mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Saturday, August 2, 2008

Tak lama lagi, Ramadhan menjelma...


Alhamdulillah... 2008 telah semakin beranjak. Ogos telah menjelma. September menanti, datang bersamanya Ramadhan Al-Mubarak. Harapnya kita semua akan diberi peluang sekali lagi oleh llah s.w.t untuk mengutip segala keberkatan Ramadhan, penghulu segala bulan ini.

Dalam menyambut Ramadhan ini, saya akan mulakan dengan bahan-bahan berbentuk peringatan. Yang saya petik dari sumber-sumber sahih. Sebagai peringatan untuk saya, keluarga saya, dan kawan-kawan semua.

Marilah kita lihat siri-siri gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini t ida k mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. Wallahua'lam.
************************************************************************************

No comments: