mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Friday, July 25, 2008

Mana arahnya??

Oleh Bakhari Ariff
SEMANGAT Mesyuarat Agung Persatuan Badan Berkanun di Universiti Utara Malaysia bulan lalu seperti bersetuju bahawa autonomi badan berkanun semakin terhakis dan bergerak ke arah birokratik, sedangkan tujuan asal penubuhannya untuk menggantikan peranan jabatan kerajaan yang biasa.
Menariknya dalam mesyuarat itu, beberapa cadangan awal telah dikemukakan termasuk mencetuskan satu akta induk kepada badan berkanun dan tidak lagi secara individu dan memanfaatkan kepakaran badan berkanun dalam aktiviti perniagaan berskala besar.
Selain itu, turut menjadi perbahasan termasuklah isu asas kepada badan berkanun seperti kuasa melantik kakitangan, yang tidak terlalu bergantung kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta kuasa badan berkanun yang lebih luas terhadap kewangan yang tidak terlalu terikut-ikut dengan Arahan Perbendaharaan.
Isu sekarang, bolehkah ketua eksekutif badan berkanun diberi kuasa melantik dan memecat dengan tidak perlu melalui proses di JPA atau Kementerian Pengajian Tinggi? Bolehkah mereka mempunyai urus tadbir kewangan sendiri tanpa terikat sepenuhnya kepada arahan-arahan umum perbendaharaan?
Badan berkanun ialah agensi separa kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesuatu Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.
Tujuannya jelas untuk memberikan kebebasan yang lebih luas untuk bergerak berbanding jabatan kerajaan lain dan ia mendapat sumber kuasa daripada akta atau enakmen berkenaan dan mempunyai badan pengurus yang tersendiri yang digelar Lembaga, Majlis atau lain-lain.
Contoh Badan-badan Berkanun di peringkat Persekutuan ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian (SIRIM) dan semua universiti awam.
Bagi peringkat negeri pula terdapat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan Lembaga Bekalan Air Negeri.
Ada antara Badan-badan Berkanun ini dipanggil perbadanan awam seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri (PKEN), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (PKPM).
Menurut Pensyarah Kolej Undang- undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sabarani Ghazali, badan berkanun telah kembali kepada sifat badan kerajaan yang biasa kerana ia menerima pakai pekeliling kerajaan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan seperti JPA, Perbendaharaan dan sebagainya.
Kuasa-ketua eksekutif sesebuah badan berkanun sepatutnya mempunyai lebih peruntukan kuasa bertindak kerana pengalaman dan kepakaran yang ada, dan tidak hanya menjadi seperti ketua kepada sebuah jabatan kerajaan biasa.
Badan berkanun sepatutnya menjadi model kepada jabatan kerajaan lain dan bukan sebaliknya. Apa yang penting sekarang adalah untuk melihat semula peranan badan berkanun supaya boleh membantu negara dalam menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi dan ancaman dari pelbagai pihak, dengan memanfaatkan modal insan yang sedia ada di setiap badan berkanun.

Apa komen anda??

No comments: