Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun 2010 akan menjelma kurang dari satu hari dan meninggalkan tahun 2009 yang penuh cabaran, dugaan dan kenangan. Perjalanan hidup yang cukup berbeza yang telah kita lalui hampir 365 hari bersamaan 8,760 jam setahun atau 525,600 minit. Lebih terperinci kita telah melalui 31,536,000 saat di tahun 2009 yang tidak pernah terlepas sekalipun jantung kita berdegup (melalui kuasa tuhan). Terima kasih Tuhan! Andainya terlupa seminit dua belum tentu ada hari ini untuk kita.
Untuk menyatakan syukur kita atas nikmat setiap tahun yang dilalui, sesuatu perlu dilakukan tanpa ada paksaan. Tahun Baru hijrah 1431 dan Tahun baru Masihi 2010 ini sewajarnya diteruskan dengan azam atau cita-cita baru sekurang-kurangnya satu; untuk membuat sesuatu perubahan. Sekalipun hanya berazam untuk senyum apabila bertemu sahabat-sahabat.
Azam untuk 31,536 saat ke hadapan ini sebaiknya mulakan dengan yang mudah dan paling ringan untuk dilaksanakan. Tidak salah jika ia paling kurang risikonya dan paling kurang modalnya. Sebagai permulaan untuk membuatkan diri lebih senang dan selesa untuk melakukan sebarang perubahan ke arah kebaikan. Seterusnya adakan azam lebih besar untuk direalisasikan sepanjang tahun.
Semoga tahun baru ini hidup lebih terasa nikmat dengan hati yang lebih jernih dan jiwa yang tenang. Bagi yang muslim berazam untuk mensucikan hati; Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran”. Sucikan dengan empat perkara : wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.
Aristotles berkata:
“Orang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal.
Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal,
bahkan tidak dapat menerima orang bodoh.”
NORAZIMAH IBRAHIM
Wanita Hamil Lapan Bulan Dan Anak Lelakinya Usia Empat Tahun Yang Hilang Di
Kuantan Ditemui Di KLIA
-
*KUANTAN:* Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia
empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di
sebuah ...
1 day ago
No comments:
Post a Comment