Saya tersenyum simpul membaca cerita yang akan saya paparkan selepas ini. Seribu makna mengelinap dalam diri dan mengingatkan diri betapa banyaknya kelemahan diri dalam menilai dan memberi tanggapan:
Artikel pendek di bawah diperoleh dari laman: http://kasihhoney.blogdrive.com/archive/cm-11_cy-2007_m-11_d-05_y-2007_o-0.html
Keretapi Lalu
Satu pagi di stesen keretapi...
Seorang makcik bertanya kepada Attenden kaunter.
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter : yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."
Attenden kaunter : Lah...nape tak cakap awal2?
Sememang jika kali pertama kita membaca perbualan antara mereka agak menggelikan hati. Tetapi ini selalu berlaku di tempat kerja. Adakalanya kita sering ’sakit hati’ bila keadaan yang lebih kurang kejadian di atas berlaku. Lain yang ketua maksudkan lain pula penerimaan ’anak-anak buah’. Demikian juga sebaliknya.
Salah sangka dan salah terjemahan atas satu-satu soalan atau peristiwa boleh membawa kepada perbalahan atau pertelingkahan. Pernahkah kita berkata kepada orang lain. "LA KENAPA TAK CAKAP AWAL-AWAL..SENANGLAH CERITA!!..MENYUSAHKAN ORANG JE".. atau apa-apa ayat yang setara atau yang lebih kurangnya.
Dalam keadaan ini apa yang sepatutnya kita boleh lakukan? Ada kalanya kita boleh lakukan sesuatu dan adakalanya tidak. Kita barangkali minta penjelasan seperti dalam peristiwa di atas sama ada di mahu ke mana-mana atau sekadar melintas rel keretapi.
Namun dalam banyak keadaan kita selalunya membuat perbandingan atas kebiasaan yang biasa-biasa. Betul atau tidak? Kita yang biasa-biasa akan berfikir wanita yang bertanya itu tentunya ingin menaiki keretapi, jadi apa perlunya bertanya lagi. Tanggapan telah dibuat sejak awal dan akhirnya kita yang kecewa sendiri. Adakah ia salah makcik yang bertanya? Tentu pula (jika kita attenden) berkata kenapa tidak beritahu awal-awal yang kita hanya ingin melintas rel sahaja, tetapi dalam banyak keadaan orang tidak memberi maklumat yang penuh selagi kita tidak bertanya.
Jika keadaan sedemikian yang berlaku, kita sering menyalahkan orang lain. Apapun, ada baiknya kita bersangka baik. Sekiranya kita mengambil inisiatif sendiri bertanya adalah lebih baik daripada menyangka orang lain yang akan memberitahu kita atas sesuatu hal.
Demikian juga sebaliknya, jika kita fikirkan perlu untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu yang mungkin dia tidak ketahui. Barangkali susah, tetapi sesetengah keadaan boleh kita jangkakan sebagaimana cerita makcik di atas. Biasanya orang akan bertanya tentang tiket, perkara yang kita lakukan agak berbeza, jadi beritahu tujuan kita bertanya. Itu hanya contoh atas kes yang tidak berat. Namun dalam kerja macam-macam lagi perkara yang boleh tersalah tafsir seandainya tidak bertanya dan tidak memberi tahu.
Apapun, untuk diri sebaiknya bertanya lebih lanjut dan kurangkan bersangka-sangka yang buruk.
Ribuan terima kasih atas kesudian tuan/ puan membaca e-jap.
Sehingga bertemu lagi.
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
Tel: +603-6203 9501
Fax: +603-6201 2482
( jalan peliharalah kaki, berkata peliharalah lidah )
maksudnya : hati-hati dalam semua perkara
Fandi Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Rombak Pemain Sri Pahang FC Apabila
Berdepan JDT Selasa Ini
-
*KUANTAN:* Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan
melakukan rombakan pemain apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor
Darul T...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment