mari amalkan

mari amalkan
selawat syifa
Cili-merah..cili-merah...cili-merah.

Tuesday, August 12, 2008

"Ohaiyo gozaiomasu, ya tuan"


"Ohaiyo gozaiomasu, ya tuan"12-08-2008 12:53:22 PM
BIASA kita dengar cerita mereka yang hidup di zaman Perang Dunia Kedua dan penjajahan dahulu bagaimana penduduk Malaya perlu tunduk kepada tentera Jepun atau menabik dan kerap menyebut 'ya tuan' kepada bos British mereka sebagai tanda hormat.
Zaman tunduk hormat bermula sejurus selepas 5.15 petang pada 15 Februari 1942, Lt Jeneral Arthur Percival, Panglima tentera British di Malaya, menyerah kalah kepada Lt General Tomoyuki Yamashita, Panglima Angkatan Tentera Jepun yang ke-25, di Singapura.
Penyerahan itu menandakan jatuhnya pemerintahan British dan bermulanya pentadbiran tentera Jepun di Malaya atau Tanah Melayu.
Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula sebelum waktu Subuh pada 8 Disember, 1941, dengan pendaratan di pantai berhampiran Kota Baharu, Kelantan sebelum bergerak pantas ke arah selatan melalui bahagian pantai timur Semenanjung.Penawanan itu mengambil masa kurang daripada tiga bulan dan Tanah Melayu terus dijajah. Ohaiyo gozaiomasu
Dalam masa pemerintahan Jepun, sering diceritakan bahawa rakyat tempatan yang terserempak dengan askar Jepun atau yang lebih teruk Kempeitai (polis rahsia Jepun), terpaksa tunduk hormat tanda 'ohaiyo gozaiomasu' atau menundukkan badan ke arah matahari terbit menunjukkan hormat terhadap negara Jepun.
Gagal berbuat demikian akan dianggap askar Jepun sebagai tidak menghormati mereka dan rakyat tempatan akan ditampar atau disepak terajang, dan lebih teruk lagi akan dikurung dan diseksa.
Ada yang mengatakan mungkin tentera Jepun mahu mengajar orang kampung ketika itu supaya menjadi lebih berdisiplin dan bersopan tapi tindakan mereka yang melampaui batas kemanusiaan untuk menunjukkan kuasa mereka hanya menimbulkan kebencian dan dendam.
'Ya tuan'
Selepas gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah kalah kepada British pada 12 September 1945. Malaysia dijajah kembali oleh British.
Walaupun rakyat tempatan tidak lagi perlu tunduk menyembah, penjajah British tetap mahu dihormati, tapi dengan cara lain yang tidak ketara.
Perkhidmatan awam dikuasai mereka, orang Melayu hanya bekerja sebagai atendan, peon, tukang kebun, pemandu atau pelayan bar.
Ketika itu, kalau orang Melayu bekerja sebagai kerani di jabatan kerajaan sudah dianggap sebagai cukup bagus, menurut cerita mereka yang melalui zaman itu.
"Masa tu, kalau jumpa dengan Mat Salleh (orang British), sama ada kita kena 'Tabik Tuan' atau menyebut 'Ya Tuan' setiap kali bercakap," kata mereka, dan hukuman jika gagal berbuat demikian adalah menerusi kerja berat atau rumit dan peluang naik pangkat sudah tentunya tersekat. Bebas penjajahan
Kini, selepas 51 tahun bebas daripada belenggu penjajah, tiada lagi sebutan 'ya tuan' atau tunduk hormat "ohaiyo gozaiomasu yang perlu diamalkan rakyat.
Sebaliknya "Assalamualaikum, selamat pagi, zao shang hao (Mandarin) dan kaalai vanakkam (Tamil)" yang kerap dilafazkan, dan ia bukan untuk bos semata-mata tetapi sapaan harian kepada semua orang yang hidup secara saksama di negara merdeka ini.
Rakyat Malaysia di zaman merdeka ini seharusnya berasa bertuah kerana mempunyai kerajaan yang ditadbir oleh anak bangsa sendiri dan sebuah negara yang aman, stabil dan makmur.
Jika tidak mendalam perasaan itu, cuba bayangkan hidup di zaman kita perlu tunduk dan sering takut kita tersilap langkah.
Selamat Hari Lahir Malaysia. BERNAMA

No comments: