. "Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya. Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk. Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.' Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'. 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' May Allah bestow this favour on all of us.

Hangus Tiada Berapi, Karam Tiada Berair

Pernahkah anda perlu menyiapkan kerja anda dan dalam waktu yang sama perlu menyiapkan kerja orang lain? Tapi anda bukan menanggung tugas… Ia adalah kerana atas dasar kerjasama… semua orang perlu bekerjasama menyiapkan tugasan satu unit, satu bahagian atau satu jabatan? Betul begitu? Namun, atas dasar ini ada orang ambil kesempatan.

Apabila kerjanya tidak siap, nanti ada rakan yang akan tolong buatkan. Dia boleh buat beberapa urusan peribadi, (yang sebenarnya boleh buat waktu luar pejabat pun). Dia juga boleh lama-lama minum di kedai (pagi dan petang) sambil sembang-sembang dengan rakan. Kerap ke tempat rakan-rakan lain chit-chat bukan urusan kerja langsung pun. Atau boleh ‘take fire’ acap kali dalam sehari untuk kurangkan stress. Begitulah matlamatnya.

Jika anda tidak mengalami keadaan ini, bersyukurlah. Bagi yang menyatakan Ya. Apa yang anda rasa? Sedih, marah, bengang atau gembira, tak kisah, ikhlas?

Dalam Klinik Psikologi yang lepas, terdapat pegawai-pegawai yang tertekan di tempat kerja kerana mendapat rakan sekerja sebegini. Adalah lebih baik kita melihat kenapa keadaan ini berlaku dan langkah yang boleh kita bantu untuk mengurangkan isu ini.

Individu Terlibat.

Bagi yang mengaku anda mengalami situasi ini bangunlah dari tidur. Usahlah pendam masalah ini sendirian sehingga bertahun-tahun disimpan. Sekiranya anda redha sebab anda jenis tak kisah, teruskanlah membantu ‘Si dia’. Tetapi, perlu diingat dalam waktu yang sama anda membantu dia untuk tidak sedar diri sampai bila-bila. Dia akan terus dengan tabiat hilang dari tugas dan tak kisah untuk berbuat demikian sehingga telah sebati dalam dirinya. Malah, dia rasa sangat selesa sehingga jika dia pindah ke cawangan lain dia akan berasa tingkah laku sedemikian seolah-olah wajib!

Andainya tiada kekuatan. Berbincanglah dengan PRS di tempat masing-masing. Apakah tindakan wajar yang boleh anda lakukan. Sekiranya anda ada kuasa, tegurlah dia. Sekiranya dia buat tak tahu atau jenis tak boleh kena tegur. Jumpalah dengan penyelia untuk membantu menangani keadaan ini. Risiko akan tetap ada. Sekiranya anda pendam, anda akan menyebabkan dia terus dengan perangainya. Jika anda minta bantuan penyelia untuk menegur, boleh jadi dia juga tidak menyukai anda. Anda boleh memilih dalam membuat keputusan yang mana lebih kurang risiko. Jika anda lebih mementingkan kesukaan manusia yang berbuat perkara yang tidak baik/ mungkar ~ hilang waktu bertugas dan main-main, teruskanlah dengan tindakan anda berdiam. Jika anda mementingkan hal untuk membantu dia berubah, bertindaklah. Niat perlu betul. Anda lakukan (bagi yang muslim) hanya kerana Allah, bukan kerana sakit hati, bukan kerana benci. Tapi kerana kasih sayang. Selepas itu berdoalah. Di antara doa yang boleh dibaca seperti di bawah:

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamu yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”
“Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami.”
“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat.”
“Selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah.”
“Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit- bukau, gunung- ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri. Ya Allah, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”
“Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyehatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Ya Allah Ya tuhanku aku tak berdaya lagi menanggung keadaan ini, bantulah aku Ya Allah...”


