mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Thursday, August 14, 2008

Karenah anakku berpuasa

Apabila anakku berusia 3 tahun berpuasa….

“Mama..hari ini adik nak kuasalah (puasa itu difahamnya kuasa)". Lalu ia berpuasa..tapi selepas zohor…ia keletihan, kasihan kata hatiku. Dia bertanya lagi “ boleh adik buka kejap nanti adik tutup balik?..Adik minum je..sikit je". Aku pun membenarkan tanpa prejudis,,,takut pengsan lak anak aku ni…Namun jauh disudut hatiku…syukur ia mahu belajar.

Usianya 4 tahun…..

“Mama..adik nak puasa tiap-tiap hari tahun ini". Aku terus memberikan semangat padanya..”Okey..mama dan abah akan bagi upah mengikut hari adik berpuasa..Yahoo..horeeyy…adik tak nak tinggal puasa”. Pada hari pertama ia berpuasa…mukanya telah menunjukkan kepayahan yang amat sangat..lantas ia bertanya,”Mama..boleh adik puasa separuh dan upahnya separuh?…Esok campur separuh lagi so jadi satu hari. Tiap-tiap hari adik puasa kan Mama??? (Dalam hatiku..oklah sayang..asalkan engkau tetap berpuasa).

Usianya 5 tahun….

“Mama…ustazah kata..kita kena berpuasa dan mesti jaga puasa yang terbatal. Adik rasa esok…adik dah boleh puasa sebab adik dah makan banyak semalam. Okeylah adik..adik jangan bagi batal puasa adik tahu…macam kita sembahyang tu..jangan sampai batal. Esoknya”….Hampir pukul 6pm..kulihat wajahnya murung je…lantas ku bertanya “kenapa dik..tak larat ke?? Dia tetap diam..setelah dipujuk..lantas ia membisikkan kepadaku..”Mama..tadi adik terkentut..puasa adik batal kan Mama???
Ehhh!!!Aku terus tergelak..rupa-rupanya aku tersilap menyamakan syarat puasa sama macam sembahyang. Ku beritahu dia bahawa kentut tak membatalkan puasa…Yahoo..puasa adik selamat..amin. Moral of the story…kentut sembahyang..batal tapi puasa…lega…

Usianya 6 tahun….

“Mama…kawan-kawan adik ada yang puasa dan ada yang tak puasa. Adik rasa…adik dah kuat puasa tapi adik takut kawan-kawan adik tak bagi adik puasa. Kataku..”Adik cakap kat kawan-kawan adik..siapa yang puasa baru boleh raya..kalau tak jangan beli baju raya”. Okey…mama. Esoknya setelah pulang dari tadika…”Mama..kawan adik kata memang dia tak puasa tapi bukan dia yang nak beli baju raya tapi mama dia yang nak beli…macam mana yek??? Adusss…pening aku..

Kini umurnya 7 tahun….

Alhamdulillah….dia telah memulakan puasanya dengan tekun sekali. Cuma satu hari ..ia terlihat aku menjamah makanan…alamak!! Dia nampak…apa aku nak jawab???..”Eh..kenapa Mama tak puasa?? Orang perempuan orang yang lemah..bila ia sakit Allah bagi dia cuti puasa tapi orang lelaki orang yang kuat…Allah tak bagi cuti kat dia. Adik lelaki..tentu adik orang yang kuat…”Adik orang kuat ke?? Ooo itu sudah semestinya..adik tetap orang yang kuat.

Alhamdulillah …selamat anak aku. Kini ia telah meningkat dewasa. Wahai ..anakku…”kamu memang anak yang kuat”…

No comments: