Sebentar tadi aku menerima berita sahabat baik ku telah dipanggil menemui-Nya. Allahyarham Ramli Abdullah, mula ku kenal semasa sama-sama menghadiri temuduga satu masa dulu. Atas keramahannya, kami berbual-bual sebelum dan selepas temuduga. Perkenalan terputus begitu sahaja sehinggalah terserempak dengannya semasa servis kereta apabila aku berpindah tinggal di Gombak dari Kuantan apabila berjaya dalam temuduga. Pertemuan itu membawa perhubungan lebih rapat. Banyak jasanya terhadap aku. Bantuannya dalam tenaga dan kewangan banyak melegakan aku dalam menanggug kos hidup yang tinggi di KL ini.
Apabila menerima berita beliau sakit, saban hari aku berdoa agar beliau sembuh. Namun Allah s.w.t amat menyayanginya. Setelah berbulan-bulan menanggung derita, akhirnya Allah memanggilnya pulang. Tinggallah isteri dan anak-anaknya seramai 6 orang. Dan aku kehilangan sabahat yang bukan sahaja amat baik dengan aku, malah berkongsi tarikh lahir yang sama walaupun tahun berlainan...
Ya Allah, tempatkanlah sahabatku ini dikalangan para Anbiya' dan Solihin.. Amin
Al Fatihah
Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama
Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021
-
*KUALA LUMPUR:* Tonggak Sri Pahang, Sergio Aguero membuat coretan penuh
emosi mengenai skuad Tok Gajah bermula dari hari pertama dia menyertai
pasukan Pa...
18 hours ago
No comments:
Post a Comment