HIKMAH LIMA JARI
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajiban solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja, akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam keseluruhannya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula dari kecil. Bak kata pepatah, ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan besar pada masa hadapan.
Naikkan pandangan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlina, Bangla tidak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas…. di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul-Jalil. Bersediakan anda ?,
Kemudian lihat jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan, alam dewasa menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh dan kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak ‘hantu-hantu pengacau’ yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, masuklah ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Yang Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan semua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek, tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa ‘cap jempol’ atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjelan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka dipatuhi, nescaya anda boleh berkata ‘good’ atau ‘yes’ sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas, itulah rahsia kejayaan anda. Maha Suci Allah. Begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi kelima-lima jari anda. Renung dan fikir dalam-dalam. Di manakah anda sekarang ?.
Fandi Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Rombak Pemain Sri Pahang FC Apabila
Berdepan JDT Selasa Ini
-
*KUANTAN:* Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan
melakukan rombakan pemain apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor
Darul T...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment