mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Saturday, May 1, 2010

Kisah PM paling gembira di dunia

Kisah PM paling gembira di dunia
Mei 1, 10 5:55pm
Jigme Thinley, salah seorang perdana menteri paling bahagia dalam dunia, mempunyai penawar mudah bagi membentuk masyarakat bahagia, -- "Memikirkan Semula Model Ekonomi".

Perdana menteri Bhutan itu dari negara kelapan paling gembira di dunia, berkata corak pertumbuhan ekonomi berasaskan materialistik akan mendorong kepada kemerosotan masyarakat dan sudah tiba masa untuk kerajaan mengamalkan pertumbuhan seimbang.

"Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang tamak dan sifat tamak itu sendiri boleh menyebabkan barah," kata Thinley dalam temubual dengan Bernama di Bhutan House, kediaman rasmi perdana menteri, di Thimpu, Bhutan.

Kediaman rasmi tersebut terletak dalam satu kawasan kurang membangun dan bebas dari pencemaran di ibu negara yang tidak mempunyai lampu isyarat - Thinley bangga dengan model pertumbuhan ekonomi negara berdasarkan Kesejahteraan Negara Kasar (GNH).

Tidak seperti kaedah GDP dunia Barat, GNH pula menekankan kepada kesejahteraan keseluruhan masyarakat dan kurang kepada kebendaan -- satu idea yang diilhamkan oleh Raja Bhutan keempat, Jigme Singye Wangchuck, pada awal 70an.

Empat falsafah pemerintahan beraja itu adalah mudah -- memulihara warisan dan budaya, kemajuan ekonomi seimbang, memelihara agama dan melindungi alam sekitar -- yang membantu Bhutan menjadi negara yang unik dalam peta dunia.

"GNH adalah holistik, paradigma pembangunan mapan tetapi GDP adalah paradigma yang hanya menumpukan kepada keperluan kebendaan jasmani manusia.

"Ia akan menghauskan batasan sumber dunia dan pembangunan cara ini tidak boleh diteruskan untuk sekian lama," kata pemimpin negara berusia 58 tahun itu.

Walaupun pengaruh globalisasi dan internet serta berdekatan dengan dua gergasi ekonomi dunia, China dan India, Bhutan selama tiga dekad berjaya mengekalkan pertumbuhan secara tersendiri dalam keadaan terpencil.

Dengan bangga, negara yang mengamalkan fahaman Buddha itu kini menghantar pesanan kepada dunia luar -- mengejar kebahagian adalah jauh lebih bernilai daripada keuntungan materialistik.

"Impian, cita-cita dan juga keyakinan saya adalah kita boleh terus menikmati kehidupan selagi meningkatkan taraf kehidupan, kualiti hidup dalam kebendaan - emosi, psikologi dan rohaniah juga akan berkembang tetapi dalam persekitaran yang mapan," kata Thinley.

- Bernama

1 comment:

Hisyamuddin Che Ali said...

PM Malaysia tntu pm paling tak gembira di dunia..ye lah, anak buahnya tembak budak smpai mati...pembunuh mana blh duduk diam...(mohon link shbat)