Seterusnya, urusan penyelia atau ketua anda untuk mengambil tindakan susulan. Usah bimbang kerana kewajiban anda telah tertunai. Hubungan anda dengan mereka teruskan. Tegur macam biasa. Hal dia membenci anda dan jika selepas ini ada cerita-cerita luar biasa yang menyebabkan anda kurang selesa. Belajar untuk mengabaikannya. Maafkan dia dan doakan dirinya.

Bagi yang sering ‘ghaib’ dari tempat dan meninggalkan tugas ini sehingga menyebabkan rakan anda teraniaya. Perlu bangun dari tidur juga. Barangkali tidak perasan teraniaya orang lain. Kita barangkali ingin mengurangkan stress. Tertekan dengan ‘bos’, tertekan sebab tak dapat prestasi cemerlang, tertekan kerana buat kerja yang sama, tertekan hal di rumah dan semua perkara. Usah jadikan ini alasan untuk kita berbuat sesuka hati di pejabat. Urusan di pejabat juga adalah ibadah. Jika ditinggalkan tugasan ini dengan harapan orang lain yang akan menyudahkannya, ia menunjukkan ciri orang yang tidak bertanggung jawab. Malah menganiaya orang yang perlu menyiapkan kerja kita. Perlu diingat, menganiaya orang menyebabkan hidup kita tak akan tenteram dan hilang rasa bahagia.

Sekiranya perlu bantuan untuk mengatasi perasaan kerana bermacam-macam masalah yang anda lalui, berbincanglah dengan orang yang anda percaya. Pastikan dia berilmu dan beramal. Ini untuk memastikan usaha dan tindakan yang anda ambil membawa anda ke hadapan dan bukan menyebabkan anda bertambah ke belakang.

Pihak Pentadbir, Penyelia atau Ketua
Jika terdapat ‘anak buah’ yang menghadapi keadaan ini, tindakan perlu diambil. Bukan hanya sekadar memberi penyataan umum dalam mesyuarat. Ada individu yang tidak berapa faham bahasa kiasan atau penyataan umum. Mereka tidak berasa ia ditujukan untuk mereka, sekalipun memang dialah orang yang kita maksudkan. Beri teguran secara bersemuka dengannya untuk mengelakkan dia dimalukan. Sekiranya ada hal-hal lain yang memerlukan beberapa orang terlibat, adakan dalam bilik tertutup. Selepas teguran, berikan ruang masa untuk berubah. Lakukan teguran setiap kali dia melakukan perkara yang tidak diingini. Sekiranya telah dinasihati berkali-kali dan perangainya masih berterusan. Tindakan perlu diambil. Ini bermakna mereka tidak boleh pakai cara lembut!

Cara pertengahan sebelum tindakan keras diambil adalah dengan menghantar memo dan dia perlu menjawabnya secara formal. Dalam bentuk bahasa boleh jadi dia tidak boleh ingat, dalam bentuk bertulis boleh jadi memberi kesan kepada dirinya. Seterusnya, jika tingkah laku tersebut masih berterusan tindakan keras boleh diambilmelalui tindakan tatatertib. (Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1998 Garis Panduan Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai Yang Bermasalah).

Seandainya, tiada tindakan yang diambil atau kita buat-buat pejamkan mata. Lebih ramai orang teraniaya. Yang banyak membuat kerja orang lain ini, boleh jadi rasa tidak puas hati. Prestasinya akan menurun dan tidak mustahil dia juga boleh lakukan sebagaimana rakannya ini. Niatkan sesuatu yang kita lakukan ini atas tanggung jawab yang telah diamanahkan. Tanggung jawab yang akan dipersoalkan pada masa akan datang.

Harapannya, organisasi kita ini yang terkenal dengan disiplin yang tinggi akan terwaris untuk generasi baru; yang merupakan kesinambungan dari generasi lepas yang menjaganya dengan baik.

Hangus Tiada Berapi, Karam Tiada Berair
Bermaksud Derita Yang Tidak Kelihatan
(Dipetik dari : Koleksi Terindah Peribahasa Melayu, 2002)


AJK Penerbitan Kelab Kebajikan Jabatan Sumber Manusia
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Performance and Competency Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur