Tatkala persetujuan dicapai antara Malaysia dan Singapura untuk membawa kes Pulau Batu Puteh ke ICJ, hati ini sudah gundah gulana. Sungguhpun saban hari kita diyakinkan bahawa Malaysia akan menang, tapi terdetik hati ini, bagaimana jika Malaysia kalah? Ya lah, tengoklah barisan peguam Singapura. Bukan nak memperkecil peguam Malaysia, tetapi memang kita sendiri boleh bezakan.
Bila penghakiman dibuat, terkedu jiwa dibuatnya. Tambah lagi dengan sikap kengkawan yang nampak tidak kisahpun. Ramai yang berkata, alaa, Pulau sebesar separuh padang bola jer. Nak buat apa? Dangkalnya hujah, gelapnya akal. Adakah mereka tidak tahu bila kedaulatan pulau berkenaan jatuh ke tangan Singapura, banyak mana kawasan perairan akan diperolehinya? Tidak kah mereka tahu nelayan Johor sekian lama menahan sabar kerana dinafikan hak mencari rezeki disitu. Belum lagi kita bercakap soal maruah bangsa, maruah negara.
Kini dah terlambat bagi kita. Keputusan mahkamah perlu dihormati. Hidup tetap perlu diteruskan. Ayuh semua pastikan kedaulatan dan maruah kita tidak terus tergadai. Pastikan semua perkara berkaitan kepentingan Malaysia dengan Singapura diberi perhatian. dari Pulau Pisang hinggalah ke bekalan air. Dari bekalan pekerja hinggalah ke bekalan makananan. Ingat, Singapura banyak bergantung kepada kita. Bukan kita bergantung kepada Singapura. Gunakan segala kelebihan kita.
Polis dan Penguatkuasa kita perlu lebih tegas. Jangan lagi dibiarkan kereta plat Singapura memecut laju di lebuh raya kita. Kita yang mengikut peraturan ini dijeling sebelah mata sahaja. Sudah sampai masanya kita tidak terlalu menghormati orang lain. Segalanya mesti ada had, kesopanan dan kelembutan kita dianggap sebagai kelemahan. Mari kita tunjukkan bahawa kita juga punya maruah..
Fandi Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Rombak Pemain Sri Pahang FC Apabila
Berdepan JDT Selasa Ini
-
*KUANTAN:* Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan
melakukan rombakan pemain apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor
Darul T...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment