Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bila kali terakhir anda fikirkan anda seronok bekerja?
Jika tiada dalam kamus di tempat kerja anda, sesuatu perlu anda lakukan untuk mengembalikan keadaan ini. Bayangkan setiap hari sekurang-kurangnya anda bekerja 9 jam di pejabat. Seminggu (9 x 5 hari) lebih kurang 45 jam atau 180 jam sebulan atau 2,160 jam setahun. Pasti rasa penat bekerja apabila jiwa tidak seronok.
Kenapa Rasa Tak Seronok?
Bagi saya untuk membantu anda menangani isu ini, perlu juga diketahui sebab musabab kepada rasa tidak seronok bekerja.
1. Adakah anda tidak puas hati dengan diri anda sendiri?
2. Adakah tidak puas hati dengan orang lain (rakan sekerja, 'anak buah', ketua)?
3. Adakah terlalu banyak kerja atau tiada kerja?
4. Adakah anda terfikir hal peribadi di rumah?
5.Adakah bosan dengan semua perkara?
6. Adakah anda tidak tahu sebab anda tidak seronok kerja?
Apa yang boleh anda lakukan?
Langkah 1
Jika anda berada di tahap 1, 2, 3 dan 4 anda boleh menyenaraikan perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda rasa tidak seronok. (Catat di dalam kertas supaya anda boleh membacanya semula) Contohnya:
1. Anda tidak puas hati dengan diri kerana terlalu sensitif, pemarah, malas dll.
2. Anda tidak puas hati dengan orang lain.. siapa? kenapa anda tidak puas hati. Adakah kerana tingkah lakunya tidak menyenangkan atau sebab apa?
3. Bebanan kerja keterlaluan sehingga anda tidak mampu lagi menanggungnya atau ....apa lagi
4. Tentang hal peribadi, hal apa yang paling menekan diri anda..di rumah seperti hal suami, hal anak, jiran dll.
Jika situasi anda dalam nombor 5 & 6. Rasa seronok anda benar-benar telah hilang dan yang tinggal hanyalah kerungsingan sehingga anda bosan dengan semua perkara. Malah anda terlalu tertekan di sebabkan banyak perkara yang tidak menyenangkan anda. Dalam situasi ini, carilah seseorang untuk membantu anda menangani isu yang anda hadapi. Barangkali satu dua isu yang anda alami boleh dibantu sekalipun tidak semua.
Langkah 2
Seterusnya senaraikan apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Sekiranya anda tersekat mintalah bantuan individu lain membantu memberi idea kepada anda. Pastikan individu tersebut individu positif agar cadangannya boleh dimanfaatkan.
Contoh:
Anda tidak puas hati dengan orang lain seperti dengan rakan sejawat yang selalu datang lewat dan hilang di waktu pejabat. Anda perlu menggantikannya setiap kali dia 'ghaib'. Berbincanglah dengan individu lain cara untuk mengurangkan rasa tidak seronok anda ini. Di antaranya merujuknya kepada ketua unit atau memberi teguran dengan cara yang baik.
Langkah 3
Lakukan satu demi satu cadangan dan saranan yang ada dalam agenda bertindak anda.
Langkah 4
Jika usaha ini tidak berjaya, gunakan plan B pula.
Perkara lain yang boleh dilakukan
1. Bersabar dan usah berputus asa.
Ali bin Muqlah berkata:
Jika hati sudah dipenuhi keputus asaan
dada yang lapangpun menjadi sesak
segala kebencian dan kesusahan
telah merasuk
kebencian itu tertulis di seluruh penjuru
sedang engkau
tidak melihat adanya jalan keluar dari semua itu...
(Petikan dari La'Tahzan, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)
2. Berdoa. Menurut Dr Fadzilah Kamsah, seseorang individu itu perlu berdoa untuk menjadi seronok di tempat kerja.
3. Kawal 'mood'. Mood yang bertukar-tukar, tak terkawal dan asyik dilanda 'bad mood' menyukarkan untuk seronok di tempat kerja.
4. Bina suasana yang menceriakan. Anda perlu mencipta situasi dan bukannya situasi itu tercipta sendiri. Paling mudah untuk menyeronokkan orang lain adalah dengan senyum dan menyapa/ salam setiap kali bertemu tanpa memilih orang.
3. Ambil masa seminit dua mengenangkan sesuatu yang menggembirakan anda. Aktiviti ini boleh membantu diri mengalihkan sebentar isu yang dialami. (Apapun ia dapat mengurangkan perasaan kurang senang tetapi bukan menghilangkannya terus).
4. Ambil masa istirehat. Bercutilah sekiranya anda terlalu penat bekerja. Beri ganjaran untuk diri dengan bercuti dan memanjakan diri.
5. Maafkan orang lain. Dalam satu syair arab:
Tidak seorang pun
Yang tidak pernah salah
dan tiada seorang pun yang selamanya baik belaka
Banyak cara lagi untuk seronok di tempat kerja. Semoga dengan emosi dan perasaan yang seronok boleh meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Selamat mencuba dan bertambah seronok dengan pekerjaan anda...
Norazimah Ibrahim
Counselor Officer
Inland Revenue Board of Malaysia
Human Resouce Management Division
8th Floor, Block 9
Goverment Building Complex
Jalan Duta P.O Box 11833
50758 Kuala Lumpur
Tel: +603-6203 9501
Fax: +603-6201 2482
"Amalan yang baik adalah melakukan secara terus menerus walaupun sedikit"
Fandi Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Rombak Pemain Sri Pahang FC Apabila
Berdepan JDT Selasa Ini
-
*KUANTAN:* Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan
melakukan rombakan pemain apabila berdepan pendahulu Liga Super, Johor
Darul T...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment