DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
· Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
· Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
· Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
· Warfa'nii (angkatlah darjatku)
· Warzuqnii (berilah aku rezeki)
· Wahdinii (berilah aku petunjuk)
· Wa'Aafinii (sihatkan aku)
· Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu... SubhanAllah...sungguh indah solat jika kita benar-benar memahaminya
Fandi Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Rombak Pemain Sri Pahang FC Apabila
Berdepan JDT Selasa Ini
-
*KUANTAN:* Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan
melakukan rombakan pemain apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor
Darul T...
7 hours ago
3 comments:
Alhamdulillah!...Terima kasih yang tak terhingga kerana membuat post tentang DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud....
Mungkin juga ramai yang tak tahu sebenarnya ada doa yang perlu dilafazkan semasa duduk antara 2 sujud...(bukan duduk saja)
sekarang ramai org mengambil mudah dalam apa jua perbuatan...amat menyedihkan bila bab solat pun nak dibuat secara mudah & ringkas...izinkan saya untuk 'copas'artikel tuan untuk saya war-warkan kepada pengetahuan rakan2 kita yang lain.
Alhamdulillah .... semuga rahmat allah mencucuri orang yang memberi penerangan atas doa ini. Memang kita selalu baca tetapi kurang menghayatai apa yang kita baca.Seperti berdoa tetapi tidak tau apa yang di pinta.
Alhamdulillah.. Ilmu yg amat bguna. Sy jg minta izin utk dipanjangkan kpd rakan2...
spt hadis nabi s.a.w.. sampaikan walau satu ayat... Moga ilmu dapat dimanfaatkan..
Terima kasih.
Post a Comment