mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Wednesday, August 27, 2008

Apa erti MERDEKA...??


Anakku yang kecil tiba-tiba bertanya kepadaku..Abah..Merdeka tu apa? Terkejut juga aku sebab aku tahu apa dia Merdeka tetapi aku tak boleh menerangkan kepada dia secara profesional sebab dia masih kecil...lantas aku terfikir satu idea...


"Begini..Merdeka tu...mula-mula kawan adik tangkap dan peluk adik, sampai adik rasa susah berada dalam cengkaman kawan adik tu tetapi bila datang Abang long, abang Ngah, mama dan Abah pujuk kawan adik suruh lepaskan adik dan semua orang berjanji dengan syarat yang tertentu dengan kawan adik tu...lalu kawan adik kata OK...maka dia pun lepaskan adik..maka adik pun laungkan..MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA..." sebab adik dah bebas.


Tapi adik..bagi negara ianya amat bermakna kerana KEMERDEKAAN ITU ADALAH SUATU YANG LAHIR DARIPADA SATU PERJUANGAN SEMUA BANGSA DEMI UNTUK NEGARA TERCINTA...(pening juga anak aku tu..tapi bila dewasa nanti kamu pasti akan mengerti).

Sunday, August 24, 2008

Kasih Bonda Kasih Tuhan

Moga-moga nukilan Puan Norazimah ini memberi keinsafan kepada kita semua. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sudah pasti kita yang melihat ini tidak akan merasa betapa hebatnya dugaan yang dilalui sama ada oleh Puan Norazimah ataupun suaminya itu sendiri. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan sama-sama berdoa agar kita juga mampu untuk setabah ini dan juga mampu untuk mengasihi bonda dan ayahanda kita seperti ini

Wallhualam...


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga JP dan Pembimbing Rakan Sekerja (PRS) yang dikasihi.
Saya percaya tempoh hari, ada di antara warga JP dan PRS yang telah mendengar khabar berita tentang kemalangan yang menimpa suami yang saya kasihi. Saya ucapkan ribuan terima kasih bagi yang berziarah, sudi mendoakan, yang melakukan solat hajat dan membacakan Al-Quran untuk suami. Hadiah termahal yang pernah saya terima dari kalian semua.
Pada 31 Julai sehingga 1 Ogos 2008, Program Pengembangan Diri Berkelompok Jalan Duta telah dapat dilaksanakan. Namun sedikit tergendala disebabkan di penghujung program apabila saya dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa suami. Malah dimaklumkan keadaan suami barangkali tidak sedarkan diri (individu yang memaklumkan juga tidak mengetahui secara jelas situasi suami).
Maka, program yang sepatutnya tamat pada jam 1.00 petang terpaksa disempurnakan oleh PRS En Mohd Sukeri Zakaria. Saya berkejar ke Hospital Serdang dengan bantuan PRS Cik Norasikin Sairi. Rasanya ketika itu memang tidak mampu memandu dalam keadaan ‘tidak stabil emosinya’. Syukur dan terima kasih tidak terhingga untuk Cik Sikin.
Di luar hospital, abang sulung saya memaklumkan keadaan suami saya kritikal. Tetapi tiada siapa yang dibenarkan masuk dan doktor menunggu saya tiba. Ramai guru sekolah tempat suami bertugas telah tiba lebih awal. Saya sebenarnya lewat tiba berikutan menerima berita lebih kurang jam 11.00 pagi walhal suami telah dibawa ke hospital dalam jam 9.30 pagi. Sebab utamanya saya tertinggal telefon bimbit di rumah!
Masuk ke dalam bilik kecemasan hati berdegup kencang melihat suami terbujur di atas katil. Dia memanggil saya, sedar lagi rupanya suami ketika itu. Keadaan begitu teruk dengan darah masih merah di muka. Wajahnya memang tidak dapat kenali sebab membengkak. Bibir, mata, telinga dan segalanya nampak besar luar biasa. Dia sempat maklumkan kesakitannya. Saya sempat bisikkan "Ingat Allah, tak ingat Jie pun tak pe". Dalam beberapa saat itu hati saya amat pedih. Saya beritahu dia perlu hidup dan perlu kuatkan semangat untuk hidup. Saya sempat memohon kemaafan dan turut telah memaafkannya. Saya pegang tangan kanannya (tangan kirinya memang tidak boleh berfungsi). Insyallah umurnya akan panjang, sebab saya rasakan kehangatan tangannya. Namun, tiba-tiba hati terdetik pula "Inikah saat perpisahan". Waktu itu air mata bagai tidak tertahan-tahan untuk mengalir deras walau telah sedaya upaya menahan sebak.
Suami selepas itu tidak sedar dan menggunakan mesin oksigen untuk bernafas. Doktor sedaya upaya memberi bantuan untuk menstabilkan pernafasannya. Kerosakan teruk berlaku pada paru-paru kiri menyebabkan banyak darah dikeluarkan dari paru-paru. Tulang rusuk dari nombor 2 hingga 7 juga patah. Tulang rusuk nombor 5 hingga 7 lagi parah kerana patah tiga yang menyebabkan suami menghadapi kesukaran untuk bernafas. Kecederaan lain tidak dapat dikenal pasti terutamanya bahagian kepala. Doktor hanya berusaha untuk menstabilkan pernafasan sahaja.
Detik tersebut berlarutan sehingga hari kelima suami tidak sedarkan diri. Doktor menyatakan harapan hidup amat tipis memandangkan kerosakan paru-paru agak parah terutama di sebelah kiri. Bagi saya yang hidup, sentiasa dipenuhi harapan biarpun tiada siapa lagi yang menyatakan suami saya akan hidup. Sedaya yang mungkin saya panjatkan segala kudrat untuk memastikan proses pemulihan berlaku. Selagi mungkin, individu lain yang hadir hatinya bersama saya turut membantu mempercepatkan proses ini. Bagi yang ke tanah suci, (paling hampir berada di sana) memohon kesembuhan untuk suami. Hatta, anak-anak kecil yang menjadi anak didik suami (yang bersih hatinya). Anak kecil ini memanjatkan doa untuk gurunya dan memegang surah Yasin biarpun tidak tahu membacanya. Malah, anak-anak yang paling nakal di sekolah juga melakukan perkara yang sama. Khabarnya mereka juga agak rapat dengan ustaznya dan itu yang mendekatkan hati mereka.
Hari keenam, suami telah sedar tetapi tidak boleh bercakap (saluran oksigen masih dalam kerongkong). Dunianya masih dalam keadaan separa sedar. Syukur tuhan! mata yang terbuka dan mengenali individu lain di sekitarnya memberi sinar baru dalam hidup. Harapan untuk hidup semakin cerah biar belum pulih sepenuhnya.
Hari kelapan, saat kritikal di ICU telah berlalu apabila di pindahkan ke ‘High Dependency Ward’ (HDW). Walau masih dengan bantuan pernafasan, beliau sudah boleh bercakap. Sahabat-sahabat warga LHDNM yang melawat selepas 8 Ogos 2008 pasti terkejut kerana suami saya boleh bercakap dan mula ingin duduk. Proses pemulihan terus berlaku sehingga hari keenam belas, kami sama-sama pulang ke rumah setelah sekian lama berada di Hospital Serdang.
Di sebalik tabir, saya dan teman-teman warga JP serta PRS juga tentu ingin mengetahui apa yang berlaku di sebalik pemulihan yang berlaku untuk dikongsi bersama. Apa yang menjadi sumber kekuatan kepada suami saya untuk pulih dan apa yang membolehkan dia pulih dengan cepat (walhal mengikut perkiraan doktor, mengikut adat dan mengikut pandangan mata) hidup akan berakhir.
Di dalam hatinya sentiasa ada harapan untuk hidup.
Itu yang sentiasa tersemat dan ingin pulih cepat mungkin. Harapannya untuk menjaga ibu yang sakit. Tulisan terawal yang ditulisnya pada hari beliau boleh membuka mata. Huruf M. Saya tanyakan "Adakah khabar tentang Ma?" Beliau anggukkan kepala. Rupanya kasih pada ibu sentiasa di dalam dadanya. Air mata saya sendiri bergenang. Tak mengapa air mata kalau pun ingin keluar di saat ini.
Bonda saya sendiri cuba menenangkan saya di hari-hari kritikal suami di ICU. Jika mengikut perkiraan, tiada hayat suami saya lagi memandangkan topi keledar yang dipakainya pecah dua dan retak di bahagian kiri, malah dipenuhi darah. Jangkanya keadaan kepala suami cedera teruk. Saya penuh kebimbangan menunggu keputusan ‘scan’ pada hari keempat di hospital. Syukur lagi sekali, jangkaan doktor meleset. Kepalanya hanya mengalami gegaran, namun boleh jadi juga berlaku gangguan pada memori. Apa pun sehingga saat ini saya masih berdoa tiada kerosakan atau pendarahan di bahagian kepala. Semua ini adalah keajaiban tuhan dan saya percaya tidak sedikit pun kita rugi apabila menjaga seorang ibu. Kasih tuhan atas hambanya barangkali kerana kasih kepada ibu.
Sahabat warga JP dan PRS yang dikasihi, andainya ada ayah bonda yang jauh. Bawalah kasih semakin dekat di hati. Jika ada keupayaan dan seboleh-boleh usaha, jagalah ayah bonda di teratak (rumah) sendiri. Seandainya ia sukar dilakukan, jenguklah mereka selalu. Usahlah sering melangkau luar negara melakukan ziarah itu dan ini tetapi tiada ruang waktu untuk ayah bonda. Peringatan ini untuk diri sendiri agar sentiasa membawa kasih ayah dan bonda sehingga ke akhir hayat.
Sahabat, saya percaya ramai di antara kita yang melalui saat-saat getir yang telah saya lalui ini biarpun ia tidak di tinta di atas mana-mana wadah. Tapi percayalah, selagi ada harapan selagi itu tuhan memberi kesempatan. Sekiranya sebaliknya berlaku, nyatalah janji tuhan telah sampai yang memerlukan kita untuk berubah.
Detik ini juga memberi perubahan dalam hidup. Peristiwa yang berlaku bukanlah sia-sia. Ada kalanya tanpa peristiwa, kita sukar membuat perubahan dan mengusahakan sesuatu yang baru.
Demikian juga dengan sejarah yang berlaku dalam negara. Dengan penjajahan Inggeris, serangan Jepun dan Komunis menjadi pemangkin untuk rakyatnya bertungkus-lumus keluar dari kemelut ini. Sekali gus, mencari jalan dalam usaha mendapatkan kemerdekaan. Menjelang 31 Ogos 1957, kemerdekaan telah tercapai sehingga kini menjangkau 51 tahun kemerdekaan. Diambang waktu di bulan Ogos ini, Selamat Hari Merdeka dan terapkan semangat kemerdekaan dalam jiwa dan minda. Lakukan perubahan yang membina dalam diri.

Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur

"Amalan yang baik adalah melakukan secara terus menerus walaupun sedikit"

Saturday, August 23, 2008

Kata-kata itu lebih tajam dari sembilu..


Hati seorang perempuan itu akan mudah terguris apabila seorang lelaki yang disayanginya telah 'menghempap' diri perempuan itu ditahap yang tidak pasti..Seolah-olah diri perempuan itu tidak mempunyai sifat kewanitaan seperti perempuan yang lain...Ungkapan"perempuan jenis apa kamu ni"...adakah ia bermaksud bahawa perempuan itu tidak ada 'nilai' dan tidak boleh untuk dibandingkan dengan 'perempuan yang lain'...lelaki ooo lelaki....perempuan itu akan mendengar dengan hati yang hancur...kenapa harus begini???

Wahai lelaki...jangan kau mudah merobek hati perempuan itu kerna sekali kau ucapkan 'kata-kata beracun' maka untuk selamanya ia akan mengingati kata-kata itu...Ingatlah'kata-kata itu adalah lebih tajam dari sembilu'...

Friday, August 22, 2008

21 Ogos1969

Oleh ibnuzack2"
Assalamua'laykum..
Hari ini adalah 21 Ogos.Bagi pencinta-pencinta Islam,tarikh 21 Ogos adalah satu tarikh penting dalam sejarah ummah.Satu tarikh yang memilukan,meremukkan hati setiap mereka yang beriman.Tarikh di mana musnahnya 1/3 qiblat pertama umat Islam,Masjidil Aqsa.
Tarikh di mana umat Islam bukan sahaja kehilangan khazanah Islam seperti mimbar Salahuddin,tetapi juga kehilangan maruah dan harga diri saat membiarkan saudara seagama bersendirian melawan tentera kuffar.Hari ini kita menyambut ulang tahun itu buat kali ke 39.Tiada kek untuk dipotong,tiada belon untuk dilambung dan tiada lilin untuk ditiup.Tiada.Yang ada adalah hadiah untuk dibuka.Hadiah dari seluruh umat Islam yang dibuka pintu hati mereka oleh Allah untuk mencintaNya,agamaNya,rumahNya dan hamba-hambaNya yang lain.Hadiah yang dipanggil komitmen,iltizam,semangat,doa,kewangan dan segala macam lagi yang boleh dikategorikan sebagai usaha dalam membebaskan Al-Aqsa.MeNGinGaTi SaaT aL-aQSa DiBaKaRPada 21 Ogos 1969,seorang Yahudi dari Australia dan doktor perubatan,Denis Michell bertindak ganas dengan memulakan kebakaran di dalam Masjidil Aqsa.Perbuatan si pengganas ini sebenarnya mendapat dorongan dan bantuan daripada Kumpulan Zionis dan kebenaran dari pihak berkuasa penjajah Israel.Sehari suntuk umat Islam di Palestin berusaha menghalang kemusnahan masjid ke 3 terpenting dalam Islam itu.Berjaya,tetapi tetap menyebabkan kemusnahan dan kehilangan pelbagai artifak dan bahan sejarah Islam.Antaranya Mimbar Salahuddin (yang dibina pada zaman Nuruddin Zanki) dan tempat solat Zakaria.Selain itu,3 koridor menghala ke Masjidil Aqsa dari selatan ke utara,dinding selatan,karpet dan 48 tingkap masjid turut sama musnah musnah dalam kebakaran tersebut.
Denis Michell kemudiannya 'ditahan',sebagai satu daripada babak lakonan tajaan Israel demi menunjukkan bahawa Israel mementingkan keadilan.Ketika dalam tahanan,Denis mengaku bahawa apa yang dia lakukan demi memenuhi kewajipan agamanya.Penjenayah ini merujuk kepada Zakariya's Book (Buku Zakariya) untuk mengukuhkan dakwaannya.Malah,si kuffar ini juga mengakui bahawa dia telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pesuruh Tuhan!hah,hebat benar dia ni rupanya.Mengejutkan,walaupun Denis mengakui sendiri kesalahannya,beliau akhirnya dibebaskan atas alasan 'gangguan jiwa'.Situasi ini mengejutkan seluruh dunia.Mana mungkin seorang doktor perubatan yang taat pada perintah agama gila?Atau mungkin agama yang dianutinya itu menyebabkan dia menjadi gila?Ya itu mungkin..Situasi ini persis kes Baruch Goldstein,seorang doktor yang berasal dari Brooklyn,New York dan menganggotai kumpulan pengganas Kahenah:
BaruCH
Pada 25 Februari 1994,Baruch telah menembak para jemaah yang sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Ibrahimi.60 jemaah terkorban sementara lebih 300 cedera.Pengikut fanatik Rabbi Meir Kahane ini kemudiannya dipukul sehingga mati oleh jemaah yang terselamat.Baruch ini kemudiannya mendapat pujian daripada masyarakat Yahudi Zionis.Mereka menganggap Baruch sebagai 'si syahid' yang dipilih Tuhan Yahweh dan wali Tuhan.Makamnya dianggap tempat tinggalan sejarah dan kemudiannya diperbesarkan.Secara umumnya Yahudi Israel memanggil Baruch sebagai ' Baruch HaGever' atau Baruch lelaki sejati.Begitu sanjungan dan pujian yang diberikan oleh Yahudi kuffar kepada pengganas yang telah membunuh puluhan jiwa umat Islam.Kembali kepada topik,setelah kejadian ganas pada 21 Ogos 1969 tersebut,negara-negara Islam mula bangun mengkritik negara Israel,mengecam perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh di maafkan.Pelbagai persidangan dan seminar telah diadakan hinggalah membawa kepada penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).Matlamat utamanya adalah membebas dan memerdekakan Palestin.Ya,sesuatu yang tidak pernah berjaya dicapai oleh organisasi itu semenjak 39 tahun yang lalu.

Tersungkurnya Khilafah,perebutan kuasa (yang diamalkan regim Fatah) dan tiadanya dokongan dari seluruh umat Islam adalah punca kegagalan ini berterusan.Jesteru dengan sedikit usaha yang kita ada,maka lakukan.Hulurkan derma, laksanakan boikot dan laksanakan kempen2 dan anjurkan Hari Al-Quds bagi mereka yang punya sedikit kuasa di kawasan tempat tinggal,universiti atau tempat kerja.Boikot kerana Hukum memboikot barangan israel adalah wajib berdasarkan fatwa Syeikhul Azhar,Mufti Mesir,Arab Saudi dan Pakistan,Persatuan Ulama' Pakistan,Dr Yusuf Qardhawi dan majoriti ulama' Islam lainnya.

Hulurkan derma melalui:Pertubuhan Jamaah Islah MalaysiaBank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12113010005797 Aman Palestin BerhadBank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12029010047880Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 562263010787Pertanyaan : 03-89267019

Wallahua'lam..

Wednesday, August 20, 2008

Inilah akibat rasuah orang kita!! Klik pada surat untuk lebih jelas










Mungkinkah ini kesan 'sumpahan laknat'




Balasan dan seksaan Allah S.W.T kini boleh dilihat sebelum ajal menjemput. Balasan bukan sahaja di dunia ini namun di akhirat juga pasti dihitung. Oleh itu setiap sumpahan itu bukanlah satu mainan semata-mata. Berhati-hatilah bila kita ingin “bersumpah”…..
Kepada mereka yang ingin ‘bersumpah’…bersihkan hati dan diri dari segala kemungkaran..kerana seksaan Allah itu Maha Dashyat!!!!!

Tuesday, August 19, 2008

Surah Yassin

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
AMINnnnn.

Malaikat Wajib diketahui

Malaikat wajib
Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
Nama
Arab
Tugas
Malaikat Jibril/Jibrail
جبرائيل/جبريل
Menyampaikan wahyu Allah.
Malaikat Mikail
ميكائيل
Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Malaikat Israfil
إسرافيل
Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Malaikat Izrail
عزرائيل
Mencabut nyawa.
Malaikat Mungkar/Munkar
منكر
Menyoal mayat di dalam kubur.
Malaikat Nakir
نكير
Menyoal mayat di dalam kubur.
Malaikat Ridhwan
رضوان
Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malaikat Malik
مالك
Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Malaikat Raqib
رقيب
Mencatat segala amalan baik manusia.
Malaikat Atid
عتيد
Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Dari nama-nama malaikat di atas hanya tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.
Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran maupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.
Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dll.
between 0000-00-00 and 9999-99-99
Yahoo! for Good helps you make a difference

Malaikat Maut

MALAIKAT MAUT
Kitab As-Suluk menerangkan bahawa Malaikat Maut (Israil) mempunyai ranjang di langit yang ketujuh. Dan dalam riwayat lain mengatakan di langit yang keenam. Ia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap. Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut.
Tiada satu makhlukpun yang terlepas daripada pengawasan dan kekuasaan tubuhnya. Jumlah wajah, mata, tangan dan telinganya menurut ramainya para manusia.
Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang searah dengan manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat. Jika satu nyawa meninggal, maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari tubuhnya. Begitulah juga semua mata-mata yang berada di tubuhnya akan musnah satu persatu mengikut bilangan nyawa yang telah dicabutnya sehinggalah kesemua makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil, Mikail, Jibril, Izrail dan Hamalatul Arsy.
Dikatakan dia berwajah empat, satu wajah di muka, satu wajah di kepala, satu dipunggung dan satu lagi di telapak kakinya. Dia mengambil nyawa para nabi dari wajah kepalanya, nyawa orang mukmin dengan wajah mukanya, nyawa orang kafir dengan wajah punggung dan nyawa seluruh jin dengan wajah tapak kakinya.
Sebelah kakinya berada di jambatan neraka dan sebelah lagi di Syurga. Andaikata dituangkan seluruh laut dan sungai ke atas kepalanya, nescaya tidak akan jatuh walau setiitk airpun ke bumi menunnjukkan betapa besarnya jasadnya.
Malaikat Maut telah bertanya kepada Allah SWT tentang cara mencabut nyawa seseorang itu katanya : "Wahai Tuhanku, katakanlah kepadaku bagaimanakah akau hendak mencabut nyawa seseorang itu dan dalam keadaan yang macam mana ?"
Allah SWT menjawab : "Wahai Malaikat Maut, ilmu itu adalah asing sekali. Tiada siapapun yang mengerti kecauli Aku tetapi Aku akan memberitahu kedatangan waktunya kepadamu dan Aku buat tanda-tanda kepadamu yang berdiri padanya".
Menurut Kabil Akbar katanya : "Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut.
Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari.
Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akan mendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapat kebahagiaan.
Untuk mengetahui tempat ia mati pula, Allah telah menciptakan malaikat Arham yang akan diperintahkan untuk memasuki sperma yang berada dalam rahim ibu dengan debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan mati dan di situlah kelak ia pasti akan menemui ajalnya.
between 0000-00-00 and 9999-99-99
Yahoo! for Good helps you make a difference

Rahsia Bola Hitam Merah

Artikel dipetik dari laman : http://mkmm79.blogspot.com/2007_05_27_archive.html


Ceritanya ada seorang anak laki2 tunggal bernama Hasan yang ditinggal mati Ibunya sewaktu melahirkan dia.
Sejak itu bapanya jadi sangat "workholic" sekali dan tidak kawin lagi. Tapi HASAN ini baik hati dan lemah lembut walaupun cuma diasuh oleh pengasuh saja.
Waktu sekolah rendah, budak2 lain sudah ada basikal tapi dia masih jalan kaki. Pengasuhnya mengadu ke bapanya, "Tuan, tak kesian ke dengan anak tuan yang tak ada basikal..... apa tuan tak malu?"
Sedangkan.. bapa si Hasan itu tersangatlah kaya raya. Mempunyai beberapa buah kilang perusahaan... maka sibapa ni memanggil si anak, lalu menawarkan kepadanya sebuah basikal jika dia mahu..
Tapi peliknya si Hasan cuma berkata, "Tak payahlah bapak susah payah ... cuma kalau boleh belikanlah saya bola hitam bola putih cukuplah.."
Si bapak merasa bingung dan pelik : "Kenapa Hasan mintak bola hitam dan putih?"
"Tak payahlah bagi tau bapak..... kalau bapak sayangkan saya dan ada duit bapak belikanlah saya bola hitam bola putih...... itu saja."
Yah, teringatkan mereka jarang berbual kerana kesebokan, jadi bapanya terima saja. Tidak berminat melanjutkan perbualan, maka dibelikanlah sianak basikal generasi terbaru saat itu, dan yang paling canggih, plus dibelikan juga bola hitam dan bola putih.
Beberapa tahun kemudian si anak masuk ke darjah enam dan nak ambik UPSR Pada masa itu musim permainan kasut roda. Sekian lama pengasuh memperhatikan, si anak tak pernah pulak meminta dibelikan kasut roda daripada bapaknya. Waktu petang cuma duduk saja... tak suka main. Basikal yang dibelikan bapanyapun diletak di stor saja... sejak mula dibelikan.
Pengasuh si Hasanpun bertanya kepada si Hasan..
"Nak, kamu mau tak kalau bapak kamu belikan kamu kasut roda seperti kawan2 kamu? Mengapa tak bagi tau bapak kamu. Tentunya tak ada masalah kalau dia nak belikan kamu kasut roda..... kan dia banyak duit...". Lalu perkara itu dimaklumkan kepada bapa si Hasan oleh si pengasuh. Tetepi bila bapa Hasan tanya dia....
Si Hasan jawab "Tak payahlah pak, bola hitam dan bola putih sayapun sudah rosak...... kalau bapak ada duit belikan saja bola hitam bola putih buat pengganti bola Hasan yang lama. Lagipun harga bola tu lebih murah daripada kasut roda"
Bapa si Hasan agak geram juga dengan si Hasan kerana meremehkan perkara tu dan seolah-olah bapanya tak mampu nak belikan kasut roda. Oleh kerana sayangkan anaknya si bapa pun membelikan Hasan kasut roda, plus dibelikan juga bola hitam dan bola putih.
Selang setahun, si Hasan masuk ke sekplah menengah. Cerita yang sama terulang. Sekarang musim permainan rollerblade. Trend baru. Sementara pada petang hari, dia masih setia bersama kasut rodanya. Sewaktu Bapaknya pulang dari luar negara dan melihat anaknya saja yang pakai kasut roda, si bapa malu sangat. Gila....., rumah besar, kilang perusahaan banyak, keluar negara selalu... eeh anaknya ketinggalan zaman.
Besoknya, di bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar bapak dan Hasan tak malu dengan kawan2 Hasan".
Malamnya di ruang kerja bapanya ada nota balasan: "Bapak, mengapa tak belikan Hasan bola hitam dan bola putih? Aku lebih suka itu."
Si bapa sewaktu melihat nota itu merasa tambah pelik dan bingung. Apalah istimewanya bola hitam dan bola putih? Memang boleh menyebabkan dia syak yang anaknya tak berapa betul lagi.
Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 menemukann nota yang sama ............ hingga dia tidak tahan dan membelikan anaknya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.
Memang benar, setelah dapat bola, si Hasan tidak mendesak bapaknya lagi. Sewaktu berada di menengah atas, si Hasan masih lagi naik basikal ke sekolah, kawan2nya sudah ada yang bawa motor atau kereta ke sekolah.
Suatu hari, kebetulan bapanya ada di rumah, si Hasan balik ke rumah dihantar oleh kawannya dengan menaiki motosikal.
Bapainya malu sangat. Masakan anak yang cuma seorang tak mampu belikan kerata? Maka ditawarkanlah ke anaknya. Si Hasan menolak dengan alasan kereta kurang praktik, lagipun yang dia inginkan ialah bola hitam dan bola putih saja.
Si bapa tidak terima penolakan si Hasan. Kerana anaknya sudah besar, boleh berunding. Hingga tercetus keputusan si Hasan yang hanya mahu dibelikan motor plus bola hitam dan bola putih saja. Dan si bapa agak kesal. Sudah berapa tahun dia beberapa kali membelikan dua macam bola itu tanpa tahu kenapa. Tapi si Hasan tidak mahu memberitahu.
Hingga tibalah masa si Hasan masuk universiti. Kerana senang dan bangga anaknya masuk universiti, si Hasan dibelikan kereta sport. Sampai beberapa bulan si Hasan masih naik motor saja. Kuliah, malah datingpun naik motor saja. Girlprennya juga pelik, sebab Si Hasan ada kereta? Tetapi kerana sayangkan Si Hasan kekasihnya takmaulah bertanya, takut pulak dikata mata duitan.
Walaubagaimanapun Hasan ada bercerita kepada kekasihnya itu bahawa ayahnya tak sayangkan lagi kerana tak mahu membelikannya bola hitam bola putih lagi.
So, waktu makan malam bersama bapanya , si kekasih Hasanpun berceritalah dengan bapa si Hasan, "kenapa pakcik tak belikan bola hitam dan bola putih?".
Si bapa sebenarnya sensitif bila bercerita tentang bola itu.. huh.. sampaikan kekasih anaknya menyuruh dia membelikan bola hitam dan bola putih untuk si Hasan.
Si kekasih Hasan memberitahu, kereta yang dibelikan bapanya tidak akan dipakai selama tidak dibelikan bola hitam bola putih.
Bapanya semakin bingung, di bilik Hasan sudah begitu banyak bola hitam bola putih.
Buat apa fikir lagi..... kata hati bapa. Tapi demi sayang pada si Hasan, maka besoknya sudah ada bola hitam bola putih buat anaknya.
Suatu hari anaknya pergi ke Cameron Highland bawa kereta, bersama sama kekasihnya. Namanya anak muda, waktu dalam perjalanan si kekasih mencium pipi si Hasan. Si Hasan jadi gelabah tak keruan dan hilang kawalan memandu lalu berlakulah kemalangan di mana kereta yang dipandu masuk gaung.
Segera di bawa ke hospital oleh pegawai penyelamat. Si Hasan parah. sedangkan kekasih si Hasan meninggal dunia di tempat kejadian. Si bapa segera berkejar ke rumah sakit. Doktor menasihatkan bapanya supaya segera berjumpa si Hasan dan manfaatkan waktu terakhir.
Perlahan-lahan si bapa masuk, menghampiri anaknya.
"Pak, maafkan saya...... tak hati2 bawa kereta." dengan kata yang tersekat-sekat.
"Cuma kalau saya mati jangan lupa letakkan bola hitam bola putih di pusara" Suara Hasan perlahan dan matanya tidak berkedip.
"Nak, maafkan bapa selama ini yang selalu sibuk.. kamu jadi kesepian.. maafkan bapak nak. Tidak sempat jadi orang tua yang baik."
Si bapa rasa tiba masanya dia nak tau. " KENAPA SAN KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM DAN BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?"
( Anda juga nak taukan rahsia dan apa sebabnya? )
Si Hasan jawab dengan terpatah2 dan susah sekali nak berkata, habis sudah sekerat dan masanya sudah hampir sampai...
"Sebabnya pak... saya......." *****
Kepalanya terkulai dan nafasnya hilang. Si Hasan sudah meninggal sebelum memberitahu bapanya. Sehingga pertanyaan tidak pernah terjawab.
TUAN-PUAN YANG MEMBACA CERITA INI SEKALIAN.............
BAPA SI HASAN YANG SUDAH HIDUP BERSAMA HASAN BERPULUH TAHUNPUN TAK SEMPAT TAHU APA SEBABNYA APATAH LAGI SAYA YANG HANYA MENCERITAKAN KISAH INI.......MANA TAHU APA RAHSIA BOLA HITAM BOLA PUTIH ?

Apa kesudahan dan ERTI cerita ini buat kita:
1. Kenalilah anak-anak sebaiknya. Apalah kiranya berkongsi perasaan dengan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hanya persoalan bola hitam putih pun Si Ayah tidak terjawab. Jika soalan ditanya kepada kita sekalipun pastinya kita tiada jawapan kerana Si Ayah sewajarnya lebih mengenali anak sendiri, itu yang akan kita katakan.
2. Demikianlah juga dalam mengenali hati teman, ibu, bapa, ketua atau ‘anak buah’. Banyak persoalan yang tidak terjawab. Jadi, usahlah berteka-teki sehingga tiada berkesudahan. Kenali hati orang di sekeliling kita dan kita akan dapati mereka juga individu yang wajib dihormati dan disayangi.
3. Peruntukkanlah masa untuk mendengar orang lain. Ia penting untuk membantu diri muhasabah diri dan memperbetulkan diri. Hidup bukan sekadar mengejar masa untuk melakukan macam-macam perkara yang kita fikirkan patut buat. Bijak dalam menentukan keperluan dalam hidup bukan hanya mencari kehendak yang tiada penghujung. Hargai hidup yang singkat ini!!!
Salam sayang penuh keceriaan buat anda para pembaca.
Sekian.

Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
Tel: +603-6203 9501
Fax: +603-6201 2482
----------------------
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Tip kekal prestasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/ puan
Sebagai perkongsian untuk meningkatkan prestasi kita setiap hari, dapatlah kiranya kita memperuntukkan 5-10 minit setiap hari sebelum memulakan tugasan dengan melakukan senarai tugas harian di dalam buku Kerja Harian.
Faedahnya:
1. Membantu kita memudahkan mengumpul data sekiranya setiap bulan perlu mengumpul data.
2. Boleh mengetahui status kerja-kerja yang patut dibereskan pada hari tersebut tetapi tidak dapat dilaksanakan dan tindakan boleh diteruskan untuk esok hari.
3. Membantu untuk mengelakkan kerja atau tugasan penting yang sepatutnya dibuat tetapi telah terlepas pandang
4. Membantu kita untuk memperuntukkan perkara yang penting yang perlu didahulukan pada hari tersebut.
5. Rekod ini juga penting bagi menunjukkan kerja / tugasan kita dalam satu hari adalah banyak atau kekurangan kerja
6. Membantu diri sekiranya kita dipersoalkan tentang tugas yang kita lakukan dalam satu hari. Rekod menunjukkan kita telah melakukan kerja tersebut.
7. Mengurangkan konflik dengan individu lain. Sekiranya ketua telah memberi satu-satu tugasan, kita telah merekodkannya sebagai kerja yang perlu dibereskan.
8. Mendapat kepuasan kerja. Kita dapati dalam satu hari banyak perkara yang telah kita bereskan. Jadi kita boleh ucapkan tahniah untuk diri sendiri kerana telah melaksanakan banyak tugsan penting hari ini.
Cabarannya.
1. Macam susah diaplikasikan kerana sibuk sangat. Tiada masa untuk msa mencatat. Cara atasinya: Buat di awal pagi : masa 5 -1 0 minit. Kita boleh mengambil masa untuk sarapan pagi. Jadi 5 - 10 minit untuk perancangan boleh dilakukan seperti rutin kita bersarapan pagi setiap hari.
2. Lupa nak mencatat. Oleh kerana tiba sahaja di pejabat, minum pagi dan mulakan kerja lain tak sempat nampak buku catatan kerja harian. Cara atasinya: Letakkan buku ini di tepi meja anda. Jika tidak sempat buat di awal pagi buat sebelum rehat tengahari atau selepas waktu petang sebelum pulang kerja. Jika masih lupa lagi, esok masukkan dan usah tangguh untuk hari esok pula.
3. Malas. Rasa merekod ini satu bebanan tugas yang amat berat. Apapun,,Ubat malas tiada di jual di kedai. Ubatnya ada dalam hati. Cara atasinya: Cuba atasi dengan lakukqn secara 'istiqamah' dan lupakan tunggu sehingga esok.
Semoga kita mendapat manfaatnya.
Mulalah pada hari ini, usah tunggu esok
bermula dengan diri sendiri, usah tunggu orang lain dan
Mulakan perkara yang kecil-kecil, usah tunggu nak buat perubahan yang besar-besar.
Selamat mencuba!!!

Contoh senarai Catatan
Thing To Do Today!!!
BIL
TARIKH
WAKTU
PERKARA
CATATAN (SELESAI/ ISU)
1.
6.3.08
9.00- 12.00
Program tukar tunjuk
Ok


2.30 – 4.30
Borang kursus untuk dianalisis
Ok



Buat minit bebas Kokium
ok



Dapatkan m. balas pegawai PRS
Belum selesai. Esok buat.



Deraf surat untuk JPA dan JPM
Draf selesai. Esok boleh hantar



Buat nota cawangan Seremban
Ok



Bincang program UPPs dengan BPO
Selesai. Capai persetujuan



Hantar emel 3 program
Selesai. Tindakan diambil



Siapkan modul pelajar
Esok buat.
2.
7.3.08
7.30 – 8.30
Draf surat kpd caw.seremban
Ok



Sediakan cehck list LO ke BPO
Belum selesai. Tunggu lepas program



Tel JPA confirm boleh hadir
Tiada jawapan. Esok call



Tel Uitm untuk hadir
Ok. Boleh. Beliau call balik jika tak boleh datang



Sediakan playing card
Ok

12.00

Kendalikan kursus kaunseling untuk pegawai JPM
selesai












Sekian.
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
Tel: +603-6203 9501
Fax: +603-6201 2482
----------------------
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Permudahkan

MUDAHKAN, USAH SUKARKAN…
Oleh: Norazimah Ibrahim (Kaunselor LHDNM)
Slip daripada sebuah agensi kerajaan berada dalam genggaman. Senyuman menguntum kerana begitu mudah untuk mendapatkannya. Jika dahulu mungkin untuk satu slip ini mengambil masa berjam-jam untuk beratur, menunggu pegawai bertugas untuk melayan (belum masuk waktu pagi yang semua keluar minum pagi) dan menunggu untuk pengesahan. Sekarang mana-mana agensi kerajaan semakin mudah. Urusan yang dahulunya berbulan-bulan mengambil masa kini semakin cepat.
Beberapa perkara yang boleh dilihat menyebabkan perubahan ini di antaranya:
1. Penggunaan komputer
Sekadar slip atau apa sahaja yang boleh disimpan dalam sistem boleh dicetak sendiri. Malah ada yang boleh digunakan tanpa pelanggan perlu ke agensi berkaitan tetapi memadai dengan menekan di komputer yang mempunyai talian internet.
2. Mengurangkan tahap atau proses kerja yang tidak perlu
Ada juga proses kerja yang tidak perlu atau kurang penting telah keluarkan dari senarai yang memudahkan sesuatu urusan. Alasan pegawai tidak bertugas atau tiada di pejabat tidak menjadi alasan lagi.
3. Sikap pegawai berubah
Dahulu ada pegawai yang mementingkan diri sendiri. Bagi mereka pelanggan yang memerlukan perkhidmatan mereka akan menunggu sekalipun lambat atau sesukar manapun untuk mendapatkannya. Keadaan ini semakin jarang berlaku di mana-mana agensi berikutan perubahan sikap pegawai.
4. Kerenah Birokrasi semakin kurang
Jika dahulu pelbagai prosedur perlu dilalui untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Adakalanya, urusan yang mudah juga perlu tempoh yang sangat panjang memandangkan perlu melalui kerenah dalam satu-satu organisasi. Kini hampir semua agensi berusaha mengurangkan kerenah birokrasi.
5. Fokus agensi mementingkan pelanggan
Kebanyakan agensi kebelakangan ini memberi fokus utama kepada pelanggan. Pelanggan merupakan ’bos’. Keadaan ini membuatkan kakitangan memberi layanan baik dan istimewa kepada pelanggan.
Amat menarik keadaan ini. Agensi kerajaan mula berubah corak yang memudahkan urusan orang ramai. Kita seharusnya berbangga dengan keadaan ini berikutan ia memudahkan orang lain dan termasuk diri kita yang turut menggunakan perkhidmatan agensi kerajaan lain.
Namun, bagaimana agaknya dengan diri sendiri? Adakah kita telah mengamalkan perkara-perkara di atas dalam menjalankan tanggung jawab di pejabat. Adakah kita jenis yang suka memudahkan atau memberi kesukaran kepada orang lain termasuklah pelanggan kita? Berfikir sejenak dan selusuri persoalan di bawah:
1. Adakah yang kita lakukan ini perkara yang paling memudahkan orang lain?
2. Adakah ada jalan lain yang lebih baik untuk memudahkan orang lain berurusan dengan kita?
3. Adakah sesuatu perkara yang kita pertimbangkan atau minta orang lain lakukan( jika berlaku atas diri), kita juga sanggup melaksanakannya?
4. Adakah yang kita lakukan ini mampu membuat orang lain puas hati atau menimbulkan situasi kurang senang?
5. Jika ia sesuatu tugas itu dipermemudahkan adalah lebih membantu memberi impak positif kepada organisasi atau ia boleh mengganggu perjalanan organisasi?
Sekiranya kita telah mempertimbangkan persoalan-persoalan di atas tentunya orang lain mudah berurusan dengan kita. Konflik dalam organisasi juga dapat dikurangkan berikutan orang puas hati dengan perkhidmatan yang diterima. Malah, semua orang boleh bekerja dengan ceria berikutan semua orang berfikir untuk memberi kemudahan dan mengurangkan perkara-perkara yang boleh menyusahkan orang lain.
Mudahnya, jadilah individu yang boleh menyenangkan dan bukan menyukarkan. Perhatikan pelanggan, rakan sekerja, ketua, ’anak buah’, sahabat atau sesiapa sahaja akan lebih senang berdamping dengan kita.

Surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/ Puan untuk perkongsian bersama:
KELAS TAFSIR AL QURAN
Surah Al - Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
1.00 – 2.15 petang
20 JUN 2008
Oleh : Dr. Fatma Al-Zahrah
INTIPATI CERAMAH:
· Ubat terbaik adalah Al Quran dan madu lebah
· 2 perkara yang boleh membantu seorang anak Adam hanyalah Al-Quran dan Syafaat nabi ( ibu bapa, anak, saudara tidak dapat membantu kerana masing-masing ada masalah tersendiri)
· Maksud Ikhlas itu : sesuatu yang dilakukan kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan. (Contoh: Memberi makanan kepada orang lain yang dikatakan niatnya ikhlas, kita tidak boleh mencaci atau mengumpat sekiranya orang itu tidak membalas semula pemberian kita. Sekiranya menyebut-nyebut hal tersebut ia tidak termasuk dalam perbuatan yang ikhlas)
· Di dalam ayat pertama surah al-ikhlas terhimpun tauhid zat
· Di dalam ayat kedua dan ketiga terhimpun tauhid sifat
· Fadilat Surah Al-Ikhlas : Baca 10 kali surah ikhlas seperti membina istana di akhirat. Baca 3 kali surah al-ikhlas seperti membaca 30 jus al - Quran
· Membaca ayat Qursi 10 kali @ 10 kali Al-ikhlas membantu untuk mustajab doa.
· Membaca Al-ikhlas 11 kali sebelum masuk rumah – rezeki tidak akan putus-putus
· Membaca Al-ikhlas 11 kali sebelum tidur akan mati dalam tauhid
· Surah Al-Falaq dan surah Al – Ikhlas datang bersekali
· Nabi pernah disihirkan sehingga beliau terlantar sakit selama 6 bulan
· Nabi membaca Surah Al-Falaq untuk meleraikan ikatan sihir yang membelenggunya.
· Bagi mengubati sihir: 3 Qul amat mujarab : Al Falaq, Al-ikhlas dan An-Nass
· Jika dibaca 3 Qul ini sebelum tidur – akan terjaga sepanjang malamnya dan jika dibaca siangnya maka terjagalah seluruh siangnya.
· Jika berjumpa dengan bomoh 40 hari solat tidak diterima
· Mempercayai sihir boleh menjadi kufur
Jauhi daripada melakukan 7 dosa besar yang membinasakan iaitu:
1. Menyekutukan Allah
2. Membunuh jiwa yang tidak berhak dibunuh
3. Melakukan sihir
4. Makan harta anak yatim
5. Makan riba
6. Lari dari medan perang
7. Membuat tuduhan buruk/ zina kepada perempuan yang baik
Cara untuk Menghindar Sihir
Amal 3 Qul ini sebelum tidur dan selepas solat subuh
Tanda terkena sihir
1. Tidak boleh tidur malam
2. Bebola mata meliar / tidak konsisten
3. Suka duduk dalam gelap
4. Ketawa sendirian tanpa sebab
5. Suka makan banyak
6. Suka duduk seorang diri/ suka menyendiri
7. Marah/ agresif apabila mendengar ayat Quran
8. Tidak suka mandi dan berkemas
9. Tidak suka seks (bagi yang telah berkahwin)
Amalan untuk merawat sihir (yang masíh baru)
· Cari 7 helai daun bidara (daun yang selalu digunakan semasa mandi mayat)
· Letakkan dalam lesung – sambil tumbuk daun tersebut baca surah fatihah dan disambung dengan bacaan surah Ikhlas, Al-Falaq, An-Nass (3x) dan ayat Qursi (3x) semasa menumbuk daun ini diibaratkan / simbolik kepada seperti menumbuk jin)
· Letakkan sedikit air dalam lesung dan tuang ke dalam bejana yang berisi air segelen.
· Air ini ambil 3 teguk @ sudu untuk di minum
· Air selebihnya di dalam bejana digunakan untuk mandi di waktu maghrib.
· Lakukan perkara di atas selama 3 hari.
Amalan untuk mencegah sihir (yang telah lama mengidapnya)
· baca surah fatihah dan disambung dengan bacaan surah Ikhlas, Al-Falaq, An-Nass (3x) dan ayat Qursi (3x) ke atas kepala individu yang sakit beserta 3 surah lain iaitu surah Yunus ayat 81 – 82, surah Al-a’raf 118 – 121 dan surah Thoha ayat 69.
· Baca ketika masuk maghrib
(* tuan/ puan untuk penjelasan lanjut bertemu dengan individu yang hadir pada majlis ilmu tersebut untuk kepastian sebelum mengamalkan semua di atas. TQ.)

Sekian, terima kasih.
Norazimah Ibrahim
Kaunselor LHDNM.

Seronok bekerja?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila kali terakhir anda fikirkan anda seronok bekerja?
Jika tiada dalam kamus di tempat kerja anda, sesuatu perlu anda lakukan untuk mengembalikan keadaan ini. Bayangkan setiap hari sekurang-kurangnya anda bekerja 9 jam di pejabat. Seminggu (9 x 5 hari) lebih kurang 45 jam atau 180 jam sebulan atau 2,160 jam setahun. Pasti rasa penat bekerja apabila jiwa tidak seronok.
Kenapa Rasa Tak Seronok?
Bagi saya untuk membantu anda menangani isu ini, perlu juga diketahui sebab musabab kepada rasa tidak seronok bekerja.
1. Adakah anda tidak puas hati dengan diri anda sendiri?
2. Adakah tidak puas hati dengan orang lain (rakan sekerja, 'anak buah', ketua)?
3. Adakah terlalu banyak kerja atau tiada kerja?
4. Adakah anda terfikir hal peribadi di rumah?
5.Adakah bosan dengan semua perkara?
6. Adakah anda tidak tahu sebab anda tidak seronok kerja?
Apa yang boleh anda lakukan?
Langkah 1
Jika anda berada di tahap 1, 2, 3 dan 4 anda boleh menyenaraikan perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda rasa tidak seronok. (Catat di dalam kertas supaya anda boleh membacanya semula) Contohnya:
1. Anda tidak puas hati dengan diri kerana terlalu sensitif, pemarah, malas dll.
2. Anda tidak puas hati dengan orang lain.. siapa? kenapa anda tidak puas hati. Adakah kerana tingkah lakunya tidak menyenangkan atau sebab apa?
3. Bebanan kerja keterlaluan sehingga anda tidak mampu lagi menanggungnya atau ....apa lagi
4. Tentang hal peribadi, hal apa yang paling menekan diri anda..di rumah seperti hal suami, hal anak, jiran dll.
Jika situasi anda dalam nombor 5 & 6. Rasa seronok anda benar-benar telah hilang dan yang tinggal hanyalah kerungsingan sehingga anda bosan dengan semua perkara. Malah anda terlalu tertekan di sebabkan banyak perkara yang tidak menyenangkan anda. Dalam situasi ini, carilah seseorang untuk membantu anda menangani isu yang anda hadapi. Barangkali satu dua isu yang anda alami boleh dibantu sekalipun tidak semua.
Langkah 2
Seterusnya senaraikan apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Sekiranya anda tersekat mintalah bantuan individu lain membantu memberi idea kepada anda. Pastikan individu tersebut individu positif agar cadangannya boleh dimanfaatkan.
Contoh:
Anda tidak puas hati dengan orang lain seperti dengan rakan sejawat yang selalu datang lewat dan hilang di waktu pejabat. Anda perlu menggantikannya setiap kali dia 'ghaib'. Berbincanglah dengan individu lain cara untuk mengurangkan rasa tidak seronok anda ini. Di antaranya merujuknya kepada ketua unit atau memberi teguran dengan cara yang baik.
Langkah 3
Lakukan satu demi satu cadangan dan saranan yang ada dalam agenda bertindak anda.
Langkah 4
Jika usaha ini tidak berjaya, gunakan plan B pula.

Perkara lain yang boleh dilakukan
1. Bersabar dan usah berputus asa.
Ali bin Muqlah berkata:
Jika hati sudah dipenuhi keputus asaan
dada yang lapangpun menjadi sesak
segala kebencian dan kesusahan
telah merasuk
kebencian itu tertulis di seluruh penjuru
sedang engkau
tidak melihat adanya jalan keluar dari semua itu...
(Petikan dari La'Tahzan, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)
2. Berdoa. Menurut Dr Fadzilah Kamsah, seseorang individu itu perlu berdoa untuk menjadi seronok di tempat kerja.
3. Kawal 'mood'. Mood yang bertukar-tukar, tak terkawal dan asyik dilanda 'bad mood' menyukarkan untuk seronok di tempat kerja.
4. Bina suasana yang menceriakan. Anda perlu mencipta situasi dan bukannya situasi itu tercipta sendiri. Paling mudah untuk menyeronokkan orang lain adalah dengan senyum dan menyapa/ salam setiap kali bertemu tanpa memilih orang.
3. Ambil masa seminit dua mengenangkan sesuatu yang menggembirakan anda. Aktiviti ini boleh membantu diri mengalihkan sebentar isu yang dialami. (Apapun ia dapat mengurangkan perasaan kurang senang tetapi bukan menghilangkannya terus).
4. Ambil masa istirehat. Bercutilah sekiranya anda terlalu penat bekerja. Beri ganjaran untuk diri dengan bercuti dan memanjakan diri.
5. Maafkan orang lain. Dalam satu syair arab:
Tidak seorang pun
Yang tidak pernah salah
dan tiada seorang pun yang selamanya baik belaka
Banyak cara lagi untuk seronok di tempat kerja. Semoga dengan emosi dan perasaan yang seronok boleh meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Selamat mencuba dan bertambah seronok dengan pekerjaan anda...
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
Tel: +603-6203 9501
Fax: +603-6201 2482
"Amalan yang baik adalah melakukan secara terus menerus walaupun sedikit"

Thursday, August 14, 2008

Karenah anakku berpuasa

Apabila anakku berusia 3 tahun berpuasa….

“Mama..hari ini adik nak kuasalah (puasa itu difahamnya kuasa)". Lalu ia berpuasa..tapi selepas zohor…ia keletihan, kasihan kata hatiku. Dia bertanya lagi “ boleh adik buka kejap nanti adik tutup balik?..Adik minum je..sikit je". Aku pun membenarkan tanpa prejudis,,,takut pengsan lak anak aku ni…Namun jauh disudut hatiku…syukur ia mahu belajar.

Usianya 4 tahun…..

“Mama..adik nak puasa tiap-tiap hari tahun ini". Aku terus memberikan semangat padanya..”Okey..mama dan abah akan bagi upah mengikut hari adik berpuasa..Yahoo..horeeyy…adik tak nak tinggal puasa”. Pada hari pertama ia berpuasa…mukanya telah menunjukkan kepayahan yang amat sangat..lantas ia bertanya,”Mama..boleh adik puasa separuh dan upahnya separuh?…Esok campur separuh lagi so jadi satu hari. Tiap-tiap hari adik puasa kan Mama??? (Dalam hatiku..oklah sayang..asalkan engkau tetap berpuasa).

Usianya 5 tahun….

“Mama…ustazah kata..kita kena berpuasa dan mesti jaga puasa yang terbatal. Adik rasa esok…adik dah boleh puasa sebab adik dah makan banyak semalam. Okeylah adik..adik jangan bagi batal puasa adik tahu…macam kita sembahyang tu..jangan sampai batal. Esoknya”….Hampir pukul 6pm..kulihat wajahnya murung je…lantas ku bertanya “kenapa dik..tak larat ke?? Dia tetap diam..setelah dipujuk..lantas ia membisikkan kepadaku..”Mama..tadi adik terkentut..puasa adik batal kan Mama???
Ehhh!!!Aku terus tergelak..rupa-rupanya aku tersilap menyamakan syarat puasa sama macam sembahyang. Ku beritahu dia bahawa kentut tak membatalkan puasa…Yahoo..puasa adik selamat..amin. Moral of the story…kentut sembahyang..batal tapi puasa…lega…

Usianya 6 tahun….

“Mama…kawan-kawan adik ada yang puasa dan ada yang tak puasa. Adik rasa…adik dah kuat puasa tapi adik takut kawan-kawan adik tak bagi adik puasa. Kataku..”Adik cakap kat kawan-kawan adik..siapa yang puasa baru boleh raya..kalau tak jangan beli baju raya”. Okey…mama. Esoknya setelah pulang dari tadika…”Mama..kawan adik kata memang dia tak puasa tapi bukan dia yang nak beli baju raya tapi mama dia yang nak beli…macam mana yek??? Adusss…pening aku..

Kini umurnya 7 tahun….

Alhamdulillah….dia telah memulakan puasanya dengan tekun sekali. Cuma satu hari ..ia terlihat aku menjamah makanan…alamak!! Dia nampak…apa aku nak jawab???..”Eh..kenapa Mama tak puasa?? Orang perempuan orang yang lemah..bila ia sakit Allah bagi dia cuti puasa tapi orang lelaki orang yang kuat…Allah tak bagi cuti kat dia. Adik lelaki..tentu adik orang yang kuat…”Adik orang kuat ke?? Ooo itu sudah semestinya..adik tetap orang yang kuat.

Alhamdulillah …selamat anak aku. Kini ia telah meningkat dewasa. Wahai ..anakku…”kamu memang anak yang kuat”…

Puasa enam hari dibulan Syawal

Disunnahkan oleh syarak mengiringi puasa dibulan Ramadan dengan berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal. Setelah berpuasa enam, maka tidak ada acara menyambut Hari Raya yang dikhususkan untuk merayakan puasa enam.

Dalil-dalil yang menunjukkan sunnahnya puasa enam hari di bulan Syawal:


عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.
“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”.
(H/R Muslim (1164). Ibn Majah (1612/1716).

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ اِبْرَاهِيْمَ : اَنَّ اُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ كَانَ يَصُوْمُ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صُمْ شَوَّالاً. فَتَرَكَ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يَصُوْمُ شَوَّالاًحَتَّى مَاتَ.
“Dari Muhammad bin Ibrahim bahawa Usamah bin Zaid berpuasa pada bulan-bulan mulia, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Puasalah pada bulan Syawal. Lalu dia meninggalkan puasa bulan-bulan mulia dan terus berpuasa dibulan Syawal hingga dia meninggal dunia”.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ فَشَهْرٌ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ فَذَلِكَ تَمَامُ السَنَةِ
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuka (berhari raya), maka itu melengkapi puasa setahun”.
(H/R Ahmad 5/280). Ibnu Majah (1715).

Menurut Imam An-Nanawi rahimahullah: “Para ulama berkata: Bahawa puasa enam setara dengan puasa setahun, kerana satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Puasa sebulan Ramadan sama dengan puasa sepuluh bulan, puasa enam pula sama dengan berpuasa dua bulan”.

Menurut Ibn Qudamah rahimahullah: “Puasa enam hari di bulan Syawal disunnahkan sebagaimana pendapat kebanyakan para ulama, iaitu berdasarkan riwayat dari Ka’ab al-Ahbar, Asy-Syafie dan Maimun bin Mihran serta inilah pendapat Imam Asy-Syafie rahimahullah dan Ahmad”. (Lihat: Al-Baihaqi dalam Ma’rifat As-Sunan Wal-Atsar (3/450). An-Nawawi dalam Syarah Muslim (3/238).

Apakah Dikerjakan Pada Minggu Pertama Syawal Atau Semestinya Berturut-turut?Tidak disyaratkan dikerjakan pada minggu pertama Syawal, kedua atau ketiga atau secara beruturut. Boleh dikerjakan pada Hari Raya kedua, berturut-turut atau diselang seli kerana keumuman sabda Rasulullah:

وَأَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ (وَفِى رِوَايَةٍ) سِتًّا مِنْ شَوَّالَ.
“Dan ikutkanlah/iringkanlah dengan puasa enam hari di bulan Syawal. (Diriwayat yang lain) Enam hari dibulan Syawal”.

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa bulan Syawal keseluruhannya waktu untuk berpuasa enam, diberi kelongaran sehingga tidak dikhususkan sebahagian waktu dengan waktu yang lain, yang pasti ia dipisahkan oleh puasa Ramadan dengan Hari Raya pertama (1hb Syawal), kerana tidak dibolehkan berpuasa pada awal Hari Raya.

Ibn Taimiyah menjelaskan: Telah diketahui bahawa puasa Syawal tidak bersambung dengan puasa Ramadan, jika melakukannya di awal bulan lebih afdal kerana lebih hampir dengan Ramadan, maka melakukan di akhir bulan Syawal juga afdal kerana mengakhirinya menghampirkan puasa Ramadan dengan puasa lainnya, atau menjadikan Hari Raya kedua seperti yang dilakukan sebahagian orang, maka keduanya ada kebaikannya sama ada di awal atau di akhir Syawal.

Menurut Imam An-Nawawi rahimahullah: “Pendapat dari kalangan ulama Syafiyah puasa enam hari sunnah dilakukan secara berterusan/berurutan, kerana menurut Imam an-Nawawi: Para sahabat kami berkata: Disunnahkan puasa enam bulan Syawal berdasarkan hadis sahih. Mereka juga berkata: Disunahkan berpuasa berurutan (terus menerus enam hari tanpa diputuskan), tidak ditunda sehingga akhir bulan, namun sebaliknya juga dibolehkan, orang yang melakukan masih mengikut sunnah yang sesuai dengan keumuman makna hadis dan kemutlakannya. Dan ini tiada perbizaan dikalangan mazhab kami, sebagaimana juga pendapat Ahmad dan Abu Daud”. (Lihat: Al-Majmu’ (6/379))

Menurut Imam Ahmad, dijelaskan oleh anaknya Abdullah: “Nabi Muhammad bersabda: Enam hari dari bulan Syawal, maka apabila seseorang berpuasa enam hari tersebut, tidak perlu dikhuatiri sama ada dilakukan berselang seli atau serentak (berurutan)”.

Berpuasa enam Syawal sunnah hukumnya dan diberi pahala yang besar.

Puasa Sunnah Enam, Apakah Boleh Didahulukan Jika Ada Puasa Qada (Mengqada Puasa Ramadan)?

Syeikh Utaimin rahimahullah berkata: “Ini adalah suatu persoalan yang perlu dijelaskan, iaitu bahawa puasa enam (di bulan Syawal) tidak boleh didahulukan dari mengqada puasa fardu Ramadan yang tertinggal. Jika ada yang tertinggal puasa Ramadan, kemudian melakukan puasa enam sebagai sunnah mutlak, ia tidak memperolehi sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi di dalam hadisnya (Lihat: Syarah Al-Mumti’ (6/448)):

مَنْ تَطَوَّعَ وَعَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ لَمْ يَقْضِهِ فَاِنَّهُ لاَ يُتَقَبَّلُ مِنْهُ حَتَّى يَصُوْمَهُ
“Barangsiapa yang mengerjakan puasa sunnah sedangkan ia mempunyai hutang (qada’) Ramadan yang belum ditunaikan, maka puasa sunnahnya tidak diterima sampai ia membayarnya (mengqada’nya).

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”.

Oleh kerana hadis ini menetapkan: (Barangsiapa yang berpuasa Ramadan) adalah jelas. Sebahagian ahli ilmu ada yang berbeza pendapat tentang sahnya melakukan puasa sunnah sebelum mangqada’ puasa wajib. Namun masalah ini tidak berlaku khasnya kepada perkara ini, kerana hadis ini menyatakan dengan jelas tidak ada puasa enam hari kecuali setelah mengqada’ puasa Ramadan”. (Lihat: Al-Mugni. 4/401)

Perbezaan Pendapat Tentang Puasa Enam Syawal

Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad tidak menganggap sunnah puasa enam hari di bulan Syawal. Namun ini diingkari (dibantah) oleh al-Hafiz Asy-Syaukani, beliau mengatakan:

“Mereka berhujjah bahawa mungkin (puasa enam hari Syawal) akan dianggap sebagai puasa yang wajib. Ini adalah pendapat yang batil yang tidak pantas dikeluarkan oleh orang yang memiliki akal fikiran, apalagi seorang ulama seperti mereka dalam menentang sunnah yang sahih dan jelas. Malah pendapat seperti ini akan berlaku pula pada semua puasa yang dianjurkan oleh agama dan tidak seorangpun yang mengatakan demikian. Sementara Imam Malik berhujjah dalam memakruhkannya sebagaimana yang beliau katakan di dalam Al-Muwata’: Bahawa beliau tidak pernah melihat seorangpun dari kalangan ulama yang mengerjakan puasa enam hari Syawal. Sedangkan perlu dijelaskan bahawa jika ia tidak melihat seseorang melakukan sesuatu sunnah, maka tidak bererti pendangannya boleh menolak sunnah”. (Lihat: Nailul Autar (4/282))

Pendapat Yang Rajih (Lebih Sahih Dan Kuat)
Namun pendapat yang lebih rajih ialah hadis Aisyah radiallahu ‘anha bahawa beliau mengqada’ puasanya di bulan Syaban dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam membenarkannya:

ِكَانَ يَكُوْنُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَقْضِيَهُ اِلاَّ فِى شَعْبَانَ
“Dahulu aku mempunyai hutang puasa Ramadan, maka aku tidak mampu mengqada’nya kecuali pada bulan Sya’ban”.
(H/R Bukhari l950. Muslim 1146)
Maka dibolehkan berpuasa sunnah sebelum mengqada’ puasa wajib yang tertingggal. Kewajipan mengqada’ puasa tidak dibatasi oleh waktu-waktu tertentu. (Lihat: Bada’ As-Sanai’ 2/104. (rujuk pendapat al-kasani)

Menurut Imam An-Nawawi: Mazhab Maliki, Abu Hanifah, As-Syafie, Ahmad dan Jumhur Ulama Salaf dan Khalaf, bahawa mengqada’ puasa Ramadan bagi orang yang meninggalkannya kerana uzur seperti disebabkan haid atau dalam musafir, maka tidak disyaratkan mengqada’nya dengan segera setelah mampu melakukannya, (Lihat: Syarah Muslim. 3/213. An-Nawawi) kerana keumuman Firman Allah Azza wa-Jalla:

فَعِدَّةٌ مِنْ أيَّامٍ أُخَرُ يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“berpuasalah dihari-hari yang lain, Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesusasah bagi kamu”. (al-Baqarah 2: 185)
Menurut Imam Qurtubi rahimahullah: “Ayat ini menunjukkan wajibnya mengqada’ puasa tanpa ditentukan harinya, kerana lafaz ayat tersebut berlaku sepanjang masa tanpa ditentukan pada masa-masa tertantu”. (Lihat: al-Jami Li Ahkam Al-Quran 2/282. al-Qurtubi)

Syeikul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah setelah mengingkari pendapat Imam Ahmad rahimahullah yang memakruhkan puasa enam hari Syawal, maka Ibn Taimiyah berkata: “Apabila dilakukan di akhir Ramadan, maka antara keduanya telah terpisah oleh Hari Raya. Dan larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkenaan puasa di Hari Raya menunjukkan bahawa larangan tersebut khusus jika dikerjakan pada hari itu sahaja, sedangkan di hari-hari setelahnya adalah hari yang dibolehkan dan diizinkan untuk berpuasa. Jelasnya jika baginda mahu melarang dari puasa enam hari Syawal, pasti baginda akan menegahnya sebagaimana baginda menegah berpuasa diawal bulan Ramadan (Lihat: Syarah Al-Umdah (2/559)):

لاَ تُقَدِّمُوْا رَمَضَانَ بِصَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ.
Janganlah kamu mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya”. (Rujuk: Sahih Bukhari hadis no: 1914, Sahih Muslim, hadis no: 2514)

Jangan terpedaya...

Salam,
Sekadar memanjangkan kpd mrk yg aktif dalam MLM agar berhati2..
Today even established MLM business/company cannot be trusted. All of them target to become millionaires in the shortest time possible!!! How sad!!
MKMR
++++++++++++++
Hai-O Marketing @ Jgn Terpedaya
Adalah Di Maklumkan Kpd Orang ramai Agar Tdk Terpedaya Dgn Sekumpulan Pemimpin2 Hai-O Yg Di Kenali Dgn 'Team 369' Yg Kini Di Dapati Mempengaruhi Orgramai Utk Menyertai Sykt Hai-O Marketing Dgn Sistem Front Loading @ Beli Pangkat Dgn Melaburkan RM21,000.
Biasanya Yg Jd Mangsa Adalah Kakitangan Kerajaan Krn Mrk Akan Mempengaruhi Supaya Membuat Loan Dgn Pihak Bank RM23,000 Dimana RM21,000 Akan Di Laburkan Samada Membeli 10 Set Pakaian Dalam Wanita Beautiful Atau 10 Unit Penapis Air..Baki RM2000 Tu Adalah Utk Kegunaan Peribadi.
Mangsa Td Perlu Pula Utk Mencari Mangsa Lain Utk Melaburkan Jg RM21,000 Sbb Kalau Tdk Mangsa 1 Td Kena Membayar RM300 Sebln Kpd Pihak Bank Selama 10 Tahun Utk Melunaskan Hutang Tersebut.
Dlm 'Team 369' Ni Mrk Ada Kaki Yg Ada Kabel Dgn Pihak Bank Yg Blh Meluluskan Pinjaman Tersebut.. Ramai Yg Khabarnya Tlh Menjadi Mangsa.
Hrp Pihak Berwajib @ KDNHEP Mengambil Berat Isu Ini Krn Ternyata Ianya Menyalahi AJL 1993.
Yg Sedihnya Pemimpin2 'Team 369' Ini Adalah Terdiri Drp Crown Diamond Manager Yg Berbangsa Melayu & Mangsanya Jg Adalah Terdiri Dari Org2 Melayu Jg.
Sebarkan Sebarkan Sebarkan Sebarkan Sebarkan…
Aku pun dh tau pasal sistem front loading yg d amalkan oleh pemimpin2 CDM Hai-O ni yg gah d kenali dgn nama 369 ni. kesian dgn k/tangan2 k'jaan yg d janjikan bulan bintang oleh CDM2 brengsek ni. dlm meeting2 yg d anjurkan, mrk bknnya citer ttg prdk apatah lg jual ttpi mrk menceritakan ttg plan pemasaran front loading yg tak payah jual prdk ttpi beli pangkat dgn bemodalkan loan bank RM21,000 tuh. ini semuanya adalah manipulasi plan pemasaran yg d lakukan oleh CDM2 tersebut. semuanya adalah utk kepentingan peribadi pemimpin2 brengsek tersebut.

SISTEM JUALAN BEGINI HARAM DI SISI ISLAM. SILA LAWAT LAMAN WEB USTAZ ZAHARUDDIN UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG KAEDAH JUALBELI ISLAM / HALAL www.zaharuddin. net
HAI O NI SEMEMANGNYA MERUPAKAN SALAH SATU SYT MLM YANG SAH DISISI UNDANG-UNDANG. SYT INI DAH WUJUD BERPULUH TAHUN TAPI BERNIAGA TRADING.MLM NI HANYA BERGERAK TAK LEBIH DARI 5 TAHUN YANG LALU DAN TAUKEH CINA NYA TELAH MENGEMBANGKAN RANGKAIAN MLM NYA MELALUI GOLONGAN MELAYU. HAMPIR 90% RANGKAIAN PENGEDARNYA TERDIRI DARI ORANG MELAYU. BAGI YANG BERJAYA MAKA DAPATLAH MELANCONG UMRAH KE TABUNG KERETA KE DEAN SEMESTINYA BONUS-BONUS MLM TU.
DALAM BISNESS MLM TULEN SEBENARNYA KAEDAHNYA MUDAH. KITA MENGGUNAKAN PRODUK SYT DAN SETELAH ITU KITA MENGSYORKAN KEPADA SAUDARA SERTA KENALAN ATAU SESIAPA SAJA PROSPEK YANG DIKENALI.JIKA MEREKA BERMINAT MAKA KITA JUAL PRODUK TERSEBUT. MAKA DAPATLAH KEUNTUNGAN RUNCIT.
KITA JUGA MEMBUAT PENAJAAN UNTUK MENGEMBANGKAN RANGKIAN KUMPULAN KITA.LEBIH RAMAI DALAM KUMPULAN MAKA LEBIH BANYAK JUALAN SERTA LEBIH BANYAK BONUS.
MALANGNYA DALAM HAI O INI SAMA ADA DENGAN PENGLIBATAN TAUKEH HAI O SENDIRI SERTA DENGAN PENGEDAR=PENGEDAR KUMPULAN ATASAN TELAH MEWUJUDKAN SATU KAEDAH JALAN PINTAS MENUJU KEJAYAAN DENGAN MENCIPTA SATU PLAN PEMASARAN YANG MANA BOLEH ATAU TELAH MENANYAIYA PEGEDAR BARU KERANA TERPAKSA MELABUR JUMLAH WANG YANG AMAT BESAR SEHINGGA RM21000.JIKA TIDA WANG MAKA KUMPULAN ATASAN AKAN CUBA MEYOKONG PINJAMAN PERIBADI.SETELAH LULUS PINJAMAN DENGAN KERJASAMA PIHAK SYT DAN BANK WANG TERSEBUT DIMASUKKAN KEDALAM AKAUN HAI O.PENGEDAR BARU INI PULA HANYA DIBERI PRODUK SYT SEPERTI MESIN PENAPIS AIR BERJUMLAH 10 UNIT ATAU BAJU DALAM WANITA BEAUTIFUL SEBANYAK 10 UNIT.
UNTUK BUAT SERONOK CERITA MAKA PENGEDAR BARU DIBERI BONUS SEBANYAK RM4500.ITU YANG MENBUAT RAMAI TERPEDAYA.YANG BAB TAK SERONOKNYA APA NAK BUAT DENGAN 10 UNIT PENAPIS AIR / BAJU DALAM TU.TERPAKSALAH KENA JUAL.ANEHNYA HARGA BELI 10 UNIT RM20,800 MAKA SEUNIT RM2080. HARGA KENA JUAL PADA ORANG SERUPA JUGA RM2080. SECARA LOGIKNYA SEBENARNYA HARGA 10 UNIT TERSEBUT IALAH RM20800 - RM4500=RM16300 ATAU SETIAP SATU KOSNYA RM1630.JADI SEBENARNYA RM4500 ITU HANYALAH UNTUNG RUNCIT.KALAU NAK DAPAT SEMULA MODAL RM20800 TU KENALAH JUAL KESEMUA 10 MESIN PENAPIS AIR / BAJU DALAM TU.KALAU TIDAK TANGGUNG AJELAH HUTANG RM16300 TU. MAKA ADALAH YANG JUAL PADA PELANGGAN BARU BAYAR ANSURAN RM100 SEBULAN.INI MACAM 2 1/2
PUN TAK DAPAT BALIK MODAL.DAHLAH TU KENA BAYAR HUTANG ANSURAN BANK PULA.
SYT HAI O TAK TANGGUNG HUTANG APA.DIA JUAL CASH. PENAJA ANDA DAH DAPAT BONUS DIA. ANDA PULA TERKAPAI-KAPAI TANGGUNG HUTANG. TAK KE ANYAIYA NAMANYA.
YANG LEBIH SEDIH TU MESIN PENAPIS AIR TU SAMA AJE YANG DIJUAL KAT KEDAI JUAL MESIN PENAPIS AIR.SISTEMNYALAH LA NI SEMUA PESEN 6 KEBUK TU. INI DAH KETINGGALAN ERA DAH.HARGA DI LUAR TAK SAMPAI PUN RM1000.BUKANNYA HAI O KILANGKAN SENDIRI PUN.BORONG DARI SYT PENGELUAR DAN TARU LABEL BIO AURA KEMUDIAN DUDUK CERITA AJAIB PUNYA PRODUK.ORANG SAKIT MINUM PUN BOLEH SEMBUH.
SISTEM AIR YANG BAGUS SEPATUTNYA KENALAH ADA BUKTI DAN FAKTA SOKONGAN YANG SEPERTI SYT DAKWA. BUKANNYA CAKAP TESTIMONI ORANG PAKAI. KALAU DAKWA BOLEH TAPIS BAHAN CEMAR BAWWAN AIR TUNJUKKAN BUKTINYA.ADA SIJIL NSF 42 DAN 53 KE. KALAU DAKWA BOLEH BASMI BAKTERIA DAN VIRUS BAWAAN AIR ADA BUKTI KE. ADA NSF 55 KE.
DIMANA KILANG PENGELUARNYA. MANA PARA SAINTIS YANG MENGKAJI KEBERKESANANNYA. TUNJUKKAN BUKTI-BUKTINYA.
INI TIDAK. BARANG ASAL USUL PUN TAK TAU.PENAPISNYA BERKESAN PUN TAK PASTI.TAPI DOK KEMPEN MACAMLAH IANYA PRODUK AJAIB. KENALAH ORANG MELAYU KITA KENA TIPU DEK ORANG MELAYU YANG BUAT TOKEY CINA TU LAGI KAYA RAYA.
SEPATUTNYA CARA YANG BETUL BUAT MLM BELI 1 SAJA. KEMUDIAN SYORKAN PADA PROSPEK.KALAU MINAT BARU BELI 1 LAGI DAN JUAL.BILA JUAL DAPATLAH PV DAN BONUSNYA.BANYAK SIKIT BERGANTUNG PADA BERAPA BANYAK DIJUAL.TETAPI KITA MEMBELI BILA DAH CONFIRM
DAPAT PEMBELI. ITU CARA SEBENAR. BUKANNYA PINJAM BANK BELI STOK KEMUDIAN BARU CARI ORANG BELI.INI CARA NAK KAYAKAN UPLINE DAN TOKEY. KALAU DIA BERI HUTANG TAK PALAH. INI KENA BYAR CASH.SECARA TAK LANGSUNG KENALAH JADI MACAM HAMBA KENA KELUAR SIANG MALAM NAK JUAL MESIN PENAPIS SEBAB NAK COVER HUTANG.BUKAN KE ANYAIYA DIRI NAMANYA.
OLEH ITU TAK USAHLAH TERPEDAYA.KALAU ANDA SUSAH SYT ATAU UPLINE ANDA NAK TOLONG TANGGUNG KE.SORRYLAH. DIA DAH DAPAT ABUAN.YOUR PROBLEM YOU SETTLELAH.
KEBANYAKAN SISTEM PENAPIS AIR YANG TERJUAL DAPASARAN YANG MENGGUNAKAN 6 KEBUK ATAU TABUNG INI AGAK KETINGGALAN DARI SEGI TEKNOLOGI NYA. PADA MASA YANG SAMA PRODUK-PRODUK INI TIDAK DAPAT MEMBERI FAKTA DAN BUKTI YANG MEYAKINKAN TENTANG KEBERKESANAN DAKWAAN YANG DIBUAT.DIMANA DAN BAGAIMANA PRODUK DIKELUARKAN PUN KURANG MAKLUMAT. KAJIAN SERTA UJIAN TENTANG KEBERKESANAN PUN TIADA INFORMASI. YANG ADA CUMA TESTIMONI PENGGUNA SAJA.
BERKENAAN DENGAN SISTEM YANG ANDA TANYAKAN SISTEM TERSEBUT BERASASKAN OMOSIS SONGSANG YANG DIDAKWA DAPAT MENAPIS SEGALA-GALANYA DAN MENGHASILKAN AIR TULEN KOSONG TANPA MINERAL YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN MANUSIA. MEREKA DAKWA IANYA BAGUS KERANA IANYA BERSIH DAN TULEN.MINERAL PULA BOLEH KITA DAPATI DARI MAKANAN. PERSOALANNYA JIKA AIR ITU SENDIRI DAPAT MENGHASILKANNYA MENGAPA KITA PERLU MENDAPATKAN DARI SUMBER LAIN.
CONTOH SENERIO NYA KITA PERLU MEMINUM 9 GELAS SEHARI AIR KOSONG. JIKA KITA MINUM SEGELAS AIR TERSEBUT MAKA KITA MAKAN SEBIJI PISANG UNTUK DAPAT ZAT MINERAL. MAKA 1 HARI KITA KENA BAWA SEIKAT PISANG KEMANA-MANA UNTUK DAPAT ZAT MINERAL. WALHAL DALAM SISTEM RAWATAN AIR MINERAL ZAT ITU TELAH ADA DALAM AIR YANG DIMINUM.
CUBA FIKIRKAN .DIMANA-MANA DIPASARAN TERDAPAT 2 JENIS AIR YANG DIJUAL SECARA BOTOL IAITU AIR MINUMAN DAN AIR MINERAL. TUDUNG PUTIH AIR MINUMAN DAN TUDUNG BIRU ADALAH AIR MINERAL. MENGAPA AIR YANG BERTUDUNG BIRU SEKALI GANDA LEBIH MAHAL DARI AIR YANG BERTUDUNG PUTIH. PENAPIS AIR PRODUK ELKEN PUN KURANG MEYAKINKAN.ASAL USUL PRODUKNYA PUN TAK JELAS.HASIL KAJIAN KEBERKESANANNYA TIADA BUKTI SOKONGAN DARI PIHAK KETIGA. BERBALIK TENTANG SOAL SIJIL TU, SIJIL NSF 42 MUNGKIN ADA YANG LAIN (Sijil NSF 45 & 53) TU TAK PASTI

Wednesday, August 13, 2008

NISFU SYA’ABAN


Assalamualaikum,
Untuk makluman semua…. Hari Nisfu Sya’aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008(selepas maghrib pada hari 15 Sya’aban 1429H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfusya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat:
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x,

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &

pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya ParaMalaikat

12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya’aban:



  1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.


  2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


  3. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari dangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua’alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA AHAD 17hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN…WASSALAM………

Tuesday, August 12, 2008

"Ohaiyo gozaiomasu, ya tuan"


"Ohaiyo gozaiomasu, ya tuan"12-08-2008 12:53:22 PM
BIASA kita dengar cerita mereka yang hidup di zaman Perang Dunia Kedua dan penjajahan dahulu bagaimana penduduk Malaya perlu tunduk kepada tentera Jepun atau menabik dan kerap menyebut 'ya tuan' kepada bos British mereka sebagai tanda hormat.
Zaman tunduk hormat bermula sejurus selepas 5.15 petang pada 15 Februari 1942, Lt Jeneral Arthur Percival, Panglima tentera British di Malaya, menyerah kalah kepada Lt General Tomoyuki Yamashita, Panglima Angkatan Tentera Jepun yang ke-25, di Singapura.
Penyerahan itu menandakan jatuhnya pemerintahan British dan bermulanya pentadbiran tentera Jepun di Malaya atau Tanah Melayu.
Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula sebelum waktu Subuh pada 8 Disember, 1941, dengan pendaratan di pantai berhampiran Kota Baharu, Kelantan sebelum bergerak pantas ke arah selatan melalui bahagian pantai timur Semenanjung.Penawanan itu mengambil masa kurang daripada tiga bulan dan Tanah Melayu terus dijajah. Ohaiyo gozaiomasu
Dalam masa pemerintahan Jepun, sering diceritakan bahawa rakyat tempatan yang terserempak dengan askar Jepun atau yang lebih teruk Kempeitai (polis rahsia Jepun), terpaksa tunduk hormat tanda 'ohaiyo gozaiomasu' atau menundukkan badan ke arah matahari terbit menunjukkan hormat terhadap negara Jepun.
Gagal berbuat demikian akan dianggap askar Jepun sebagai tidak menghormati mereka dan rakyat tempatan akan ditampar atau disepak terajang, dan lebih teruk lagi akan dikurung dan diseksa.
Ada yang mengatakan mungkin tentera Jepun mahu mengajar orang kampung ketika itu supaya menjadi lebih berdisiplin dan bersopan tapi tindakan mereka yang melampaui batas kemanusiaan untuk menunjukkan kuasa mereka hanya menimbulkan kebencian dan dendam.
'Ya tuan'
Selepas gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah kalah kepada British pada 12 September 1945. Malaysia dijajah kembali oleh British.
Walaupun rakyat tempatan tidak lagi perlu tunduk menyembah, penjajah British tetap mahu dihormati, tapi dengan cara lain yang tidak ketara.
Perkhidmatan awam dikuasai mereka, orang Melayu hanya bekerja sebagai atendan, peon, tukang kebun, pemandu atau pelayan bar.
Ketika itu, kalau orang Melayu bekerja sebagai kerani di jabatan kerajaan sudah dianggap sebagai cukup bagus, menurut cerita mereka yang melalui zaman itu.
"Masa tu, kalau jumpa dengan Mat Salleh (orang British), sama ada kita kena 'Tabik Tuan' atau menyebut 'Ya Tuan' setiap kali bercakap," kata mereka, dan hukuman jika gagal berbuat demikian adalah menerusi kerja berat atau rumit dan peluang naik pangkat sudah tentunya tersekat. Bebas penjajahan
Kini, selepas 51 tahun bebas daripada belenggu penjajah, tiada lagi sebutan 'ya tuan' atau tunduk hormat "ohaiyo gozaiomasu yang perlu diamalkan rakyat.
Sebaliknya "Assalamualaikum, selamat pagi, zao shang hao (Mandarin) dan kaalai vanakkam (Tamil)" yang kerap dilafazkan, dan ia bukan untuk bos semata-mata tetapi sapaan harian kepada semua orang yang hidup secara saksama di negara merdeka ini.
Rakyat Malaysia di zaman merdeka ini seharusnya berasa bertuah kerana mempunyai kerajaan yang ditadbir oleh anak bangsa sendiri dan sebuah negara yang aman, stabil dan makmur.
Jika tidak mendalam perasaan itu, cuba bayangkan hidup di zaman kita perlu tunduk dan sering takut kita tersilap langkah.
Selamat Hari Lahir Malaysia. BERNAMA

Sunday, August 10, 2008

Bulan Merdeka


Tanggal tiga pulu satu, bulan lapan, lima puluh tujuh, hari yang bahagia, hari yang mulia... merdeka. Lagu Allahyarham ini cukup mengesankan, cukup untuk meremangkan bulu roma. Ikut logik akal, kehadiran ogos akan disambut dengan penuh semangat, penuh kesyukuran...

Namun, lihatlah sekeliling kita. Suasananya cukup lesu. Hanya pejabat-pejabat kerajaan mula mengibarkan bendera. Atau belum tiba 15 Ogos, tarikh yang diwajibkan semua premis mengibarkan bendera.

Marilahkita sama-sama tunggu dan lihat. Bagaimana sambutan tahun ini. Lesu seperti tahun-tahun lepas atau kembali meriah seperti tahun 1999. Saya mengimpikan semua kereta dikibarkan dengan jalur gemilang, semua premis juga begitu sepatutnya. Namun, kita juga perlu faham, mengapa mood kebanyakan daripada seolah-olah tidak bangga dengan lambang kedaulatan kita ini...

Saturday, August 9, 2008

Belajar dari http://hasbullahpit.blogspot.com/

Sejak akhir ini ramai pengunjung yang melawati laman blog yang mempunyai akaun Mybloglog.Mybloglog sebenarnya satu alat yang boleh memberitahu pemilik blog akan seseorang telah datang melawatinya, dan mudahlah pemilik blog membuat kunjungan balas.Oleh itu, jangan lupa untuk meletakkan laman blog anda di profil myblog log.Caranya:Tutorial Menambah laman web pada MybloglogKlik "Add a website" dan berbukalah borang untuk diisi.Siap.Maka barulah, pemilik blog yang Assirkami lawati akan membuat kunjungan balas.Terutama sekali yang tertarik dengan kekacakan saudara.Jangan lupa letak wiget mybloglog supaya saudara sendiri boleh lawati blog pengunjung saudara.Tutorial Menukar URL Mybloglog jika Blog BerpindahSelesai bab Assirkami, masuk bab Khairul Faizi.Khairul Faizi telah berpindah blog, namun mybloglognya masih memaparkan URL lama.oleh itu, berikut adalah Tutorial bagaimana memindahkan laman yang dinyatakan di mybloglog ke laman baru.Andaikata blog lama hendak dibiarkan tutup, maka kena ubah alamat sahaja.Klik pada "Setting"Dan kemudian ubah "Site URL"Sebelum ini site URL saya ialah "sebolku.blogspot.com", kini iubah menjadi "hasbullahpit.blogspot.com"KF boleh ubah menjadi http://minda-kembara.comBagi Feed URL, sekiranya URL Feedburner digunakan dan telah dilencongkan ke blog baru, maka tak perlu diubah.Andaikata ingin menggunakan RSS di wordpress yang baru, maka kena ubah menjadi http://minda-kembara.com/v2008/?feed=atom
0 komen » Berpusing!!!!!!

Thursday, August 7, 2008

Syaaban persiapan tempuh Ramadan


Oleh Zuridan Mohd. Daud

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah : 36).
Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.
Abu Bakrah menceritakan bahawa Nabi SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).[ ..Baca lagi ..] (utusan malaysia)

Wednesday, August 6, 2008

Kad Kredit


Dipetik dari http://www.rezekihalal.com/

Harap dapat komen dari kengkawan... Saya percaya ramai antara kita sedang terjerat dengan hutang kad kredit ini, termasuk saya. Baik juga kita selidik perkara seumpama ini, moga dapat menyelesaikan masalah kita. Atau boleh kita terus pergi sahaja ke AKPK...

Salam kepada semua,
Di sini saya ingin kongsikan satu peluang perniagaan yang anda boleh lakukan sendiri.Perniagaan ini dapat membantu diri anda sendiri atau rakan-rakan yang lain.
Perniagaan ini ialah satu perniagaan yang membantu mengurangkan bayaran bulanan kad kredit atau dalam kata lain memberi kemudahan Plan 0% Interest.
Bagaimana?
Plan Zero (0%) Interest Kad Kredit merupakan plan yang amat menarik dan dapat membantu mengurangkan beban “Faedah” Kad Kredit yang tinggi. Faedah kad kredit ini memang tinggi iaitu ia boleh mencapai lebih dari 19.7% setahun lebih-lebih lagi jika kita ini hanya membayar bayaran minima sebulan.
Kami di UrusWang.com ingin berkongsi cara penyelesaian yang amat mudah dan membantu anda mengurangkan faedah kad kredit anda sehingga 0%. Bukan itu sahaja anda juga akan menikmati kemudahan-kemudahan kredit yang lain seperti tiada faedah untuk pengeluaran tunai dari kad kredit dan juga boleh membayar bayaran minima yang lebih rendah.
Di bawah ini saya sertakan sedikit contoh pengiraan Plan 0% Interest yang ditawarkan.
Di harap anda boleh selidiki dan buat pengiraan akan penjimatan yang bakal andaperolehi. Walau macam mana pun anda masih perlu bayar faedah hutang kad kredit anda dan rasanya amat baik lagi tukarkan faedah anda itu ke 0%.
Semoga syor ini dapat membantu anda menguruskan wang anda dengan lebih baik dan juga dapat membantu anda dari jerat kad kredit. Dengan plan ini anda juga mampu menyelesaikan hutang kad kredit anda dengan lebih cepat dan lebih murah.
Contoh:
1) Bank Biasa - Kad Kredit Limit RM10,000 (Hutang RM8,000)Contoh: Maybank Bank Kad Kredit (Kiraan Biasa)Kad Kredit Limit: RM10,000Hutang Kad: RM8,000Interest Rate: 18% SetahunBayaran Minimum: RM400 sebulan (5% dari RM8,000)Interest Charges: RM8,000 - RM400 = RM7,600 x 1.5% = RM114 (lebih kurang setiap bulan)RM8,000 x 5% = RM400 sebulan bayaran minimaJika anda bayar RM50 atau RM399 anda akan dapat panggilan talipon dari pihak bank kerana tak buat minimum payment RM400 Interest anda kena bayar jika anda bayar RM400 minimum payment ialah RM8,000 - RM500 = RM7,500 x 1.5% = RM112.50
Outstanding balance kad kredit anda masih dalam lingkungan RM10,000.Ia akan mengambil masa 89 bulan untuk selesaikan hutang jika bayar minimum payment .2) Plan 0% Interest - Kad Kredit Limit RM10,000 (Hutang RM8,000)
FORMULA KIRAAN: ((Jumlah Kredit Yang DiGuna - One Time Fee) - Hutang Sedia Ada ) = Baki samada kena bayar atau dapat tunai.
Contoh: Maybank Bank Kad Kredit (Kiraan 0% Interest)Kad Kredit Limit: RM10,000Hutang Kad: RM8,000One Time Fee : RM2,000 (kad) atau RM1,600 (tunai)- (20% x RM10,000 = RM2,000) di bayar melalui baki kad kredit anda yang sama. Jika anda bayar fee dengan cash maka cara kiranya (20% dari RM8,000 = RM1,600) - 20% untuk 36 bulan (Lihat senarai bank dan fee di sini)Interest Rate: 0%Bayaran Bulanan: RM10,000/36 = RM277.78 selama 36 bulan.(Boleh bayar minimum payment dari jumlah ini)Dapat Cash: ((RM10,000 – RM2,000) – 8,000) = 8,000 – 8,000 = RM0
Kami rundingkan untuk Plan 0% Interest dari Bank Kad Kredit anda. Jumlah tahun untuk 0% bergantung kepada Bank. Contoh Maybank, Am Bank,RHB Bank dan Eon Bank beri sehingga 36 bulan. Public Bank, Standard Chartered, OCBC dan MBF selama 24 bulan.
Anda boleh bayar minimum payment dari minimum payment RM277.78 iaitu RM50 aje. (Had Minima payment bagi kad kredit) dan anda TAK akan dapat panggilan dari bank kecuali kita langsung tak bayar.
Interest pada baki yang anda tak bayar masih KECIL. Contoh kiraan RM277.78 - RM50 = RM227.78 x 1.5% = RM3.42. Nilai ini jauh lebih kecil dari nilai RM112.50 seperti kiraan bank biasa di atas.
Outstanding balance kad kredit anda ialah RM277.78 setiap bulan bukan RM10,000. Dalam 36 bulan anda boleh selesaikan hutang anda bila anda bayar minimum payment setiap bulan.
Syarat-syarat memohon yang mudah:
Kelulusan 100% dalam masa 20 minit sahaja
Warga Malaysia sahaja
Kad Kredit Anda Mesti Active
Tiada Cash Advance Fee
Bukan itu sahaja. Bagi mereka yang tiada mempunyai hutang kad kredit tapi ingin mengeluarkan CASH Advance TANPA Interest untuk tujuan perniagaan dan kegunaan lain pun boleh mohon. Kelulusan 100% dalam masa 20 minit sahaja. Juga 0% interest rate untuk Cash Advance.
Apa untungnya jadi Wakil UrusWang?
1) Untuk Plan 0% 36 Bulan – Anda Dapat 3.5%Jika anda selesaikan hutang anda RM10,000 maka anda akan dapat RM350Jika anda selesaikan hutang kawan anda RM4,000 maka anda dapat RM140
2) Untuk Plan 0% 24 Bulan –Anda Dapat 3 %Jika anda selesaikan hutang anda RM10,000 maka anda akan dapat RM300Jika anda selesaikan hutang kawan anda RM4,000 maka anda dapat RM120
3)Untuk Plan 0% 12 dan 18 Bulan – Anda Dapat 2% dari jumlah hutang yang di selesaikan.Jika anda selesaikan hutang anda RM10,000 maka anda akan dapat RM200Jika anda selesaikan hutang kawan anda RM4,000 maka anda dapat RM80
Syarat untuk menjadi Wakil Uruswang?
RM300 untuk bayaran wakil, alat bantu jualan, kad nama, website dan online sistem.
Perlu penuhi personal Quota – RM100,000 dalam setahun
Perlu buat sales dalam 3 bulan selepas sign up jadi agen
Dapat overiding – 0.5 direct dan 0.25 2nd level
Semoga kita sama-sama menyelesaikan beban hutang kad kredit kita. Jika anda berminat atau ingin menjalankan perniagaan ini boleh hubungi saya di zahir@northernavenues.com dengan Subject email : O% Kad Kredit Interest atau hubungi saya di talian 019-2174400.
Terima kasih.
Zahiruddin
p/s: Laman web rasmi Uruswang.com - http://www.uruswang.com/

Tuesday, August 5, 2008

Sembahyang...


Pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Jika tinggal solat...


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
Solat 5 waktu

Subuh: sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)
Zohor: sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat islam
Asar: sekali meninggalkannya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram Mekah)
Maghrib: sekali meninggalkannya dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri
Isyak: sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmat-Nya.